Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

"EHEM!"

Satu suara berdeham kuat. Sepasang mata bulat mencerlung ke wajah gadis berusia 20-an yang duduk di hadapannya. Lufya berdiri di sisi ibu mengandung. Seraya menilai tingkah laku manusia yang tak semenggah mana.

"Ehem!"

Beberapa pasang mata menoleh pandang ke arahnya. Pelik kerana si gadis tak sudah berdeham.

"Buat-buat tak nampaklah pula..." omel Lufya bengang.

Mengapa dalam dunia ini terlalu ramai manusia yang bermuka tembok? Dah buat salah, boleh berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku pula. Ringan saja kaki hendak bagi sepakan percuma.

"Adik, boleh tolong bangun tak? Kesianlah dekat akak ni," sambung Lufya lagi.

Bengang mengasak dada saat melihat wanita yang sarat mengandung terpaksa berdiri di dalam bas usang itu lebih daripada 10 minit. Gadis muda yang duduk berhampiran pamer muka selamba. Ini ke sikap generasi baru yang bakal menerajui negara?

"Saya bayar tiket bas. Saya duduk sini dulu. Ada masalah ke?" jawab si gadis berambut perang. Lufya menjulingkan kedua-dua belah mata ke atas. Meluat.

"Pfttt!"

Nafas kasar dihembus. Lufya menahan sabar. Sakit betul hati saat berhadapan dengan spesies manusia sebegini. Biadab.

"Ada. Memang bermasalah. Masalah besar. Masalah adab. Adik tak kesian ke tengok perempuan mengandung ni berdiri lama-lama? Tak ada hati perut ke?"

Terbuntang mata si rambut perang tika 'dibasuh' Lufya. Bila orang guna ayat baik-baik, kau buat eksyen. Sekarang, hadap sajalah bicara setajam pedang.

"Cuba bayangkan bila adik mengandung nanti, kena berdiri lama-lama dalam bas sebab tak ada manusia yang simpati nak beri tempat duduk. Masa tu semua manusia, perangai 'mulia' macam adik. Agak-agak adik gembira ke? Ada rasa macam nak buat tarian poco-poco ke?" tempelak Lufya tanpa pandang kiri dan kanan.

Dua orang warga emas yang menjadi pemerhati, menggeleng-geleng kepala. Menjeling ke arah gadis berambut perang, tanda bersetuju dengan bicara Lufya.

"Hesy!"

Si rambut perang merah muka menahan malu. Dia mendengus kuat sebelum bangun mendadak daripada kerusi. Bengang kerana diri menjadi perhatian ramai, dia berlalu ke bahagian hadapan bas. Berdiri berdekatan pintu. Bagus. Segeralah berambus. Lufya bermonolog.

"Duduk, kak."

Lufya melorek senyum sebelum meminta wanita berbadan dua itu melabuhkan punggung. Sedari tadi wanita itu berdiam diri. Malas bikin kecoh barangkali.

"Terima kasih, dik," ujarnya bersama ekspresi lega.

"Sama-sama." Lufya riang.

"Berapa bulan dah, kak?"

Ralit Lufya memerhatikan perut wanita itu. Terlindung dengan sepasang baju kurung longgar. Nampak comel saja. Apa yang penting, menutup aurat. Tak perlu nak tayang baby bump pada semua orang. Benjolan perut dan pusat wanita itu merangkumi aurat yang perlu dilitupi daripada pandangan ajnabi.

"Enam bulan, dik."

Wanita itu mengelus-elus perutnya.

"Saya doakan zuriat akak mudah dilahirkan dan bakal menjadi anak yang soleh dan solehah."

Mendoakan seseorang adalah lebih baik berbanding mengata perkara yang bukan-bukan. Moga doa itu diperkenan Allah dan dia sama mendapat pahala.

"Amin," balas wanita itu gembira. Jarang sekali bertemu dengan gadis asing seramah Lufya. Baik tuturnya, elok wajahnya.

Selang seketika, mata Lufya tersorot ke arah sepasang manusia beruniform sekolah menengah yang duduk selang dua bangku dari tempat dia berdiri. Dia mengecilkan mata sebelum mengorak langkah mendekati mereka. Ini lagi satu masalah.

"Ehem!"

Sekali lagi dia berdeham kuat. Ingin menarik perhatian pasangan yang sedang rancak berborak. Bukan main mesra lagi. Siap bertepuk tampar dan berpelukan manja. Apa kejadah punya perangai budak-budak zaman sekarang ni?

"Ehem! Ehem!"

Pasangan remaja itu tersentak. Perbualan mereka terganggu. Terkebil-kebil mereka memandang Lufya. Riak bingung terpamer saat gadis tidak dikenali itu memunculkan diri. Lufya merenung mereka dengan sorotan mata yang sukar ditafsirkan.

"Haram berpelukan sebelum akad nikah," tegur Lufya selamba.

Jeda.

"Errr..."

Tangan remaja lelaki yang tadi molek melingkar bahu si gadis bertudung putih segera dileraikan. Seolah-olah mereka sedang dicekup pencegah maksiat.

"Ya, akak maksudkan kamu berdua. Bukan orang lain," selar Lufya apabila pasangan itu menoleh ke kiri dan belakang. Buat-buat tak sedar dirilah pula. Siapa aje yang suka buat maksiat di siang hari ni?

"Eh, kami dah nikah!" bidas remaja lelaki itu dengan air muka pucat. Gadis di sisinya tertunduk malu.

"Kamu berdua masih sekolah, kan?" Lufya keluar ayat provokasi.

Nak menipu pun cubalah logik sikit. Ramai ke pelajar sekolah menengah yang sudah mendirikan rumah tangga? Ibu bapa kedua-dua belah pihak akan beri kebenaran ke? Mahu kena libas dengan penyapu. Kecil-kecil sudah merenyam. Seluar dalam pun masih ibu bapa beli, ada hati nak menanggung anak dara orang? Ceh!

"Errr..."

Hilang kosa kata dua remaja itu untuk menjawab soalan Lufya.

"Janganlah buat perangai tak senonoh macam ni, dik. Bukan senang ibu bapa kamu nak membesarkan kamu. Fikir banyak kali sebelum menconteng arang ke muka mereka. Nanti kalau anak-anak kamu di masa depan buat perangai macam kamu sekarang ni, kamu tak malu ke?"

Telan liur kelat kedua-dua remaja itu. Bebelan Lufya benar belaka. Menghentam tepat ke perdu hati. Merah padam muka mereka.

"Waktu sekolah dah tamat, cubalah balik rumah awal. Ulang kaji pelajaran. Tak pun tolonglah ibu masing-masing yang perlukan pertolongan. Tolong kemas rumah atau basuh pinggan mangkuk di dapur. Tak kesian ke dekat ibu bapa kamu?"

Lufya berterusan membebel. Penumpang-penumpang lain yang duduk berdekatan ralit memerhatikan tingkah lakunya. Ada yang tayang sengih dan ada yang memuji dalam hati. Tak ramai gadis yang berani membuka mulut untuk mencegah kemungkaran di hadapan mata.

"Tak kesian ke?" ulangnya lagi.

"Kesian, kak..." jawab mereka serentak. Gagal membidas kata-kata Lufya.

"Kesian dekat mulut, tanpa inisiatif nak membantu, tak berguna juga, dik. Sebelum nak buat perkara maksiat, cuba kenang dulu penat lelah ibu bapa kamu membesarkan kamu. Senangkan hati ibu bapa kamu dulu, jika kamu nak hidup yang tenang dan diberkati Allah."

Berdas-das tembakan lisan dilontarkan Lufya. Jauh menusuk ke sanubari buat setiap insan yang mendengarnya.

"Baiklah, kak. Kami faham. Kami minta maaf," balas si gadis yang riaknya jelas tersentap dengan bicara Lufya.

"Baguslah kalau faham."

Sedang Lufya berkira-kira untuk meneruskan ceramah, rongga pernafasannya disengat bauan menusuk. Kedua-dua pelajar sekolah itu sama menekup hidung dan mengibas tangan di hadapan wajah.

Saat terlihat akan punca bauan itu, Lufya mendongkol geram. Bau asap rokok. Dia bergegas ke kerusi paling belakang. Ada saja ragam manusia yang mencacatkan suasana.

"Maaf encik, dilarang merokok dalam bas," tegur Lufya serius.

Jelas terpampang papan tanda putih bertulisan merah yang tergantung di bahagian tepi bas. Tanda larangan merokok. Masih ada manusia yang pura-pura buta dan enggan mengikut peraturan. Dasar bodoh sombong.

Fuuu!

Sekonyong-konyong pemuda itu menghembuskan nafasnya ke arah Lufya. Asap putih berkepul-kepul menyapa muka. Tersungging senyuman mengejek di seraut wajah yang bergigi kuning itu. Orangnya gempal dan berkulit gelap. Rambut keriting dan dipenuhi jambang berserabai. Jelas terpancar aura penyangak di tubuhnya.

"Dalam bas ni ada wanita mengandung, golongan tua dan semua orang yang ingin paru-parunya bertahan lama. Encik dah musnahkan impian mereka. Encik nampak tanda tu, kan?"

Jari telunjuk Lufya terhala ke arah papan tanda larangan merokok di dalam bas. Wajahnya bersahaja meskipun amarah memenuhi kepala. Cuba menenangkan diri yang hampir meletup.

"Kalau aku nak hisap juga, kau nak buat apa? Ini bukan bas bapak kau pun?" bidas pemuda itu biadab.

"Ini pun bukan bas bapak encik, kan?" Lufya menempelak penuh keberanian.

Belasan orang penumpang yang kenal akan lelaki itu pegun dengan bicara Lufya. Begitu berani gadis itu membidas kata-kata pemuda yang tiga kali ganda lebih besar berbanding tubuhnya. Kalau kena tibai, macam mana?

"Oh, kau berani menjawab, ya?"

"Ada mulut, jawablah. Mulut bukan digunakan untuk hisap rokok saja."

"Eh, betina ni!"

Suara lelaki itu naik seoktaf. Bengang kerana Lufya berterusan membidas.

"Eh, jantan ni."

"Eh, dia melawan pula!"

"Eh, dia melawan pula," ulang Lufya dengan muka tanpa emosi.

"Eh!"

"Eh..."

Ternganga mulut penumpang-penumpang yang melihat aksi sebabak itu. Macam adegan dalam filem P.Ramlee, Nujum Pak Belalang.

"Aku malas layan kau betina, aku tetap nak hisap rokok ni, kau boleh buat apa?"

Pemuda itu berkeputusan mengabaikan teguran Lufya. Dia masih menghisap rokok dalam ruangan berpendingin hawa itu.

Lufya menghela nafas panjang. Otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian. Satu mentol menyala dalam benaknya. Selang beberapa saat, dia kembali ke arah pelajar yang mendengar ceramahnya tadi.

"Adik ada bawa rokok, kan? Bagi akak sebatang," pinta Lufya pantas.

"Errr... Ma... Mana ada."

Tergagap-gagap remaja lelaki itu menjawab permintaan Lufya.

"Jangan tipu. Akak nampak tadi kotak rokok Dunhill terkeluar dari poket seluar kamu. Akak tak ada masa nak bebel. Bagi akak rokok sebatang."

Tangan dihulur tanda meminta. Teragak-agak remaja lelaki itu mengeluarkan kotak rokok yang jelas tersimpan di dalam poket seluarnya. Tajam betul mata Lufya. Jenama rokok pun dia nampak.

"Nyalakan sebatang," arah Lufya lagi.

"Errr... Akak, kalau niat akak nak cari pasal dengan lelaki yang hisap rokok dekat belakang tu, baik akak batalkan. Bidin tu gengster."

Remaja lelaki itu seolah-olah dapat membaca niat Lufya. Sempat juga meninggalkan pesan. Gadis itu rendah saja tubuhnya. Masakan bisa berentap dengan Bidin yang sebesar seladang?

"Oh, gengster. Bidin namanya, ya? It's okay. Bak sini rokok tu."

Rokok yang sudah dinyalakan bertukar tangan. Dia kembali mengorak langkah ke belakang bas. Patutlah tak ada siapa yang berani menegur tingkah laku pemuda bernama Bidin itu. Sesuka hati merokok di dalam bas. Rupa-rupanya gengster. Jika gengster Kampung Dusun sekalipun, dia peduli apa? Prinsip hidupnya, yang salah tetap salah. Benar tetap benar.

"Eh, datang lagi betina ni."

Bidin yang berpakaian serba hitam itu mendongkol geram. Tak perasan yang Lufya sedang memegang sebatang rokok.

"Adoi!!!"

Jeritan kuat Bidin menggegarkan bas. Tanpa salam, tanpa bicara, puntung rokok tepat mencucuh tapak tangannya. Berkerut-kerut wajah Bidin. Menahan sakit yang menyengat setiap saraf.

"Sakit ke?" tanya Lufya.

"Macam itulah rasanya paru-paru yang dipenuhi asap rokok encik," sambungnya lagi.

Para penumpang ketawa mengekek. Geli hati melihat reaksi Bidin yang menekup tangan sendiri. Ingatkan gengster kalis sakit.

"Kurang ajar!"

Malu dan marah punya pasal, Bidin bertempik nyaring sebelum menerpa ke arah Lufya. Buku lima diayun tinggi, cuba mencederakan si gadis. Belum sempat tangannya mencecah wajah mulus itu, tubuhnya ditolak kuat oleh seseorang. Seseorang yang tiba-tiba menghadang tubuh Lufya.

"Don't you ever dare to hit a woman!"

Suara maskulin itu buat Lufya terpempan. Garang dan disaluti amaran. Belakang tubuh jejaka yang tiba-tiba menjadi perisainya itu diperhatikan lama. Jantung yang berdegup pantas terhenti berfungsi buat seketika. Ada juga lelaki yang baik hati ingin menjadi heronya.

"Kau siapa?! Jangan masuk campur hal aku!"

Bidin bengang kerana lelaki itu menggagalkan usahanya untuk menyakiti Lufya. Sudahlah bercakap bahasa orang putih. Dia bukannya faham.

"Kau ke tepi! Biar aku ajar perempuan biadab tu!" Jerkahan Bidin ibarat angin semilir lalu di telinga pemuda itu. Dia teguh berdiri di hadapan Lufya.

"Kau memang teringin nak rasa buku lima aku, kan?!"

Sekali lagi Bidin mengayun penumbuk. Kali ini disasarkan tepat ke wajah pemuda itu. Buku limanya tersasar ke tepi sebelum...

Bedebuk!!!

Bidin tersembam di atas lantai bas saat satu hentaman padu menyapa rahangnya. Darah mengalir di hujung bibir. Bas berhenti di tepi jalan untuk menurunkan penumpang. Bidin yang rasa tergugat dengan kekuatan pemuda itu, mendengus kasar sebelum bergegas turun dari bas. Sedar yang pemuda itu bukan lawannya.

"Wah..."

Lufya yang sedari tadi jadi pemerhati terkebil-kebil memandang penyelamatnya. Bila pemuda itu berpaling, mereka bersemuka. Dia tergemap. Matanya terpaku dan lidahnya kelu. Ini manusia atau putera bunian? Dia tak sedar yang bas hampir kosong tanpa penumpang. Ralit sekali Lufya memerhatikan gerangan insan yang telah membantunya. Kenapa handsome sangat?

"You!"

Suara pemuda itu melengking kuat. Jari telunjuknya naik tinggi, hampir menyentuh pucuk hidung Lufya. Kenapa pula ni?

"Yes?"

Bersinar-sinar mata Lufya memandang roman wajah nan indah itu.

"Sit down!" arahnya tegas.

"Kena..."

"I said sit!"

Renungan membunuh itu buat Lufya terkulat-kulat melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kosong. Pemuda itu duduk di sisinya. Menghadang dia daripada bersiar-siar di dalam bas itu.

Bas kembali bergerak menelusuri jalan raya. Lufya cuba mencerna situasi. Pemuda tampan yang berada di sisi, dipandang asyik. Dia tak kenal pemuda kacak ini. Kenapa pemuda itu suruh dia duduk di situ? Dan mengapa pemuda itu berbaik hati melindunginya?

Jantung giat menukul dada kerana terlalu dekat dengan pemuda itu. Bahu mereka bersentuhan dan hidung Lufya disapa wangian Terre D'Hermes. Bulu romanya meremang. Apa hal pula kau ni, Lufya? Mamat sebelah kau ni bukannya hantu sampai boleh meremang segala.

Selang seketika, Lufya membuang pandang ke depan dan belakang. Nampaknya, tiada penumpang yang memerlukan tempat duduk kosong. Tiada juga individu yang menghisap rokok di dalam bas. Bolehlah dia duduk tenang seraya menatap keindahan makhluk ciptaan Tuhan.

Wajah tegang nan tampan itu diamati lama. Kenapa ekspresi pemuda itu nampak macam marah sangat? Seolah-olah sedang cuba menenangkan diri daripada meledakkan gunung berapi.

Bila lelaki marah, perempuan perlu buat apa?

Diam.

Ya, itulah perbuatan terbaik yang perlu dilakukan kaum Hawa. Jangan menambahkan minyak petrol pada api yang marak menyala.

Lufya membisu seribu bahasa. Dia sengaja mendepankan tubuh bagi melihat pemuda itu dengan lebih jelas. Mata tersorot umpama kanta pembesar.

Jejaka itu santai dengan jean lusuh, T-shirt kelabu dan jaket kulit coklat. Kepalanya bertutup dengan beanie warna hitam. Kulitnya cerah dan wajahnya bebas tanpa cela. Tubuh pemuda itu tidaklah sesasa mana, namun cukup tegap dan tinggi lampai. Layak sangat jadi model.

"Why are you grinning like a fool?"

Perasan dirinya diperhatikan, pemuda itu sarkastik menegur Lufya. Lufya semakin lebar tayang sengih. Tak terkesan dengan perlian itu.

"I know I've got that on fleek face, kinda sexy, perfect on every single inch. But you don't have to rape me with your eyes."

Amboi, jenis masuk bakul angkat sendiri rupa-rupanya. Perkosa dengan mata? Agak-agak kena tangkap polis tak?

"No. You're not sexy. Just a little bit masculine."

Tenang saja Lufya menyuarakan pendapat. Ketampanan pemuda itu masih jauh untuk mencapai takat skala seksi seorang Lufya. Tapi, suara pemuda itu memang seksi dan husky. Indah saja menusuk telinga. Dengar setiap hari pun, gerenti tak bosan. Amboi, gatal sungguh kau ni, Lufya.

Pemuda itu mengetap bibir geram dan membalas sorotan iris Lufya. Seperti ada yang ingin diungkapkan, namun dia berkeputusan berdiam diri.

"Where are you come from? Greece or Sweeden?" soal Lufya ingin tahu.

"I would love to be your tour guide. I am familiar with all the places around here."

Lufya buat tawaran terbuka meskipun soalannya tidak berbalas. Sekali lagi pemuda itu menjelingnya dengan ekor mata. Jelingan yang membiaskan perasaan pelik bin hairan. Siapa saja yang tak pelik dengan mulut murai tercabut ekor Lufya?

"Don't be afraid of me. I don't have strengh to molest you. I'm just a girl. Small and petite."

Secara logik, memanglah dia tak kuat untuk mencabul seorang lelaki. Erk? Apa hal pula kau fikir hal mencabul lelaki ni, Lufya? Gila ke?

"Awak faham bahasa Melayu, kan? Lama ke bercuti di sini? For business or pleasure?"

Pemuda itu telan liur sebelum mengurut pelipis. Dia mendengus bengang. Berfikir sejenak sebelum membuka mulut.

"Do you know about the seven wonders of the world?"

Soalan mengejut jejaka dingin itu buat Lufya melorek senyum riang. Hesy, sedapnya suara. Boleh buat dodoi di malam hari. Apa yang kau merepek ni, Lufya? Kau ingat si kacak ini suami kau ke? Over sungguh.

"Yes. I know about it."

Tembok besar China, Taj Mahal dan Piramid Giza antara binaan yang termasuk dalam tujuh keajaiban dunia. Lufya taklah bodoh sangat.

"I think they have miscounted on the facts. From my understanding now, it is supposed to be eight instead of seven," sambung jejaka itu sinis.

"What do you mean? It has been seven for all these time." Lufya berkerut kening.

"No, there additional one has been added recently. Aren't you the last one? That is how it became eight."

Jawapan serius yang diiringi tusukan iris helang itu buat Lufya seperti terkena renjatan elektrik. Lama mereka bertatapan.

"Am I really that beautiful? Saya tahu muka saya mirip Selena Gomez."

Lufya menyeringai. Tawanya hampir meledak tika melihat pemuda itu menggumam perlahan. Riaknya masam mencuka. Pasti mengutuk sikap muka temboknya.

"You are not beautiful!" selar pemuda itu bengang.

"Ouch! That hurts..."

Lufya pura-pura memegang dada sendiri. Tanda berkecil hati dengan sindiran pemuda itu. Pemuda itu sekadar tayang muka sombong. Langsung tak minta maaf. Cis, sombong tak bertempat mamat seorang ni. Susah sangat ke nak jawab soalan-soalannya?

"Tadi awak kata saya adalah keajaiban dunia yang kelapan. So, maknanya... Saya cantiklah, kan? Kalau tak cantik, macam mana saya boleh jadi keajaiban dunia?" soal Lufya bersama kening terjongket ke atas. Saja ingin memprovokasi pemuda di sisi.

"Because you talk just way too much. You're just like a walking FM and even more than a Woody Woodpecker."

Lufya gigit hujung bibir. Dia samakan aku dengan siaran radio dan burung belatuk yang suka ketawa terbahak-bahak tu? Tak patut. Tak patut.

"Woody Woodpecker comel apa? Kiranya saya pun comellah, kan?"

"Grrr..."

Pemuda itu mendengus bengang. Lufya tergelak.

"Saya, kalau hati tak tenang, mesti nak cari kehijauan alam. Lari daripada kesibukan kota. Awak pun mesti macam tu juga, kan?"

Dia membuka topik baru bila pemuda itu malas berdebat. Salah satu daripada hobinya adalah membebel dan buat orang di sekelilingnya rasa jengkel.

"You had a beautiful emerald eyes."

Pujian ikhlas terbit dari mulut Lufya. Senyuman manis melata di bibir merahnya. Tidak jemu memandang sepasang iris hijau itu. Anugerah Allah yang jarang dimiliki manusia.

Jejaka berkenaan rasa nak meletup dada melayan kerenah Lufya. Fon kepala yang bergayutan di leher segera dipakai. Dia pura-pura tidur. Mengelak daripada melakukan sebarang interaksi dengan gadis pelik di sisi.

"Rude but cool," tambah Lufya sebelum memejamkan mata. Mengantuklah pula.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro