🌀 BAB 2 : Bertekak
Ruang tamu, rumah
"Abang dah kata, pergi sekolah belajar, bukan sibuk bertumbuk. Haihh.. Kan dah menyusahkan abang sekarang." , dengus Jin perlahan.
" Bukan aku yang cari pasal. Dia yang start dulu." , balas Suga dingin .
" Sejak bila kau kuranghajar dengan Jin hyung ni? Apa masalah kau nak 'beraku-aku' dengan dia!?", tengking Namjoon dengan tegas.
"Boleh tak kalau korang jangan sibuk masuk campur urusan aku. Aku dah besarlah, 18 tahun. ", tukas Suga dengan gaya belagaknya.
" KAU NI KAN! " , Namjoon menjerit. Kali ini suara dia naik beroktaf-oktaf kali ganda. (Peliknya ayat 😂)
" Okay okay , Lepas ni abang takkan masuk campur urusan Suga.
Cuma, Suga pula tolong jangan susahkan Abang. Abang ii kamu ni penat bekerja, nak tanggung kamu lagi. Abang bukan nak menyibuk tapi fikirlah sekarang dah kena buang sekolah macam mana ?
Susah tahu tak kalau nak daftarkan kamu ke sekolah baru.", balas Jin yang diam daripada tadi. Dia tidak mahu Namjoon mengamuk lagi teruk.
" Suga hyung tu tak sekolah pun tak ape. Dia boleh kerja. Dia kan dah ada lulusan SPM.
Dia pun dah tak nak sekolah, nak buat apa paksa ii ? Bak kata Jin hyung tadi, Jin hyung juga yang akan susah. Lantak dia lah. Dia dah besar.",
sampuk V dengan nada sakartik. Geram sungguh dia. V dari tadi duduk je kat sofa. Dia nak tengok tv pun susah.
Suga hanya berdiam diri. Barangkali takut dengan teriakan Namjoon tadi. Dia hanya menukur.
{*tekuran = Keadaan menundukkan muka ke arah bawah atau lantai }
Kalau sekali Namjoon menjerit, jiran depan rumah punya cermin tingkap pun boleh pecah. Ye. Itulah Namjoon. Bayangkan setiap hari dia mesti bersemuka dengan 40 orang murid sekelas. Itu baru satu kelas. Kadang - kadang dia ditugaskan mengajar gabungan kelas. (Harap ii faham. Contoh, kelas A + kelas B.) Memang akan senyap satu bangunan sekolah kalau dia menjerit.
berbalik kepada cerita ,
Setelah Suga berjaya mengumpulkan keberaniannya, dia serta merta menjawab. " Betul kata V, aku sekarang dah sepatutnya kerja. Lebih baik aku cari duit daripada menghabiskan duit bayar macam ii kat sekolah. "
~ Suga memang biasa ber 'aku-aku' dengan Namjoon dan adik-adik yang lain. KECUALI Jin. Sebab tulah Namjoon marah tadi.
Lagi satu, Suga ni kembar J-Hope. Kembar tak serupa tapi masih disayangi 😆🌈.~
berbalik kepada cerita
" SIAPA JE YANG NAK AMBIK KAU KERJA KALAU PERANGAI KAU MACAM HANTU PEMBURU NIHHH ! " , lagi sekali Namjoon menjerit. Kali ni semua tingkap jiran depan, sebelah , belakang pecah. 🔥😱😶
"Sudah, sudah", balas Jin tenang.
" APA YANG NAK DISUDAHKAN? BUDAK NI MAKIN MENJADI - JADI !", Namjoon membidas lagi. Kali ni entah apa pulak yang pecah.
" Kau tak payah sibuklah! " - Suga
Maka terjadilah sesi bertikam lidah antara Namjoon dan Suga sehinggalah ..
"SENYAAAAAAAAAAPPP!!!!!"
Haaaa...
Kali ni Jin melolong macam orang yang sedang menghadapi situasi gempa bumi.
Bergegar rumah Jin sekeluarga.
Kali ni jeritan Jin betul-betul menakutkan. Suara jantan yang keluar. Satu perkataan itu sahaja mampu mengunci mulut kesemua AAJ. (*AAJ = Adik adik Jin)
" Kamu semua dah besar, dah besar panjang, dah pandai, pandai - pandailah kamu selesaikan semua ni." , kata Jin dengan nada geram bertambah kecewa .
Jin terus berlari menaiki tangga. Menyampah mungkin.
V yang dari tadi menonton TV, masih lagi dalam keadaan biasa. V kan, kalau apa jadi dia malas nak ambil peduli.
Namjoon? Dia dah keluar dulu. Dia dah selamat masuk dalam kereta. Suga pulak, terus mengurung diri dalam bilik.
• Suga dan J-Hope duduk sebilik.
AAJ yang lain? Diorang dah selamatkan diri dulu. Kalau dah abang - abang diorang bertekak, diorang dah tahu apa yang akan jadi. Silap - silap diorang boleh pekak.
J-Hope hanya memerhatikan Suga. Suga duduk sambil main hand phone.
' Haih , bila lah abang aku Suga ni nak insaf ' , monolog J-Hope .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro