🌀 BAB 24 : Curiga
Kediaman JAB* ( Jin Adik-beradik )
" Owh , Pn. Kim , jemput masuk . Duduklah dulu ye , sekejap saya buatkan air . "
**
**
Rumah ni makin lama makin sunyi , orang gaji pun saya bayar untuk lima hari je seminggu sebab adik - adik dah pandai uruskan semuanya sendiri .
Namjoon , Suga , Jimin dan Jungkook sibuk bekerja , bertambah sunyilah rumah ni .
Lagi - lagi lepas sorang - sorang keluar dari rumah ni . Mula - mula V , tinggal dekat hostel suami puan sekeluarga dah sekarang .
Lepastu J - Hope pula dah kahwin . Bila suruh tinggal sekali dengan isteri dia dekat sini , dia kata mak mentua tak benarkan sebab isteri dia ada rumah sendiri . Yelah , betul juga tu . Dia dah kahwin , terpaksalah berpisah dengan kami kan , Puan Kim ?
Eh , maaflah Pn. Kim , saya tak sengaja cerita panjang lebar . Tak sedar . Maaf , maaf . Jemput minum , puan . " , jemput Jin kepada Puan Kim sambil menuangkan air yang telah dibancuh olehnya sebentar tadi .
" Eh , tak apalah . Saya sudi dengar . Tak perlulah berpuan - puan , panggil je mak cik .
Terima kasih atas layanan kamu , bagus sangat . Maaf sebab mengganggu , acik datang ni nak bincang tentang anak acik tu , Kim Dani dan V .
Acik bercadang nak cepatkan tarikh perkahwinan mereka . Yelah , Kim Dani tulah satu - satunya anak gadis kami , jadi kami takut tak sempat tengok dia berkahwin .
Usia kami makin meningkat pula tu . Ha tu , suami acik tu ada penyakit hipertensi ( tekanan darah tinggi ) , tinggi kolestrol dan BMI ( Body Mass Index ) dia melebihi berat badan unggul .
Acik ni pula , cepat lelah , asma . Takut acik kalau tak sempat tengok diorang kahwin .
Acik harap sangat kamu pertimbangkan hajat acik tu . Kamu nak wang , beritahu je . Kami akan beri . " , kata Pn. Kim .
****
" Apa ? Tiga bulan dari sekarang !? Pakcik janganlah bergurau dengan saya hiihi " , jerit V .
" Iya , tiga bulan depan . Abang sulung kamu pun dah setuju , makan masa dua hari dia buat keputusan . " , balas En. Endi iaitu ayah kepada Kim Dani .
" Tapi pakcik .. Kenapa tak bincang dengan saya dulu ? Saya rasa macam terburu - buru sangatlah pula . Lagipun kami baru je habis sekolah tahun lepas . " , tutur V .
" Ala , bukannya kamu kena kahwin dengan orang lain , kan dengan tunang kamu sendiri . Lagipun kami dah selesa dah dengan kamu ni . Kami percaya kamu boleh jaga anak kami . " , balas En. Endi .
****
Kedengaran pintu bilik Jin diketuk oleh seseorang di balik pintunya . Kepalanya segera ditolehkan sambil diangkat sedikit .
" Ya Namjoon , masuklah . Pintu tak kunci pun . " , Jin separa melolong .
Pintu kemudiannya terus dikuak oleh Namjoon yang memakai kemeja - T hitam serta seluar tidur putih berkain satin berkilat .
" Aik , macam mana hyung boleh tahu Joon yang ketuk pintu ? " , soal Namjoon kepada Jin yang matanya tidak berganjak dari mata pena serta dokumen - dokumennya di atas meja .
" Dengar cara ketuk pun dah tahu siapa .. Kalau tak bagi masuk tadi silap - silap pecah pintu tu . Hehe gurau je . Meh Joon duduk sini . " , tutur Jin sambil tangannya ralit mengemas kertas kerjanya .
" Eh , hyung tak payahlah kemas. Sambung je . Joon cakap esok jelah dengan hyung . " , kata Namjoon kerana rasa bersalah mengganggu kerja abangnya .
" Eh tak apelah , tadi tu tinggal tanda tangan je . Dah duduk sini . " , kata Jin sambil menepuk - nepuk tilam empuk di bahagian depannya itu .
Namjoon akur .
" Joon tak tahu nak mula dari mana tapi .. Tak rasa terburu - buru sangat ke nak kahwinkan V tu ? " , soal Namjoon secara terus kepada Jin tanpa sebarang dalih .
" Owh , pasal tu .. Aloo , kamu tahu kan .. Umur kita semua makin meningkat , bukannya makin muda .
Sebenarnya macam ni .. Kim Dani tu merupakan satu - satunya anak En. Endi dan Pn. Kim . Tambahan pula , mereka dianugerahkan Kim Dani tu semasa masing - masing berusia 44 dan 42 tahun .
Mereka takut tak sempat tengok anak mereka bahagia . Lagipun .. Tak salah pun kan ? Mereka kan dah bertunang . " , jelas Jin .
" Owh macam tu .. "
" Lagi ? " , soal Jin
" Apa yang lagi ? " , soalan daripada Jin dibalas semula dengan soalan oleh Namjoon .
" Perkara apa lagi yang kamu nak bincangkan dengan abang . Abang kenal kamu , kalau pasal adik - adik , kamu lebih suka PM abang . Ini tak , sampai datang sini . " , kata Jin .
Namjoon hanya menunduk ke bawah .
Agak lama keadaan dibiarkan sunyi . Hanya kedengaran bunyi putaran bilah kipas siling .
" Joon ? " , soal Jin .
" .... " , Namjoon masih membisu .
" Joon , kamu okey ? " , soal Jin kembali .
" .... "
" Owh .. Abang tahu kenapa ...
Joon , kamu pun nak kahwin kan ? Nak buat sekali ke dengan majlis V ? Kalau nak , abang boleh masukkan dalam perancangan . "
Namjoon terkedu . Penasaran rasanya apabila abangnya itu mengetahui niat sebenarnya ke situ .
" Iy-- Iya Joon nak kahwin . Ta-- tapi .. " , akhirnya , dia memberitahu hasrat sebenarnya , lama Namjoon berjeda .
Jin menganggkat sebelah keningnya , tanda tidak faham .
" Tapi dia tu sebenarnya pembawa talasemia . " , kata Namjoon .
" Hah , apa tu ? " , soal Jin dalam nada benar - benar musykil .
" Talasmia ni sebenarnya penyakit darah bawaan gen . Kiranya penyakit keturunan . Kumpulan penghidap talasemia ni ada dua . Pertama , pembawa . Kedua , pesakit .
Bagi pesakit talasemia , mereka kurang darah . Pesakit talasemia ni perlu jagaan rapi . Biasanya tiap-tiap hari akan ulang-alik ke hospital . Ataupun hospital tulah rumah pertama mereka .
Bagi pembawa talasemia pula , dia yang akan mewariskan gen talasemia tu kepada anak dia . Bergantung kepada orang yang dia kahwini .
Kalau pembawa talasemia kahwin dengan orang normal , 25% kemungkinan antara anak mereka akan ada pembawa talasmia juga .
Kalau pembawa atau pesakit talasemia kahwin dengan pembawa , ada anak mereka yang pembawa dan pesakit .
Kalau pesakit kahwin dengan pesakit , sememangnya anak mereka akan jadi pesakit talasemia .
Kat dunia ni hyung , 1/10 daripada setiap manusia merupakan pembawa talasemia .
Cumanya sekarang ni Joon cuma risau andai kata bila Joon kahwin dengan dia , anak Joon pula akan jadi pembawa talasemia , nanti dia pula yang susah nak cari pasangan dia . Macam mana tu hyung ?
Patut ke Joon teruskan niat Joon nak kahwini dia ? " , terang Namjoon panjang lebar .
Renek peluh mula kelihatan di dahi Namjoon . Wajahnya diraup kasar jelas menggambarkan bahawa fikirannya sedang kusut .
Lama mereka berdua berdiam .
Jin menundukkan kepalanya , mindanya giat menyusun kata kemudian dia menarik nafasnya sedalam yang boleh .
Lantas , wajahnya diangkat semula . Dengan pandangan yang manis , Jin mula bersuara .
" Joon , dalam dunia ni soal kelahiran , ajal , maut dan jodoh memang kita tak boleh ubah . Andai kata perempuan tu jodoh Joon , pada akhirnya memang Joon akan kahwin dengan dia .
Joon cuba fikir . Ada banyak kebaikan di sebalik penyakit dia . Bila dia tahu dia pesakit talesemia , dia akan bersungguh - sungguh untuk cari lelaki yang sihat dan mampu terima dia seadanya .
Dengan ni , dia boleh buat pilihan yang terbaik . Tak macam orang lain yang main petik je siapa - siapa untuk dikahwini dan akhirnya tak bertahan lama .
Kalau Joon dah sayang dia , takkanlah Joon tak boleh terima hakikat kan ?
Bila nanti Joon ada anak yang juga penghidap talasemia , dia takkan salahkan Joon .
Memang susah dia nak cari pasangan yang sihat dan mampu terima dia seadanya semata-mata nak jaga keturunan dia .
Tapi Joon kena ingat , suratan takdir kita telah tertulis . Joon boleh handle semua ni dengan sebaiknya . Abang kenal Joon . " , balas Jin bagi menenangkan Namjoon .
Tangannya diletakkan di atas bahu adiknya yang pertama itu .
Namjoon terdiam seketika .
Kemudian tangannya perlahan-lahan menggapai tangan abang sulungnya itu .
" Te- terima kasih , hyung . Joon tak tahu nak cakap apa . Hyung je yang faham Joon . "
" Abang kan abang kamu . Abang akan selalu ada bila kamu pelukan .
Apa - apa pun , setahu abanglah kan , dalam adik-beradik kita ni Jungkook je pembawa talasemia . Sebab mak dulu pembawa talasemia .
Jadi maknanya Joon boleh je lah kahwin dengan perempuan idaman Joon tu , rasanya .
Yelah , Joon sihat je and bebas talesemia . " , kata Jin .
" Iya . Betul tu hyung . Terima kasih . Takpelah hyung , lain kali kita bincang ye . Hyung tidurlah dulu . Joon tahu hyung penat . Nah , midnight kiss . " ,
Kata Namjoon kemudian mengucup dahi abang kesayangannya itu .
Jin terpana . Bukan kerana sikap pelik Namjoon namun kerana suasana tiba-tiba terasa hangat .
" EYY , KAU KENAPA WEYH ! " , Jerit Jin geli . Tanpa sedar tangannya menolak Namjoon dari katil .
Gedebuk !
" Yah , hyung sakitlah ! " , marah Namjoon .
" Kiss kau tu simpan untuk bakal isteri kau . Suka - suka je nak kiss dahi abang . Geli tahu tak ? " , balas Jin kemudian ketawa .
*
*
*
*
¤ • ¤ • ¤ • ¤ • ¤ • ¤ • ¤
Jaw'sCafe
Hari ini merupakan hari di mana V off-day . Dia bersiar - siar ke Jaw'sCafe dengan perasaan gembira .
Hari ini dia hanya ingin bergembira- menggunakan masa sebaik mungkin .
Air koko panas dan roti serunding ayam dipesan . Dengan perlahan , dia menyisip air koko itu .
" Ah , segarnya rasa . Tiba - tiba rindu siblings . Huwa , biasanya waktu macam ni duduk-duduk kat ruang tamu layan kerenah diorang . " , kata V sendiri .
Tiba - tiba dia teringat pada tunangnya , Kim Dani .
" Hmm , nak call dia lah . Nak tanya khabar . " , monolognya .
Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya . Nombor Kim Dani dicari lalu didail .
Beberapa detik kemudian , V terdengar deringan telefon seorang pelanggan kafe yang berada tiga meja jauh darinya .
Pemilik telefon itu hanya memandang skrin telefon .
Rupa - rupanya Kim Dani berada di kafe sama di mana V kini berada cumanya gadis itu membelakangi V .
Jodoh tak ke mana , kan ?
V berasa sedikit gembira , hatinya berbunga - bunga .
V kemudian mematikan panggilan . Dia bingkas bangun ingin menuju ke meja tunangnya namun perasaan curiga mulai timbul .
' Kenapa ada lelaki lain depan dia ? ' , desis hati V .
Setahunya tunangnya tidak ada adik lelaki mahupun abang lelaki . Mereka kelihatan sungguh mesra bersama .
Lelaki yang bersama tunangnya itu menyuapkan secedok aiskrim kepada Kim Dani .
V hanya memandang dari jauh .
Dia masih cuba untuk bersangka baik .
Namun tanpa diduga secara tiba - tiba pasangan di hadapannya itu berpelukan . Mereka mula melakukan adegan sweet .
V terkedu . Apa sebenarnya yang jadi ni ?
Dia masih cuba bersangka baik . Tidak mahu membuat tuduhan melulu . Dia tidak mahu sikap barannya menguasai diri .
Akhirnya , V mula bersangka buruk .
' Kim Dani yang selama ni tuduh aku curang dengan dia , rupanya dia yang curangi aku ? '
Dia menelefon tunangnya itu semula sambil memerhati dari jauh .
Kali ini tunangnya mengangkat panggilannya .
V hanya bernada biasa . Sengaja ingin menguji kejujuran tunangnya itu .
V : Hello awak~ kenapa tak angkat tadi ? Saya rindu awak tau . Saya cuti hari ni . Jom jumpa .
Dani : Hai awak . Maaflah tadi saya busy . Saya busy dengan assigment lah awak . Nanti saya call awal balik ya ?
V : Oh , maaflah ganggu awak . Kejap, btw awak kat rumahlah tu eh ?
Dani : Tak , saya dekat perpustakaan Uni saya . Cari bahan . Okaylah awak , saya end call dulu , sayang awak muah !
Dengan jiwa yang berkecai , V menurunkan telefon dari telinganya .
' Patutlah lately bila ajak jumpa je kata busy . ' , monolog V sendiri .
V mengangkat telefonnya dan mengambil beberapa gambar Kim Dani . Ya , itu bukti dia curang .
Sejak dari tadi , roti serundingnya tak terusik . Dia kemudiannya memberi roti itu kepada pelanggan yang berada di meja sebelahnya sambil tersenyum manis .
Kemudian dengan wajah muram , dia keluar dari kafe itu dan pantas membuka langkah menuju pulang .
Ya , dia ingin pulang ke rumahnya bukan hostel tempat kerjanya yang dimiliki oleh En. Endi iaitu bakal bapa mentuanya .
Ataupun lebih tepat lagi , bakal bapa mentua tak jadi--
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro