Bab 7
Januari, 15, 2014,
Januari, 15, 1997,
Perkara sama berlaku lagi sekali tapi kali ni berbeza sedikit, aku tak tahu kenapa tapi berkemungkinan besar setiap kali aku mati, aku akan berada dalam loop yang berbeza dari yang sebelumnya.
Zulaika pun tak berapa pasti macam mana loop ni berfungsi tapi apa yang dia tahu hanyalah cara nak keluar dari mimpi ngeri ni semua. Katanya dia dapat info tu sendiri tapi setiap kali aku tanya dari mana dia dapat, dia diam.
Aku tak pasti sama ada nak percayakan Zulaika ataupun sebaliknya...
Kali terakhir aku percayakan Anwar, aku kena bunuh...Kalau Zulaika pula?
Buku jurnal itu kemudiannya ditutup semula dan gadis itu kembali fokus semula pada bahan bacaan-nya. Buku yang berjudul 'Miss Peregrine home for peculiar children' yang ditulis dan dikarang oleh Ransom Riggs dibaca oleh Alifah dengan penuh khusyuk dimana imej-imej yang menggambarkan cerita itu mula kelihatan di dalam akal fikirannya semasa sedang membaca buku itu.
Ketujuh-tujuh remaja tersebut semuanya sedang menghabiskan masa cuti mereka di perpustakan atas cadangan Ibrahim tanpa mendapat sebarang bantahan. Mereka semua masih lagi berasa paranoid selepas melihat tragedi yang menimpa Encik Daniel Tomitoka lalu mereka semua lantas bersetuju dengan cadangan Ibrahim itu tanpa banyak songeh.
Di dalam perpustakaan itu, mereka mengambil tempat duduk paling hujung sekali. Mereka membahagi kumpulan mereka menjadi dua dimana dua buah meja yang terletak bersebelahan antara satu sama lain diambil menjadi tempat duduk mereka. Alifah, Zulaika, Adilah dan juga Adriana duduk di satu meja manakala yang selebihnya duduk di meja yang lagi satu. Alifah serta Zulaika duduk menghadap antara satu sama lain lalu mereka kemudiannya berbincang secara rahsia agar dua orang lagi gadis yang duduk disebelah mereka itu tidak mengesyaki apa-apa.
"Adriana..." Adilah memanggil tanpa mengalihkan pandangannya daripada perenggan buku yang sedang dibacanya. Buku yang berjudul 'Coraline' yang dikarang oleh Neil Gaiman. "Kau lapar tak?"
"Lapar lah juga. Nanti lepas ni kita pergi kedai beli barang lah sekejap." balas Adriana lalu dia berdiri dari tempat duduknya dan membuka langkah menuju ke rak buku yang berdekatan. Adilah mula berasa bosan, jadi dia menutup sedikit bukunya dan menoleh ke arah dua orang lagi rakannya untuk bersembang kosong namun mereka kelihatan serius sambil masing-masing mengklik pen mereka mengikut ritma yang langsung tidak dia ketahui. Lain pula bagi Ibrahim, dia pada mulanya berasa hairan dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua gadis tersebut namun lama-kelamaan dia mulai sedar yang mereka berdua sedang berbual dengan menggunakan kod morse yang selalunya digunakan pada platform telegraf.
"Kod morse? Macam mana kau tahu?" Anwar bertanya selepas rakannya itu memberitahunya. Ibrahim lantas berdiri dari tempat duduknya dan menyuruh Anwar mengikutnya menuju ke sebuah rak buku yang berada di sebelah Barat mereka.
"Aku tahu lah! Aku selalu berangan nak main dengan kod morse lepas aku jumpa telegraph atuk aku dulu. Itupun sebelum mak tiri aku rampas and jual secara paksa!" ujar Ibrahim dengan nada yang marah sambil matanya ligat mencari senaskah buku tatkala mereka tiba di rak tersebut. Dalam ketika itu, secara tiba-tiba mereka berdua terbau sesuatu yang sangat busuk. Anwar lantas menutup mulut dan hidungnya dengan tangan kanannya manakala Ibrahim mula membuat pelbagai riaksi wajah jijik.
"Busuknya! Kau bau ke tak?!" Anwar bertanya kepada rakannya tetapi Ibrahim langsung tidak dapat fokus tatkala bau busuk itu semakin kuat. Manakala mereka yang lain yang berada di meja pula, mereka juga mula membau bau yang tidak menyenangkan itu. Khadijah lantas menggigil di tempat duduknya kerana dia amat kenal bau tersebut. Dia ingat tatkala dia mengalami mimpi ngeri mengenai sumpahan pekan tersebut beberapa minggu terdahulu. Adilah yang perasan akan riaksi wajah adiknya yang kelihatan gelisah yang teramat itu lantas menghampirinya lalu meletakkan tangannya di atas bahu adiknya itu. Dengan serta merta, Khadijah menjerit dan mula berhisteria di atas lantai perpustakaan tersebut. Mereka yang lain dengan lantas menghampiri gadis itu untuk membantunya.
"Apa dah jadi?" Zulaika bertanya.
"Khadijah! It's okay! Kitaorang semua ada dekat sini!" Alifah berkata manakala Adilah serta Adriana cuba untuk menenangkan gadis itu dengan memeluk tubuhnya yang sedang meronta-ronta.
"Bawa dia pergi klinik weh!" Anwar memberitahu mereka dan dalam masa yang sama, seorang pustakawan perempuan menghampiri kumpulan remaja tersebut lalu Adilah, Adriana serta pustakawan tersebut mula membawa Khadijah ke tempat lain. Kerisauan mula membanjiri fikiran mereka semua tatkala bau busuk itu masih lagi menusuk rongga hidung mereka.
"Korang ada bau apa-apa tak?" Alifah bertanya kepada rakan-rakannya dimana mereka semua hanya menganggukkan sahaja kepala mereka. Dek kerana Ibrahim mula berasa tidak senang duduk, dia lantas meminta diri lalu membuka langkah meninggalkan mereka semua.
"Weh! Sabar! Tunggu aku sekali!" Anwar berkata dengan nada yang tinggi tatkala jarak mereka yang agak ketara. Lalu, dengan tangkas budak lelaki itu menyentap beg biru miliknya sebelum mengambil langkah seribu meluru ke arah Ibrahim. Selepas keadaan menjadi sedikit reda, Zulaika membuka langkah kembali ke tempat duduknya tanpa berasa bersalah atau risau yang mana membuatkan Alifah berasa sedikit bengang dengan tingkah laku rakannya itu yang mengambil perkara sambil lewa.
"Aku tahu kau rasa bengang tapi tak payah nampak ketara sangat riak wajah tu." Zulaika lantas berkata kepada gadis itu dimana Alifah dengan serta merta berlalu pergi menuju ke tempat lain. Kedua-dua tangannya digenggam sehingga menjadi pucat tatkala dia masih lagi berasa bengang dengan rakannya itu sehingga dia langsung tidak menyedari seorang budak lelaki yang tidak pernah dia jumpa mahupun lihat di dalam pekan itu secara tiba-tiba menghampirinya. Alifah lantas berasa was was lalu dia membuat dirinya seperti sedang sibuk mencari buku di sebuah rak dihadapannya. Senaskah demi senaskah buku dikeluarkan dari rak itu dan kemudiannya dimasukkan semula ke tempat mereka. Nafasnya menjadi semakin tidak teratur apabila budak lelaki itu kini berada di sebelahnya sambil mencari senaskah buku sama sepertinya. Dek kerana berasa sangat cemas, secara tidak langsung Alifah terjatuhkan senaskah buku yang agak tebal. Buku itu dengan serta merta menghempap kepala budak lelaki itu.
"Ouch!" suara yang sedikit garau dengan spontan terkeluar daripada mulutnya. Lalu, dia mula mengusap-usap kepalanya yang kini berasa sedikit sakit dan berdenyut-denyut. Buku itu pula dengan selamatnya telah mendarat di atas lantai perpustakaan itu dimana dengan serta merta Alifah mengangkatnya dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya.
"Maaf sangat-sangat! Sorry!" ujar Alifah sambil menundukkan kepalanya.
"Ohh, takpe. Aku okay je, Alifah Higashikata." budak lelaki itu berkata dimana dengan serta merta Alifah menganggkat semula kepalanya lalu menatap wajah budak lelaki itu. Dia lantas berasa risau serta hairan tatkala budak lelaki yang tidak dia kenali itu mengetahui namanya bahkan mengetahui nama yang diberi kepadanya semasa dia masih berada di St Ackerman. Dengan mengikut naluri, Alifah mula mengambil posisi mempertahankan diri walaupun tidak seberapa dimana tatkala melihatnya, budak lelaki itu dengan serta merta mula tergelak. Alifah mula bertanya dengan nada yang marah kepada budak lelaki itu dimana dia menyuruh Alifah untuk tidak bertindak terlalu serius dengannya.
"Tak payah risau, Alifah..." dia berkata dengan nada yang perlahan. "Apa kata kita mula balik dengan nama. Nama aku, Futaba Matsubara. Aku pelajar pertukaran dalam pekan ni. Lebih kurang macam tulah juga. Aku pun sebenarnya penulis. Saja je melawat library ni, nak cari bahan untuk menulis nanti."
"Bahan untuk apa?" Alifah bertanya tetapi masih lagi ragu-ragu dengan keselamatan dirinya.
"Bahan untuk kehidupan sekolah. Kehidupan remaja-remaja tanpa konflik. Mungkin aku boleh letak bunkasai ataupun lawatan sekolah. Hummm, aku pun tengah hiatus, senang lah nak cari bahan betul tak. Gunakan masa dengan baik kata orang." ujar Futaba lalu dia tergelak sedikit. Alifah secara perlahan-lahan kembali tenang dan merendahkan semula pertahanannya tatkala dia berasa selamat untuk berbual dengan budak lelaki itu.
"Ada orang baca ke?" ujar gadis itu tanpa menghiraukan perasaan Futaba sebagai seorang penulis yang baharu nak mula dengan karya miliknya.
"Hehe..." Futaba berkata dalam keadaan berasa janggal. "Adalah juga. Macam seorang kawan aku ni, nama dia Lola. Dia ada baca juga kadang-kadang. Hehe..."
"Alifah!" secara tiba-tiba mereka berdua terkejut tatkala Zulaika memanggil Alifah dari jauh. Gadis itu lantas menoleh ke belakang dan melihat rakannya itu sedang menghampirinya sambil membawa beg miliknya yang berwarna merah. Alifah menoleh semula ke sebelah untuk memberitahu Futaba mengenai rakannya itu namun dengan serta merta budak lelaki itu sudah tiada di situ. Secara spontan, Alifah berasa hairan sehingga dia langsung tidak perasan Zulaika sudah berada betul-betul di hadapannya.
"Kau tengok apa?" Zulaika bertanya sambil menyerahkan beg rakannya itu.
"Takde apa-apa lah." Balas Alifah lalu menggalas beg berwarna merah itu. Mereka kemudiannya membuka langkah meninggalkan perpustakaan itu dimana sebaik sahaja berada di luar perkarangan premis bangunan itu, dengan serta merta Zulaika menghidupkan semula tembakau di dalam paip kiseru miliknya lalu menghirup dalam-dalam asap tembakau di dalamnya.
"Aku rasa peliklah." ujar Alifah sambil mengusap dagunya. "Aku tinggalkan Gremlin dekat dalam almari tempat biasa. Tapi, mana datangnya bau busuk tu tadi?"
"Aku pun tak pasti..." balas Zulaika dimana setiap kali dia membuka mulutnya untuk bercakap, kepulan-kepulan asap yang kurang tebal terlepas keluar daripada mulutnya. "Aku rasa mungkin arus laut dah jadi makin ganas. Mungkin dah tiba masa untuk kita jadi lebih serius." Zulaika kemudiannya menyerahkan sesuatu kepada Alifah. Pada mulanya Alifah tidak mengetahui objek yang diserahkan itu namun selepas membeleknya berulang-ulang kali, lantas dia perasan bahawa objek itu adalah sepucuk pistol yang bersaiz kecil berbanding pistol-pistol yang pernah dilihatnya di dalam kaca televisyen.
"Pistol mini, Derringer 22. Kalau boleh, elakkan daripada halakan muncung pistol dekat muka kau." Zulaika memberitahu kepada rakannya itu lalu menghirup semula paip kiseru miliknya itu. Jauh di dalam lubuk hati Alifah, dia mula berasa semakin tidak mempercayai Zulaika walaupun gadis itu sebenarnya telah berada di dalam rantaian pembunuhan itu lebih lama daripada dirinya sendiri.
***
Selepas menghantar Khadijah pulang ke rumah, Adriana serta Adilah meminta diri untuk pergi membeli sedikit barang di kedai serbaneka berhampiran dengan kediaman keluarga Aimar. Tatkala berada di sana, mereka berdua masih lagi dapat membau bau yang tidak menyenangkan yang sebelumnya itu namun Adilah lantas memberitahu rakannya itu untuk tidak berasa cuak atau cemas. Ia serba sedikit menenangkan fikiran Adriana yang pada mulanya sedikit cemas bercelaru.
Mereka kemudiannya berpecah dimana masing-masing mula mencari barang-barang yang perlu dibeli di lorong-lorong yang berbeza di dalam kedai itu. Adriana mula memilih daging di lorong barangan basah manakala Adilah pula mencari sos tomato serta sos gochucang di lorong barangan kaca. Tanpa disedari gadis itu, secara perlahan-lahan di dihampiri oleh seorang pemuda yang agak dikenali di dalam pekan itu.
"Cari sos untuk makan malam ke?" ujar Inspektor Rahman Ryosuke dimana dengan spontan Adilah terjerit sedikit dek kerana terkejut. Lantas, gadis itu menoleh lalu menatap wajah inspektor tersebut.
"Haah, untuk makan malam kitaorang sekeluarga." balas Adilah. Kemudian, Inspektor Rahman menyuruh gadis itu untuk mengikutnya untuk duduk di luar untuk berbual sementara dimana Adilah dengan serta merta menolaknya. Adilah berkata bahawa Adriana si pembantu rumahnya mungkin akan berasa cuak dan cemas jika dia secara tiba-tiba hilang dalam kedai serbaneka itu dimana Inspektor Rahman lantas mengeluh lalu dia memberitahu Adilah untuk memberikan kerja sama kerana dia ingin berbincang mengenai kes tragedi yang telah menimpa Encik Daniel Tomitoka beberapa tempoh hari terdahulu.
"Okay. Tapi kita bincang dalam kedai ni jelah."
"Hummm, baik." lalu Inspektor Rahman mula menghidupkan tembakau di dalam rokok paip miliknya lalu menghirupnya dengan menunjukkan riaksi wajah lega. Manakala Adilah pula mula menutup separuh wajahnya dengan tangan kiri agar asap-asap tembakau itu tidak menusuk ke dalam rongga pernafasannya manakala tangan kanan pula masih lagi ligat mencari sos-sos yang perlu dibelinya.
"Kamu dengan kawan-kawan kamu ada dekat festival 'Tangkapan Iblis' masa kes itu terjadi, betul tak?" ujar inspektor itu sambil menghirup semula paipnya. "Kamu atau kawan-kawan kamu ada ternampak tak apa sebenarnya yang terjadi masa tu? Atau kamu semua ada tak terjumpa dengan Encik Daniel sebelum kes itu terjadi?" ujarnya sekali lagi sambil asap keluar daripada mulutnya.
"Ada lah juga kitaorang terserempak dengan Encik Daniel masa dekat festival tu, tapi sekejap je. Lepas tu kitaorang tak tahu apa jadi."
"Kamu pasti tak ada nampak apa-apa yang pelik terjadi lepas tu?"
Tanpa membuka mulutnya, Adilah membalas pertanyaan itu dengan menganggukkan kepalanya. Perbualan mereka kemudiannya menelan lebih banyak masa dari apa yang dibayangkan oleh inspektor itu tatkala lebih banyak soalan ditanyakan kepada gadis itu.
Adriana yang masih berada di lorong barangan basah pula, masih lagi sedang memilih daging yang mempunyai kualiti yang terbaik. Kepala yang tidak gatal mula digaru tatkala dia sedang mengalami kesukaran memilih daging yang patut dibelinya.
Dalam ketika itu, bau busuk itu kembali semula menghantui Adriana. Bulu romanya mula menegak manakala pernafasannya mula menjadi tidak stabil. Dia lantas menoleh ke belakang dan mula menjadi panik. Dia mula tercari-cari sumber bau busuk tersebut. Dia lantas menoleh ke kiri dan kemudian ke kanan namun langsung tidak menemukan apa-apa. Dek kerana sudah terlalu cemas, dia mengambil langkah seribu meninggalkan lorong barangan basah itu menuju ke lorong dimana rakannya, Adilah, sedang berada. Dia tangkas berlari namun lama-kelamaan dia mulai sedar yang dia langsung tidak bergerak walaupun seinci dari lorong tersebut. Lalu, dia mula berasa lebih panik manakala fikirannya mula bercelaru.
Dia lantas berlari semula namun tidak kira berapa kali dia mencuba, dia akan tetap berada di lorong barangan basah itu.
"Apa...apa dah jadi ni?" ujar gadis itu di dalam keadaan panik. Dengupan jantungnya menjadi sangat laju manakala peluh kerisauan mula membasahi seluruh tubuhnya. Kemudian, dia terdengar suatu bunyi dari rak-rak penghawa dingin yang menempatkan paket-paket daging tersebut. Dek kerana dia berasa tidak selamat, gadis itu mula menjarakkan dirinya dari rak-rak penghawa dingin tersebut namun sebaik sahaja dia menoleh kembali ke hadapan, terpapar di hadapannya rak-rak penghawa dingin itu yang sepatutnya kini berada di belakangnya. Seluruh tubuh badan gadis itu mula menggigil di dalam ketakutan lalu tanpa berfikir panjang lagi, dia mula menjerit meminta bantuan.
"ADILAH!!" gadis itu menjerit namun langsung tidak mendapat sebarang respon.
Adilah dan Inspektor Rahman yang sedang berbincang mengenai kes Encik Daniel Tomitoka di lorong yang lain langsung tidak mendengarkan apa-apa. Bahkan, tiada sesiapa pun yang dapat mendengar jeritan Adriana walaupun gadis itu menjerit sehingga anak tekaknya terasa perit.
Gadis itu secara perlahan-lahan mula terduduk di atas permukaan lantai kedai serbaneka itu yang sedikit sejuk. Air mata langsung tidak henti-henti keluar daripada matanya. Gadis itu mula menangis teresak-esak sehingga hingus hijau mula mengalir keluar daripada lubang hidungnya.
"Sesiapa...tolong...tolong aku..." pinta gadis itu walaupun tiada sesiapa di situ. Beberapa detik kemudian, secara tiba-tiba dia terdengar satu suara gadis dari kawasan rak-rak penghawa dingin tersebut. Dalam keadaan yang menggigil, Adriana sekali lagi menjarakkan diri darinya tetapi sekali lagi, semakin jauh di menjarakkan dirinya dari rak-rak penghawa dingin tersebut, semakin dekat pula dia dengannya.
"Kukukukuku..." terdengar sekali lagi suara seorang gadis di gegendang telinganya. Dek kerana tiada pilihan lagi, Adriana mula memasukkan kepalanya di dalam salah satu rak penghawa dingin tersebut dan mula mencari sumber bunyi gadis itu. Secara perlahan-lahan, kepalanya mula berasa sejuk dimana suhu badannya juga dengan perlahan-lahan mula menurun. Bau-bau darah pada paket-paket daging di dalam rak penghawa dingin itu mula menusuk lubang hidungnya dimana ia membuatkan bau busuk yang menghantuinya mulai pudar secara perlahan-lahan.
"Hell...hello...ada...sesiapa ke...hell...hello....?"
Dengan serta merta, Adriana terlihat banyak anak mata menatapnya kembali. Beberapa puluh anak mata mula merenung ke arah wajah gadis itu sambil mengalir keluar air mata darah pada setiap biji anak mata tersebut. Adriana lantas menjerit di dalam ketakutan lalu menarik keluar kepalanya dari rak penghawa dingin tersebut namun secara tiba-tiba dua buah tangan yang terbuat daripada jarum-jarum menjahit menyentap kembali wajahnya dimana jari-jari jarum mula menusuk ke dalam wajah Adriana. Dua bilah jarum yang merupakan jari-jari tangan besi tersebut turut menusuk ke dalam mata gadis malang itu. Dengan serta merta Adriana meraung di dalam kesakitan.
Gadis itu cuba sedaya upaya untuk menarik keluar kepalanya dari rak penghawa dingin tersebut namun secara tiba-tiba dia terdengar kembali suara gadis itu sedang berbisik pada telinga kanannya.
"Aku nak bagitahu satu rahsia, tapi janji jangan bagitahu sesiapa. Kalau kau mungkir janji, mohon telan seribu jarum...Adilah akan mati dalam beberapa hari lagi..."
Tanpa menghiraukan kata-kata amaran yang diungkapkan kepadanya, Adriana lantas menjerit memanggil Adilah walaupun sebelum-sebelumnya dia tidak mendapat sebarang respon.
"ADILAH! JANGAN MATI! JANGAN TINGGALKAN AKU! ADILAH!" teriak Adriana walaupun kedua-dua belah matanya telah buta.
"Ara, ara. Bukan ke aku dah cakap jangan bagitahu sesiapa..." ujar suara itu lalu kemudian Adriana sekali lagi mula membau bau yang busuk itu dimana dengan serta merta dia merasa perit pada anak tekaknya. Dia kemudiannya mula menggenggam tekaknya dengan kedua-dua belah tangan tetapi semuanya telah terlambat tatkala beribu-ribu bilah jarum mula memecah keluar daripada anak tekaknya. Darah juga mula terpercik-percik keluar. Adriana cuba untuk menjerit namun suara terasa seperti tersangkut pada kerongkongnya. Bukan sahaja jarum-jarum, malahan sebilah gunting turut menembus keluar daripada anak tekaknya sehingga darah mula terpancut keluar daripadanya. Lantas, kepala Adriana dilepaskan dan Adriana mula menggeliat di dalam kesakitan di atas lantai kedai serbaneka tersebut. Di dalam saat-saat yang terakhir, Adriana cuba untuk menjerit sekali lagi namun gagal berbuat sedemikian.
Lalu, gadis itu mula menjadi kaku selepas sahaja dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Seusai perbincangan mereka, Adilah dan Inspektor Rahman mula berjalan meninggalkan lorong barangan kaca itu menuju ke lorong barangan basah tatkala Adriana mengambil masa yang agak lama di sana. Adilah berjalan sambil membawa dua botol kaca sos tomato serta sos gochucang yang perlu dibelinya seperti yang telah tercatat di dalam senarai barangan yang perlu dibelinya namun dengan serta merta dia menjatuhkan dua botol kaca sos-sos tersebut apabila dia ternampak tubuh kaku Adriana yang dibanjiri dengan darah. Tanpa berkata apa-apa, Adilah mula pengsan, meninggalkan Inspektor Rahman dengan lebih banyak misteri untuk diselesaikan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro