Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

          Selepas kekecohan yang berlaku balik di kafe di dalam pekan Kurikaeshi, Zulaika dan Khadijah ditahan reman untuk membantu siasatan dan juga kerana mereka didapati telah mencederakan si mangsa, Encik Daniel Tomitoka. Adilah, sebagai seorang kakak dan seorang yang lebih kepada yang paling besar di dalam kumpulan mereka, pada mulanya cuba membantah tetapi tindakannya itu langsung tidak membuahkan sebarang hasil. Malahan, suatu tragedi yang memalukan menimpa dirinya kerana beberapa orang pegawai yang ditugaskan oleh Inspektor Rahman Ryosuke untuk menahan mereka tertukar dirinya dengan adiknya, Khadijah.

Adilah digari dan bukan sebaliknya. Menyebabkan beberapa komplikasi semasa penahan yang membuatkan Adilah berasa malu ditambah juga dengan rasa bengang yang tidak terkata. Selepas perkara itu terjadi, Adilah mengurung dirinya di dalam bilik dan hanya keluar untuk ke tandas sahaja. Makanan dan minuman sentiasa Alifah dan Adriana sediakan dan letakkan di hadapan pintu biliknya. Manakala, Anwar dan Ibrahim pula, setiap hari selepas dua orang rakan mereka ditahan, mereka berusuh dihadapan balai polis pekan Kurikaeshi dengan membaling telur-telur busuk, membuat demostrasi serta membaling gulungan tisu sehinggalah mereka dihalau kerana terlalu menjengkelkan dan mengganggu ketenteraman mereka.

"Kau rasa, benda ni ada hubung kait dengan Sumpahan Kurikaeshi ke?" Adriana bertanya kepada mereka pada suatu hari selepas waktu persekolahan tamat beberapa hari selepas penahanan Zulaika dan Khadijah. Adilah masih tidak kelihatan dimana-mana melainkan di kediaman keluarga Aimar dan ia membuatkan Anwar berasa risau dengan rakannya yang seorang itu. 

"Mustahil lah!" Kata Ibrahim dengan nada suara yang sedikit tinggi. "Benda-benda macam tu wujud dalam buku je. Takpun dalam movie. Mana ada sumpahan tu dalam real life." Katanya lagi kerana dia cuba menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Jawapannya itu tadi sepatutnya membuatkan Adriana berasa sedikit lega kerana kenyataannya merujuk sumpahan itu hanyalah mitos tetapi entah kenapa jawapan yang didengarinya tadi hanya menambahkan lagi kerisauannya. Tatkala riak wajahnya menyerlahkan kerisauan yang sedang bersarang di dalam dirinya, Alifah dengan spontan meletakkan tangannya di atas bahu Adriana sebagai penenang.

"It's okay lah." Kata gadis itu kepada dia. "Aku yakin, benda tu semua tak wujud langsung." Kata si gadis yang sebenarnya terperangkap di dalam loop tidak berpenghujung dan mengetahui dirinya dan orang-orang lain di dalam pekan itu hanyalah kewujudan sastera didalam sebuah cerita yang ditulis oleh seorang remaja emo. 

"Apa-apa pun," Anwar mencelah sambil menyeluk tangan kanan ke dalam beg sekolahnya. "-harini korang nak tolong aku tampal poster tak? Lepas tampal poster aku dengan Ibrahim nak pergi demo depan balai macam biasa." 

Lantaran itu, Alifah dan Adriana memberitahu kepadanya yang mereka hanya akan membantu dengan poster-poster itu dan tidak akan ambil sebarang bahagian dengan perkara lain. Tatkala mendengarkan jawapan mereka, Anwar hanya mengangkat bahunya sambil tersenyum kambing manakala Ibrahim secara tiba-tiba berlari ke tempat lain. Dia berlari dengan sangat laju sehinggakan dalam beberapa saat sahaja dia sudah hilang dari pandangan mereka semua. Pada mulanya mereka berasa hairan dengan gelagat Ibrahim yang tiba-tiba sahaja berbuat sedemikian tetapi kemudian jawapan mereka memunculkan diri di hadapan mereka. Satu sosok tubuh badan wanita yang ramping dan mempunyai wajah yang cantik sehinggakan dapat menarik mata-mata yang memandang, berdiri di hadapan mereka sambil memperbetulkan rambutnya yang dibadai angin petang.

"Kamu semua ada nampak Ibrahim tak?" Wanita itu, selaku mak tiri kepada rakan mereka yang dikatakan mempunyai rahsia gelap disebalik senyuman yang sentiasa terpapar pada wajahnya bertanya kepada Anwar dan yang lain. "Rasanya tadi aunty ada nampak dia tapi hilang pula tiba-tiba. Ada kuasa magik kot. Maklumlah, dia suka layan Harry Potter kadang-kadang kalau bosa. Time-time aunty keluar tak teman dia atas katil, hihihihihihi." Kata wanita itu lagi dan mendengarkan suaranya sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri Anwar dan yang lain menjerit meminta bantuan. Mereka semua terdiam seribu bahasa, langsung tidak tahu untuk menjawab dengan apa. Mulut mereka semua terkebil-kebil, ia terasa seperti lebih mengerikan dengan wanita itu berbanding Encik Daniel yang menyerang mereka tempoh waktu terdahulu.

"Ibrahim masih dekat sekolah lagi," Adilah menjawab lalu dia menghampiri rakan-rakannya yang berasa lega kerana penyelamat mereka akhirnya tiba. Seorang penyelamat yang tidak mereka sangkakan tetapi memerlukannya. "-dia kata ada banyak kerja sekolah Kimia dia kena siapkan. Cuba aunty cari dekat sekolah." Dia menipu dan yang kelakarnya, wanita itu mempercayainya dengan bulat-bulat. Lalu, sebaik sahaja dia berterima kasih kepada gadis itu, wanita itu lantas berjalan laju menuju ke sekolah. Tanpa dia perasan, Ibrahim sebenarnya memperhatikan mereka semua dari jauh dan lantas dia menghembus nafas lega tatkala kelibat yang ditakutinya itu sudah lesap menuju ke tempat Tuhan sahaja tahu dimana.

Dan kemudian, Ibrahim membuka langkah menghampiri rakan-rakannya lalu mereka kembali berjalan secara berkumpulan menuju ke tengah pekan untuk menjalankan aktiviti mereka menampal poster-poster mak Anwar yang hilang yang mana poster-poster itu sentiasa dicabut oleh individu tidak bernama beberapa jam selepas ianya ditampal.

"Operasi Poster X, hajimeru!" Adilah, yang mana semangatnya telah kembali mengisi dirinya berkata dengan lantangnya. Sekali gus, kata-katanya itu menyuntik semangat kepada rakan-rakannya yang lain.

***

January, 20, 2014###

January, 23, 1997 

Lol! Aku tersalah tulis tarikh lagi! Hehehehehehe...

Tapi, kalau aku terperangkap dalam loop macam ni, kiranya masa dan waktu tak relatif lah kan? Well, mungkin aku kena habiskan banyak masa dengan Ibrahim. Banyak benda aku belajar dengan dia. Manalah tau, mungkin aku boleh jadi macam Elon Musk. 

Apa-apa pun, semalam kecoh sikit masa kitaorang tampal poster-poster tu semua. Anwar dan Ibrahim bergaduh dengan beberapa orang pegawai polis sebab diorang memang budak-budak yang dicari sebab merosakkan balai polis. Diorang bergaduh lebih kepada gaduh gitu-gitu je. Tak terlalu serius tapi nampak agak ganas juga...

Apa-apa pun, lepas kitaorang habis dengan semua benda tu, and Anwar dan Ibrahim dah lebam-lebam semua, kitaorang pergi sungai and habiskan masa dekat situ. Main Iblis dalam tin, tahan nafas paling lama dalam air dan kadang-kadang kitaorang dicabar melompat dari tempat tinggi menjunam masuk dalam sungai. Belakang aku masih sakit lepas tu, of course...

Aku ada melawat Zulaika haritu, dia ada suruh aku bawa Anwar pergi rumah dia. Kunci bawah pasu. Dia suruh aku bagitahu dia semua perkara...

TBH, aku takut...


       Selepas usai menulis, Alifah bersiap-siap lalu selepas itu dia berangkat menuju ke rumah Anwar seperti yang mereka sudah tentukan semalam. Anwar pula sementara itu menunggu ketibaan Alifah sambil melukis beberapa watak-watak untuk komik dia dan Ibrahim yang sebenarnya masih belum mempunyai tajuk yang sesuai untuk diletakkan. Dia menunggu lalu menghabiskan masanya di ruang tamu rumahnya. Dalam setengah jam kemudian, barulah Alifah tiba, mengetuk pintu rumahnya dari luar. Lantas, Anwar menyikat rambutnya yang kesat sebelum dia membuka pintu rumahnya. Lalu, mereka berdua berangkat pula menuju ke rumah Zulaika yang terbiar agak lama tatkala tuan rumah itu berada di belakang palang besi.

"Aku nak kau janji tau," Alifah akhirnya membuka ketika mereka berdua sudah hampir dengan kediaman keluarga Zuhur. "-kau kena janji yang kau tak marah atau mengamuk lepas ni." 

"Hummm." Kata Anwar yang sedikit keliru namun Alifah tetap berkeras dan menyuruhnya untuk berjanji. Lalu, Anwar mengeluh sedikit namun dia tetap berjanji untuk tidak berbuat sedemikian supaya tidak menggores hati mana-mana pihak. Dan kemudian, keadaan menjadi senyap sepi. Mereka berjalan tanpa bercakap mengenai apa-apa. Mereka berjalan dan membiarkan bunyi tapak kaki mereka sahaja yang menjadi bunyi yang didengari di gegendang telinga mereka. 

Setibanya mereka di hadapan pintu masuk kediaman keluarga Zuhur, Alifah dengan selambanya membalikkan sebuah pasu yang hanya dipenuhi dengan tanah lalu dia mengambil sekeping kunci berwarna kuning dibawahnya. Kunci itu dengan lekas dimasukkan ke dalam tombol pintu lalu pintu itu tidak lagi berkunci dan mereka berjaya masuk ke dalam kediaman itu tanpa sebarang komplikasi.

"Besar juga tempat ni!" Puji Anwar tatkala mereka berjalan di sepanjang jalan yang menghubungkan ruang tamu kediaman itu yang ternyata dua kali ganda lebih besar dari rumahnya yang tidak seberapa. Mereka berjalan lagi sedikit sehinggalah mereka tiba di bilik belajar keluarga Zuhur. Pada ketika itu, tatkala tombol pintu bilik belajar itu dipegang oleh tangan Alifah yang mula menggeletar, Alifah mula berasa ragu-ragu kerana maklumat yang bakal dia beritahu kepada Anwar berkemungkinan besar dapat mematahkan jambatan persahabatan mereka. Tetapi, dia membuka juga pintu bilik itu tanpa banyak songeh.

"Kau ambil tempat duduk dulu." Alifah menyuruh kepada rakannya seorang itu manakala dia berjalan menghampiri sebuah rak buku yang tidak banyak buku terletak di dalamnya. Anwar dengan lantas melabuhkan punggung di atas sebangku kerusi di sebuah meja bulat yang besar sementara Alifah pula masih mencari fail yang disuruh oleh Zulaika. Berdasarkan apa yang diberitahu kepadanya, fail itu mempunyai gambar watak-watak utama di dalam kartun Anime yang bertajuk 'Neon Genesis Evangelion' pada muka depan fail itu. Alifah mencari-cari fail itu namun ternyata ianya agak sukar walaupun rak itu tidak mempunyai banyak barang di dalamnya.

"Kau nak aku tolong ke?" Anwar bertanya dan sudah bersiap sedia untuk bangun dari tempat duduknya tetapi tepat pada ketika itu juga, Alifah berjaya menemukan fail itu sambil bersorak sedikit. Selepas itu, Alifah membuka langkah menghampiri tempat duduk Anwar lalu fail itu dibentangkan di hadapan budak lelaki itu. Pada mulanya Anwar tergelak sedikit kerana dia melihat muka depan fail itu yang kelihatan sedikit kebudak-budakkan tetapi semasa dia menoleh pula ke arah wajah Alifah yang memaparkan wajah serius serta risau, gelak tawanya mati dengan begitu sahaja. "Ada apa dalam fail ni?" Dia bertanya tetapi Alifah tidak mahu menjawab. Sebaliknya, dia menyuruh Anwar untuk melihat isi-isi kandungan fail itu dengan matanya sendiri yang mata Anwar kemudiannya menurut sahaja kata-kata rakannya itu. Sebaik sahaja dia habis membaca helaian pertama dan beralih ke helaian yang seterusnya, lantas kedua-dua belah matanya terbeliak. Setelah banyak wang yang dihabiskan dan peluh yang dikerahkan tatkala menampal poster-poster maknya yang hilang, akhirnya jawapan yang ingin dia temukan terbentang di hadapannya di dalam sehelai kertas sahaja.

"Jadi selamani," Anwar berkata dengan suara yang sedikit serak. "-selamani, korang berdua tahu fasal semua ni? Kenapa kau tak bagitahu aku?"

"Aku dah cuba tapi aku takut kau tergores hati. Tapi, jangan marah..." Alifah merayu sambil melutut di hadapan rakannya dengan penuh rasa bersalah.

"Aku tak marah, cuma kecewa sikit." Balas Anwar dengan nada suara yang mendatar. Kemudian, dia menyuruh Alifah untuk menerangkan kesemuanya dimana gadis itu dengan spontan menceritakan bermulanya dari A sampai Z. Maklumat mengenai loop-loop dan pembunuhan tragis itu pula dia sembunyikan daripada Anwar supaya ia tidak mengeruhkan keadaan atau membuatkan budak lelaki itu bertambah keliru atau pening. Alifah memberitahu kesemua perkara yang dia tahu berkat daripada Zulaika dan sebaik sahaja dia habis bercerita, Anwar berdiri dari tempat duduknya lalu dia meninggalkan Alifah seorang diri di dalam bilik belajar keluarga Zuhur. 

Penat Alifah memanggil budak lelaki itu supaya datang semula tetapi dia hanya membazirkan air liurnya sahaja dek kerana budak lelaki itu hanya memekakkan dirinya sambil berjalan meninggalkan premis perumahan keluarga Zuhur tersebut. Langsung tiada sebarang respon yang diberikan oleh Anwar tatkala dia berjalan meninggalkan Alifah yang mana ia membuatkan Alifah berasa bersalah yang teramat. Lalu, dia terduduk di hadapan pintu masuk kediaman itu dengan penuh rasa berputus asa sambil melihat kelibat sosok tubuh Anwar semakin lama, semakin jauh dari tempat itu. Air mata mula bergelimpangan tetapi empangan matanya masih mampu bertahan. Nekad kemudian kembali semula selepas beberapa minit terduduk kaku di hadapan pintu tanpa berbuat apa-apa. 

Alifah sedar, untuk menghabiskan sesebuah cerita, dia perlu meneruskan penulisannya dan tidak membiarkan dirinya terbelengu walaupun dengan satu bab yang sedih untuk memberhentikannya.

           Keesokan harinya, Anwar cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bertembung dengan Alifah namun tidak kira seberapa jauh dia melangkah, gadis itu tidak akan menyerah. Bukan pada kali ini. Dia cuba menghabiskan masa di perpustakaan sambil membuat beberapa draft simpanan untuk komik mereka namun kemudiannya dia terpaksa beredar tatkala Alifah tiba bersama-sama Adriana sebagai peneman. Perkara yang sama juga terjadi semasa Anwar berada di kafe selepas ianya dibuka semula, dia dikepung sebaik sahaja dia menghabiskan secawan minuman panas. Alifah berjaga di pintu hadapan manakala Adriana di pintu belakang, kali ini bersama-sama dengan Adilah sebagai pemain simpanan. Namun, Anwar masih cekal dan nasib baik dirinya lebih cerdik daripada yang lain. Dia membuat keputusan, meninggalkan premis kafe itu melalui tingkap tandas walaupun sedikit sempit. Dan seperti apa yang dia jangkakan, tiada sesiapa pun yang terfikir untuk berjaga berhampiran kawasan tandas kerana yakin bahawa dirinya tidak mampu melepasinya.

Dan perkara yang sama terus berulang dan berulang di mana-mana sahaja dia menjejakkan kakinya. Di kedai antik mahupun berhampiran kawasan sekolah. Di kawasan sungai yang mana nasib Fortuna ramai orang memancing di situ pada hari itu yang mana Anwar menggunakan mereka sebagai umpan untuk dia membebaskan diri. Setiap kali dia berjaya beredar dari suatu tempat, bilangan pembantu-pembantu Alifah juga bertambah pesat. Ia berlangsungan sehingga jumlah pada carta pai menunjukkan satu nisbah empat. Dia terkepung ditengah-tengah manakala empat orang rakannya berdiri di setiap arah mata angin. Ibrahim di Barat, Alifah di Timur, Adilah di Utara dan akhir sekali Adriana di Selatan. Masing-masing mendepakan tangan mereka bagi menghalang Anwar melepaskan diri, sayangnya bukan kali ini.

"OKAY! AKU GIVEUP!" Jerit budak lelaki itu lalu terduduk di atas lantai yang sedikit berlecak. Mereka semua akhirnya perasan yang cahaya matahari semakin hilang dan awan-awan di langit berubah menjadi gelap. Bunyi-bunyi guruh pula mula menjadi muzik di telinga mereka. Lalu, mereka berteduh di bawah sebuah pondok usang tatkala air hujan akhirnya gugur dari langit. Setelah sekian lama, bumi akhirnya menangis dan mula membanjiri permukaan bumi dengan tangisannya, hujan. "Kenapa korang tak berhenti kejar aku ehhh?" Anwar bertanya dengan penuh rasa ingin tahu. 

"Apa gunanya kawan kalau tak saling membantu!" Dengan penuh bergaya Ibrahim menjawab lalu dia menepuk belakang rakannya yang seorang itu.

"Lagipun, Alifah dah ceritakan semuanya dekat kitaorang..." Ujar Adriana lalu dia bergerak ke tepi tatkala dia sedang berdiri menghalang Alifah di belakangnya. Lalu, Anwar melihat wajah Alifah yang dibasahi dengan peluh serta renjisan air hujan. Alifah hanya tersenyum sahaja dimana ia membuatkan Anwar berasa bangga mendapat mereka semua sebagai rakan-rakan yang boleh diharapkan tatkala arus laut yang kuat menghalang kapalnya untuk terus berlayar kehadapan. Sekiranya dunia mereka boleh ditafsir sebagai dunia lanun, maka Anwar ialah kapten yang paling berjaya kerana harta karun yang paling berharga yang dia miliki adalah sebuah persahabatan. Tidak semua harta karun adalah emas atau perak.

"Apa-apa pun," Adilah mencelah lalu dia menarik telinga Anwar sehingga merah. Ibrahim pula, seperti biasa, menahan dirinya daripada tergelak seperti seorang rakan yang baik. "-disebabkan kau dah banyak susahkan kitaorang harini dan kitaorang semua dah basah lencun, apa kata lepas semua ni habis, kau belanja kitaorang makan dekat Burger King. Aku terliur sikit sebab tadi masa kejar kau, ada pula iklan fast food tu terpapar luas depan mata."

"Aku janji." Dengan ringkas Anwar berkata lalu dia menghulurkan tangan kepada Adilah untuk berjabat. Dek kerana itu, Adilah tiba-tiba tersipu malu dan tidak tahu hendak berkata apa. Wajahnya mula membera dengan begitu jelas lalu dia hanya menepuk tangan Anwar.

"Malam ni...jumpa...jumpa korang semua dekat garaj belakang rumah aku..." Ujar Adilah kepada yang lain sebelum beredar pulang walaupun hujan lebat sedang membadai pekan itu. Lantaran itu, Alifah dan Adriana juga dengan spontan berlari di belakang Adilah lalu mengekorinya untuk menjaga diri rakannya itu daripada sebarang bahaya di dalam hujan lebat petang itu.

         "Okay, kita ulang benda satu kali lagi..." Ujar Adilah kepada mereka semua di dalam garaj di belakang rumahnya. "Kita akan pergi ke hospital Kurikaeshi. Kita akan selit-selit masuk ke dalam bilik mayat. Adriana, kau akan menyamar jadi aku, aku nak kau alihkan perhatian seorang ni." Lalu Adilah menunjukkan sekeping gambar kepadanya. Terserlah pada gambar itu, seorang pemuda yang sedang memakai kot doktor dan tertulis pada tag namanya di dalam gambar itu, 'Dr Kisaragi' di dalam tulisan berangkai. Bagi yang lain, mereka hanya dapat melihat gambar Dr Kisaragi seorang tetapi bagi Alifah pula, dia mula menggigil sedikit namun dia berjaya mengawalnya daripada terserlah dengan jelas tatkala dia dapat melihat seorang gadis bertangan jarum bertenggek di atas bahu Dr Kisaragi sambil lidahnya terjelir keluar.

"Kenapa dengan doktor ni?" Anwar bertanya tatkala Adilah menyimpan semula gambar itu ke dalam satu fail khas.

"Dia ni lebih kepada doktor yang paling penting dalam hospital Kurikaeshi. Jadi, doktor ni akan jadi masalah sikit pada kita sebab semua stesyen dalam hospital tu dia yang kawal." Terang Adilah kepada mereka, sekali gus mencerahkan maklumat yang tadinya gelap gelita. "Masa Adriana alihkan perhatian tu nanti, kita akan masuk ke dalam bilik mayat dan cari mayat mak Anwar. Biasanya, mayat yang tak dituntut, pihak hospital akan simpan selama 14 hari..."

"Ocop! Stop!" Ibrahim mencelah tatkala Adilah baharu sahaja hendak menjelaskan bahagian yang paling penting di dalam rancangan mereka. "Kalau 14 hari diorang simpan mayat mak Anwar, kiranya dah lebih tempoh lah kan. Harini pun dah berapa hari bulan." Kata-kata Ibrahim itu mula melahirkan perasaan ragu-ragu di dalam diri Anwar dimana tatkala melihat wajahnya yang semakin risau, dengan serta merta Adilah dan Alifah menumbuk kedua-dua belah pipi Ibrahim.

"Mungkin tak," Adriana bersuara ditengah-tengah kekecohan di antara tiga orang rakannya itu. "-pihak hospital takkan ambil apa-apa tindakan atas mayat tu lagi sebab Anwar waris yang paling dekat, ada dalam pekan ni!" Dengan penuh teruja dia berkata sambil memetik jarinya. Lalu, seorang demi seorang kepalanya mula diketuk dengan fakta kenyataan itu yang ternyata logik dan boleh diterima akal. Sekali gus, ia mengembalikan semula senyuman penuh semangat pada wajah Anwar manakala Adilah dan Alifah menghembus nafas lega melihat rakan mereka itu kembali pulih. Ibrahim pula sementara itu, menghembus nafas lega kerana semuanya sudah tamat dan pipinya akhirnya selamat.

"Demi Anwar." Ujar Alifah kepada mereka semua. 

"DEMI ANWAR!" Mereka semua menjerit bersama-sama.

***

          Tirai malam ditarik, rancangan mereka mula beroperasi. Semuanya berjalan dengan lancar tetapi mereka lebih arif. Mereka tahu dan sentiasa bersedia kerana bila-bila masa sahaja arus boleh berubah dengan drastiknya. Mereka memecah masuk ke dalam premis hospital itu melalui pintu belakang seumpama seorang individu membaca manga bermula dari muka surat helaian terakhir sekali sehingga ke muka hadapan. Mereka merangkak sama seperti askar-askar walaupun langsung tidak terlatih dan hanya pernah melihatnya disebalik kaca televisyen. 

"Tu doktor Kisaragi...Adriana, on mark..." Bisik Alifah kepada rakannya yang merangkak di sebelahnya. Lantas, Adriana berdiri dan mula bersiap-siap. Rambutnya diikat sama mengikut gaya rambut yang selalu Adilah kenakan. Vokal suaranya diubah-ubah sedikit dan sudah semestinya secara perlahan-lahan supaya tidak kedengaran oleh orang lain yang berkemungkinan besar sedang lalu lalang. Berkat waktu malam dan bulan terselindung disebalik awan, mereka semua langsung tidak dapat dikesan tetapi tidak bermakna mereka boleh bertindak sambil lewa. Kemudian, Adriana memberanikan dirinya untuk pergi menegur doktor Kisaragi yang sedang berdiri di koridor luar di hadapan pintu masuk bangunan B hospital itu.

"Kau boleh punya. Go get it girl." Ibrahim memberikan dorongan kepada rakannya itu lalu mereka berempat mengambil posisi berhampiran dengan pintu bilik mayat hospital itu. Mereka menunggu disebalik sepohon pokok yang agak besar sambil melihat Adriana berjalan perlahan-lahan menghampiri doktor itu, menunggu sahaja waktu yang tepat untuk mereka memecah masuk. Tanpa mereka semua sedari, mereka sebenarnya telah tertinggal salah satu langkah yang paling utama di dalam rancangan mereka itu nanti.

"Hai dok!" Tegur Adriana dari belakang doktor itu sambil meniru gaya Adilah yang sedikit tomboi. "Malam yang cantik kita dapat harini." 

"Adilah! What a surprise!" Kata doktor itu lalu dia menghulurkan tangannya. Mereka berdua kemudiannya berjabat tangan sambil masing-masing memaparkan senyuman pada wajah mereka. Dari jauh, mereka yang lain menghembus nafas lega kerana rancangan mereka masig berada di atas litar. Lalu, mereka melihat sahaja Adriana berbual dengan doktor Kisaragi dalam satu tempoh waktu yang agak lama sehingga Adilah mula berasa bosan dan mula menguap kerana mula mengantuk. 

Dalam lebih kurang lima belas minit mereka rancak berbincang, Adriana akhirnya memberikan signal hijau kepada yang lain. Lalu, mereka bersiap-siap untuk meneruskan rancangan mereka. Bahu Adilah ditepuk perlahan-lahan dan lantas gadis itu tersedar daripada tidurnya tatkala lama menunggu Adriana. Dengan penuh berhati-hati, mereka merangkak menuju ke hadapan pintu bilik mayat yang didapati berkunci. Sebaik sahaja Adilah hendak menendang pintu itu, Anwar memeluknya dari belakang, sekali gus memberhentikan hasratnya yang bakal membuatkan mereka semua tertangkap.

"Kau ni agak-agak ahhh!" Ibrahim memarahi gadis itu yang mana dia pula sedang angau tatkala masih dipeluk oleh Anwar. Alifah kemudiannya melangkah ke hadapan lalu mula memainkan peranan. Pin rambut yang dibawanya lantas dikeluarkan dari kocek seluar lalu dia mula membuka mangga pintu itu yang menjadi penghalang mereka dari memasuki ke dalam bilik mayat itu. Dalam beberapa minit juga masa mereka terbakar dek kerana Alifah mengalami sedikit kesukaran dan dek kerana mereka bukan berada di dalam filem, semuanya lebih realistik dan lebih sukar dari apa yang ditonton. 

"Boleh ke tak tu?" Anwar bertanya dan mula risau kerana semasa dia mencuri-curi pandang ke arah Adriana dan doktor itu, kelihatan mereka seperti sudah habis berbual dan doktor itu seperti hendak meminta diri. Sekiranya apa yang dia fikirkan itu menjadi kenyataan, maka semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Segalah usaha yang mereka kerahkan pada malam itu hanya akan berakhir dengan memberika mereka rekod buruk di sekolah. Lalu, disebabkan pemikiran negatif mula mengambil alih, Anwar lantas memberikan semangat dan dorongan kepada Alifah supaya dirinya menjadi lebih yakin, sekali gus dapat memberikan dia peluang yang luas untuk membuka mangga itu. "Aku percaya kau boleh..." Kata Anwar dengan nada suara yang lembut lalu diusapnya kepala Alifah secara perlahan-lahan. Pada ketika itu, mereka berdua dapat merasakan seperti adanya satu talian di antara mereka berdua. Satu talian yang sangat kuat dan sukar untuk diputuskan walaupun dengan menggunakan sebilah pedang yang paling tajam. Manakala Adilah yang melihat mereka berdua pada ketika itu berasa sedikit iri hati, lantas dia mencebik bibirnya manakala Ibrahim secara senyap-senyap mengusik rakannya yang seorang itu.

          Selepas beberapa minit dan dengan satu bunyi 'klik' dari mangga pintu itu, akhirnya ia berjaya dibuka. Pintu bilik mayat itu dengan lantas dibuka lalu seorang demi seorang melangkah masuk ke dalam. Dan Alifah menjadi orang yang terakhir masuk, sebaik sahaja dia melangkah ke dalam, dia sempat melihat doktor Kisaragi meminta diri dan berjalan terus menuju ke pintu bangunan B hospital itu. Meninggalkan Adriana seorang diri di koridor luar. Dari jauh, Alifah mengenyitkan matanya dimana Adriana sempat melihatnya lalu tersenyum seorang diri. Lalu, pintu bilik itu ditutup secara perlahan-lahan dan sebagai langkah berjaga-jaga, Alifah mengunci bilik itu dari dalam. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan lebihan masa kepada mereka semua untuk meloloskan diri sekiranya mereka ditemukan oleh pihak hospital. 

Di dalam bilik itu, Tuhan sahaja yang maha mengetahui betapa sejuknya ia. Adilah sampai menggigil seluruh tubuhnya tatkala mereka semua sedang mencari peti simpanan mayat mak Anwar. Satu demi satu peti simpanan diteliti namun nama wanita yang mereka cari langsung tidak dapat mereka temukan. Lebih kurang sejam mencari, tiba-tiba loceng kecemasan hospital berdering dengan lantangnya. Lalu, mereka semua mula menggelabah mengikut ritma deringan loceng kecemasan itu. 

"Apa kita nak buat!?" Alifah yang sudah tidak mempunyai sebarang idea bertanya kepada mereka dan mengharapkan salah seorang dapat memberikan jawapan yang sedap untuk didengari namun mereka yang lain juga mulai buntu sama seperti dia. Walaupun mereka masih berada di dalam bilik mayat, mereka masih dapat mendengar bunyi-bunyi bising di luar sana. Mereka terdengar bunyi jeritan demi jeritan serta tiba-tiba mereka mendengar bunyi das-das tembakan dilepaskan. Tatkala sudah berasa sangat takut, Adilah menyorokkan diri dibawah sebuah meja sambil menutup kedua-dua belah telinganya.

"Adilah! Semuanya akan okay, aku janji!" Ujar Ibrahim lalu dia menghampiri rakannya yang seorang itu. Habis dipujuknya gadis itu untuk keluar tetapi tatkala dia sudah reda sedikit, pada ketika itu juga masalah datang mengetuk pintu masuk, dan satu-satunya pintu di bilik mayat itu. Sekali lagi, ia membuatkan Adilah berasa gentar lalu menyorokkan dirinya di bawah meja itu semula manakala Ibrahim memaksa rakannya itu untuk keluar. Pintu bilik mayat itu dipukul berulang-ulang kali dengan sesuatu yang keras. Anwar dan Alifah sudah berasa sangat takut dan buntu manakala Adilah memeluk Ibrahim dalam keadaan menggigil teruk. Sekali lagi pintu itu dipukul berulang-ulang kali sehinggalah pintu itu pecah lalu terbuka dari luar. 

Tatkala pintunya sudah terbuka, asap-asap tebal mula menerjah masuk. Lantaran itu, mereka berempat tidak dapat melihat dengan jelas tetapi mereka masih dapat melihat sedikit-sedikit. Kelihatan di hadapan mereka semua, satu sosok tubuh yang bersenjatakan pemukul besbol besi sambil tubuhnya basah dengan darah. Lehernya kelihatan seperti dicakar oleh sesuatu sehingga ianya mula berdarah dengan teruk. Kepalanya pula terkopak sedikit, menyebabkan separuh wajahnya dibanjiri dengan darah merah pekat.

"Ibrahim sayang~" Wanita itu bersuara lalu ia membuatkan Ibrahim pula menggigil dengan penuh ketakutan terpapar pada wajahnya. "Mama datang nak bawa balik Ibrahim. Jom, jom kita balik dan bincang atas katil~" Dengan nada yang menggoda, wanita itu berkata namun ia tidaklah menggodakan walhal ianya hanya membuatkan wanita itu kelihatan lebih mengerikan sahaja. Lalu, tanpa ragu-ragu, mak tiri Ibrahim cuba menyerang Anwar dan Alifah yang dianggap sebagai penghasut yang mesti dihapuskan. Pemukul besbol besi itu dihayunkan secara rawak yang mana ia membuatkan wanita itu sangat merbahaya untuk didekati. Dengan spontan, Alifah dan Anwar berpecah. Dia cuba menyerang Anwar namun nasib baik Anwar sempat mengelak. Tetapi, itu hanyalah percubaan sahaja manakala semasa dia serius, teruk kepala Anwar dipukul olehnya. Kepalanya terkena impak pukulan pemukul besbol besi itu sehingga kepalanya terkoyak sedikit. Anwar lantas menggeliat di atas lantai sambil darah memancut keluar dari kepalanya manakala wanita itu gelak dengan penuh histeria. 

"Tak guna kau!" Teriak Alifah lalu dia membaling sebilah gunting ke arah wanita itu. Namun, wanita itu lebih pantas gerakan refleksnya. Gunting itu lantas ditepis dengan pemukul besbol besi itu dan lekas, dia berlari meluru ke arah Alifah lalu dia cuba menyerang gadis itu. Pemukul besbol besi itu diangkat tinggi-tinggi lalu dihayunkan ke arah kepala Alifah namun Ibrahim mengambil langkah dan menyelamatkannya. Dia menolak Alifah ke tepi, sekali gus serangan mak tirinya itu tersasar manakala Adilah yang sudah stabil menyerang balas demi rakan-rakannya. Adilah menolak sebuah kerusi roda meluru ke arah wanita itu lalu dia melanggar wanita itu sehingga dia terjatuh. Tatkala dia sudah terjatuh, dengan lekas dia cuba berdiri semula tetapi Alifah menghalangnya berbuat sedemikian. Dengan lantas, muka mak tiri Ibrahim dipukul dengan kuat oleh Alifah yang sudah hilang kawal. Dengan satu pukulan sahaja, ia sudah cukup untuk membuatkan wanita itu semakin tidak terkawal, lantas dia meronta-ronta di atas lantai seumpama seekor ikan dipotong kepalanya. Agak lama juga dia meronta di situ sebelum kemudiannya dia mula mencekik dirinya sendiri.

"Mama!" Ibrahim meraung dengan penuh kerisauan di dalam nada suaranya itu. Walaupun wanita itu hina dan penuh dengan dosa maksiat, namun siapakah Ibrahim untuk menilai wanita itu dan membiarkan sahaja dia membunuh dirinya. Budak lelaki itu kemudiannya cuba menghalang mak tirinya itu daripada mencekik dirinya sendiri dengan lebih lama tetapi ianya sudah cukup terlambat kerana dalam beberapa detik sahaja, wanita itu sudah kaku dan perlahan-lahan, sinaran kehidupan di dalam matanya pudar. "Dari dia kita datang, dan kepada dia kita kembali..." Bisik Ibrahim sambil menahan air matanya walaupun mayat wanita di hadapannya itu mempunyai rahsia gelap disebaliknya. Kedua-dua belah mata wanita itu pula kemudiannya ditutup sebagai penghormatan yang terakhir daripada Ibrahim.

"Kau okay ke tak, Anwar?" Alifah bertanya kepada Anwar yang sedang mengikat kepalanya dengan helaian baju yang dikoyakkannya tadi. Dengan ketat-ketat, kepalanya diikat dimana hasilnya mula kelihatan tatkala darah sudah berhenti mengalir tetapi kesian pada budak lelaki itu juga kerana dia mula mengalami Anemia. "Kau nak aku tolong apa-apa tak?" Sekali lagi dengan penuh kerisauan, Alifah bertanya kepada rakannya itu tetapi Anwar hanya tersenyum sahaja lalu dia mengusap kepala Alifah.

"Apa yang kamu semua buat dekat sini!?" Mereka semua lantas terkejut tatkala doktor Kisaragi menegur mereka dari luar. Lalu, doktor itu menyuruh mereka semua untuk mengikutnya menuju ke tempat selamat. Seorang demi seorang melangkah keluar dari bilik mayat itu dan seperti permulaannya tadi, Alifah menjadi orang yang terakhir yang meninggalkan bilik itu. Mereka berempat kemudiannya terkejut dengan apa yang sedang mereka lihat di luar bilik mayat itu. Orang ramai bersenjatakan senjata tajam memecah masuk ke dalam premis hospital dan mula mengamuk. Beberapa orang pesakit menjadi mangsa mereka dimana ada yang terburai isi perutnya manakala ada yang diikat pada sepohon pokok lalu dibakar hidup-hidup. Adilah lalu bertanya kepada doktor itu akan apa yang sedang berlaku tetapi doktor itu dengan ringkas menjawab persoalan itu seperti sedemikian. "Semua ni adalah sumpahan Kurikaeshi..."

         Huru hara dapat dilihat di sebelah kiri mahupun di sebelah kanan mereka tatkala kaki mereka ligat berjalan di sepanjang koridor diiringi oleh doktor Kisaragi. Pegawai-pegawai polis berbalas tembakan dan ada juga, yang sempat dilihat oleh Alifah, bergaduh di atas tanah sambil berbalas tikaman pada tubuh masing-masing. Dekat lebih kurang 10 minit mereka berjalan sehingga akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kedua premis hospital itu dimana mereka melihat beberapa orang jururawat sedang berlari keluar meninggalkan premis itu. Kelihatan juga di luar premis hospital pada ketika itu, Inspektor Rahman Ryosuke seperti kebiasaan menghisap rokok paipnya sambil membantu beberapa orang awan.

"Ikut sini," Arah doktor Kisaragi kepada mereka semua sambil menunjukkan ke arah sebatang jalan yang agak sempit yang dapat dilihat menghubungkan mereka ke arah tempat parkir kereta. Lalu, tanpa banyak bertanya, mereka mengikut jejak langkah doktor itu dari belakang. Sekali lagi, mereka meneruskan perjalanan mereka dan kali ini mereka menuju ke sebuah kereta pula. Sebaik sahaja doktor Kisaragi berada di pintu masuk kereta itu, lantas dia membuka kunci di dalam kereta itu. "-mari saya hantar kamu semua balik..." Tetapi ayatnya itu terpotong ditengah-tengah jalan tatkala satu suara yang amat mereka semua kenali mencelah secara tiba-tiba. Dek kerana itu, mereka semua lekas menoleh ke arah sumber suara itu lalu mereka melihat sosok tubuh Zulaika berdiri beberapa meter dari mereka sedang mendukung seorang bayi manusia yang sedang nyenyak tidur di dalam dakapannya. Tatkala melihat mereka berdua, Alifah lantas tersenyum lega.

"Jangan fikir kau dah menang, doktor Kisaragi!" Lantang Zulaika bersuara, sekali gus mengejutkan bayi itu. Manakala tiba-tiba pula, Khadijah yang sedikit tercungap-cungap nafas muncul dari belakang gadis itu lalu dia meminta pada Zulaika untuk mendukung bayi itu pula.

"Tak guna kau!" Dengan penuh rasa bengang yang sudah lama terkumpul di dalam dirinya, doktor Kisaragi berkata sambil menggigit bawah bibirnya sehingga berdarah. Lalu, si ketua doktor itu berbalas tatapan maut dengan si Zulaika yang penuh dengan keyakinan diri.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro