🌀 BAB 14 : Pengorbanan
" Pasal kahwin tu . Kook harap sangat abang - abang semua setuju . " , kata Jungkook sambil tersenyum .
" Tapi .. " , Sambung Jungkook .
" Kook tak bermaksud nak timbulkan salah faham . Maksud Kook ,
Eomma dah boleh kahwin kan ? Yela , Jungkook yang adik bongsu abang ni kan dah graduated . " , Sambung Jungkook .
" Apa kena mengena ? " , Soal Suga .
" Yelah , selama ni eomma jaga kita semua , eomma tak fikir pun pasal nak berumah tangga . Sebab apa ? Sebab eomma nak jaga kita semua . Lagi - lagi eomma fikir , adik - adik dia majoriti masih bersekolah .
Eomma memang risaukan dan sayang kita semua . Sampai Eomma sanggup putuskan pertunangan dengan Cik Bae Yumi . Hanya kerana nak jaga kita semua .
Jadi , Kook terfikir . Sekarang ni , Kook , V hyung dan Jimin hyung dah tamat sekolah .
Kook cadang nak bekerja tahun depan . Urusan sambung belajar , Kook ketepikan dulu . Kook tak nak eomma risaukan Kook waktu sambung belajar sama macam mana eomma risaukan Kook waktu Kook masih bersekolah sebelum ni .
Kook terfikir . Eomma dah berkemampuan . Dah bekerja , dah ada duit , harta , pangkat , semuanya ada . Dalam umur eomma yang sekarang ni , eomma dah mampu kahwin .
Kook rasa bersalah sangat . Sebab , Kooklah yang yang paling manja dengan eomma . Yang selalu nak eomma ada dengan Kook . Yang selalu sangat bergantung pada eomma .
Sebab tu , Kook tak nak eomma terbeban dengan Kook . " , Hurai Jungkook panjang lebar .
Jin adik - beradik terkaku .
Ya , mereka tidak pernah memikirkan kehendak Jin untuk berkeluarga . Yang mereka tahu , Jinlah abang mereka , Jinlah tempat mereka bergantung .
" Haish , Kook ni . Eomma fikirkan Kook yang nak kahwin tadi . " , Balas Jin dengan senyuman .
" Buat masa ni , eomma tak fikir lagi pasal kahwinlah . Adik - adik abang tak pernah menyusahkan abang . Kenapa Kook tiba - tiba cakap macam ni ? " , Soal Jin .
" Maafkan Kook . Kook tak sengaja . Kook terdengar ayat eomma waktu eomma marah Suga hyung beberapa bulan lepas . " , Jujur Jungkook . Air matanya mula mengalir di pipinya . Dia menahan dirinya daripada menangis dengan lebih teruk . Dia tidak mahu air matanya mengalir semakin deras di hadapan abang sulongnya itu.
" Kook dengar , eomma cakap yang -- Tsk , tsk . " , Perkataan Jungkook tersekat di kerongkongnya . Dia hanya tersedu - sedu .
Jin yang terperanjat melihat deraian air mata Jungkook itu lantas menghampiri Jungkook .
Dia mendakap Jungkook dengan penuh kasih .
" Jungkook , haritu eomma cakap macam tu sebab nak buat abang Suga kamu tu insaf . Dan taktik abang berjaya . Suga hyung kamu tu dah insaf dah sekarang . Dah kerja dah pun , dekat Perpustakaan Negara . " , Balas Jin sambil tersenyum riang .
Lantas , Suga memeluk erat abangnya dari belakang . Diikuti adik - adik Jin yang lain .
****
Ruang tamu , Malam
" Suga . Macam mana kerja ? Okey ? " , Soal Namjoon kepada Suga .
" Okey je . Cuma penat sikit . Yelah , jadi kerani perpustakaan tu penat tau . Dah macam jaga kaunter pertanyaan . 😂 " , Balasnya kemudian ketawa .
🍀 Suga sudah tidak dingin seperti dahulu . Tapi itu pun ikut mood dia . 😂
" Ala , biasalah tu kan . Kerja apa je yang senang kat dunia ni . Orang kata , jadi menteri goyang kaki je , sebab duit dah berkepuk . Tapi , hyung tengok Jin hyung tu sibuk memanjang je . " , kata Namjoon secara tak sengaja memaparkan dahinya yang berkerut kerana mindanya ligat berfikir dengan kata - katanya sendiri .
Adik - adik Jin* ( AAJ ) yang lain ketawa sebaik sahaja mendengar kata - kata Namjoon itu .
" Betullah tu , sekarang ni pun Jin hyung tak ada . Kerja banyak sangatlah tu kat pejabat . " , Balas Suga .
AAJ yang lain mengangguk .
" Btw , Kook . Yang pasal Jin hyung marah Suga hyung tu kan , boleh tak Kook beritahu kitorang apa yang Jin hyung cakap ? '' , Soal J-Hope secara tiba - tiba .
" Owh , eomma cakap macam apa yang Kook cakap haritulah .
Dia dah berkemampuan , ada harta , dah kerja , boleh berumah tangga dah . Eomma pun ada ungkit yang eomma sanggup putuskan pertunangan hanya kerana nak jaga kita semua .
Waktu eomma cakap tu , muka eomma memang serius . " , Balas Jungkook mengimbau kembali setiap perkataan yang dihemburkan oleh Jin ketika dia marah .
" Kan Jin hyung dah cakap , dia saje cakap macam tu sebab nak lembutkan hati aku . " , balas Suga .
" Sebenarnya .. " , Kata Jungkook sekerat .
Jungkook menayangkan muka serba salah .
" Kook ? Kenapa ni ? Kalau Kook tak beritahu , sampai bila - bila semua hyung kamu tak tahu apa - apa . " , Kata Jimin sambil mengusap bahu Jungkook .
Jungkook menarik nafas secara kuat . Tarikan nafasnya begitu dalam . Mengumpulkan kekuatannya untuk bersuara .
" Sebenarnya , Kook pernah masuk bilik eomma waktu eomma sedang ralit menaip kat komputer .
Sambil menaip , eomma pasang lagi satu fail kerja dekat sebelah , ala yang kita boleh tengok dua benda dalam satu masa tu bila guna komputer .
Jungkook perasan , desktop wallpaper eomma , gambar eomma dengan kak Bae Yumi . Tu gambar tunang diorang . " , Jelas Jungkook panjang .
Mukanya sejak dari tadi ditundukkan .
Cukuplah suaranya sahaja yang kedengaran , dia agak sebak untuk menatap reaksi wajah abang - abangnya yang lain .
Masing - masing terkedu . Berdosakah mereka selama ini kerana menjadi beban Jin sedangkan mereka sebenarnya mampu menjadi penyeri hidup Jin yang sanggup berkorban segalanya demi mereka ?
Seminit berlalu , masing - masing tidak bersuara .
Pada mulanya , niat mereka duduk di ruang tamu kerana ingin bersantai .
Dalam pada itu , mereka turut menanti kepulangan Jin .
Namun setelah dikejutkan dengan kalam yang terpacul dari dua ulas bibir Jungkook ,
J - Hope dan Suga beransur naik ke bilik perkongsian mereka berdua .
Sementara itu , V terus menutup TV . Baginya , siaran malam itu tidak lagi menarik untuk ditatapi .
Jimin yang dari tadi sibuk membuat rawatan muka berasaskan timun , tomato dan madu itu turut melangkahkan kakinya menuju ke dapur untuk mengemas bahan - bahan itu .
Namjoon pula terus menuju ke perpustakaan mini mereka yang berada di tingkat bawah . Di saat ini , buku ialah penenangnya .
Jungkook yang dari tadi duduk di sofa hanya melihat gerak - geri abang - abangnya .
Kini , minda mereka semua ligat memikirkan satu perkara . Iaitu tentang pengorbanan abang sulung mereka .
Perasaan kesal mulai timbul . Ada yang terus membaringkan diri , ada yang terus berselubung di dalam selimut , ada yang terus berendam di dalam tab mandi , ada yang membilik halaman buku di perpustakaan mini dan ada yang terus termenung di tepi jendela , siapa lagi kalau bukan Suga .
Bagi dia , dialah beban utama abangnya itu .
Dia sering menimbulkan masalah dan menyusahkan Jin . Sejak dia bersekolah sehinggalah dia dibuang sekolah , bukan sekali tetapi melebihi dua kali . Sehingga dia bekerja sebagai kerani di perpustakaan pun , dia tetap menyusahkan Jin .
Pernah sekali , seorang pelajar yang berkunjung ke perpustaakan itu bertanya kepada Suga tentang buku yang ingin dicari . Tidak semena - mena Suga mengamuk sebaik sahaja melihat wajah pelajar yang naif itu .
Katanya , " Kau fikir aku kaunter pertanyaan ? " , Hambur Suga ketika itu .
Kemudian , peristiwa itu tidak dilupakan begitu saja . Bapa kepada pelajar yang dimarahi oleh Suga itu telah membuat aduan berkenaan Suga kepada pihak pengurusan pejabat perpustakaan itu .
Akhirnya , Jin terpaksa campur tangan . Tidak hairanlah mengapa Suga boleh mengamuk secara tiba - tiba .
Rupa - rupanya , pelajar yang berwajah naif itu merupakan adik kepada Bong Sun , bekas teman wanita Suga yang mencuranginya . Sebaik sahaja melihat wajah adiknya secara automatik dia terimbau kembali detik - detiknya dengan wanita yang paling dikasihinya dahulu .
" Jin hyung , maafkan Suga . Suga memang beban hyung . " , Luah Suga namun luahannya hanya mampu didengari oleh J - Hope yang berbaring beralaskan lengannya di atas katil . J - Hope hanya memerhati abang kembarnya itu . Tanpa dia sedari , tubir matanya turut menakungkan air mata .
****
Jungkook mula mengerang apabila lenanya terganggu . Perutnya terasa berat . Seakan ada sesuatu yang menghempapnya .
Sebaik sahaja membuka kelopak matanya , alangkah terkejutnya Jungkook sebaik sahaja mendapati bahawa dia tertidur semalaman di atas pangku Jin . Tangan Jin yang terletak di atas perutnya , Jungkook alihkan dengan perlahan - lahan .
Dia tidak mahu mengejutkan abangnya yang hampir menjangkau usia 28 tahun itu . Wajahnya kelihatan benar - benar letih akibat penat bekerja . Dia bersungguh mencari rezeki untuk adik - adiknya .
🌀 Pengajaran ⭐️
Kalau ada rasa sesuatu atau perasankan sesuatu , berterus teranglah .
Macam Jungkook , dia lambat beritahu abang - abang tentang apa yang dia nampak . Sepatutnya dia beritahu awal - awal , bolehlah berbincang dengan abang - abang .
🌀 Segmen Ilmu 📚
Tak salah nak menipu untuk kebaikan , macam Jin . Terpaksa guna taktik untuk lembutkan hati adiknya .
ΔΔΔΔ
🌀 Terima kasih kepada sesiapa yang masih setia menunggu ff ni . 💜
@Nurul4Wadi
Dear my followers , please mention for followback , ya . 🙆🏻♂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro