Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Anak tangga diturun satu per satu. Langkah diatur terus ke ruang makan.

"Morning!" tegur Fadlan. Dia tersenyum melihat ibu bapanya yang sedang bersarapan pagi.

"Morning," balas Dr. Abu Talib.

"Ini perfume yang mama nak tu." Fadlan letak botol minyak wangi yang dipesan ibunya. Ditarik kerusi dan duduk di sebelah ibunya. Dia baru saja pulang dari Perth.

"Thank you. Tapi botol perfume yang Alif bagi lagi besar." Puan Rokiah belek botol minyak wangi itu. Dua minggu lepas, Alif ada datang ke rumah dan hadiahkan minyak wangi kegemaran dia. Alif memang baik. Setiap kali pulang fly dari mana-mana, pasti Alif akan datang ke rumah dan bawakan hadiah padanya. Pandai betul Alif ambil hati dia.

"Mama... Berapa kali angah nak pesan, kalau nak sesuatu beritahu angah aje. Jangan minta kat Abang Alif tu. Angah mampu beli apa pun barang mama nak." Air muka Fadlan terus berubah.

Dia memang tak suka ibunya terima hadiah daripada Alif kerana dia tahu niat Alif yang sebenarnya. Kerana nak dapatkan Fatini, Alif sanggup buat apa saja.

"Mama tak minta pun. Orang bagi, mama ambil ajelah. Tak baik tolak pemberian orang, tahu tak?"

"Kalau pemberian tu ikhlas, boleh la terima. Tapi pemberian kalau harapkan pembalasan, jangan ambil. Dah banyak kali angah pesan, kan?!" Fadlan naik angin. Dipandang wajah Puan Rokiah.

"Alif tu baik orangnya. Kenapa angah tak suka sangat kat Alif tu? Mama tengok Alif tu ikhlas orangnya. Along dan angah sama saja. Suka fitnah Alif macam-macam." Giliran Puan Rokiah pula naik angin dengan anak keduanya.

"Bukan fitnah, mama. Tapi kenyataan. Depan mama bukan main lagi baik tapi belakang mama... Perempuan keliling pinggang. Minum arak! Kaki clubbing, lepas tu..."

"Angah!" jerkah Puan Rokiah.

"Kalau tak suka pun, jangan fitnah Alif sampai macam tu sekali. Alif tu baik orangnya! Datang dari keluarga yang baik-baik. Dia takkan buat semua tu. Along dan angah memang suka burukkan nama baik Alif, kan? Mama tak pernah didik anak mama macam ni. Mana mama nak letak muka ni kalau Puan Sri Jelita tahu? Mama tak nak hubungan mama dan Puan Sri Jelita ada masalah disebabkan along dan angah."

"Inilah masalah mama! Percayakan orang luar lebih dari anak sendiri." Fadlan terus bangun. Hilang terus selera nak makan. Fadlan terus bangun dan tinggalkan ruang makan dengan wajah merah padam menahan marah apabila Puan Rokiah membela Alif.

"Angah! Angah! Nak pergi mana tu? Mama tak habis cakap lagi!" jerit Puan Rokiah.

"Kiah!" Dr. Abu Talib bersuara. Dia hanya diamkan diri saja tadi.

"Abang! Abang nampak sendiri perangai anak teruna abang macam mana?" Puan Rokiah mengadu pada Dr. Abu Talib.

"Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin," kata Dr. Abu Talib sebelum bangun tinggalkan Puan Rokiah. Dia sudah habis sarapan.

Puan Rokiah mengetap bibir.

"Anak-beranak sama saja. Dua kali lima." Dia sambung semula makan nasi goreng yang dimasaknya. Dia cuba tenangkan api yang membara dalam hatinya.

Pintu diketuk dua kali sebelum tombol pintu dipulas. Kepala dimasukkan sedikit apabila pintu dibuka.

"Assalamualaikum..." Langkah diatur memasuki bilik kecil yang dijadikan seperti pejabat.

"Waalaikumussalam," jawab Zahid dan Intan serentak. Mereka berdua tersenyum melihat Fatini. Hampir 3 tahun mereka tak jumpa Fatini selepas sambung PhD di Switzerland.

"Weh... Comelnya budak ni!" Pandangan mata Intan tetap pada Baiduri yang didukung oleh Fatini. Dia hampiri Baiduri dan hulurkan tangan untuk ambil Baiduri.

"Budak ni lagi comel dari dalam gambar la," kata Intan. Kini Baiduri didukung oleh Intan.

"Dia mahu kat aku la."

"Dia dengan sesiapa pun tak kesah," jawab Fatini seraya letak beg yang mengandungi barang keperluan Baiduri seperti Pampers, pakaian salinan, botol susu dan macam-macam lagi. Bila dah jadi seorang ibu, semua ini perlu dibawa ke mana-mana.

"Abang... Comel, kan?" Intan menoleh ke arah suaminya Zahid.

"Memang comel!" Zahid setuju dengan kata Intan.

"Weh... Fatini, aku booking Baiduri ni jadi menantu aku bila besar nanti."

"Weh... No booking, okey! Anak aku ni kecik lagi." Fatini terus ambil semula Baiduri dari tangan Intan. Kalau Baiduri dah besar nanti, dia nak Baiduri kahwin dengan orang yang Baiduri suka.

"Kedekut!"

Fatini jelir lidah pada Intan.

"BFF tapi baru jumpa dah nak gaduh." Zahid geleng kepala. Mereka bertiga sahabat baik sejak sekolah menengah lagi. Persahabatan mereka tetap kukuh hingga sekarang malah mereka buka Seroja Cafe bersama-sama. Sudah hampir 6 tahun, mereka bertiga uruskan business ni. Alhamdulillah Seroja Cafe mereka dapat sambutan dan akan buka cawangan yang keempat di Bangi pula. Kesemua cawangan kafe mereka di sekitar Selangor memang dapat sambutan.

Seroja Cafe berkonsepkan old english menghidangkan menu fusion. Kafe mereka juga boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 11 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 12 tengah malam.

"Ala... Gaduh-gaduh manja." Fatini terus duduk di atas sofa. Dia sudah janji nak jumpa Intan dan Zahid di Seroja Cafe cawangan Petaling Jaya. Lagipun dia rindu nak berborak dengan Intan dan Zahid. Walaupun sering berhubung dengan WhatsApp tetapi perasaan tu tak sama.

Intan terus duduk di sebelah Fatini.

"Mana adik-adik kembar kau?"

"Ada hal. Nak jumpa kawan katanya. Lepas dua jam nanti mereka ambil aku," jawab Fatini seraya letakkan Baiduri di atas sofa. Dikeluarkan teddy bear kegemaran Baiduri. Baiduri ketawa melihat teddy bear itu. Dipeluk dan dicium teddy bear itu berulang kali.

"Baguslah. Boleh kita borak lama-lama. So, apa pelan kau nak cari Anas lepas ni?" tanya Zahid.

"Itulah... Aku tengah fikir sekarang ni. Alamat tu saja harapan aku. Dah jadi macam ni, otak aku terus blur."

"Apa kata kau upah PI?" Zahid beri cadangan.

"Private investigator?"

"Ya. Kau upah mereka cari maklumat pasal Anas."

"Boleh percaya ke? Mahal tak upah dia? Aku tak pernah upah PI sebelum ni."

"Don't worry. Aku ada kawan PI. Kalau kau setuju, aku suruh dia jumpa kau."

"Boleh la! Apa-apa pun, aku kena ikhtiar."

"Weh... Entah-entah Anas tu tipu kawan kau? Masa nak tackle, cakap bujang tapi kat Malaysia dah ada anak bini. Bila bini kat sini dah tahu, terus dia tinggalkan kawan kau kat sana." Intan suarakan pandangan dia.

"Isy... Tak baik cakap macam tu. Sayang tahu tak, cakap macam tu dah kira fitnah. Kita tak tahu apa sebenarnya dah berlaku kat Anas tu." Zahid menyampuk.

"Alah... Semua laki sama saja! Habis madu sepah dibuang."

"Tak semua lelaki macam tu. Masih ada lagi lelaki baik kat dunia ni."

"Abang kan lelaki. Memang confirm abang backup kaum sejenis abang, kan? Perangai lelaki ni bukan boleh diduga. Abang pun sama. Dulu sebelum kahwin nampak elok saja. Lepas kahwin berubah sepenuhnya. Lepas makan, terus tinggal pinggan cawan. Biar macam tu saja. Saya pula nak kena kutip lepas tu basuh. Dah la saya juga yang masak."

"Eh... Mengata abang pula. Sayang pun sama aje. Baju-baju dah pakai asyik campak merata tempat. Tak reti langsung masukkan dalam bakul baju. Hari-hari abang kena kutip." Zahid tak mengaku kalah. Masing-masing buka aib sendiri.

"Guys! Stop it! Takkan nak gaduh depan Baiduri kut?" Dijuih bibir ke arah Baiduri yang masih bermain dengan teddy bear.

Intan dan Zahid terus berdiam diri.

"Bergaduh hari-hari tapi anak dah empat orang." Fatini tersenyum.

"Ala... Gaduh manja. Kau tak kahwin lagi, apa kau tahu?" Intan turut sama tersenyum. Dia dan Zahid memang selalu bergaduh tetapi sekejap aje.

"Lupa pula, kau nak minum apa?" tanya Zahid. Dia terus bangun.

"Fresh orange."

"Baiduri?"

"Tak payah! Nanti aku buat susu kat dia." Ditoleh ke arah Baiduri yang masih bermain.

"Okeylah! Kau boraklah dulu." Zahid terus keluar tinggalkan Intan dan Fatini.

"Kau dah balik Malaysia, Alif ada ganggu kau lagi ke?" tanya Intan.

"Hmmm... Sejak aku balik ni, belum lagi. Mesti dia fly mana-manalah tu. Aman hidup aku kalau dia tak ada."

"Auntie still paksa kau kahwin dengan Alif lagi ke?"

Fatini angguk kepala perlahan-lahan.

"Aku tak faham betul dengan auntie. Asyik backup Alif tu saja. Kau tu anak kandung dia. Patutnya auntie backup kau."

"Dah nasib aku, Intan. Nak buat macam mana? Satu pun cerita aku, mama aku tak percaya. Alif tu jenis mulut manis. Pandai ambil hati mama aku sebab tu mama aku sayangkan Alif tu dari anak dia sendiri." Fatini cuba tersenyum. Hakikatnya dia kecil hati dengan sikap ibunya sendiri.

Intan mengusap bahu sahabatnya perlahan-lahan. Dia kasihan dengan nasib Fatini. Sejak kenali Alif, hidup Fatini tak pernah aman. Hari-hari kacau hidup Fatini. Alif begitu obsess dengan Fatini. Hidup Fatini sentiasa dibelenggu dengan ketakutan.

"Well! Don't worry about me, Intan. Aku dah kuat sekarang ni. Sejak Baiduri hadir dalam hidup aku, mental dan fizikal aku dah kuat. Kalau aku tiada, siapa lagi yang nak jaga Baiduri nanti? Aku takkan biarkan Alif hantui hidup aku lagi." Fatini cuba tersenyum. Ikutkan hati, dia ingin balik putar masa.

Kalaulah beg tangannya tidak diragut masa itu, Alif takkan tolongnya tangkap peragut bag tangannya. Itulah kali pertama dia kenal Alif. Dan juga kalaulah dia tak ikut temani ibunya ke kenduri Puan Sri Jelita, dia takkan jumpa Alif buat kali kedua.

Sejak hari itu, Alif mula sukakan dia. Hari-hari Alif ajak dia keluar. Setiap hari Alif telefon dia sehingga dia rimas. Mana-mana lelaki yang rapat dengan Fatini, teruk dibelasah oleh Alif kerana cemburu. Menyesal pun ada tetapi apa boleh buat, takdir yang temukan mereka berdua.

Tiba-tiba Zahid meluru masuk. Wajah pucat lesi seperti nampak hantu.

"Fatini, Alif datang," beritahu Zahid. Tadi pekerjanya beritahu yang dia ternampak Alif di tempat parkir kereta. Disebabkan kejadian beberapa tahun yang lalu, semua pekerja kafe kenal dengan Alif.

"Apa?!" Fatini terkejut dan terus bangun. Jantungnya turut berdegup laju. Dia mula gelisah. Mula rasa seram sejuk.

"Better kau keluar ikut pintu belakang," kata Intan. Kalau Alif jumpa Fatini, tak tahulah apa Alif akan buat pada Fatini lagi. Tiada siapa boleh jangka dengan sikap panas baran Alif yang seperti bom itu.

"Tapi..." Fatini serba salah jadinya. Kali terakhir Alif datang sini, teruk kafe ini jadinya selepas Alif mengamuk mencari dirinya. Habis kerusi meja dimusnah oleh Alif. Kali ini tak tahu apa pula Alif akan buat.

"Alif tu biar kami uruskan. Tahulah kami nak buat macam mana. Kau bawa Baiduri keluar ikut pintu belakang tu. Cepat!" Intan mengambil Baiduri dan diserahkan kepada Fatini.

Fatini capai beg Baiduri sebelum dirinya ditarik oleh Intan. Pintu belakang kedai dibuka. Intan bawa Fatini keluar.

"Cepat! Lari! Nanti sampai hotel, kau call aku," pesan Intan.

Fatini angguk kepala beberapa kali. Langkah diatur laju melalui jalan belakang. Dipeluk erat tubuh Baiduri yang masih pegang teddy bear. Hakikatnya Fatini takut kalau Alif tahu pasal Baiduri.

Kolar baju pekerja kafe itu ditarik dekat dengannya. Alif bertambah bengang apabila dirinya dihalang pekerja itu dari memasuki belakang kafe itu.

"Kau siapa nak halang aku, hah?!" jerkah Alif. Dia tak peduli dengan mata-mata yang berada di dalam kafe itu.

"Encik, saya minta maaf. Itu kawasan larangan. Hanya staf sini saja boleh masuk.

"Pergi jahanam dengan kawasan larangan kau tu!" marah Alif. Pekerja itu ditolak dengan kasar sehingga terjatuh di atas lantai. Pekerja-pekerja kafe yang lain bantu pekerja kafe yang jatuh tadi.

Alif cuba melangkah tepi sekali lagi dirinya dihalang oleh beberapa orang pekerja kafe itu. Alif mengetap bibir memandang mereka.

"Fatini, I tahu you kat dalam tu. Sebelum I jahanamkan kafe ni lagi, baik you keluar!" jerit Alif. Apa-apa pun yang terjadi, dia mesti jumpa Fatini hari ini. Dia terkejut apabila dapat tahu yang Fatini sudah pulang ke Malaysia. Ikutkan minggu depan, baru Fatini balik.

"Wah... Senang betul kau nak jahanamkan kafe orang, kan! Mentang-mentanglah, famili kau banyak duit. Suka hati kau aje nak musnahkan periuk nasi orang." Intan bersuara. Dia dekati Alif bersama suaminya.

"Like I care. Mana Fatini? I tahu Fatini ada di sini."

"Fatini tak ada. Minggu depan kan baru dia balik?" bohong Zahid.

"Bohong! You sengaja sembunyikan Fatini, kan?!"

"Hei, Alif! Kau tak faham bahasa ke? Kau nak aku cakap bahasa apa supaya kau faham, hah! Kami tak jumpa Fatini pun. Baik kau berambus dari sini sebelum aku repot polis." Intan naik angin.

"Nak repot! Repotlah! I tak peduli. Selagi I tak jumpa Fatini..." Alif mencapai kerusi yang ada dekat dengannya.

"I akan musnahkan kafe ni." Alif angkat kerusi itu.

"Buatlah! Kau buatlah apa kau nak buat tapi kau perlu tahu..." Intan tunjuk ke arah kamera yang ada di setiap sudut kafe itu.

Wajah Alif berubah.

"Kali ni, aku takkan repot polis tapi aku akan upload kat Internet. Biar jadi viral. Biar satu Malaysia tahu siapa kau sebenarnya terutama sekali Auntie Rokiah," tambah Intan lagi. Dia tahu kalau dia buat laporan polis pun, kes tu senyap macam tu saja. Maklumlah keluarga Alif ada connection.

Dengan segera kerusi itu diletak semula, wajah Alif bertukar pucat lesi selepas diugut Intan. Pandangannya masih pada wanita yang bertudung litup itu.

"Fine! I percaya cakap you, Intan. But, you beritahu bestfriend you tu, I akan cari dia sampai jumpa. Menyoroklah kat mana pun, I tetap akan jumpa dia juga," kata Alif sebelum berlalu pergi keluar dari kafe itu.

Langkah diatur ke kereta dengan wajah marah. Alif berhenti secara tiba-tiba. Dikeluarkan telefon pintarnya. Didail nombor telefon seseorang.

"Aku ni! Aku ada job untuk kau," kata Alif dengan wajah serius. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro