Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Januari, 23, 1997,

Dah dekat seminggu Anwar kena tahan tanpa bukti kukuh. Hanya sebab dia orang luar, penduduk pekan ni taknak bela dia. Nampak sangat penduduk pekan ni dah mula tunjuk belang mereka yang sebenar.

Adilah, Khadijah dan Adriana pula hari demi hari buat demostarsi depan balai polis dalam pekan ni. Setiap hari aku dan Adriana kena pergi beli sepapan telur busuk dan bergulung-gulun tisu tandas. Nasib bukan guna duit gaji aku yang tak seberapa.

Sementara tu, aku dan Zulaika dah mulakan pencarian kitaorang. Si ketua doktor hampir kitaorang jumpa. Dan macam aku pernah tulis, nampaknya dalam loop kalini hampir semua orang terlibat dengan nasib buruk.

Semalam, masa bersembang dalam bilik sebelum tidur, Adriana ada tersebut tentang si ketua doktor masa kitaorang sembang fasal masa hadapan kitaorang. Tiba-tiba je lampu tidur dalam bilik kami meletup. Percikan api terkena dekat langsir sampai terbakar. Terpaksa tidur dekat ruang tamu selepas tu. Malu, huhuhuhu...

Lengan Adriana terbakar sikit tahap satu. Nasib baik...

Haah, lama aku tak borak dengan Ibrahim. Dia jarang juga datang sekolah sekarang. Katanya sakit. Tapi, dia ada juga melawat Anwar yang masih dekat dalam. 

Gremlin, atau nama yang mula-mula aku bagi dekat dia, Keberadaan X, atau bayi halimunan tu, semalam aku biar dia tidur dekat atas sofa dan aku tidur bawah. Sakit belakang masa bangun tapi berbaloi sebab Keberadaan X tidur nyenyak.


      Lantaran tidak lagi mempunyai sebarang idea untuk menulis di dalam kemasukan jurnalnya, lantas gadis itu menutup buku itu. Sempat juga dia menyelak ke helaian demi helaian yang sebelum-sebelumnya dan mula memikirkan akan segala perkara yang pernah terjadi padanya. Tatkala memikirkannya sahaja, sudah cukup untuk membuatkan gadis itu menggigil di dalam ketakutan. Lalu, dia menutup matanya sekejap dan menstabilkan semula pernafasannya. Ketenangan diri lantas mengambil alih semula yang mana ia membuatkan Alifah berasa selamat semula. Sebaik sahaja dia membuka kembali matanya, terlihat sebuah tin minuman yang sejuk dihadapan mukanya yang sedang dipegang oleh Adilah.

"Fikir fasal pakwe ke, maid-san?" usik rakannya itu lalu menyerahkan tin minuman itu kepada Alifah. Alifah hanya tersenyum seorang diri apabila mendengarkan si Adilah yang sebenarnya sedang cuba menyembunyikan kerisauannya akan situasi Anwar. "Lepas ni kan, kalau boleh lah, ikut kitaorang pergi mogok depan balai nanti." cadang Adilah sambil meneguk air soda.

"Entahlah," kata Alifah. "Aku ada kerja dengan Zulaika nanti." Selepas mendengarkan alasan Alifah, Adilah berasa seperti hilang semangat buat sementara waktu. Kepalanya ditundukkan sebentar dan kerana mula berasa sedikit bersalah, Alifah dengan perlahan-lahan menepuk belakang Adilah. Kedua-dua gadis itu kemudiannya ditegur oleh salah seorang lagi rakan mereka iaitu Ibrahim yang sedang membawa sepaket sandwich bersama-samanya.

"Korang alright tak alright?" 

"Boleh lah. Macam gitu je." jawab Adilah tanpa menatap wajah budak lelaki. "Harini kau nak melawat Anwar lagi ke?" kata gadis itu lalu meneguk semula minumannya yang sudah suam. Alifah sementara itu menjadi orang tengah tatkala mendengarkan perbualan kedua-dua rakannya itu.

"Haah, even belakang palang besi pun, Anwar still dedikasi nak siapkan komik kitaorang." ujar Ibrahim lalu mengambil tempat duduk menghadap mereka berdua. Pembalut sandwich itu kemudiannya dibuka separuh dan Ibrahim mula menikmatinya ditengah-tengah perbualan mereka.

"Kenapa kau rileks je doh?" Adilah bertanya dan kali ini dia mula meninggikan sedikit suaranya sambil menatap wajah budak lelaki itu dengan serius. Tin minuman soda yang dipegangnya mula mengempis sedikit demi sedikit apabila gadis itu mula melepaskan geramnya pada tin tersebut.

"Sebab..." Ibrahim berkata lalu berhenti sebentar untuk mengambil satu lagi gigitan pada sandwichnya itu sebelum meneruskan kembali dengan mulut yang penuh. "Sementara korang bertiga jadi homosapiens tak berakal, aku jadi manusia bertamadun dan melawat Anwar dengan tatatertib." dengan penuh sarkastik, Ibrahim membalas kepada Adilah yang secara spontan menghentak tangannya pada permukaan meja lalu bangkit dari tempat duduknya dan membuka langkah meninggalkan Ibrahim dan Alifah. Gadis itu meninggalkan sahaja tin minumannya yang sudah kemek di atas meja itu.

"Ara, ara." dengan ringkas Alifah bersuara dan kemudiannya dia meneguk semula minumannya sehingga kering. Ibrahim pula langsung tidak tahu akan topik apa yang ingin dibualkan lagi, jadi dia lantas mendiamkan diri dan menikmati sandwich itu tanpa sebarang gangguan. Masa bagaikan tidak bergerak dan situasi diantara mereka semakin lama semakin terasa lebih janggal.

"Weh, aku nak tanya something..." Alifah bertanya, sekali gus membunuh kesunyian yang mulanya bersarang diantara mereka. "Kau tahu apa-apa fasal Mobius loop?" Lantaran mendengarkan soalan itu, Ibrahim dengan serta merta tertarik dan tersenyum dengan lebarnya.

"Sama macam konsep yang aku guna dalam komik aku, Mobius loop ni adalah loop yang tak berpenghujung. Sama macam putaran bumi pada orbit mengelilingi matahari. Dia macam, tiada permulaan atau pengakhiran. Lebih kurang macam tulah." dengan penuh semangat Ibrahim menjelaskan kepada Alifah.

"Kau buat komik fasal apa sebenarnya?" 

"Pengembara masa yang tersangkut dalam satu ruang waktu yang mana tiada kewujudan realiti." balas Ibrahim lalu wajahnya berubah menjadi muram. "Sebab realiti selalunya mengecewakan. Sama ada kau tenang dengan aturan hidup ataupun kecewa sebab terlalu berharap." Tatkala menyedari perubahan pada nada suara rakannya itu, dengan dipenuhi empati Alifah menngelus belakang Ibrahim yang serba sedikit membuatkan budak lelaki itu kembali tersenyum semula. "Aku baru perasan, kita jarang bersembang." ujar budak lelaki itu lalu tersenyum kambing. Alifah juga turut tersenyum lalu menepuk perlahan bahu budak lelaki itu.

"Aku jenis kurang bercakap sikit. Mungkin. Siapa tahu..." komen Alifah mengenai dirinya sendiri sambil mengusap dagunya dan mendongakkan sedikit kepalanya ke atas seperti sedang asyik memikirkan sesuatu.

"Aku fikir nak jadikan kau sebagai inspirasi watak utama dalam komik aku nanti." ujar Ibrahim lagi. "Mungkin sebab kau cool kot." jelasnya. Dan kemudian, loceng sekolah yang terletak di koridor berhampiran bilik guru mula berdering dengan kuatnya sehingga bunyinya dapat didengari hampir semua warga sekolah yang mana ia menandakan waktu rehat sudah tamat. Lalu, seorang demi seorang, baik berkumpulan atau sebaliknya, para pelajar pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan semula sesi pembelajaran mereka dan meredah semula masa-masa yang membosankan lagi memenatkan.

           Dan sekali lagi babak loceng berdering  mengambil perhatian semua yang mana selepas sekian lama memerah otak di dalam pembelajaran, akhirnya waktu persekolahan akhirnya tamat. Pada hari itu, mereka berpecah ke dua kelompok yang berbeza yang mana Ibrahim langsung tidak diambil kira. Adilah, Khadijah serta Adriana dijadikan satu kelompok manakala saki bakinya menjadi kelompok yang sebaliknya. Kelompok pertama membuka langkah mereka ke kedai serbaneka terlebih dahulu untuk mendapatkan barangan yang diperlukan sebelum meneruskan pelayaran mereka menuju ke balai polis. Tanpa sebarang jemputan, Ibrahim juga berjalan bersama-sama dengan gadis-gadis remaja tersebut menuju ke sana.

Sementara itu, Alifah dan juga Zulaika bersama-sama dengan bayi halimunan itu, mereka mengambil sebuah bas menuju ke luar pekan untuk mendapatkan lebih banyak info mengenai si ketua doktor yang mereka cari. Dalam masa yang sama juga, mereka baharu sahaja mendapat info mengenai kehilangan mak Anwar yang dilaporkan hilang sejak awal tahun. Mereka betul-betul terkejut tatkala Anwar langsung tidak menceritakannya kepada mereka semua sehinggalah mereka mendapati bahawa Anwar juga sebenarnya langsung tidak mengetahui akannya. Anwar dikatakan telah ditipu oleh pihak berkuasa yang mengatakan maknya sedang berada di Tokyo atas alasan kerja bagi mengelakkan budak lelaki itu menjadi panik.

"Kesian dia." ujar Alifah yang sedang duduk disebelah Zulaika ketika masih berada di dalam bas. "Aku pun sebenarnya tak pernah jumpa dengan mak dia."

"Aku pernah sekali je rasanya. Dalam loop yang berbeza." Zulaika pula yang bersuara sambil menyediakan tembakau ke dalam paip kiserunya supaya nanti dia boleh menghisapnya tatkala telah tiba di lokasi yang mereka tuju. Fail mengenai kehilangan mak Anwar itu juga kemudiannya ditutup secara rapi sebelum dimasukkan semula ke dalam beg. Alifah dalam masa yang sama juga, secara senyap-senyap bermain dengan bayi halimunan itu. Disebabkan dia duduk di tempat paling hujung di dalam bas itu, ia menyukarkan penumpang yang lain untuk melihat gelagat gadis itu tambahan pula sewaktu dia menghabiskan masa dengan seorang bayi yang langsung tidak kelihatan oleh mata kasar mereka.

"So, si ketua doktor...antara kelima-lima orang tu, kau dah dapat teka siapa?" tanya Alifah kepada Zulaika yang secara senyap-senyap menghisap paip kiserunya.

"Tak berapa..." namun, bagaikan sepohon pokok yang belum sempat tumbuh dengan megahnya dek kerana kerakusan manusia yang memotongnya, kata-kata Zulaika terhenti secara tidak langsung tatkala sebuah lori besar yang hilang kawalan melanggar bas itu dari belakang. Habis kesemua penumpang terpelanting dari tempat duduk mereka. Tatkala adrenaline mula menyuntik gerak geri Alifah, dengan serta merta gadis itu memeluk bayi halimunan itu dengan erat dan menjadikan dirinya sebagai pelindung yang melindungi tubuh bayi itu apabila terdapat beberapa serpihan kaca yang terbang ke arah mereka semua. 

Bas itu dilanggar sehingga terbalik lalu bergolek-golek di atas jalan raya. Apabila bas itu berhenti setelah sekian lamanya, orang ramai mula berpusu-pusu keluar darinya. Hampir kesemua orang tercedera baik ringan mahupun yang sangat serius sehingga memerlukan rawatan kecemasan dengan segera. Secara perlahan-lahan, Alifah membuka semula kedua-dua belah matanya dan mula berdiri. Dia menghembus satu nafas lega apabila dia melihat keadaan bayi itu masih seperti sebelumnya, tanpa sebarang luka mahupun kecederaan. Tetapi, dia sebaliknya kelihatan agak teruk. Belakang tubuhnya tertusuk dengan tiga serpihan kaca dan tubuhnya mula dibasahi dengan darah. 

"Zulaika!" teriak gadis itu namun tiada sebarang respon yang diterimanya. Lalu, sambil menggendong bayi itu, Alifah mula mencari rakannya. Terdapat beberapa tubuh yang sudah kaku kerana tidak terselamat dari nahas tersebut. Dengan melangkah lebih dalam, Alifah kemudiannya menemukan Zulaika namun dengan serta merta dia memalingkan pandangannya dari tubuh rakannya itu. Zulaika masih lagi bergelut untuk melepaskan dirinya dek kerana kaki kirinya tercucuk dengan palang pemegang bas manakala kaki kanannya pula sudah terputus dan mula mengalirkan darah dalam jumlah yang sangat banyak.

"ARGHHH!" jerit gadis itu selepas dia berjaya menarik keluar palang besi itu dan kemudian, gadis itu langsung pitam. Kegelapan mula menyelubunginya dimana dalam masa yang serentak, Zulaika dapat merasakan seribu satu penderitaan yang mana datangnya dari pelbagai jenis loop-loop yang berbeza. Atau, dalam bahasa yang mudah untuk menggambarkannya, seakan-akan Zulaika dipaksa untuk bermain pelbagai jenis sukan secara serentak yang mana seluruh otot-otot badannya mulai sakit.

***

         Tanpa mengetahui akan perkara yang sedang berlaku di luar pekan mereka, Adilah serta dua orang lagi rakannya sedang berdemostrasi di hadapan balai polis pekan Kurikaeshi seperti kebiasaannya semenjak Anwar ditahan tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Sebiji demi sebiji telur busuk dilemparkan ke arah pintu masuk balai itu. Adriana pula mencampak gulungan tisu tandas ke atas atap balai itu manakala Khadijah duduk sebentar tatkala penat. Ibrahim sementara itu pula, sedang berada di dalam dan melawat rakannya Anwar.

Mereka bersembang melalui telefon yang telah disediakan walaupun mereka duduk berhadapan masing-masing. Anwar kerap menunjukkan lukisan-lukisan yang dilukisnya semasa berada di dalam kepada Ibrahim. Dia melekatkan lukisannya pada cermin yang menjadi penghadang mereka manakala Ibrahim pula memberitahu segala jenis perincian mengenai cerita komik mereka supaya Anwar mendapat inspirasi. 

"Layar kapal ni susah sikit lah aku nak lukis." keluh Anwar sambil mengerutkan dahinya. Dia kemudiannya menepekkan lukisan itu pada cermin penghadang supaya Ibrahim juga dapat melihatnya dan memberikan komennya selepas itu. "Detail dia susah sikit sebab bahan pun tak banyak aku boleh guna." keluhnya lagi.

"Aku rasa okay sikit dari draft yang mula-mula tu." puji Ibrahim secara ikhlas. Ia serba sedikit membuatkan Anwar tersenyum. Tatkala melihat senyuman rakannya itu, rasa bersalah mula menendang kembali di dalam diri Ibrahim. Tangan yang memegang telefon perbualan itu mula menggigil sedikit dan Anwar lantas perasan akannya.  

"Kau okay ke tak ni?" Anwar bertanya dan rasa bersalah dalam diri Ibrahim semakin dirasai olehnya. Keadaan persekeliling mereka secara perlahan-lahan mulai pudar dari pandangan Ibrahim tatkala dia akhirnya nekad untuk memberitahu akan hal yang sebenar. Dia mengambil nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya secara perlahan-lahan, sekali gus menenangkan dirinya.

"Anwar..." dia mula berbicara semula dengan nada yang sedikit perlahan dari sebelumnya. "Aku punca kau kena sumbat dalam ni. Aku fitnah yang kau punca Encik Daniel mati. Aku cuma nak kau..." tetapi tidak sempat dia menghabiskan ayatnya, Anwar mencelah.

"No hal lah. Aku faham yang kau ada masalah kau sendiri." katanya yang secara spontan membuatkan Ibrahim terkejut beruk. Dia berfikir yang rakannya itu akan mengamuk bagai nak rak selepas mendengarkan pengakuannya namun ianya ternyata salah. Setitis air mata tidak lagi dapat ditahannya lalu dibiarkan mengalir keluar dari belah kiri matanya. "Aku perasan yang kau sebenarnya ada masalah kau sendiri. Aku rasa, aku faham kenapa kau taknak bagitahu aku sebab kau taknak aku terlibat sekali. Mungkin benda yang kau nak buat tu akan rosakkan jiwa sebab tu kau masukkan aku dalam ni sebab kau rasa dalam ni lebih selamat dari luar sana.  Dalam ni lebih terjaga dan teratur berbanding luar sana yang penuh kejutan." jelas Anwar tanpa menaikkan nada suaranya walaupun sedikit.  Dia langsung tidak kelihatan marah mahupun kecewa, dia hanya kelihatan neutral yang membuatkan Ibrahim langsung tidak dapat membaca rakannya itu.

"Sorry." dengan ringkas Ibrahim membalas lalu dengan spontan dia meletakkan telefon itu dan lantas berdiri dari tempat duduknya dan mula membuka langkah menuju ke pintu luar. Anwar pula, dia hanya tersenyum kelat tatkala melihat rakannya itu sudah jauh melangkah menuju ke sebuah tempat yang tidak dapat dia ekori. Selepas itu, seorang pegawai polis memintanya untuk pulang semula ke sel tahanan sambil diiringi olehnya. Tanpa membantah, Anwar mengemas kertas-kertas lukisannya lalu dia berdiri dan berjalan bersama-sama dengan pegawai polis itu menuju ke sel tahanan. Dalam masa yang serentak, kedua-dua remaja lelaki itu bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ibrahim ke luar, yang dipenuhi dengan kejutan dan tidak mengikut sebarang peraturan manakala Anwar ke dalam, yang lebih terkawal dan teratur. Di luar sudah kelihatan semakin gelap tatkala tirai hari itu mula tertutup manakala di dalam semakin cerah dengan cahaya-cahaya lampu. Lantas, ia telah menjadi sebuah simbolik dimana Ibrahim bakal melangkah ke dalam sebuah lembah yang gelap lagikan penuh dengan pelbagai jenis kejutan manakala Anwar berada di belakang palang besi yang menggambarkan sifat manusia yang akan sentiasa berada di bawah kawalan.

"Cantik lukisan kamu." puji si pegawai polis yang tidak bernama di dalam kisah ini kepada Anwar sambil-sambil mereka berjalan menuju ke sel tahanan.

"Cantik lagi nasib saya." bagaikan ayat tersirat di dalam sebuah penyataan, Anwar membalas yang membuatkan pegawai polis itu sedikit tertanya-tanya akan maksud disebaliknya. Namun, dia langsung tidak berkesempatan untuk menanyakannya tatkala mereka akhirnya tiba di sel tahanan budak lelaki itu.

Pintu sel tahanan itu kemudiannya ditutup semula selepas Anwar melangkah masuk ke dalamnya manakala pintu rumah Ibrahim pula dibuka dan babak yang akan menarik sifat kemanusiaannya bakal berlangsung.

          Di dalam kegelapan, akhirnya cahaya lampu mula bersinar kembali akan tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan Ibrahim, belum tiba masanya lagi kerana dia masih belum bersedia. Budak lelaki itu lantas masuk ke dalam bilik itu lalu menutup pintunya. 

"Tengoklah diri kau, jijik dan hina..." dengan penuh kebencian di dalam nada suaranya, Ibrahim berkata kepada mak tirinya yang sedang diikat pada sebuah kerusi, berpakaian dalam sahaja dan di kepalanya pula terdapat sebuah helmet yang telah dimodifikasi. "Apa kita main satu permainan. Helmet tu, helmet tu sebenarnya boleh meletup. Jadi, kalau nak buka, kena ada kunci. Pandai-pandailah cari kunci tu." ujar Ibrahim sambil mengejek wanita itu yang sedang menggelabah untuk melepaskan dirinya. Lalu, Ibrahim mengambil sebilah pisau yang terletak di atas sebuah meja lalu mencampaknya ke hadapan wanita itu. "Hidup atau mati, buatlah keputusan sendiri." tambahnya lagi sebelum meninggalkan bilik itu. 

Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup, sebuah bunyi klik dapat didengari dari helmet itu. Dengan serta merta wanita itu sedar yang masa pada helmet letupan itu sudah mula bergerak. Menggelabah wanita itu dibuatnya. Dia cuba melepaskan ikatan tangannya terlebih dahulu dan berasa sedikit terkejut kerana ikatannya tidaklah terlalu sukar untuk dibuka. Lalu, dia lantas berdiri dari kerusi itu dan meluru ke arah pintu bilik itu. Diketuk-ketuknya berulang kali dan dia juga cuba membukanya namun langsung tidak membuahkan apa-apa hasil. Dia kemudiannya teringat akan pisau yang dicampak Ibrahim itu dan dengan tangan yang menggeletar, wanita itu mengambilnya dari atas lantai. Menerusi kamera yang tersembunyi di dalam bilik itu, Ibrahim melihat rakaman yang sedang terjadi di dalamnya. Tersengih dengan lebarnya budak lelaki itu tatkala melihat mak tirinya semakin buntu.

Berbalik semula kepada wanita itu, dia sudah tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Hujung bilah pisau itu sudah kelihatan menggodakan dan ingin sahaja dia mengelar lehernya dan mati di situ namun dia tidak mempunyai keberanian untuk melakukannya. Air mata mula membanjiri wajahnya tatkala dia menangis teresak-esak. Pemikirannya mulai buntu dan dia hanya meraung meminta bantuan walaupun dia tidak mengetahui yang bilik itu sebenarnya kalis bunyi. Ibrahim pula hanya menggelakkan wanita itu sehingga perutnya senak apabila dia melihat wanita itu meraung dan memekak sahaja. Ia sehinggalah apabila wanita itu mulai sedar akan kesan jahitan pada perutnya, Ibrahim yang melihatnya juga lantas terdiam dan tertarik untuk melihat tindakan wanita itu yang seterusnya. Dia mula berasa tidak sabar untuk melihat wanita itu menoreh perutnya sendiri hanya untuk kebebasan yang tidak terjamin. Tatkala memikirkannya, Ibrahim tersenyum dengan penuh sinis sekali.

"Mustahil...no, no, NO!" sekali lagi wanita itu menjerit apabila dia juga mula memikirkan perkara gila yang perlu dilakukannya. Dengan penuh takut, wanita itu melemparkan pisau itu ke arah pintu bilik itu. Dia mula bertindak di luar kawalan, kerusi yang tadinya dia diikat padanya diangkat lalu dibaling juga ke arah pintu bilik itu. Wanita itu meneruskan tangisannya kembali sambil terduduk di atas lantai. Dia tidak mahu mati tetapi dia juga tidak lagi mahu disakiti. Selepas lama berbalah dan berbantah dengan dirinya sendiri, akhirnya wanita itu menyerah diri dan bersedia untuk merasakan kesakitan yang tidak terkira. Pisau yang tersangkut pada pintu bilk itu dicabut lalu tanpa membuang lebih banyak masa, wanita itu mula menoreh kesan jahitan itu. Darah dengan serta merta mula membanjiri lantai dan kesakitan yang teramat mula meminta wanita itu untuk berhenti namun dia langsung tidak mendengarkannya. Sambil menggigit bibirnya sehingga berdarah, wanita itu menoreh perutnya tanpa henti. Selepas kesan torehan sudah cukup dalam, wanita itu lantas memasukkan tangannya ke dalam tubuhnya itu dan mula mencari kunci pada helmet di kepalanya. Dia dapat merasakan isi dalaman tubuhnya yang lembik dan dilembapi darah namun dek kerana ingin selamat, dia mengetepikan rasa gelinya.

Setelah beberapa minit tangannya berada di dalam, akhirnya dia dapat merasakan permukaan kunci itu. Dengan spontan wanita itu menariknya keluar dan mula membuka mangga kunci pada helmet itu. Sebaik sahaja dia membuka helmet itu, wanita itu lantas mencampaknya ke tengah-tengah bilik itu. Helmet itu kemudiannya bergetar-getar buat beberapa saat sebelum ia meletup dengan letupan yang sederhana kuat. Walaupun dalam keadaan yang tengah sakit, wanita itu tergelak sedikit apabila dia berasa sudah selamat. Dan kemudian, dia sedikit terkejut apabila Ibrahim memasukkan sebuah picagari dari bawah pintu bilik itu lalu picagari tersebut bergolek-golek sedikit ke dalam bilik itu. Lantaran tidak mempunyai sebarang tenaga untuk berdiri apatah lagi berjalan, wanita itu memaksa dirinya merangkak ke arah picagari itu. Dia kemudiannya mengambil picagari itu dan membelek-beleknya sebentar. Terdapat cecair yang tidak berwarna di dalamnya serta sekeping nota kecil yang ditampalkan pada picagari itu yang bertulis, 'Painkiller'. Tanpa berfikir panjang, wanita itu menyuntik dirinya yang mana Ibrahim lantas ketawa terbahak-bahak apabila melihat wanita itu dengan senangnya memakan perangkap yang dibuatnya.

"Matilah kau dengan perlahan-lahan..." katanya lalu dia melihat wanita itu mula menggeliat di atas lantai bagaikan ular yang terputus kepalanya. Darah mula mengalir keluar dari kedua-dua belah mata wanita itu dan seluruh tubuhnya mula bergelembung. Gelembung-gelembung itu kemudiannya meletup dan darah-darah terpercik keluar ke merata tempat. Bagaikan dua sisi yang berbeza pada sebuah syiling, Ibrahim hanya ketawa sahaja apabila melihat kesengsaraan wanita itu manakala wanita itu pula menjerit, meneriak, menggeliat serta mencakar-cakar wajahnya dek kerana cecair yang disuntik ke dalam dirinya itu tidak lain dan tidak bukan, 'Piranha solution' yang dikatakan salah satu bahan kimia yang sangat berbahaya pada manusia.

Sambil dia menggelakkan wanita itu, Ibrahim juga ada memikirkan mengenai kata-kata Anwar balik semula di balai polis sebentar tadi. Tetapi dia tidak berapa memikirkannya sangat, lain pula Anwar yang dari tadi hanya memikirkan akan diri dia dan rakannya itu yang kini berada di dua dunia yang berbeza. Lantaran kerap memikirkannya, Anwar sehingga terlukis sebuah lukisan dimana dirinya sedang menjolokkan tombak suci Longinus pada tubuh Ibrahim sama seperti kisah di dalam kepercayaan orang-orang kristian mengenai tombak itu membunuh si Jesus tatkala disalib. Ia mula kelihatan seperti sebuah simbolik di dalam akal fikirannya.

***

"Alifah! Jaga Ibrahim tu!" tegur Adilah semasa mereka sedang bermain 'Iblis di dalam tin'. Alifah yang hilang fokus lantaran cuaca agak panas lantas terkejut apabila suara Adilah yang kuat itu memecahkan gegendang telinganya. Lalu, dia kembali ke posisi pertahanan namun Ibrahim lebih pantas, dalam sekelip mata, budak lelaki itu sudah menendang tin yang sepatutnya mereka jaga sehingga tin itu melayang ke arah muka Zulaika. 

"WOI! BUTA KE! JAGA SIKIT, ORANG OKU NI!" marah gadis itu yang mana pipinya sedikit merah dek kerana impak dari tin tadi. Jauh dari mereka yang lain yang sedang menikmati masa mereka dengan bermain, Zulaika duduk di atas kerusi rodanya sambil menghisap paip kiseru walaupun di dalam kawasan sekolah. Dek kerana pada hari itu ada Bunkasai, jadi para guru tidak dapat memfokuskan hanya pada seorang murid sahaja yang mana ia membuatkan Zulaika berasa selamat untuk menghisap paip tembakau itu di dalam kawasan sekolah yang sedang sibuk dengan pelbagai jenis tarikan. "Hanya sebab aku takde sebelah kaki, tak bermakna aku tak berani tendang kau." ujar Zulaika kepada rakan-rakannya yang sudah berada berdekatan dengannya.

"Rileks ahhh, aku bukan sengaja nak sepak kena muka kau." terang Ibrahim kepada gadis itu namun dia langsung tidak mahu mendengar sebarang alasan. Dek kerana Adilah mula berasa bosan, mereka semua kemudiannya diajak menyinggah ke mana-mana gerai yang menjual makanan paling sedap untuk mengisi perut dan kebosanan mereka. 

"Apa kaitan makanan dengan bosan pula ni?" Adriana bertanya namun pertanyaannya itu tidak dilayan oleh sesiapa yang membuatkan Adriana mula mencebik bibir. Mereka semua meneruskan perjalanan mereka di sepanjang koridor sekolah yang terdapat banyak gerai-gerai yang mana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Zulaika sementara itu pula, ditolak oleh Khadijah yang menawarkan dirinya untuk membantu. Tanpa berfikir panjang, Zulaika hanya mengiyakan sahaja. Mereka berenam kemudiannya berhenti di sebuah gerai yang berhampiran dengan tangga yang digunakan warga sekolah untuk turun ke bawah ke blok bangunan yang lain. Masing-masing mula memesan makanan mahupun minuman yang mereka ingini dan semuanya dibayar oleh Adilah yang berbaik hati.

"Harini, korang enjoy sebab aku belanja!" dengan penuh semangat Adilah memberitahu kepada rakan-rakannya yang lantas bersorak bagaikan telah memenangi loteri. Ibrahim dan Khadijah dengan tangkas membuka langkah menuju ke gerai yang mempunyai barisan paling panjang manakala Adriana meminta diri untuk ke tandas sebentar. Alifah bersama-sama dengan 'Keberadaan X' di dalam beg galasnya seperti biasa, mereka pula berjalan di sepanjang koridor itu dan meneliti setiap barangan yang dijual di setiap gerai yang ada. "Kau okay tak kalau aku gerak sekali?" Adilah bertanya kepada Zulaika yang mana gadis itu kemudiannya membalas pertanyaan itu dengan menganggukkan kepalanya sambil menghembus asap keluar daripada mulutnya. Lalu, Adilah mengangkat kaki berjalan menuju ke barisan yang panjang itu.

Tatkala menunggu rakan-rakannya kembali, Zulaika kerap memikirkan mengenai kejadian yang menimpa dirinya beberapa tempoh hari terdahulu. Dia masih lagi terganggu akan kejadian itu yang secara tiba-tiba sahaja berlaku. Ramai nyawa yang tidak berdosa juga mati pada hari itu semasa mereka berdua nekad untuk mencari si ketua doktor. Ia juga telah meragut kebolehan gadis itu untuk bergerak tanpa halangan. "Si ketua doktor..." fikiran Zulaika terganggu sebentar apabila dia mula memikirkan mengenai si suspek yang mereka perlu temukan itu. Dia teringat kembali tatkala setiap kali mereka bercakap tentang si 'ketua doktor' itu, akan terjadinya perkara buruk yang menimpa mereka semasa pencarian mereka berlangsung. Lantaran itu, Zulaika secara perlahan-lahan mulai sedar yang mereka sebenarnya berada di atas sebatang jembatan yang tidak stabil dan akan runtuh pada bila-bila masa sahaja jika mereka tidak bergerak pantas. Dan selepas lama berada di dalam dunianya sendiri, Zulaika akhirnya sedar akan sesuatu. Dia mula menggerakkan kerusi rodanya untuk berjumpa dengan Alifah akan tetapi secara tiba-tiba sahaja pemegang kerusi roda itu disentap oleh seseorang.

Zulaika pun tanpa ragu-ragu menoleh ke belakang kerana dia fikir ianya hanyalah gurauan daripada salah seorang rakannya namun alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajah si gadis misteri sedang tersenyum padanya. "Lepaskan aku!" jerit Zulaika tetapi orang ramai di sekitar koridor langsung tidak dapat mendengarkannya. Tanpa memikirkan akan perkara ganjil yang sedang berlaku itu, Zulaika cuba berdiri dengan satu kakinya yang masih ada pada tubuhnya namun dengan serta merta rambutnya ditarik oleh sebuah tangan besi yang mana setiap jari adalah bilah jarum menjahit. Kedua-dua belah matanya pula kemudiannya dijolok oleh si gadis misteri itu sehingga darah terpercik keluar ke wajah Zulaika. Walaupun kesakitan yang dialaminya itu sangat menyengat tetapi Zulaika langsung tidak ingin mengalah. Tanpa mempunyai sebarang petunjuk akan keberadaan si gadis misteri, Zulaika cuba menyerangnya dengan menggunakan sebilah pisau yang tercantum pada paip kiserunya. 

"Apa kata kita turun menjunam? Jangan risau, tak dalam." bisik si gadis misteri lalu kerusi roda itu ditolak dengan lajunya. Zulaika yang mula merasakan angin kuat merempuh wajahnya dengan serta merta memegang pemegang kerusi roda itu dengan eratnya. "Burung yang baru menetas kena belajar terbang. Betul tak, si burung bernama Zulaika?" kata gadis misteri itu seakan-akan bergurau tetapi gurauannya itu langsung tidak bertempat. Apabila sudah mencapai kelajuan yang sesuai, pemegang kerusi roda itu dengan tangkasnya dilepaskan dan gadis itu membiarkan sahaja Zulaika jatuh dari tangga koridor itu sambil melambai ke arah gadis malang itu. Dek kerana tidak mempunyai sebarang alternatif, Zulaika mula menjerit nama Alifah dan berharap sangat yang rakannya itu dapat mendengarnya namun nasib tidak menyebelahi Zulaika apabila kerusi rodanya mula menjunam ke bawah dan dia terjatuh di tangga koridor sehingga lehernya patah. Tanpa sebarang kata-kata perpisahan, Zulaika maut di sekolahnya. Gadis misteri itu pula sempat mencuri-curi melihat tubuh kaku Zulaika yang sudah terbaring di bawah tangga koridor itu bersebelahan dengan kerusi roda yang sudah patah dan dia hanya tersenyum dengan penuh geli hati tatkala melihatnya.

        Dan selepas beberapa minit, Bunkasai di sekolah itu terpaksa dibatalkan dan mayat Zulaika dibawa ke unit forensik untuk proses belah siasat. Dia ada di situ pada ketika itu yang membuatkan bulu roma Ibrahim menegak sedikit tatkala melihat sosok tubuhnya, Inspektor Rahman Ryosuke yang sudah menjadi tabiatnya untuk menghisap sebatang paip tembakau. Ibrahim menatap wajah si inspektor dan berharap yang dia tidak ditahan, tidak selagi dia belum puas melihat kesengsaraan pada mak tirinya. Manakala dari sudut pandang Alifah pula, gadis itu langsung tidak menjangkakan yang Zulaika bakal mati di dalam loop itu. Bayi halimunan dipeluknya dengan erat tanpa mengesahkan mata-mata yang sedang melihatnya dalam keadaan pelik.

"Jangan risau, mama ada dengan kamu..." dengan penuh gelisah, Alifah berbisik pada telinga bayi itu sambil mengusap perlahan rambutnya.


Januari, 29, 1997,

We're doomed...

We're fucked up...

Itu sahaja yang dapat difikirkan oleh Alifah untuk kemasukan jurnal yang seterusnya semasa dia melihat tubuh kaku Zulaika dibawa pergi.

***

         Selepas dia terjumpa dengan Inspektor Rahman walaupun langsung tidak berbual dengannya, Ibrahim masih lagi dapat merasakan dirinya menggeletar dengan teruk. Kedua-dua belah tangannya sentiasa menggigil walhal hari panas dan malam terasa sedikit bahang. Semasa mandi pula, Ibrahim sentiasa berwaspada dimana dia langsung tidak menutup matanya tatkala air dari paip hujan menyiram seluruh badannya.

Tetapi, ada perkara yang dapat membuatkan budak remaja lelaki itu tenang sedikit. Setiap kali dia melawat mak tirinya yang kini sudah kelihatan seperti mayat hidup, dia tersenyum dan kegelisahannya hilang buat sementara waktu. Tubuh wanita itu betul-betul berada di dalam keadaan yang serius. Kulit tubuhnya sudah mula mengelupas sehingga menampakkan daging dan ada juga yang sudah tercabut dan membiarkan daging pada tubuhnya terdedah. Bagaikan pembalut buku teks yang sudah terkulai pada buku teks tersebut.

"Rasakan penderitan yang aku selalu rasa." ujar Ibrahim semasa dia meletakkan pinggan yang dipenuhi dengan cacing tanah di atas lantai bilik itu.

        Selepas memberi makan padanya, Ibrahim berehat sebentar di ruang tamu sambil memasang lagu kumpulan 'Queen' yang berjudul 'Killer Queen'. Sambil memikirkan mengenai penamat pada komik yang sedang ditulis, Ibrahim kerap juga memikirkan apa yang perlu dia lakukan sekiranya wanita itu mati. Dia masih lagi tidak dapat memilih tempat yang sesuai untuk membuang mayat wanita itu. Tetapi kemudian, Ibrahim terkejut apabila dia terdengar bunyi pinggan pecah dari dalam bilik itu. Dengan tangkas, Ibrahim mengambil langkah seribu menuju ke sana. Pintu bilik itu ditendang dengan kuat sehingga ia terbuka. Selepas itu, Ibrahim melangkah masuk ke dalamnya dan dia terkejut apabila dia melihat wanita itu sedang menikam dirinya dengan serpihan kaca pinggan itu secara berulang-ulang kali.

"Affu takmamk maafii! Aku takmamk maafii daalllafmm fangan auu!" dia menjerit walaupun vokal suaranya sudah rosak lantaran kesan sampingan bahan kimia berasid di dalam tubuhnya pada ketika itu. Dengan tangkas Ibrahim berlari meluru ke arah wanita itu dan cuba menghalangnya daripada membunuh dirinya, tidak selagi dia belum puas menyiksa wanita itu sudah semestinya.

"JANGAN KAU BERANI!" jerit budak lelaki itu sambil menahan tangan mak tirinya yang sedang memegang serpihan kaca itu. Mereka berdua kemudiannya saling bergelut, berebut untuk mengambil alih. Dengan saki baki tenaga yang tinggal di dalam dirinya, wanita itu menggigit tangan Ibrahim supaya melepaskan genggamannya. "Sakitlah khinzir gila!" Ibrahim menjerit sekali lagi dengan ayat yang penuh bisa kali ini tetapi dia masih tidak melepaskan tangan wanita itu. Perkara tersebut berlangsung sehingga tiada seorang daripada mereka sedar bahawa Alifah berada di luar kediaman mereka. Menunggu untuk pintu hadapan dibuka selepas tiga kali mengetuknya sambil menggendong bayi halimunan bersamanya.

"Aku rasa macam terdengar orang menjerit pun ada." keluh gadis itu tatkala pintu rumah Ibrahim masih tertutup rapat. Dia kemudiannya merapatkan telinganya pada permukaan pintu itu untuk mencuri-curi dengar dan dia sedikit hairan kerana terdengar Ibrahim terjerit-jerit dari dalam. "Aku nak bagitahu dia yang Anwar dah keluar. Kejap lagi diorang semua nak melawat. Nombor telefon dia pun aku takde...haih."  Lalu, pintu rumah itu diketuk sekali lagi dan kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya. Ia secara tidak langsung menarik perhatian Ibrahim dan membuatkan dia hilang fokus. Dengan menggunakan peluang yang ada, wanita itu sekali lagi menggigit tangan Ibrahim dengan kuat sehingga kulit tangannya itu tercabut. Ibrahim lantas meneriak dalam kesakitan manakala wanita itu tidak membuang masa lalu, dia lantas mengelar lehernya. Tanpa menghiraukan kesakitan yang sedang dialami, Ibrahim cuba menghentikan pendarahan wanita itu namun ianya sudah cukup terlambat lantaran wanita itu telah menghembuskan nafas terakhirnya dan secara perlahan-lahan, sinar kehidupan di dalam matanya pudar.

"BANGSAT!" dengan penuh kekecewaan, Ibrahim menjerit sambil menarik kulit wajah wanita itu dengan senangnya. Kulit wajah wanita itu kemudiannya dilempar ke dinding sehingga ia melekat pada permukaan konkrit itu. Kedua-dua belah tangan digenggam sehingga menjadi putih dan jauh di dalam anak matanya, kelihatan suatu kebencian mulai terserlah. Ibrahim dengan lantas berdiri dan meluru ke peti ais untuk mengambil sebuah picagari yang berisi dengan bahan kimia prototaip yang sepatutnya dia gunakan pada mak tirinya. Lalu, dia dengan geramnya berjalan ke pintu hadapan rumahnya dan dengan spontan dia membuka pintu itu.

"Hah! Ibrahim, aku nak bagitahu yang..." namun belum sempat Alifah menghabiskan ayatnya, Ibrahim mencucuk jarum picagari itu pada leher Alifah yang membuatkan gadis itu membulatkan matanya kerana terperanjat. Hujung picagari itu kemudiannya ditekan secara perlahan-lahan, menolak kesemua isi bahan kimia itu ke dalam tubuh gadis itu melalui lehernya yang dicucuk. Kesakitan yang tidak mampu diungkapkan oleh kata-kata mula dirasai oleh gadis itu sebaik sahaja Ibrahim menarik keluar jarum picagari itu. Ia terasa seperti sedang terbakar dengan api yang marak di dalam tubuhnya dan darah mula mengalir keluar dari tubuhnya melalui rongga-rongga yang terbuka. Walaupun di dalam keadaan yang sudah tidak berdaya, Alifah masih lagi mementingkan keselamatan bayi itu. Tubuh si kecil itu dipeluknya dengan erat dan dia membiarkan bayi itu berasa selesa di dalam dakapannya walaupun dirinya sendiri sedang terbakar dari dalam. 

"Run...rabbit run...rabbit, run, run, run..." sambil darah terpercik keluar daripada mulutnya, Alifah menyanyi di telinga bayi itu. Dan kemudian, dia dapat merasakan nyawanya sudah berada di kerongkong. Sambil tersenyum, Alifah menghembus nafasnya yang terakhir dan pada kali ini, bayi itu berada di dalam dakapannya. Selamat seperti apa yang selalu dia inginkan. Manakala Ibrahim pula, dia sedar yang dia telah membuat satu kesilapan yang sangat besar dan tidak mampu untuk mengulang semula masa. Tubuh kaku Alifah digoyangkan secara perlahan-lahan namun tiada sebarang respon yang dapat diterimanya. Ibrahim mula menangis dan berasa sangat kesal. Dia sedar yang dia sudah berada jauh ke dalam sebuah lohong dan tidak lagi mampu untuk berpatah balik. 

Bagaikan dirinya ditusuk dengan tombak suci Longinus, Ibrahim 'mati' di situ. Bersebelahan dengan tubuh kaku Alifah yang masih lagi memeluk bayi halimunan itu dengan erat.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro