Bab 20
Kekeliruan serta seribu misteri tidak berjawab mula berligar-ligar di dalam kepala semua. Setengah daripada mereka berasa lega dan gembira tatkala kelibat dua orang rakan mereka yang ditahan kini sudah bebas dan sedang berdiri di hadapan mereka. Tambahan pula dengan seorang bayi di dalam dakapan Zulaika, yang mana Anwar dengan serta merta mengenali bayi itu sebagai adiknya manakala Alifah tidak dapat menahan rasa kegirangannya melihat bayi itu selepas sekian lama.
Dan ada juga yang berasa sedikit gentar tatkala dua kelibat itu sudah berjaya keluar dari perangkap yang dirancangnya senyap-senyap. Tangannya yang memegang pemegang pintu menggigil sedikit manakala dengupan jantungnya menjadi semakin tidak teratur.
"Zulaika, Khadijah!" Kelima-lima remaja itu menyambut rakan-rakan mereka dengan tangan yang terbuka. Badan mereka berdua dipeluk dengan erat dan selepas itu seorang demi seorang melihat bayi yang sudah bangun di dalam dakapan Zulaika dan tersengih dari tadi. Tatkala tiba giliran Alifah dan Anwar, gadis itu sedar yang tugasnya sudah selesai. Dia tidak perlu lagi bertanggungjawab atas bayi itu dan sudah tiba masanya untuk Anwar bersatu semula dengan adiknya yang telah lama hilang. Bayi itu, bayi itu merupakan satu-satunya darah daging Anwar yang masil tinggal.
"Muka dia sama macam muka kau lah, Alifah." Kata Adilah tatkala dia melihat wajah bayi yang masih tersengih itu lalu dia menoleh pula ke wajah Alifah yang sedikit berpeluh.
"Haah lah! Sama!" Dengan penuh teruja Adriana berkata lalu dia menggoyangkan tubuh Alifah kerana terlampau teruja. Mereka bertujuh kembali tergelak tawa dan berbual sedikit. Ibrahim bertanya macam mana mereka berdua terlepas dari balai polis itu tetapi perbualan mereka semua kemudiannya diganggu oleh si doktor yang sudah tidak dapat menahan amarahnya. Dia mula mengamuk lalu dia cuba menyerang mereka semua dengan menggunakan sebatang palang besi berwarna merah. Beberapa orang berjaya mengelak tetapi tidak semuanya. Palang besi itu dihayunkan dengan ganasnya lalu ia terkena pada kepala Adriana serta mulut Ibrahim. Kedua-dua remaja itu kemudiannya mula berdarah tetapi darah muda mereka menyuruh mereka untuk tidak berhenti berlawan.
"KAU FIKIR KAU BOLEH TANGKAP AKU KE, HIGH PRIESTESS!" Kata doktor Kisaragi dengan penuh benci pada nada suaranya. Palang besi itu dihayunkan secara rawak, ke sana dan kemudian ke sini, semuanya demi mencederakan remaja-remaja itu. Dia kemudiannya berjaya mencederakan Anwar serta Alifah yang menjadikan dirinya sebagai perisai budak lelaki itu. Kedua-dua kepala mereka dihentak dengan kuat, menyebabkan luka kepala Anwar bertambah teruk manakala Alifah dapat merasakan bahagian bawah mata kanannya terkoyak. "KAU TAKKAN PERNAH TERLEPAS DARI SEMUA NI!" Sekali lagi dengan penuh kebencian dan amarah yang bersarang di dalam diri doktor itu, dia dilontarkan keluar kepada mereka yang menjadi mangsa.
Tatkala mereka diserang, mereka kerap kali memainkan peranan menjaga bayi itu daripada terkena serangan si doktor yang sudah naik gila. Zulaika menyerahkan bayi itu kepada Anwar manakala Anwar bersilih ganti pula dengan Adilah. Kitarannya berterusan berulang-ulang kali demi menjaga keselamatan bayi itu. Walaupun pada pertengahannya, Ibrahim mencampak bayi itu ke udara dan nasib baik dia disambut dengan cekap oleh Khadijah. Tetapi, tiada seorang pun daripada mereka mempunyai masa senggang tatkala itu untuk memarahi sesiapa yang berbuat salah. Nyawa mereka semua kini berada di hujung tanduk. Sekiranya mereka tersilap langkah, semuanya akan menjadi sia-sia.
Namun, walaupun dengan kekecohan itu, Alifah dan rakan-rakannya lebih cekap dan mahir. Semuanya terima kasih kepada Zulaika. Berkat kod Morse yang telah mereka semua pelajari dan ingati, kerap kali mereka menghentak kaki mereka mengikut bintik-bintik kod itu untuk memberi amaran kepada yang lain supaya bersiap sedia. Mereka semua bergerak di dalam posisi mereka mengikut kod-kod Morse yang digunakan sebelum diserang, misalnya Adilah menghentak kakinya sebanyak lima kali yang bermaksud kanan lalu mereka semua yang lain lantas bergerak ke kanan walaupun di dalam sudut pandang doktor Kisaragi, mereka kelihatan tidak teratur dan berterabur sahaja seperti kupu-kupu di lampu cerah.
"Formation B!" Zulaika mengarah dengan menggunakan bahasa kod Morse. Lalu, mereka semua berlari meluru ke arah doktor Kisaragi secara serentak, menyebabkan doktor itu terkejut beruk lalu dia mengecilkan dirinya sambil menutup wajahnya daripada terkena apa-apa serangan. Tetapi agak lama dia menunggu dan memberanikan untuk terkena impak, langsung tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Lalu, secara perlahan-lahan dia berdiri semula dimana dia kemudiannya melihat Alifah dan yang lain sudah menghilangkan diri.
"Tak guna!" Keluh si doktor itu lalu dia menoleh ke belakang, membuka langkah menuju ke keretanya. Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta itu, dia sedikit hairan kerana terdapat seutas benang pada pemegang pintu di dalam. Namun, dia mengendahkannya sahaja. Dia lantas masuk ke dalam kereta dan mula memanaskan enjin kereta. Ia sehinggalah dia terperasan suatu objek bujur di tempat duduk penumpang sebelah tempat duduk pemandu. Disebabkan keadaan sedikit gelap, doktor itu tidak dapat melihat dengan jelas. Dia lantas mendekatkan wajahnya pada objek itu namun tiba-tiba sahaja objek itu meletup. Letupan kecil itu menyebabkan doktor Kisaragi meronta-ronta di dalam keretanya sehinggalah dia dibantu oleh Inspektor Rahman Ryosuke yang secara kebetulan berada berhampiran dengan tempat parkir itu lantaran kekecohan tadi menarik perhatiannya.
Konklusinya yang terakhir, mereka bertujuh berjaya melepaskan diri dari kekecohan yang kian mengganas balik semula di hospital pekan Kurikaeshi. Sebaik sahaja Zulaika memberi lampu hijau untuk beredar, Ibrahim dan Alifah berlari meluru ke arah kereta doktor Kisaragi manakala yang lain menarik perhatiannya, lalu Ibrahim memasang perangkapnya yang dia reka beberapa hari yang lepas. Sebuah bom buatan murahan yang mempunyai kapasiti letupan cukup untuk memberikan kecederaan yang serius diletakkan pada kerusi penumpang jauh sedikit di titik buta doktor itu supaya ia tidak mudah untuk ditemukan manakala Alifah mengikat seutas benang yang bersambung pada picu bom pada pemegang pintu dalam yang mana jika ditarik, sekali gus menghidupkan bom itu.
Tatkala mereka sedang berjalan menuju pulang ke rumah masing-masing, Zulaika memberitahu mereka untuk sentiasa berjaga-jaga. Dia juga sempat menerangkan bagaimana dia dan Khadijah dapat melepaskan diri mereka. Tatkala kekecohan mula berlaku dan balai polis semakin huru-hara lantaran menerima laporan di hampir setiap tempat di dalam pekan itu, tiada seorang pun pegawai yang sedar akan apa yang berlaku pada sel tahanan mereka berdua. Lubang kunci sel mereka berdua secara perlahan-lahan dipenuhi dengan ribuan bilah jarum-jarum yang dibasahi dengan darah. Tatkala ia sudah terlampau padat, lubang kunci sel mereka meletup lalu pintu mereka tidak lagi terkunci. Zulaika dan Khadijah kemudiannya lantas keluar secara senyap-senyap dari sel tahanan tersebut dimana secara tiba-tiba, seluruh balai kehilangan tenagan cahaya buat beberapa saat. Semuanya menjadi kelam tetapi sekejap sahaja. Dalam sekelip mata, tenaga cahaya balai itu kembali pulih tetapi kali ini dengan sedikit kejutan. Terbentang di hadapan kedua-dua gadis itu, sebuah bakul rotan di dalamnya pula terdapat seorang bayi manusia. Dan selepas usai bercerita, seorang demi seorang meminta diri lalu pulang, meninggalkan yang lain yang masih berjalan sehinggalah tiada sesiapa lagi di jalan itu.
"Tapi, tu tak terangkan kenapa yang lain boleh nampak bayi tu?" Alifah bertanya kepada Zulaika sementara Adilah dan dua orang lagi rakannya sedang berjalan di arah yang bertentangan.
"Sa...aku pun tak tahu nak cakap macam mana." Balas Zulaika sambil menghidupkan paip kiserunya. "Siapa tahu, mungkin Futaba dah muak dengan cerita dia sendiri sampai dia dah takde idea nak teruskan menulis."
***
January, 29, 1997,
Bunkasai akhirnya tiba. Aku rasa macam dah lama sangat aku tak dapat merasai Bunkasai. Hummm, pelik juga...
Mungkin amnesia aku punya kerja sampai semua aku lupa...
Apa-apa pun, Zulaika ada bagitahu kitaorang semua untuk sentiasa berjaga-jaga. Ada banyak benda tengah berlaku yang kitaorang terlalu lemah nak kendali.
Bayi tu pula, aku masih tak faham kenapa sekarang yang lain boleh nampak dia. Mungkin dah tak perlu panggil dia Gremlin ataupun Keberadaan X dah. Kitaorang gilir-gilir jaga bayi tu dan Anwar rasa memang keputusan yang bijak kalau kitaorang buat macam tu. Nak pastikan bayi tu tak terlalu kekok kalau-kalau salah seorang daripada kitaorang nanti kena buru dan terpaksa berikan dia dekat yang lain.
Ohhh, semalam aku mimpi pelik. Aku rasa aku ada dekat satu panggung teater. Semua orang tepuk tangan dekat aku walaupun aku tak buat apa-apa.
Dan yeah, aku tak tahu kenapa tapi lately aku selalu fikir, siapa aku?
Dan lagi satu, kenapa aku rasa selesa sangat dengan Anwar? Jangan cakap yang aku...suka dia...
Alifah lantas terkejut tatkala pintu kelas mereka diketuk dari luar. Buku jurnalnya dengan lekas ditutup dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Dia buat-buat seperti tiada apa-apa pun yang berlaku padahal tadinya wajahnya sedikit membera dan dengupan jantungnya menjadi sedikit tidak keruan. Di luar kelas pula, Adilah dan yang lain lantas masuk ke dalam sambil membawa juadah snek-snek serta minuman-minuman bergas yang mereka beli di gerai di tepi kelas mereka. Keadaan di sekolah sedikit kecoh dengan para pelajar dan guru-guru yang sedang asyik menikmati Bunkasai itu dan dek kerana itu Alifah meminta diri untuk bersendirian sebentar.
"Apalah kau ni, happy-happy ahhh sikit!" Ibrahim menegur gadis itu sambil menyerahkan tin minuman berperisa strawberri kepadanya. "Lepas ni kita nak lepak kat mana lak?" Tanya budak lelaki itu kepada yang lain yang sedang sibuk mengunyah snek mereka. Ada yang lazat, ada yang terlalu manis dan ada juga yang rasanya seperti masakan bertaraf lima bintang mengalahkan semua makanan yang pernah dirasai sepanjang hayatnya.
"Kita visit rumah hantu nak tak, hantu nak tak?" Khadijah mencadangkan tetapi Adriana dengan spontan membantah dengan kerasnya. Terutama sekali dia kerana dia boleh dikategorikan sebagai yang paling penakut diantara mereka betujuh. Tatkala melihat wajah Adriana yang sedikit menggelabah itu, mereka yang lain lantas mengetawakannya.
"Kalau macam tu, kita main jelah." Adilah pula yang mencadangkan kepada mereka semua sambil menunding jari ke arah sebuah gerai khas yang menawarkan kepada pelanggan mereka permainan-permainan yang mereka boleh nikmati bersama rakan-rakan. "Kita main gasing dulu. Habis kita main gasing, kita lawan memanah pula." Tambahnya lagi dimana kali ini tiada sesiapa yang membantah malahan mereka kelihatan teruja dan masing-masing mula merenggangkan otot-otot mereka dan meletupkan jari-jari mereka.
"Siapa yang kalah, kena hukum masuk rumah hantu." Kata Anwar sambil tersengih yang mana tatkala dia mendengarkannya, lantas seluruh tubuh Adriana menggeletar ketakutan.
"Alright! Deal!" Dengan penuh teruja Alifah membalas lalu mereka yang lain turut bersorak. Mereka semua kemudiannya membuka langkah menuju ke gerai permainan itu namun semasa mereka berjalan menuju ke sana, mereka sempat terserempak dengan guru mereka iaitu Cikgu Misaki Aniza. Mereka menegur guru itu tetapi guru itu langsung tidak membalas teguran mereka itu. Mereka melihat mulut guru itu terkebil-kebil manakala kedua-dua belah tangannya dibalut dengan pembalut luka tetapi guru mereka itu masih hendak menggaru-garu tangannya yang berbalut itu.
"Kenapa dengan dia?" Adriana bertanya selepas sahaja guru itu naik tangga menuju ke tingkat atas bangunan kelas mereka.
"Masing-masing ada masalah sendiri." Secara ringkas Zulaika membalas lalu mereka menyambung semula perjalanan mereka menuju ke gerai permainan itu yang kelihatan sudah semakin padat dengan pelanggan-pelanggan. Mereka berjalan ke sana sambil bersorak-sorak seperti kanak-kanak yang hendak pergi ke taman tema di tengah-tengah bandar.
Sementara sedang meriah di sekolah dengan pelbagai jenis bunyi bising yang dapat didengari sehingga ke luar premisnya, doktor Kisaragi pula berada di dalam pejabat sekolah dengan separuh wajahnya berbalut bersama-sama dengan Inspektor Rahman Ryosuke untuk melakukan sedikit penyiasatan berdasarkan keterangan yang dibuat oleh doktor itu beberapa hari lepas. Dari tingkap pejabat sekolah, mereka berdua melihat dataran sekolah yang dibanjiri dengan warga sekolah dan berkat matanya yang tajam, dokor Kisaragi dapat melihat dengan jelas, Zulaika dan rakan-rakannya sedang beratur di barisan di hadapan sebuah gerai. Darahnya mula menggelegak tatkala dia melihat mereka semua sedang bersuka ria seakan-akan mereka sudah menang. Secara senyap-senyap, dia menolak pin keselamatan pada pistolnya lalu disimpan semula ke dalam kot baju selepas pengetua sekolah itu sudah tiba di pejabatnya.
"Tuan pengetua, saya Inspektor Rahman Ryosuke dan saya ada beberapa soalan yang perlu saya tanyakan kepada pengetua mengenai beberapa orang pelajar ni." Inspektor itu menegur si pengetua yang sedang berjalan menuju ke pejabat khas miliknya seorang. Lalu, inspektor itu menyerahkan sebuah fail yang berisi dengan helaian-helaian kertas yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai Alifah dan rakan-rakannya. Setiap seorang maklumat mereka tersimpan pada sehelai kertas dan bertindih-tindih dengan kertas-kertas maklumat lain.
"Kalau kamu semua tak kesah, kita bincang dalam pejabat saya." Kata si pengetua itu dengan penuh sopan. "Lagipun, dekat luar bising sikit. Mungkin boleh mengganggu perbincangan kita nanti." Lalu, mereka bertiga berjalan menuju ke pejabat yang dikatakan tadi dan melangkah masuk ke dalamnya dimana rasa sejuk dari penghawa dingin menyambut kedatangan mereka. Pintu pejabat itu kemudiannya ditutup lalu dikunci sebelum mereka semua masing-masing mengambil tempat duduk. Perbincangan mereka dengan serta merta dimulai tatkala Inspektor Rahman sedang mengejar masa tatkala masih ada banyak lagi kes yang perlu dia kendalikan. Manakala doktor Kisaragi pula, sambil mendengar perbualan dua pemuda itu, dia secara sembunyi-sembunyi berbual dengan si gadis jarum. Si doktor memberikan arahan yang seterusnya kepada gadis itu yang mana sebaik sahaja dia usai memberikan arahan itu, doktor Kisaragi mencelah perbualan dua pemuda itu.
Manakala berbalik semula pada Alifah dan rakan-rakannya, selepas beberapa minit menunggu di barisan yang agak panjang, giliran mereka akhirnya tiba. Pada mulanya mereka bermain gasing dan saling berlaga di dalam gelanggangnya. Adilah berlawan dengan Ibrahim manakala Khadijah seteru dengan Anwar. Orang ramai yang lalu lalang secara tidak langsung menjadi penonton dan semua orang mula bersorak dengan suara yang lantang.
Pada pusingan yang terakhir, Alifah bertempur dengan Anwar tatkala yang lain sudah tewas dengan lebih awal. Di dalam kiraan, tiga, dua, satu, mereka melepaskan gasing mereka lalu kedua-dua gasing tersebut berpusing dengan ganasnya di dalam gelanggang. Kerap kali juga ianya berlaga sehingga terhasilkan sedikit percikan namun itu yang membuatkan permainan gasing itu lebih menarik. Semakin gemuruh pula sorakan daripada para penonton serta dua orang lagi rakan mereka di sana tatkala gasing Alifah dan Anwar asyik berlaga dan terus berlaga namun tidak satupun yang mahu berhenti sementara Zulaika dan dua orang lagi rakan mereka menghabiskan masa dengan memanah.
"Jatuhkan dia, Alifah!" Kedengaran suara Adilah yang sedang bersorak tatkala Zulaika pula sedang menarik benang pada panah yang digunakan. Sasaran sudah kelihatan di hadapannya dan hanya menunggu masa yang tepat untuk melepaskan anak panah yang sedang ditahan dengan tiga jari.
"WO! SIKIT JE LAGI TU!" Kedengaran pula suara Anwar yang sudah semakin teruja, barangkali gasingnya sudah berjaya mengambil alih arus perlawanan manakala Zulaika berasa sedikit bengang dek kerana terlampau banyak bunyi bising yang mengganggu konsiterasinya. Lantaran dia sudah lama menahan benang panah itu, tangannya mula menggeletar. Ia secara tidak langsung menyebabkan anak panahnya turut bergerak-gerak. Lalu, gadis itu menutup matanya sementara waktu tatkala bunyi sorakan para penonton di sana akhirnya tiba ke penghujungnya. Buat kali terakhir, mereka bersorak sekuat hati, lebih kuat berbanding sebelum-sebelum ini tatkala pemenang sudah memunculkan diri. Tetapi, dek kerana Zulaika menutup matanya, dia langsung tidak mengetahui siapakah si pemenang itu dan dia berasa tidak ingin tahu sangat mengenainya. Sambil matanya tertutup, Zulaika mengambil nafas dalam-dalam lalu menahannya selama lapan saat sebelum menghembusnya secara perlahan-lahan. Dengan serta merta, konsiterasinya kembali tetapi semasa dia baharu sahaja berniat untuk membuka matanya, kedua-dua belah telinganya pula menangkap bunyi das-das tembakan pistol dilepaskan serta jeritan orang ramai mula berterbangan di setiap penjuru dataran.
Pantas seperti cahaya, Zulaika membuka kedua-dua belah matanya lalu dia melihat keadaan persekitarannya yang tadi riuh rendah dengan warga sekolah yang kegirangan bertukar secara drastik kepada keadaan kecoh dan huru hara warga sekolah yang ketakutan. "Apa dah jadi ni?" Lekas Zulaika bertanya kepada Khadijah tetapi secara tiba-tiba beberapa bilah jarum menembus keluar dari dalam telapak tangannya. Sekali gus, tangannya terlepas pegang anak panah yang mana anak panah itu terkena pada sasaran baharunya. Dengan penuh ketakutan, mereka melihat anak panah itu terpacak pada bahagian trakea rakan mereka iaitu Ibrahim. Secara perlahan-lahan, budak lelaki itu jatuh tersungkur sambil darah terpercik keluar dari mulutnya tatkala warga sekolah yang lain lari berciciran di dataran itu.
"Ibrahim!" Teriak Adilah dari jauh. Dengan sekilas pandang, dia melihat anak panah itu tertusuk ke dalam tubuhnya dan budak lelaki itu seakan-akan kaku dan tidak tahu untuk berbuat apa melainkan membiarkan dirinya ditarik oleh graviti. Kedengaran lagi beberapa das tembakan pistol dilepaskan tetapi Adilah langsung tidak merisaukannya. Gadis itu lantas mengambil langkah seribu meluru ke arah rakannya Ibrahim yang sedang bertarung nyawa. Kemudian, Adilah, Zulaika dan Khadijah secara serentak menghampiri Ibrahim lalu mereka bertiga cuba menolong apa yang patut. Tetapi, keadaan Ibrahim pada ketika itu sudah semakin sekarat. "Ibrahim! Jangan tinggalkan kitaorang, jangan...jangan tinggalkan aku..." Adilah merayu sambil memegang tangan budak lelaki itu namun nyawanya sudah berada di kerongkong. Darah masih terpercik keluar dari mulutnya tatkala dia cuba untuk berkata sesuatu manakala Zulaika menyuruhnya untuk kekal diam dan tidak memaksa dirinya.
"Di...di...dilah...aku...suka...auuu..." Dan selepas kata-kata terakhir itu dilafazkan, Ibrahim lalu menghembus nafasnya yang terakhir. Tatkala Khadijah dan Zulaika sedang memegang tubuh Ibrahim yang sedikit menggeliat tadi sambil cuba merawat apa yang mereka boleh rawat, kini mereka hanya memegang tubuh rakan mereka yang mulai kaku. Terlihat air mata terakhir yang berjaya terkeluar dari empangan mata Ibrahim tatkala tubuh budak lelaki itu tidak lagi berdaya untuk menahan apa-apa. Darahnya juga tidak lagi terpercik keluar tetapi tidak bermakna ia sudah berhenti mengalir. Lantaran itu, Khadijah mula menahan darah daripada mengalir keluar dengan lebih banyak dari Ibrahim manakala Zulaika mengesat air mata itu dari wajah rakannya yang sudah kelihatan tenteram.
Sementara itu, Alifah dan Anwar saling menjaga belakang masing-masing tatkala das-das tembakan yang dilepaskan itu langsung ditembak tanpa arah. Peluru-peluru tersebut terbang meluru ke arah dataran itu secara rawak. Seakan-akan air hujan yang gugur dari awan. Tatkala di sana, rakan mereka menghadapi masalah dengan Ibrahim, di sini pula mereka terpaksa menghadapi satu masalah yang lebih serius.
Semasa das-das tembakan itu masih baharu sahaja dilepaskan, orang ramai mula menggelabah tetapi bukan hanya kerana tembakan itu sahaja tetapi kerana seorang guru yang mula hilang kawal. Guru itu mula menyerang orang ramai dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging yang diambilnya dari kantin lalu kepala-kepala mangsanya ditetak. Ia termasuk juga Adriana yang tidak sempat mengelak kerana sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, kepalanya lantas ditetak oleh guru itu yang kelihatan kerap menggaru lehernya sehingga kulit pada bahagian itu tercarik lalu terluka.
"ADRIANA!" Alifah meraung semasa kepala rakannya itu ditetak lalu terbelah sedikit. Berkat jeritan tadi yang langsung tidak membantu apa-apa untuk mereka, ia dengan serta merta menarik perhatian guru itu lalu guru itu mula menjadikan mereka sebagai sasaran yang seterusnya.
"Bagus tu, Alifah." Dengan sarkastik Anwar mengeluh sambil menarik tangan Alifah lalu mereka berlari menuju ke arah rakan mereka yang lain. "Kenapa kau tak jerit je sekali, 'nak ajak minum teh sambil makan kuih-muih sikit', mesti cikgu suka punya." Mereka berlari dan terus berlari, das-das tembakan masih dilepaskan dimana Alifah sedar, ianya dilepaskan di dalam pejabat sekolah yang mana dia membuat konklusi, sesiapa sahaja si suspek itu, dia sedang berada di sana dan mereka perlu mengelakkan diri dari menghampiri kawasan itu manakala di belakang mereka, Cikgu Misaki Aniza masih mengejar mereka. Nasib baik, guru itu tidak berlari semasa babak kejar mengejar mereka sedang berlangsung. "Kita kena gerak! Adilah, korang, jom pergi dari sini!" Dengan tegas Anwar bersuara kepada mereka. Dia kemudiannya menarik tubuh Adilah yang sedang menangis sambil memeluk erat tubuh Ibrahim. Agak sedikit sukar untuk Adilah melepaskan budak lelaki itu, jadi Anwar tidak ditinggalkan dengan sebarang alternatif lain lalu dia merentap tangan Adilah. Walapun gadis itu terjerit sakit sedikit semasa dia berbuat sedemikian, tetapi ia bukanlah masa yang tepat untuk memikir mengenainya.
"Kita nak pergi mana, kita nak pergi mana?" Khadijah bertanya semasa mereka semua sedang berlari tanpa arah tuju. Anwar yang sedang menggendong Adilah di belakangnya kerana rasa bersalah, langsung tidak mempunyai sebarang idea lalu Zulaika yang mengambil kesempatan itu untuk menjawab. Tetapi, sebaik sahaja dia membuka mulutnya, secara tiba-tiba sebilah jarum besar menembus keluar dari anak tekaknya. Lantas, gadis itu terjatuh sambil memegang anak tekaknya yang sedang dibanjiri dengan darah. Dia menggeliat di atas lantai tetapi tidak lama kerana tatkala mereka yang lain baharu sahaja hendak menghulurkan tangan pada rakan mereka itu, Cikgu Misaki sudah berada cukup hampir dengan mereka semua. Pisau pemotong daging itu lantas dicampak oleh guru itu lalu ia menebas kepala Zulaika dengan bersih. Darah kemudiannya mula memancut keluar dari tubuhnya yang kini tidak lagi berkepala.
"Semua! BALIK RUMAH AKU!" Adilah memberi arahan dengan suara yang lantang. Tanpa membantah, mereka meneruskan berlari dan terus berlari tanpa menoleh ke belakang. Adilah masih lagi digendong oleh Anwar manakala yang lain berlari dengan pantasnya menuju ke pagar sekolah yang kini sudah dikawal dengan pegawai-pegawai polis manakala pegawai-pegawai unit khas menerjah masuk ke dalam premis sekolah itu bersenjatakan senjata api berat dan berpakaian perisai kalis peluru.
Manakala berbalik semula di pejabat sekolah itu, si gadis jarum yang kelihatan sedikit keletihan dengan wajah yang tidak lagi tersengih merangkak ke arah doktor Kisaragi yang sedang berpura-pura dirinya juga turut diserang. Pistolnya yang digunakan tadi disumbat ke dalam genggaman tangan Inspektor Rahman yang sudah tidak bernyawa. Ia kelihatan seperti si inspektor itu menyerang mereka semua dan sebaik sahaja dia menyedari akan tindakannya yang tidak bermoral itu, lantas dia membunuh dirinya walaupun perkara yang sebenar adalah sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan.
"Pasti ke rancangan ni berjaya?" Dengan saki baki tenaga yang tersisa di dalam badan, gadis jarum bertanya kepada doktor Kisaragi.
"Aku yakin rancangan ni akan berjaya..." Balas doktor itu sambil berlakon dirinya terbatuk-batuk darah. "Setakat ni tiga orang dah terinfeksi dengan penyakit 'Sumpahan Kurikaeshi' yang aku lepaskan haritu. Banyak lagi yang tengah beratur dalam barisan. Polis akan jadi sibuk sampai takde sesiapa boleh halang aku. Takde siapa pun yang akan sedar apa yang bakal terjadi."
Kemudian, pejabat sekolah itu dimasuki oleh beberapa orang pegawai khas tatkala dalam masa yang sama kedengaran pula di bawah dengan jelas, beberapa das-das tembakan dilepaskan serta bunyi jeritan seorang wanita yang dirinya tidak terkawal.
***
January, 31, 1997,
Ini dia, hari dimana orang pekan cakap akan berlakunya 'Sumpahan Kurikaeshi'...
Dua hari lepas memang hari yang paling kitaorang semua tak jangka. Tiga orang rakan kitaorang mati kena bunuh. Sejak haritu, Anwar minta tumpang duduk dekat kediaman keluarga Aimar dan kebetulan parents Adilah dan Khadijah keluar pekan atas urusan kerja...
Bayi tu selamat, kitaorang semua tukar-tukar shift jaga bayi tu bila perlu...
Semalam aku ada pecah masuk rumah keluarga Zuhur, maksud aku bukan pecah masuk sebab aku tahu kunci ada dekat mana. Aku ada habiskan masa cari maklumat-maklumat yang perlu. Kebetulan, aku terjumpa satu fail dengan nama aku terpapar dengan besar dekat muka depan fail tu. Tapi, ada juga tertulis tarikh yang spesifik yang aku kena ikut.
Sepatutnya harini...
Mungkin aku boleh buka sekarang...
Kemudian, gadis itu mengambil fail itu lalu dia mengoyakkan sedikit bahagian atasnya yang berlekat dengan gam. Sebaik sahaja fail itu dibuka, Alifah lantas menutup buku jurnalnya dan fail itu dicampakkan di hadapan meja belajarnya tatkala dia terdengar bunyi pinggan pecah di dapur. Dengan spontan dia membuka langkah berlari menuju ke dapur dengan bersenjatakan kayu pemukul kriket.
"AKAK!" Dia terdengar pula teriakan Khadijah di dapur lalu lebih banyak bunyi pinggan mangkuk kaca pecah berantakan yang membuatkan Alifah semakin risau. Sambil dia berlari di tangga kediaman itu, menuju ke bawah, dia sempat juga menepuk tangannya mengikut kod-kod Morse dengan kuat sekali supaya Anwar dapat mendengarnya lalu dia dapat bersiap siaga dan menjaga bayi itu daripada sebarang bahaya. "MATILAH KAU!" Semakin kuat kedengaran suara rakannya di dapur yang mana Alifah tidak mampu lagi menahan kerisauannya dan hendak sahaja dia muncul disebelah rakannya itu secara ajaibnya. Tatkala dia sudah tiba di dapur, dalam masa yang sama juga dia melihat di hadapannya, tubuh Khadijah sedang ditusuk dengan sebilah jarum gergasi manakala tubuh kaku Adilah tergantung di atas siling.
"Sampai pun akhirnya watak utama kita!" Dengan penuh teruja, si gadis jarum berkata lalu dia membuka langkah meluru ke arah Alifah namun Alifah lebih pantas. Dengan satu pukulan dari kayu pemukul kriket sahaja sudah cukup untuk menjatuhkan musuhnya serta memberikannya masa untuk melarikan diri tatkala musuhnya meronta-ronta kesakitan di atas lantai. Tetapi, ianya tidaklah semudah apa yang disangkakan olehnya. Tatkala dia baharu sahaja hendak berlari menuju ke pintu hadapan kediaman itu, secara tiba-tiba kakinya ditarik oleh si gadis jarum. "Kau nak lari pergi mana?" Ujar si gadis jarum sambil membenamkan jari-jari jarumnya ke dalam kaki Alifah. Alifah lantas menjerit di dalam kesakitan tetapi dia masih tidak mahu mengalah, tidak sekali-sekali tanpa berlawan.
Lantas, kepala si gadis jarum dipukulnya berulang-ulang kali seakan-akan sedang memukul adunan doh kuih. Berulang dan terus berulang, pukulan demi pukulan dikenakan sehingga darah terpercik keluar dan kemudian sehingga kepala si gadis jarum terkopak, tetapi kepalanya lebih keras dek kerana dia masih tidak mahu melepaskan kaki Alifah. Malahan, si gadis jarum mula menggunakan kekuatan supernatural miliknya untuk menambahkan kecederaan pada Alifah. Tatkala Alifah berbalas tatapan dengan gadis jarum, secara tiba-tiba sahaja tekaknya berasa tidak selesa.
"ALIFAH!" Anwar menjerit dengan penuh risau dari depan. Dalam masa yang sama, Alifah terdengar bunyi pintu hadapan kediaman itu dibuka serta bunyi tangisan bayi itu juga. "ALIFAH! MANA KAU!" Nak sahaja Alifah menjawab tetapi tekaknya tidak membenarkan dia berbuat sedemikian. Malahan, secara tiba-tiba dia mula memuntahkan ribuan bilah jarum keluar dari anak tekaknya. Dia mula memuntahkannya bersama-sama dengan lendiran darah tatkala tekaknya terkoyak dari dalam berkat jarum-jarum tersebut.
"Kau takkan terlepas kalini..." Dengan nada yang sinis, si gadis jarum berkata lalu dia mengoyakkan kulit kaki Alifah. Alifah dengan spontan menjerit dengan sangat kuat sehingga anak tekaknya terasa seperti hendak meletup sahaja manakala si gadis jarum pula dengan penuh asyik menjilat-jilat darah Alifah yang mengalir pada jari-jari jarumnya. Sementara Alifah menjerit sambil merangkak menjauhi si gadis jarum, dia sempat melihat sosok tubuh Anwar di hadapannya, sedang memegang sebilah pisau sebagai senjata pertahanannya namun baharu sahaja Alifah dapat merasakan sedikit sinar harapan, ianya secara spontan dicarik daripadanya. Semasa Anwar baharu sahaja hendak membantunya sambil bersiap sedia untuk menyerang si gadis jarum, dia langsung tidak perasan akan doktor Kisaragi yang memecah masuk ke dalam rumah itu secara senyap-senyap sedang bersembunyi di belakangnya lalu tanpa membazir masa, doktor itu membunuh Anwar dengan menembaknya berulang-ulang kali. Dalam ketika itu, Alifah melihat tubuh kaku Anwar terbaring di hadapannya dimana dia tidak lagi melihat sinaran hidup di dalam mata budak lelaki itu manakala doktor Kisaragi pula sedang mendodoikan bayi yang sepatutnya mereka jaga. Alifah cuba menggapai ke arah bayi itu namun wajahnya dipijak oleh doktor Kisaragi.
"Kesian dengan anak papa ni seorang..." Kata doktor itu yang mana ia membuatkan Alifah terkejut sehingga matanya terbeliak. "Apa? Kamu sendiri pun tak tahu diri kamu tu siapa kan. Takde siapa pun pernah bagitahu betul tak, Alifah Higashikata. Ehhh, salah pula, Alifah Natsuzaki..." Katanya lagi lalu dia tergelak terbahak-bahak. Bayi yang berada di dalam dakapannya itu pula mula berasa tidak selesa lalu menangis tetapi doktor Kisaragi langsung tidak mengendahkannya. "Masa untuk kamu ucapkan selamat tinggal pada papa dan selamat malam kepada kamu, Alifah Natsuzaki, si buah terlarang di dalam hubungan kami." Lalu, doktor Kisaragi menghalakan muncung pistol ke arah kepala Alifah. Alifah yang sudah tidak tahu hendak berbuat apa hanya terdiam seribu bahasa dan membiarkan dirinya menerima takdir.
Tetapi, akal fikirannya enggan mengalah. Dengan pantas dan penuh teliti, gear-gear di dalam otaknya bergerak dengan membawa maklumat baharu yang diterimanya tadi. Maklumat itu pula dihubung kaitkan dengan maklumat-maklumat yang lain yang turut memainkan peranan di dalam misteri mereka tatkala dia berpindah ke dalam pekan itu. Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dalam perbatasan di dalam pekan itu, semuanya berubah dengan drastiknya. Pembunuhan demi pembunuhan, kematian, kesengsaraan, ketidakpuasan hati serta si individu yang cuba sedaya upaya melarikan diri daripada masalahnya. Si individu tersebut yang menjadi punca kepada kesemua perkara yang berlaku di dalam hidupnya.
Ada sebab kenapa Alifah seorang sahaja yang dapat melihat bayi itu. Ada sebab kenapa dia seorang sahaja yang akan menjadi sasaran terakhir. Ada sebab kenapa Zulaika menjadi penolong kepada gadis itu. Ada sebab kenapa Alifah terserempak dengan wanita itu di semak. Ada sebab kenapa dia dan Anwar sentiasa rapat dan mesra. Ada sebab kenapa semuanya berlaku di tempat yang pertama. Semuanya kerana Alifah adalah si watak utama dan ia kerana, di dalam mana-mana dunia sekalipun, loop atau bukan loop, semua orang akan tetap berseorangan di penghujung sesebuah cerita. Semua orang yang dikenali sepanjang perjalanan mereka akan berada di dalam bab-bab yang tertentu tetapi mereka tidak kekal sehingga ke penamatnya. Dan seperti apa yang dikatakan oleh doktor Kisaragi sebentar tadi, semuanya kerana dia dan Natalia Natsuzaki telah memandang rendang dengan hukum alam dan mendegilkan diri untuk mengambil buah terlarang.
Ada sebab kenapa bayi itu dan dia sangat akrab, ia kerana bayi itu adalah dirinya sendiri. Bayi itu, yang tidak lain dan tidak bukan lagi adalah Alifah Natsuzaki. Pelbagai tanda-tanda telah dituangkan di atas lantai namun dia masih belum dapat melihatnya pada ketika itu. Dan kini, walaupun agak terlambat, tetapi dia perasan kenapa dia sanggup menggadaikan nyawanya demi keselamatan bayi itu, ia dek kerana bayi itu adalah dia dan dia adalah bayi itu. Dan semua orang tahu, tidak kira apa pun yang berlaku di dalam dunia ini, tidak kira betapa teruk sekalipun, di penghujung seutas benang hanya ada diri kita untuk menjaga diri kita sendiri. Dan selama ini Alifah hanya bertanggungjawab menjaga dirinya sahaja yang secara kebetulan masih bayi mentah. Tatkala memikirkan mengenainya, Alifah tersengih seorang diri yang mana ia mula membuatkan doktor Kisaragi berasa ragu-ragu.
"Kamu dah kenapa hah!?" Katanya tatkala muncung pistol masih dihalakan pada kepala gadis itu. Tetapi, Alifah enggan bercakap yang mana ia menyebabkan doktor Kisaragi semakin paranoid. Lalu, dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Jari pada picu pistol sudah terasa gatal, sudah tidak ada lagi peluang untuk mengundurkan dia diri lalu dia melihat wajah Alifah buat kali terakhir sebelum picu pistol ditarik. Namun, pada ketika itulah suatu keajaiban berlaku. Pistol itu meletup tatkala dia masih memegangnya. Doktor Kisaragi lantas meraung di dalam kesakitan. Sementara itu, seluruh kediaman keluarga Aimar mula bergegar dengan teruk. Alifah sedar yang ia merupakan peluang untuk dia melepaskan diri. Tanpa menghiraukan kecederaan pada kakinya, Alifah mengambil langkah seribu meluru ke pintu keluar. Si gadis jarum pula mencuba untuk menjatuhkan Alifah sekali lagi tetapi gadis itu sudah berpengalaman. Dengan lekas dia memukul kepala gadis jarum itu dengan menggunakan pemukul kayu kriket dimana dalam masa yang sama juga tanah mereka berpijak secara tiba-tiba terbelah. Alifah sempat mengelak tetapi perkara yang sama tidak usah dikatakan kepada si gadis jarum. Gadis itu terjatuh ke dalam gaung yang gelap dan tidak lagi kelihatan dimana-mana tetapi Alifah langsung tidak mengendahkannya. Dia meneruskan berlari lalu bayi itu dirangkul tubuhnya sebelum Alifah memecut sepenuhnya. Doktor Kisaragi pula sudah membiasakan dirinya dengan kecederaan tadi lalu mengejar Alifah yang sudah hampir sampai dekat pintu keluar kediaman itu yang mulai roboh.
Sebaik sahaja gadis itu melangkah keluar dari kediaman itu bersama-sama bayi itu yang sedang menangis, Alifah berasa hairan kerana tiba-tiba sahaja dia sedang berada di atas sebuah pentas besar di dalam sebuah teater. Kediaman keluarga Aimar tidak lagi kelihatan di belakangnya manakala di hadapannya pula, dibanjiri dengan orang ramai yang memberikannya tepukan gemuruh sambil ada yang bersiul dengan penuh girang. Ambil masa juga untuk Alifah akhirnya mengenali mereka semua adalah orang-orang yang dia kenali di dalam pekan Kurikaeshi. Masing-masing menepuk tangan mereka pada Alifah yang mana ia menyebabkan bayi itu menangis dengan lebih teruk sehingga Alifah terpaksa mendodoikannya.
"Tahniah!" Anwar Natsuzaki menjerit dari tempat duduknya sambil menepuk tangannya.
"Congratulation!" Jerit Adilah Aimar yang duduk di sebelah budak lelaki itu.
"Omedetou!" Ibrahim Satoshi yang sedang berpegangan tangan dengan Adilah berkata dengan nada suara yang lantang sekali.
"Jazakallah Khair!" Jerit Adriana dengan lantangnya.
"Glückwunsch, glückwunsch!" Si Khadijah Aimar yang sering mengulang ayatnya dua kali berkata sambil tangannya sibuk menepuk sambil menjerit pada rakannya itu lalu mereka semua membaling beberapa kuntum bunga ros ke atas pentas. Lalu, proses mengucapkan tahniah itu berterusan dengan agak lama sehingga Alifah berdiri kaku di atas pentas dan tidak tahu hendak berbuat apa.
"Pozdravleniye!" Kata Inspektor Rahman Ryosuke dalam bahasa Rusia.
"Congratulazioni!" Dalam bahasa Itali yang sedikit berbelit, Encik Daniel Tomitoka berkata dengan kuatnya.
"Grattis!" Ujar guru mereka, Cikgu Misaki Aniza sama seperti di dalam kelas lantaran memaksa dirinya bersuara lantang. Lalu, bunyi tepukan dan sorakkan mereka semakin pudar dari pendengaran Alifah walaupun dia masih melihat mereka semua masih lagi dengan penuh teruja berbuat sedemikian. Dia merasakan seperti seseorang tidak ada di situ. Seseorang yang banyak membantunya memahami segala perkara supernatural yang berlaku pada dirinya di dalam pekan Kurikaeshi.
"Sup dwag!" Kedengaran suara si dia dari belakang yang mana Alifah dengan serta merta memalingkan pandangannya dari hadapan teater dimana yang lain masih meraikannya. "Kau nampak okay walaupun sekarang kita ada dekat tempat yang misteri." Kata Zulaika lalu dia menghisap asap tembakau di dalam paip kiseru miliknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro