Bab 11
"TADAAA!"
Lufya menghulurkan secawan air asam boi kepada Fateh. Saat itu, mereka berdua sedang memancing di gigi sungai.
"I hate sour stuff," balas Fateh tanpa menyambut huluran Lufya.
"Bos awak suka sour stuff. So, awak wajib minum."
Belum sempat Fateh mengelak, Lufya merodok penyedut minuman masuk ke dalam mulutnya. Dia hanya mampu menghadiahkan jelingan maut. Sebelum Lufya mengeluarkan ayat 'hutang nyawa', lebih baik dia berdiam diri dan meminum air asam boi itu. Wajah Fateh berkerut seribu saat rasa masam menjalari lidah. Lufya yang melihat ekspresinya itu ketawa mengekek.
"Macam muka orang nak terberanak," perli Lufya seraya menekan perut yang senak.
"You yang akan lahirkan anak-anak I, sweetheart."
"Uhuk!"
Lufya tersedak air asam boi. Senyuman nakal Fateh buat dia panas muka. Apa hal pula dia nak melahirkan anak lelaki itu? Eh, silap. Anak-anak lelaki itu. Gila ke?
"Kenapa diam?" Fateh mengusik. Geli hati melihat pipi tembam itu macam tomato.
"Tadaaa!" Sekali lagi Lufya buat bunyi kejutan.
"Apa lagi?"
Telefon bimbit warna hitam menyapa pandangan. Mata Fateh terbeliak. Tangannya pantas menggapai objek itu.
"You baiki handphone I?"
Setelah diperiksa, ternyata telefon bimbitnya itu berfungsi seperti biasa.
"Yup."
"Berapa kena charge?"
"Free."
"Jangan tipu I?"
"Sungguh. Saya betulkan sendiri."
Lufya menitipkan beberapa tips buat pendengaran Fateh. Katanya jika telefon bimbit termasuk air, jangan sesekali hidupkan objek komunikasi itu. Bimbang akan berlaku short circuit kerana komponen dalamannya basah. Bateri dan sim kad telefon bimbit perlu ditanggalkan. Vakum USB boleh digunakan untuk mengeringkan bahagian telefon bimbit yang basah.
Akhir sekali, ambil Tupperware dan penuhkan dengan beras. Timbuskan telefon bimbit itu ke dalam beras dan biarkan selama beberapa hari. Beras itu bisa menyedut segala lebihan air yang terdapat dalam telefon bimbit. Fateh mengingati tips yang diberikan Lufya.
"You simpan dululah handphone I ni. Bila I nak balik nanti, baru I minta."
Telefon bimbit dipulangkan kembali kepada Lufya. Fateh tidak mahu waktunya bersama Lufya terganggu dengan deringan telefon bimbit itu.
"Betul ni? Awak tak menyesal?"
Dua minggu lepas, pemuda itu bergaduh dengannya dek mahukan kembali objek itu. Sekarang, Fateh sendiri yang menolak. Lufya pelik bin hairan.
"Tak."
"Tak nak call girlfriend yang you cinta sangat tu?" seloroh Lufya dengan kening terjongket ke atas.
"I rasa I dah tersayang orang lain." Fateh menggumam perlahan.
"Apa, Faith? Cakap kuat sikit boleh?"
"I nak cari girlfriend baru." Fateh menukar ayatnya.
"Ceh, dasar playboy."
Lufya mencemik sebelum duduk di sisi Fateh. Mereka merasmikan kerusi simen ferro yang cantik disusun di birai sungai bersama meja.
"I'm serious." Iris hijau itu tersorot ke wajah Lufya.
"Serius atau tidak, saya peduli apa? Saya bukan girlfriend awak," balas Lufya selamba. Khusyuk menyedut air asam boinya. Walhal, jantung sudah tidak keruan.
"Kalau you girlfriend I, you nak buat apa kalau I cari girlfriend lain?" Fateh menduga.
"Tak buat apa-apa."
"Really?"
"Yalah. Sebab mustahil untuk gadis macam saya jadikan seorang playboy sebagai boyfriend."
"Berlagaknya," komen Fateh ringkas.
"Bukan berlagak. Tapi, bijak."
Segaris senyuman mekar terukir di bibir Fateh. Tidak dapat menafikan hakikat itu. Lufya memang bijak. Setiap tuturnya mengandungi maksud tersirat. Dan perilakunya amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan ramai gadis yang pernah Fateh kenali. Gadis itu tidak gedik untuk mendekatinya. Tidak juga menggilai kekayaan keluarganya. Lufya, gadis serba sederhana.
Dentingan lonceng angin yang tergantung di jenang pintu Pondok Melati, buat Fateh mendongak ke atas. Dia membeli lonceng angin tersebut di pekan setelah melihat Lufya ralit membeleknya.
Dua hari lepas, Fateh menghembus nafas lega. Hasnah melarang Lufya atau Fateh sendiri daripada membaiki kerosakan Pondok Melati. Hasnah bimbang dengan keselamatan puterinya. Sementara, Fateh pula risau tulang empat keratnya reput dibuli gadis itu. Akhirnya, struktur Pondok Melati dibaiki oleh Yassin dan beberapa orang staf lelaki Vila Sunny. Dalam masa dua hari saja, rumah pokok itu kelihatan seperti baru dibina.
"Luffy, betul ke cara you ajar I memancing ni?"
Tangan Fateh naik lenguh memegang joran kecil yang dipinjamkan Lufya kepadanya. Gadis itu gigih mengajarnya cara-cara memancing. Dia menahan geli saat Lufya memaksa dia mencangkukkan seekor umpan cacing pada mata kail. Dek mahu mempamerkan sikap kelakiannya, dia terpaksa memberanikan diri.
"Betullah."
"Tak ada ikan makan umpan I pun?"
"Awak kacak sangat kut? Ikan segan nak singgah."
"Loyar buruk pula dia ni."
"Tak betul ke apa yang saya cakap?"
"100 peratus betul. I memang kacak."
Lufya melongo. Susah bercakap dengan spesies lelaki suka membangga diri ni. Rasa macam nak humban masuk sungai saja. Fateh ketawa besar melihat ekspresi Lufya. Tidak sedar yang gelaknya menambat mata si dara.
Hesy, kalau awak asyik ketawa macam ni, memang saya tambat awak di Vila Sunny, Faith. Tak payah balik ke Kuala Lumpur sampai bila-bila. Hati gatal Lufya bermonolog.
"Faith, syarikat awak reka iklan, kan?"
Apabila merasakan tubuhnya membahang, Lufya segera menukar topik perbualan. Cuba menepis hormon gatal yang mahu bikin wajahnya kemerahan.
"Yes. Kenapa tanya? Berminat nak kerja di syarikat I?"
"Taklah."
"Then?"
"Jom kita bertanding."
"Shoot."
Pantas saja Fateh bersetuju. Dia tersengih penuh makna. Ada sesuatu yang bermain dalam benak fikirannya. Dia perlu memanfaatkan peluang itu sebaik mungkin.
"Saya namakan tiga jenis barang, lepas tu saya nak dengar idea iklan yang awak boleh buat. Saya pun akan beritahu idea iklan saya. No limitation and no rules. Unlimited budget advertisement. Lepas tu, kita bandingkan idea siapa yang lebih kreatif."
Iris hijau bersinar-sinar. Jelas tertarik dengan pertandingan itu. Fateh yakin dia akan menang. Mustahil idea seorang pengarah kreatif bisa kalah dengan idea seorang pembantu rumah.
"Kalau I menang, I nak you ikut I balik KL dan you wajib kerja dengan I."
Fateh memasang jerat. Lufya tergelak kecil. Permintaan pemuda itu memang di luar jangkaan. Tapi, pemuda itu sedang bermain dengan api.
"Okey, kalau saya menang, saya nak tengok lukisan awak."
Itu saja permintaan Lufya.
"Okey. Deal."
Pantas saja Fateh memacakkan joran ke atas tanah. Dia duduk menghadap Lufya. Mahu fokus dengan setiap soalan yang bakal dianjurkan.
"Barang pertama. Joran. Joran yang jenamanya tahan lasak dan tahan lama. Apa idea iklan awak?" Tanpa berlengah, Lufya melontarkan soalan pertama.
"First scene, di sebuah lautan luas, atas bot, dua orang sahabat lelaki sedang memancing. Mereka berjaya dapat ikan yang besar. Next, kamera akan rakam scene sama seperti sebelumnya, tapi di lautan-lautan lain. Maybe at Pacific or Atlantic ocean. Setiap scene akan ditulis tahun yang berbeza."
Fateh meluahkan idea yang berlegar-legar dalam benaknya. Jika semua iklan yang dihasilkan syarikatnya boleh dibuat tanpa mengira kos, sudah tentu kerjanya berlangsung mudah. Namun, dengan bajet yang sedikit, kreativitinya gagal untuk diserlahkan.
"Itu saja?" tanya Lufya.
"Yup."
"It's not a bad idea," komen Lufya sambil garu-garu kening. Sebenarnya dia ingin mendengar sesuatu yang lebih menakjubkan berbanding itu.
"Okey. Your turn." Teruja pula Fateh ingin mendengar idea Lufya.
"First scene, seorang bapa hadiahkan sebatang joran pada anak lelakinya. Budak lelaki tu pergi memancing dengan kawan-kawan dia di sungai. Dia dapat ikan besar."
Fateh dapat membayangkan idea Lufya itu.
"Second scene, budak lelaki tu dah dewasa. Dia nak keluar memancing, tapi kena marah dengan isteri dia. Isteri dia ambil joran dan lempar ke jalan raya. Joran kena langgar dengan kereta, tapi tak patah."
Telinga Fateh tercacak naik. Tidak sabar untuk mendengar pengakhiran idea Lufya.
"Last scene, budak lelaki tu dah tua. Dia dan isteri duduk di birai sungai dan dia ajar isteri dia memancing guna joran yang sama. The end."
Fateh termengkelan. Idea gadis itu gagal ditebaknya. Mengapa gadis ini begitu bijak?
"Impressive. You beat my idea," puji Fateh ikhlas. Dia mengakui kekalahan sendiri.
"Thank you. Giliran awak pula untuk namakan satu produk?"
"Hmmm... Women's perfume."
"Okey, awak mula dulu."
Kali ini, Fateh berfikir panjang sebelum melontarkan idea. Dia enggan kalah dengan Lufya untuk kali kedua. Jatuh kredibiliti dia selaku seorang creative director syarikat pengiklanan.
"Seorang gadis beli minyak wangi baru. Dia sembur sikit, then dia pergi birthday party. Dalam party tu semua tetamu terpukau dengan wangian dia. Akhir sekali, the most handsome man at that party ask her for dance. The end."
Lufya tersenyum nipis. Dia menengadah langit untuk seketika.
"Seorang cikgu perempuan guna minyak wangi jenama baru. Dia naik bas untuk pergi sekolah, tapi bas penuh. Disebabkan penumpang terpukau dengan haruman dia, ramai yang offer tempat duduk. Di sekolah, para pelajar yang mengantuk dalam kelas jadi segar-bugar bila terhidu wangian yang cikgu mereka pakai. Mereka semangat belajar. Akhir sekali, di waktu petang, cikgu tu balik rumah dan jiran dia tegur yang cikgu tu masih wangi."
Berdasarkan idea panjang Lufya itu, Fateh bisa menghasilkan tiga buah iklan yang gempak. Bibir Fateh sedikit terbuka dek kagum dengan Lufya. Idea Lufya sangat kreatif dan gadis itu hanya mengambil waktu yang singkat untuk memikirkannya.
"How about fast food advertisement? Contohnya KFC?"
Kentucky Fried Chicken atau KFC, satu jenama makanan segera yang sinonim dengan warga Malaysia. KFC juga popular di seluruh dunia. Iklan KFC sering ditayangkan dalam kaca televisyen.
"Produk baru dengan rasa baru ke?" tanya Lufya ringkas.
"No. Just the common product. Harga berpatutan dan disukai semua."
"Awak nak dengar idea saya dulu ke?"
"Yup."
"Hmmm... Seorang driver beli satu bucket KFC. Waktu dia lalu pagar rumah majikannya, pak gad tahan dia. Gad yang terbaukan aroma KFC, minta ayam KFC seketul. Driver tu bagi. Lalu pula depan tukang kebun, tukang kebun pun minta seketul. Begitu juga dengan pembantu rumah."
Fateh fokus sepenuhnya kepada Lufya.
"Driver mempelawa majikan dan nenek majikannya untuk menjamah ayam KFC. Kedua-duanya makan dengan penuh selera. Akhir sekali, bila seketul ayam saja tinggal dalam kotak, anak majikan yang berusia dalam lingkungan lima tahun makan ayam tu," sambung Lufya lagi.
"Si driver putih mata, tapi dia tetap senyum bahagia. Last scene, majikan belanja si driver dan semua staf juga ahli keluarganya makan di KFC. The end."
Keenakan KFC menyebabkan makanan itu diminati oleh semua golongan. Sama ada kanak-kanak, remaja, belia atau warga emas. Bahkan harganya juga agak murah dan mampu dibeli ramai. Dalam sesebuah iklan, ciri-ciri utama produk perlu ditonjolkan untuk meningkatkan jumlah belian.
Fateh meraup wajah sendiri bersama helaan nafas panjang. Jika ideanya sehebat idea Lufya, pasti dia berjaya memenangi kontrak iklan makanan segera kali lepas.
"You know what, Luffy? Cut the crap. I sanggup bayar you tiga kali ganda berbanding gaji staf biasa. Asalkan you sudi jadi salah seorang pekerja dalam team creative syarikat I."
Tawaran menarik itu meluncur laju dari mulut Fateh. Jarang sekali dia bertemu dengan seseorang yang memiliki otak sekreatif Lufya.
"Sorry. I'm not interested."
Mulut Lufya juga laju untuk menolak tawaran itu.
"But you are so creative and talented. Don't waste it."
"Awak pun kreatif dan berbakat, Faith."
"You perli I?" Fateh mendengus kecil.
"Nope. I'm serious. Awak nak tahu satu perkara tak, Faith?"
"Apa dia?"
"Bukan semua perkara yang kreatif dan bermakna itu perlukan kos yang mahal. You have to think outside the box. Avoid clichés like the plaque. Don't be afraid to get creative and experiment with your marketing."
Nasihat Lufya itu terukir teguh dalam benak fikiran Fateh. Bukan mudah untuk dia menerima nasihat seorang gadis yang lebih muda darinya. Hanya nasihat Lufya yang terkecuali.
"You should teach me, Luffy. Perhaps, one day I'll become a great CD."
Fateh masih berharap Lufya setuju dengan tawarannya.
"Saya bukan guru yang baik, Faith. Tips saya cuma satu. Sebelum menggapai sebuah kejayaan, kita perlu menempuhi kegagalan. Gagal dengan cara A, guna cara B. Gagal dengan cara B, guna cara C. Hanya mereka yang tak kenal erti putus asa dan terus maju ke hadapan akan dapat capai impian."
Lidah Fateh terpaku untuk meneruskan bicara. Terkilan kerana gagal memujuk Lufya. Dia tiada hak untuk memaksa gadis itu. Mungkin Lufya lebih selesa bekerja di kawasan yang dikelilingi kehijauan alam. Mana nak sama dengan kesibukan kota.
"Okey, sekarang saya dah menang. Awak jangan cuba tukar topik pula, ya?"
Lufya bersuara ceria. Cuba mengembalikan mood Fateh yang merudum jatuh.
"What?" Masa bila pula Fateh tukar topik?
"Saya menang, so saya nak tengok lukisan awak!"
Sepantas kilat Lufya bangun dari duduk dan menarik buku lakaran Fateh yang molek terletak di atas meja. Dia lintang-pukang melarikan diri apabila Fateh mengejarnya.
"Luffy, give it back to me!"
Fateh terjerit seraya mengelilingi pokok gergasi yang menjadi pasak Pondok Melati. Beberapa kali berpusing akhirnya dia berjaya menangkap lengan Lufya. Apabila Lufya meronta, Fateh menolak bahu gadis itu hingga dia tersandar ke pokok. Kedua-dua belah tangan Lufya dinaikkan ke atas dan dicengkam kuat.
Lufya terpempan dan matanya membulat saat nafas pemuda itu menampar pipi. Bulu romanya berdiri tegak. Roman wajah itu jelas terpateri atas iris Lufya. Bibir merah pucat itu menyungging senyuman nakal. Mereka bertatapan buat satu waktu yang panjang sebelum Fateh tersedar akan gerak-gerinya.
"Not this one, sweetheart. I akan tunjukkan you lukisan lain."
Buku lakaran berjaya dirampas kembali. Tangan Lufya dilepaskan. Lufya tersipu-sipu dengan panggilan sweetheart itu. Banyak kali dengar pun, dia masih rasa istimewa.
"Tapi saya nak tengok yang tu." Lufya merengek sambil menjeling buku lakaran Fateh.
"It's not included in our deal before. You tak cakap pun yang you nak tengok lukisan dalam buku ni. I akan tunjuk lukisan dalam buku lain."
Fateh memutar belit taruhan mereka.
"Kedekut!" Lufya tayang muncung sedepa dan Fateh tergelak geli hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro