Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

January, 15, 1997,

............................??/??/??

Kepulan asap tembakau berkepul-kepul di dalam pejabatnya. Tembakau Old Toby yang dibakar di dalam sebatang paip rokok buatan Ireland dihirup secara dalam-dalam lalu dihembuskan menjadi kepulan asap tebal. Sambil menyelak beberapa helaian muka surat laporan yang dibuat oleh beberapa kakitangan di bawah tanggungannya, Inspektor Rahman Ryosuke menghisap paipnya supaya dia tidak ditakluki oleh emosi stress kerja yang melampau.

        Beberapa jam selepas tamatnya festival 'Tangkapan Iblis' di dalam pekan Kurikaeshi, Inspektor itu menerima satu panggilan kecemasan oleh seorang anak gadis kepada salah seorang pengasas di dalam pekan itu. Pada mulanya gadis itu telah menelefonnya beberapa jam sebelumnya semasa festival itu masih sedang rancak berlangsung dan mereka berdua berbincang mengenai kes kemalangan yang menimpa rakannya Alifah. Gadis memberitahu kepada Inspektor Rahman hampir kesemua maklumat yang dia miliki dan Inspektor itu memberitahunya supaya dia tidak segan menelefonnya lagi sekiranya dia mahu berkongsi apa-apa lagi maklumat yang dapat membantu di dalam siasatan tersebut. Namun, pada kali kedua dia ditelefon, kedengaran suara Adilah sedikit serak dan entah kenapa Inspektor itu merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan suaranya itu. Terasa seperti bukan Adilah sedang bercakap dengannya.

Pada kali kedua dia ditelefon, Adilah memberitahu bahawa rakannya yang lagi seorang, yang bernama Adriana telah hilang dan dia langsung tidak tahu kemana perlu dia pergi untuk mencari rakannya itu. Lantas, Inspektor Rahman memberitahunya supaya tidak membuat keputusan secara tergopoh-gopoh sehingga ia dapat membahayakan nyawanya sendiri. Inspektor Rahman berpesan supaya Adilah tetap berada di rumah dan membiarkan pihak berkuasa yang mengambil alih kes itu. Lalu, sehelai lagi kertas laporan ditambahkan pada senarai kes-kes yang perlu mereka kendalikan. Secara jujur, Inspektor Rahman dan beberapa lagi orang pegawai yang lain sudah berasa sangat lelah ditambah pula kes-kes semakin meningkat dan bukan sebaliknya.

"Ada benda yang tak kena..." Kata Inspektor itu seorang diri sambil asap tembakau terkeluar dari mulutnya setiap kali dia membuka mulut. "Mula-mula kes penculikan Natalia Natsuzaki. Mayatnya ditemukan lima hari selepas dia diculik. Badan ditemukan dilumuri darah dan perutnya kehilatan seperti baru je lepas bersali. Tiada sebarang kesan bukti yang berkaitan dengan bayi tapi ada beberapa orang pegawai forensik melaporkan ada terdengar bunyi tangisan bayi. Si ketua doktor, Doktor Kisaragi bagitahu yang punca kematian Natalia adalah dicekik dan ditikam 12 kali. Dalam masa yang sama, anak gadis keluarga Zuhur dikatakan hilang dari wad hospital. Kamera-kamera sekuriti langsung tak mendapat sebarang rakaman yang dapat membantu dalam kes ni. Lepas tu, seorang lagi gadis dilaporkan hilang selepas festival 'Tangkapan Iblis' tamat. Memang ada benda yang tak kena..." Inspektor Rahman membebel seorang diri tetapi semasa dia asyik menghirup rokok paipnya, secara tiba-tiba rokok paip itu meletup dan menyebabkan bibir inspektor itu terbakar sedikit. Dengan lekas, Inspektor itu mengambil langkah seribu menuju ke tandas lalu dia membilas bibirnya berulang-ulang kali dengan air paip. Entah kenapa tiba-tiba ia berlaku padanya walaupun sebelum ini belum pernah terjadi lagi. Dia berfikir mungkin kerana terlampau tertekan dengan kerja. 

Selepas bibirnya terasa lega dan selesai membuang hajat yang tidak perlu dicerita secara mendalam, Inspektor Rahman melangkah pulang ke pejabatnya. Pintu pejabatnya lantas dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu yang sudah bersepah semasa dia menggelabah sebentar tadi. Dia lantas mengeluh sedikit lalu membersihkan abu-abu tembakau yang bertaburan di atas meja kerjanya dan kemudian kertas-kertas laporan yang bersepah di atas lantai dikutip sehelai demi sehelai mengikut tarikh kes-kes tersebut lalu disusun menjadi sebuah timbunan kertas laporan. Seusai sahaja tugasan mengemas itu, Inspektor Rahman menghembus nafas lega sambil melihat meja kerjanya yang kelihatan bersih tersusun sahaja. Selepas itu, kerusinya ditepuk sebanyak tiga kali lalu Inspektor Rahman melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. 

"Memang ada benda yang tak kena dengan kes-kes kali ni."

"Humm! Betul,betul,betul!" Kata si gadis jarum di telinga Inspektor Rahman, dengan spontan ia membuatkan dia terkejut beruk. Matanya terbeliak lalu sepucuk pistol dikeluarkan dari laci meja kerjanya. Muncung pistol itu kemudiannya dihalakan pada si gadis jaurm manakala gadis itu hanya tergelak terkekek-kekek.

"Siapa kau!?" Soal inspektor itu yang sudah muak dengan banyak lagi hal yang sudah terlebih mampat di dalam kepalanya. Kepalanya terasa seperti hendak pecah sahaja dan takdir Tuhan memberikan lebih tekanan padanya lantaran si entiti gadis bertangan jarum itu di dalam pejabatnya tanpa sebab yang munasabah. "Lebih baik kau cakap siapa kau!?" Kali ini, dia menengking dengan lebih kuat sehingga ia boleh didengari dari luar. Si gadis jarum itu pula hanya tersenyum sahaja pada inspektor itu yang sudah hilang sabar. Apabila dia sudah tidak tahan lagi dengan permainan mengarut itu, dia lantas membuka mulut untuk bertanya untuk kali terakhir namun tiba-tiba sahaja pintu pejabatnya ditendang dari luar lalu dua orang pegawai yang bersenjata menerjah masuk. Lekas, mereka mencari sasaran mereka tetapi tiada sesiapa pun di dalam pejabat itu melainkan si Inspektor Rahman seorang. Inspektor itu juga sedikit terkejut kerana tiba-tiba sahaja gadis jarum lesap tanpa meninggalkan sebarang kesan. 

Dua orang pegawai itu kemudiannya mula berbisik sesama sendiri mengenai keadaan inspektor itu yang dikatakan tidak stabil kerana terlalu penat manakala Inspektor Rahman masih lagi terpinga-pinga.

***

        Hari yang seterusnya mengganti tirai semalam, permulaan hari yang baharu datang mengetuk pintu harian semua orang. 

Di sekolah, selepas beberapa jam masa para pelajar dipenuhi dengan subjek-subjek mengikut jadual belajar mereka, waktu rehat akhirnya tiba untuk menyambut para pelajar yang sudah penat serta lapar sehingga perut mereka mula berorkestra. Sementara pelajar-pelajar lain iaitu termasuk juga Khadijah dan Anwar menghabiskan waktu rehat mereka dengan betul-betul berehat, Adriana yang sedang menyamar sebagai Adilah dan Ibrahim pula berada di makmal kimia di tingkat tiga di bangunan sebelah Timur dari kelas mereka. Adriana, si gadis itu sedikit terkejut kerana dia berjaya menipu hampir semua orang tatkala menyamar sebagai Adilah terutamanya Khadijah dan juga Inspektor Rahman Ryosuke. Selepas membuat satu panggilan kecemasan palsu, kini rancangannya berjalan semakin lancar dek kerana pihak berkuasa bertambah sibuk dengan kes-kes lain. Yang tinggal kini hanyalah Anwar seorang. Adriana bercadang untuk membunuh budak lelaki itu dengan menggunakan satu bahan kimia yang bakal membuatkan mangsanya merana terlebih dahulu sebelum nyawanya dijemput Izrael.

Dan disebabkan itulah mereka menghabiskan masa mereka di makmal kimia itu. Sambil melihat Ibrahim menuang cecair hidrogen peroxide ke dalam kelalang yang sudah berasap dengan bahan-bahan cecair lain, Adriana berborak kosong dengan Alifah walaupun rakannya tidak banyak bercakap sangat seperti selalu. Mereka berbual mengenai pelbagai topik namun ia terasa seperti berborak dengan mesin yang hanya mempunyai dua jawapan sahaja untuk setiap topik.

"Malam ni kita masak kari lepastu goreng ayam sikit nak tak?" Kata Adriana.

"Ok." Dengan ringkas Alifah menjawab.

"Ayam tu nak goreng style apa?" Dia bertanya lagi sambil mengusap dagu. "Kalau kita goreng style Kentucky okay tak?" 

"Ok" Alifah membalas dengan bosan.  Adriana kemudiannya menatap wajah rakannya yang tidak menunjukkan sebarang ekspresi itu lalu dia membuka mulut untuk bertanyakan lagi soalan namun mereka kemudiannya ditegur oleh Ibrahim yang sedang menunggu bahan kimia di dalam kelalang itu berhenti berbuih.

"Kau cakap dengan siapa?" Budak lelaki itu bertanya sambil mencari-cari seseorang di belakang Adilah walaupun tiada sesiapa pun. Lalu, Adilah menjawab yang dia hanya bergurau sahaja. Dia memberitahu bahawa bercakap seorang diri dapat membuatkan seseorang dapat memahami diri mereka dengan lebih mendalam. Disebabkan Ibrahim malas nak bertanya berlebih-lebih, dia lantas mengangkat bahunya sambil menampalkan wajah tidak ambil peduli langsung. Dia kemudiannya kembali fokus semula pada bahan kimia itu yang sudah berhenti berbuih dan sudah siap dihasilkan tanpa sebarang kemalangan di dalam makmal. Ibrahim lantas bersorak lalu memuji dirinya manakala Adilah turut bersorak dengan menepuk tangannya secara gemuruh sambil bersiul. Gadis itu kemudiannya menoleh ke arah Alifah yang langsung tidak beriaksi lalu dia menyiku rakannya untuk turut menyambutnya sekali. Lalu, Alifah yang kelihatan tidak bersemangat lantas menepuk tangan tanpa bersemangat langsung.

Bahan kimia tersebut secara berhati-hati di masukkan ke dalam kelalang yang berbeza dengan penutup khas. Selepas ianya sudah dituang masuk ke dalam kelalang tersebut, Ibrahim sengaja menggoncangkannya sedikit untuk membuatkan cecair di dalamnya berbuih sedikit lalu dia sekali lagi tersenyum puas semasa melihatnya. Dia berasa sedikit bangga dengan dirinya kerana ia merupakan percubaannya yang pertama tetapi dia berjaya menghasilkan cecair kimia itu tanpa sedikit ralat. 

"Aku rasa macam aku pernah buat Piranha Solution ni tapi aku tak ingat dekat mana." Kata Ibrahim sambil menyerahkan kelalang itu kepada rakannya yang sedikit hairan dengan apa yang baharu didengarinya. "Aku rasa macam aku mimpi aku buat chemicals ni. Lepastu aku guna dekat mak tiri aku. Kau tahu, mak tiri aku yang aku tak suka tu..." Katanya lagi lalu tersenyum kambing sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Adriana pula pada ketika itu, disebabkan dia masih lagi baharu di dalam pekan itu, mula tertanya-tanya dengan sifat mak tiri rakannya itu sehingga dia membencinya sangat-sangat. Namun, semasa dia hendak bertanya mengenainya, dia tersedar yang dia bukan lagi Adriana. Buat sementara waktu, dia ialah Adilah Aimar. Jadi, untuk tidak membuat perkara menjadi janggal di antara mereka berdua, Adriana hanya meletakkan tangannya di atas bahu budak lelaki itu sebagai tanda memahaminya. Mereka berdua kemudiannya berbual kosong sehinggalah loceng sekolah sekali lagi berdering menandakan tamatnya waktu rehat. Tatkala semuanya sudah siap, mereka hanya tersenyum sahaja sambil berjalan meninggalkan makmal tersebut menuju ke kelas mereka. 

Semasa mereka berjalan di koridor yang kini dibanjiri dengan pelajar-pelajar lain, dengan sekilas pandang Ibrahim ternampak Adilah seperti berjalan berpegangan tangan dengan seseorang. Tetapi, semasa dia melihat dengan lebih jelas, ternyata tiada sesiapa yang dipegang olehnya.Tiada sesiapa pun yang berjalan di sebelahnya tetapi Adilah juga terlihat seperti sedang berbual kerana dia kerap kali menoleh ke tepi bahunya belah kiri. Dek kerana itu, Ibrahim menepuk dahinya. 

***

Sebaik sahaja guru seni mereka memadam papan putih yang tadinya dipenuhi dengan lukisan-lukisan doodles semasa kelasnya berjalan, loceng sekolah sekali lagi berdering, menandakan waktu persekolahan pada hari itu akhirnya tamat seperti tamatnya satu bab di dalam sesebuah cerita. Dataran sekolah itu kemudiannya dibanjiri dengan warga sekolah yang jalan berciciran menuju ke pagar sekolah.  

          Anwar dan rakan-rakannya berjalan bersama-sama sambil berbual kosong seperti biasa. Adilah dan Khadijah berbual mengenai hal-hal perempuan manakala Anwar dan Ibrahim berbual mengenai komik mereka yang masih di dalam proses pembuatan. Topik yang dibualkan oleh mereka berdua itu kedengaran menarik sehingga ia berjaya menarik perhatian dua orang gadis yang berjalan di belakang mereka. Khadijah kemudiannya dengan begitu teruja turut ikut sekali di dalam perbualan itu dan mula memberikan cadangan-cadangan untuk watak-watak di dalam cerita itu manakala Ibrahim mencatatnya di dalam buku nota kecil dan Anwar mula melukis sedikit draft. Adriana pula hanya membuat-buat berminat sahaja dan hanya mengulang kata-kata Khadijah. Lantaran dia mula dipinggirkan oleh yang lain, dia lantas tersenyum lalu berbual pula dengan Alifah yang berjalan di sebelahnya. Tangan Alifah dengan lantas dipegang oleh Adriana lalu dia membuka topik perbualan mereka mengenai rancangan untuk menyingkirkan Anwar. Di belakang budak lelaki itu, Adriana tersenyum dengan sinisnya. Sebaik sahaja dia mahu membuka mulut untuk memulakan perbualannya, mereka semua kemudiannya ditegur oleh seorang Inspektor yang sedang menghisap rokok paip.

"Maaf mengganggu tapi saya nak ambil masa kamu semua kejap." Kata Inspektor Rahman. "Ada diantara kamu tahu lokasi terakhir Adriana sebelum dia menghilang?" Dia bertanya lalu menatap wajah seorang demi seorang. Dia berhenti di hadapan Adriana lalu menatapnya dengan lebih lama. Asap tembakau di dalam rokok paipnya disedut dalam-dalam lalu dia menghembusnya keluar sehingga terkena wajah Adriana. Gadis itu dengan serta merta terbatuk. Sehelai sapu tangan berwarna merah jambu lantas dikeluarkan dari poket bajunya lalu dijadikan pelitup muka.

"Kenapa dengan Adilah?" Anwar bertanya kepada inspektor itu lalu Inspektor Rahman menatap kearahnya pula. 

"Entah." Dengan ringkas inspektor itu menjawab. Jauh di dalam lubuh hati Adriana pula, dia sudah berasa tidak tenang dan berasa sangat takut sekiranya penyamarannya terbongkar oleh inspektor itu. Secara perlahan-lahan dia menarik lalu menghembus nafasnya supaya dirinya tidak diselubungi perasaan cemas atau panik. Walaupun dia masih tidak berpuas hati dengan budak lelaki itu, Adriana turut juga berterima kasih kepadanya kerana telah menarik perhatian si Inspektor Rahman Ryosuke. Mereka berdua mula berbual sedikit namun Adriana langsung tidak dapat menangkap apa yang mereka berdua bualkan. Dia hanya memekakkan dirinya lalu membisukan dirinya sambil menundukkan kepala. Disebabkan Khadijah dapat merasakan kakaknya itu sudah tidak senang duduk, dia berjalan menghampirinya lalu dia mengusap belakang kakaknya itu secara perlahan-lahan. Ia sedikit sebanyak membuatkan Adriana berasa tenang dan dalam masa yang sama juga, rasa sedikit bersalah kerana dia sedang menipu rakannya itu dengan menyamar menjadi kakaknya.

"Kalau kamu ada apa-apa info yang berguna, sila maklumkan kepada saya." Inspektor Rahman berkata lalu dia menyerahkan sekeping kad kecil yang tertulis nombornya kepada Anwar. "Kamu semua pula, sayonara. Maaf mengganggu." Lalu inspektor itu meminta diri dan berjalan semula menuju ke keretanya yang diparkir di tepi sebuah kedai antik. Sambil dia berjalan, dia sempat melihat wajah Adilah sekali lagi yang dia rasakan seperti ada yang tidak kena dengan gadis itu. Lalu, asap tembakau Old Toby dihisap lalu dihembus keluar.

Anwar dan rakan-rakannya pula, selepas terdiam dengan penuh hairan di tempat mereka sedang berdiri iaitu di sebelah sebuah kedai makan kecil, seorang demi seorang mula meminta diri pulang ke rumah masing-masing, meninggalkan Anwar berseorang diri. Pada waktu itu, Adriana berfikir yang ia merupakan waktu yang paling sesuai untuk menjalankan rancangannya. Sudah separuh jalan, Adriana akhirnya bersuara lalu memberitahu kepada Khadijah supaya balik dahulu seorang diri manakala dia pula hendak berjumpa dengan Anwar. Semasa dia mendengarkan kata-kata kakaknya, Khadijah mula tersenyum dengan lebar tambahan juga dia selalu mendengar kakaknya mempunyai perasaan pada budak lelaki itu tanpa langsung mengesyaki rancangan sebenar Adriana.

"AKAK!" Dia menjerit lalu Adriana terhenti berlari sebentar. Lalu, Adriana berlari semula ke arah Khadijah dimana gadis itu kemudiannya menyerahkan sekuntum bunga segar yang dipetiknya tadi balik di taman sekolah. Adriana lantas mengambil bunga itu dan sebelum dia kembali mengambil langkah seribu, Khadijah sempat lagi mengusiknya. "Adik tak sabar nak jadi makcik tau, jadi makcik tau." Kata-kata itu lantas membuatkan Adriana membera dan dalam masa yang sama berasa jijik yang teramat namun dia menyorokkan perasaan itu disebalik wajahnya yang memaparkan senyuman palsu. Lalu, dia lekas berlari semula ke arah Anwar yang berkemungkinan masih belum tiba di rumahnya manakala Khadijah melambai dari belakang. 

Tatkala sudah berada cukup jauh dan sosok tubuh Khadijah tidak lagi kelihatan di belakangnya, Adriana lantas mencampak bunga itu lalu menambah kelajuan lariannya. Dia mula berasa tidak sabar untuk menyingkirkan Anwar sehingga kelalang di dalam poket bajunya itu dikeluarkan dan dipegang dengan erat. Tanpa diketahuinya, dia telah lama diperhatikan oleh Inspektor Rahman dari jauh. Selepas beberapa minit berlari tanpa henti, akhirnya sosok tubuh Anwar kelihatan di hadapannya. Kelihatan budak lelaki itu sedang menampal poster-poster maknya yang hilang di tiang-tiang elektrik. 

"ANWAR!" Budak lelaki itu terdengar suara rakannya memanggil dari belakang. Dengan spontan dia menoleh lalu poster yang sedang dipegangnya pada ketika itu dilipat semula dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Dia melihat Adilah sedang berlari ke arahnya namun kemudian gadis itu tersadung lalu terjatuh. Dia kemudiannya tergelak terbahak-bahak manakala gadis itu pula berdiri semula sambil menepuk-nepuk bajunya yang dikotori dengan tanah. Selepas itu, selepas penat ketawa, Anwar membuka langkah berjalan menghampiri Adilah lalu dia menyerahkan sekeping pelekat luka kepada gadis itu. "Lah baik rupanya. Ingatkan nak gelakkan je tadi sampai isi perut terkeluar." Kata gadis itu dengan nada sarkastik. Dalam hatinya pula, dia berasa syukur dan lega kerana kelalang yang dipegangnya tadi tidak pecah kalau tidak akan menjadi satu masalah pula. Kelalang itu dengan lantas disimpan semula ke dalam poket bajunya. Dia dan Anwar kemudiannya berjalan bersampingan menuju ke rumahnya. Ada juga mereka berbual kosong sedikit namun Adriana seperti nak tak nak sahaja bercakap kerana dia berasa sedikit tidak selesa. Manakala Anwar pula dapat merasakan seperti sesuatu yang tidak kena dengan rakannya yang seorang itu. 

Setibanya mereka di destinasi, Anwar menjemput gadis itu masuk ke dalam dan menyuruhnya menunggu di ruang tamu manakala sementara itu dia pergi menukar pakaian dan menyiapkan air. Secara senyap-senyap, Adriana berbual dengan Alifah namun kali ini rakannya itu lebih diam daripada kebiasaannya. Puas dia menyuruh rakannya itu untuk membuka mulut tetapi Alifah berbuat yang sebaliknya. Lalu, selepas penat dipulaukan, Adriana mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya juga. Dia mendiamkan diri sambil bermain dengan sapu tangannya sehinggalah dia membuka semula mulutnya untuk menjawab pertanyaan Anwar seusai sahaja membancuh seteko penuh teh herba. Dulang besi dimana diatasnya terdapat dua biji cawan secara berhati-hati diletakkan di atas meja kopi di dalam ruang tamu rumahnya lalu sebiji cawan diberikan kepada rakannya yang menerimanya dengan tangan yang terbuka. Wap asap yang terhasil dek kerana teh masih lagi panas ditiup berulang kali sebelum Anwar menghirupnya sedikit demi sedikit. Manakala Adriana pula sedikit kalut, dia meminum teh itu tanpa meniupnya, menyebabkan lidahnya sedikit melecur dan Anwar yang melihat gelagatnya itu lantas tergelak sedikit.

"Kau ni dah kenapa Dilah?" Dia bertanya sambil meletakkan cawannya kembali di atas dulang. "Kau ni dah nampak macam Adriana pula. Yelah, dia tu selalu kalut je kan. Tapi, itulah...kesian dia hilang. Aku harap dia selamat. Aku harap dia tak ditimpa nasib sama macam Alifah." Kata budak lelaki itu dengan nada suara yang sedikit sayu namun sebaik sahaja mendengarkan nama rakannya itu disebut, ia mula membuatkan darah di dalam tubuh Adriana menggelegak dengan teruk mengalahkan teh yang menyebabkan bibirnya melecur tadi. 

"Kenapa kau ambil berat sangat dengan Alifah ehhh?" Dia bertanya dan dalam masa yang sama juga, dia cuba menyembunyikan kemarahannya disebalik wajah risau palsu yang ditampalkan pada wajahnya pada ketika itu. "Maksud aku, dia lagi banyak habiskan masa dengan Adriana. Lagipun diaorang membesar sekali dekat rumah anak yatim St Ackerman. Jadi, rasanya kau tak payah risau sangatkan. Yelah, dia ada Adriana yang membesar sekali dengan dia." 

"Entah." Anwar menjawab lalu dia berdiri dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke sebuah almari yang dipenuhi dengan koleksi gambar-gambar keluarganya. Pada ketika itu, dengan cepat-cepat Adriana menggunakan peluang yang ada lalu gadis itu menuang cecair kimia yang disimpan di dalam kelalang ke dalam minuman budak lelaki itu. Dia menuangnya sehingga ke titisan yang terakhir lalu menyimpan kelalang kosong itu di dalam poket bajunya. "Aku rasa macam," Anwar sekali lagi berkata lalu dia berjalan menuju ke kerusinya tadi dan dengan spontan dia melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Cawan yang sudah dicerobohi dengan bahan asing dia ambil semula lalu dia meniup sedikit tatkala masih ada wap-wap panas di dalam cawan itu. "Aku rasa macam, macam ada satu talian istimewa dengan Alifah. Mungkin dengar macam pelik tapi aku rasa dia tu dah macam adik aku." Kata Anwar lalu dia tergelak sedikit. Adriana pula memalsukan gelakkannya manakala jauh di dalam lubuk hatinya, dia hendak sahaja menikam Anwar dengan garfu. 

              Dan kemudian, saat-saat yang ditunggu akhirnya tiba. Anwar secara perlahan-lahan menghalakan muncung cawan ke arah bibirnya untuk meneguk teh di dalam cawan itu manakala Adriana sudah menjadi sangat teruja sehingga dia tidak boleh lagi duduk diam. Lalu, dia minum cecair yang telah rosak itu dan mengambil tiga tegukkan sebelum semuanya menjadi haru biru. Dia kemudiannya terhenti di tengah jalan. Bibirnya mula terhakis sedikit demi sedikit manakala tekaknya terasa terbakar. Cawan itu dengan lantas dilepaskan dari tangannya lalu jatuh berkecai di atas lantai. Dia lantas berdiri namun kemudian dia terjatuh pula ke belakang sambil memegang anak tekaknya yang juga turut terhakis dari dalam. Lubang-lubang kecil mula terbentuk di atas permukaan anak tekaknya lalu darah mula mengalir keluar dengan begitu deras. Anwar menggeliat di atas lantai manakala Adriana pula membuka baju budak lelaki itu dan dia kemudiannya melihat tubuh budak lelaki itu juga turut berlubang-lubang dan mula dibasahi dengan darahnya. Adriana mula tergelak terbahak-bahak seperti orang gila dimana beberapa saat kemudian, badan Anwar terhakis dengan sangat teruk sehingga badannya itu terbelah di tengah-tengah manakala sesetengah organ dalamannya terkeluar meninggalkan posisi mereka.

"AUEURHAUGURHAUHU!" Anwar merayu walaupun kotak suaranya sudah rosak. Tangan kirinya dihalakan pada Adriana namun gadis itu langsung tidak menyambutnya. Malahan, gadis itu berasa jijik yang teramat dan kemudian dia menghampiri kepala Anwar lalu dia memijak kepala budak lelaki itu secara bertubi-tubi.

"Mati! Mati! Mati! Mati! MatimatimatimatimatimatimatiMATI!" Teriak gadis itu sambil memijak kepala Anwar. Lantaran seluruh tubuhnya sudah menjadi lemah dan mudah terkoyak terima kasih kepada cecair kimia itu, Adriana memijak kepalanya sehingga kedua-dua biji bola mata dan otaknya terpelanting keluar. Namun gadis itu masih belum puas, dia teruskan memijak kepala budak lelaki itu sehinggalah secara tiba-tiba dia merasakan bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang. Lantas, dia menoleh lalu terkejut kerana dia melihat Alifah sedang menangis dan memintanya untuk berhenti. Dengan rasa berat hati, Adriana berhenti memijak kepala Anwar lalu dia bersiap-siap untuk pulang. Alifah masih lagi tidak mengatakan apa-apa tetapi wajahnya sudah basah dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Lalu, Adriana menghampiri rakannya itu dan memeluknya dengan erat selepas itu. Dia memberitahu kepada rakannya supaya tidak risau lagi kerana mereka akan berpindah keluar dari pekan itu dan memulakan hidup mereka jauh di hujung peta geografi dunia. Dia kemudiannya mengukir senyuman pada wajahnya tetapi Alifah masih lagi menangis teresak-esak. Pada ketika itu, dia mula memikirkan mereka berdua seperti dua sisi berbeza pada sekeping syiling lama. 

          Tanpa membersihkan mayat Anwar di ruang tamu, Adriana berjalan sambil menggalas beg sekolahnya menuju ke pintu keluar. Tangan Alifah dipimpinnya dengan erat dari hadapan. Kemudian, pintu kayu dua kali ganda dari saiz tubuhnya terpacak dihadapannya. Mereka terus berjalan ke arahnya lalu tombol pintu dipulas oleh Adriana. "Jangan risau, semuanya akan okay nanti. Kita berdua je. Aku, kau, janji." Kata Adriana lalu pintu itu ditolak namun sebaik sahaja cahaya matahari menyinari wajahnya dan tombol pintu masih belum sempat dia lepaskan, dia dengan serta merta ditembak oleh sepucuk pistol. Sebutir peluru ditembaktepat pada bahagian organnya yang vital. Dan pada panel yang seterusnya, gadis itu sudah terbaring di atas lantai di hadapan pintu keluar rumah itu. Dia cuba merangkak menjauhi si penembak namun karma datang padanya, memberikan dia rasa kesengsaraan yang dirasai oleh Anwar tadi. Kedua-dua tangan gadis itu ditembak dan jari-jarinya terputus. Adriana menjerit di dalam kesakitan dan mula meminta bantuan Alifah. 

"Alifah, tolong!" Dia merayu pada gadis itu yang sedang berdiri di hadapannya. wajah rakannya itu masih basah dan air matanya masih lagi mengalir keluar. Alifah langsung tidak berbuat apa-apa dan mulutnya terkunci sahaja setiap kali Adriana meneriak namanya. Berulang-ulang kali Adriana meneriak nama rakannya itu namun dia akhirnya sedar. Dirinya kemudiannya diserek menuju ke realiti bahawa Alifah sudah tiada. Selama ini, dia hanya bercakap seorang diri dan pada saat yang sangat genting, dia sedar yang Alifah tidak berdiri di hadapannya malahan dia tidak pernah langsung berada di dalam rumah itu. Hanya dia dan si penembak sahaja di dalam rumah itu, tolak Anwar yang sudah disahkan mati dengan otak terpelanting keluar sebagai bukti. Lalu, Adriana menundukkan kepalanya. Dia sedar tiada apa-apa lagi yang boleh dia buat pada ketika itu. Dengan tangan yang tidak berjari, dia cuba mengesat air mata yang mulai mengalir dengan deras. "Maafkan aku! Maafkan aku! Maaaffkan a..." Kata-kata Adriana terputus tanpa dihabiskan tatkala kepalanya ditembak tanpa belas kasihan. 

Disitu tubuhnya terbaring kaku, tidak lagi bernyawa. Matanya dibiarkan terbuka supaya dia berada di dua alam dalam satu masa. Mayatnya dipusingkan lalu diletakkan di tepi dinding. Secara tiba-tiba, bunyi tangisan bayi mula kedengaran di dalam rumah itu. Selepas badan Adriana dialihkan, si bayi halimunan secara ajaibnya muncul di tempat tubuh kaku Adriana terbaring sebentar tadi. Bayi itu dengan lantas diangkat lalu didodoikan sehingga tertidur. Kepala bayi itu diusap perlahan-lahan dan dadanya diusap beberapa kali.

"Shhh...jangan risau. Aku yakin, kau takkan menderita lagi. Aku janji, lepasni adalah loop kau yang terakhir." Dan kemudian, semuanya menjadi kelam. 



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro