Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌀 BAB 3 : Terasa Hati

Sejak kejadian Suga, Jin dan Namjoon bertekak, hampir dua minggu jugalah mereka tidak bertegur sapa sesama sendiri.

Namjoon masih lagi boleh berbual dengan adik-adik Jin yang lain, tapi bukan Suga.

Suga pula masih dalam proses mogok. Masih menyampah barangkali dengan Namjoon.

Sejak peristiwa itu, Suga langsung tak lekat di rumah. Dia selalu keluar. Kalau ada kat rumah pun, dia selalu main HP dan on call dengan gf dia.

Jin? Sepanjang dua minggu ni dia tak pernah nak bercakap dengan siapa-siapa . Lepas je fajar menyinsing , dia siapkan sarapan untuk adik - adik dan terus pergi kerja.

Ya , dia terasa.

Dia sedih. Dia cukup terkilan dengan perangai Suga. Masalahnya, pasal Suga, adik-adik yang lain pun kena tempias.

Memanglah Jin siapkan sarapan, kemaskan rumah, ironkan baju, tapi. Satu je dia tak buat.

Dia..

Tak hantar adik-adik dia pergi sekolah.

Imbas Kembali >>

"Aik, mana Jin hyung? Dia dah siapkan sarapan tapi tak ada? Kereta pun tak ada.", soal Jimin kepada adik-beradiknya.

"Mungkin Jin hyung ada hal urgent, sebab tu dia pergi dulu.", jawab J-Hope.

" Kalau adik kata abang ii ni bod*h ,marah. Tak ingat ke apa jadi semalam? Kan Jin eomma bertekak dengan Suga hyung. Eomma terasa hatilah tu. Sebab tu dia just siapkan sarapan kita.

Dia mungkin dah tawar hati nak hantar kita semua ke sekolah. Mungkin dia terfikir, apa guna dia hantar kita semua ke sekolah hari ii, bayarkan yuran, belikan itu ini , bagi duit belanja, sedangkan kita....

Kita.... Pergi sekolah 'bergaduh', 'bertumbuk', tak belajar, ponteng kelas. Mungkin Jin eomma terfikir, apa guna dia bertungkus-lumus sedangkan kita merepek kat sekolah?", balas Jungkook dengan gaya yang sangat ii matang dan sinis.

Sengaja dia menekankan perkataan 'bergaduh' dan 'bertumbuk' itu. Biar Suga dapat penangan sikit.

"APA MASALAH KAU BUDAK KECIK! KAU TAK TAHU APA II SENYAP!" Tengking Suga .

Suga terus mengambil hp nya dan berlalu ke luar rumah. Datinglah tu. Dalam keadaan macam ni pun sempat lagi.

"Mak....na...nya....", Jimin menyampuk. Suara dia terketar-ketar. Kata - katanya ibarat tersekat di kerongkong. Hati Jimin mula terusik. Dia dah mula nak menangis.

• Jimin ni lembut. Dia agak 'sotong' sikit. Tak pastilah betul - betul sikit je 'kesotongan' dia tu.

" Maknanya hukhuk.", Jimin menyambung. Kali ini air matanya tidak dapat dibendung lagi.

"Jin hyung jauh hati dengan kita. Dia terasa sangat ii. Jadi, kita kena pergi sekolah sendiri. ", sampuk V.

(Dah Jimin susah sangat nak cakap. Daripada tadi , 'maknanya', 'maknanya'. V pun menyampuklah.)

" Tapi, macam mana kita nak pergi? ", tanya JHope yang dari tadi membisu.

" Pak Cik Samsung kan ada. Lupa ke yang kita ada driver? Jin hyung tu je yang baik hati sangat nak hantar kita. Padahal kita ada driver. ", jawab V.

J-Hope, Jimin dan Jungkook tepuk dahi sebaik sahaja teringat akan kewujudan Pak Cik Samsung.

Namjoon? Dia dah lama pergi kerja. Dia baru ada kereta sendiri minggu lepas. Jadi, dia pergi kerja sendiri.

" Pak Cik Samsung, hantarkan kami ke sekolah. Kami tahu awal lagi, sajeje nak pergi awal. ", kata Jungkook kepada Pak Cik Samsung.

'Nampaknya Jin hyung betul ii merajuk.' Monolog JHope dalam hati.

Yalah, bayangkan. Jin tu sanggup bersusah-payah jaga adik ii dia. Tapi, ini yang adik ii dia balas? Lagi ii Suga. Langsung tak rasa bersalah.

' Sorang salah , semua kena.'

Disebabkan Suga yang buat hal, AAJ yang lain kena palau. 😭

****

Malam , di rumah

Semua adik-adik Jin berkumpul di ruang tamu kecuali Jin dan Suga. Suga dari tadi tak balik-balik.

Jin pun sama. Selalunya dia akan balik pukul 12 pagi. Banyak tugas yang perlu disiapkan. Almaklumlah, ahli parlimen.

" Ada apa - apa cadangan untuk pujuk Jin hyung?", Namjoon menyoal sekaligus memulakan perbincangan.

∆∆∆∆

Korang ada cadangan? Macam mana nak pujuk Jin ni ? Tolonggggg. Saya kekeringan ideaaaa. 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro