Bab 11
Januari, 10, 1997,
Macam biasa, aku habiskan masa dekat kediaman keluarga Zuhur. Makan snek sikit sebelum mula pencarian identiti si ketua doktor. Aku pun taktahu kenapa kitaorang panggil dia ketua doktor. Yare, yare...
Gremlin dah bagi makan and lampin pun dah tukar. Tersenyum manis je bayi tu. Cair hati aku bila tengok bayi ni tergelak dan tersenyum. Mungkin senyuman bayi adalah ubat yang paling berkesan dalam dunia ni. Mungkin boleh sembuhkan kanser...
Mungkin...
Perut Gremlin kembung sikit tadi, tapi dah sapu ubat angin dah. Sekarang dia tidur, lena tanpa ada sebarang gangguan. Nasib baik tak banyak meragam.
Lepasni aku nak kena keluar cari barang dengan Adriana, malam ni sekali lagi ada festival 'Tangkapan Iblis' macam sebelum-sebelumnya. Zulaika suruh aku bersiap sedia dengan ribut yang akan melanda...
"Sejak bila aku cakap macam tu?" tanya gadis itu sambil Alifah menutup buku jurnal miliknya. Dibelakangnya, Zulaika yang sedang menghisap paip kiserunya duduk dengan kaki bersilang sambil meneliti nama-nama di dalam senaskah fail yang sudah luntur warna kertas itu. "Kau kalau menulis jurnal, memang kena cakap sekali kuat-kuat ke? Aku ingatkan biar suara hati yang main peranan." sambungnya lagi sebelum bingkas berdiri dari tempat duduknya dan membuka langkah menghampiri Alifah yang kini sedang mendodoikan bayi halimunan itu. Sejak kebelakangan ini, sejak hadirnya bayi itu, Alifah tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya tetapi dia mula berasa seperti suatu perasaan mula lahir di dalam dirinya. Suatu perasaan yang tidak pernah dia rasai sepanjang hayatnya.
Apabila berceritakannya kepada Zulaika, Zulaika hanya tersenyum sahaja.
"Aku memang macam berbisik sikit masa menulis. Tu kadang-kadang Adriana ada marah aku kalau kitaorang menulis esei kat kediaman keluarga Aimar. Katanya aku mengganggu and dia suruh diam. Hehehehehe." balas Alifah sementara itu Zulaika pula meminta untuk mendukung bayi itu pula. Mereka kemudiannya bertukar syif menjaga si bayi.
"Jadi, sekarang ni berapa banyak maklumat yang kita ada tentang si ketua doktor?" Alifah bertanya namun belum sempat Zulaika membalas, secara tiba-tiba sahaja rak buku di hadapan mereka runtuh dan serpihan kayu kecil tercucuk pada bayi halimunan itu. Dengan penuh cuak, Alifah mengambil semula bayi itu ke dalam dakapannya dan mencabutkan serpihan kayu itu yang tercucuk pada lengan kiri bayi itu. Bayi itu mula meragam dan menangis secara teresak-esak. Alifah mencuba sehabis baik untuk menenangkan bayi itu sambil menyapukan ubat gamat pada kawasan luka pada lengan bayi itu.
"Bila masa kau bawa ubat gamat dengan kau?" Zulaika bertanya.
"Aku selalu bawa dengan aku sekarang! In case!" jawab Alifah yang masih lagi cuak akan keselamatan bayi itu yang sudah mula kembali tenang. Tatkala bayi itu tertidur semula di dalam dakapan Alifah, lantas gadis itu menghela nafas lega lalu mengusap perlahan-lahan kepala bayi itu sambil bersenandung untuk melenakan bayi itu dan mengembirakan hatinya sendiri.
"Pelik." sambil mengusap dagunya, Zulaika berkata namun kemudian Alifah menyuruh gadis itu untuk memperlahankan sedikit suaranya agar tidak mengejutkan bayi itu. "Rak buku ni diperbuat dari kayu Mahogany. Sepatutnya tahan lagi seribu tahun atau lebih...hummm..." dalam keadaan berbisik, gadis itu mengeluh sambil mengutip buku-buku yang bersepah di atas lantai bilik belajar itu. Alifah pula, tatkala melihat jarum jam yang dipakai pada tangan kirinya mula menunjukkan pukul 5:35 petang, secara perlahan-lahan dia mula mengemas barang-barangnya untuk meminta diri dan berjumpa dengan Adriana pula.
"Nanti-nanti jelah kita sambung lagi fasal ketua doktor tu." ujar Alifah dengan sedikit gelabah. Dia kemudiannya meletakkan bayi itu secara perlahan-lahan ke dalam bakul rotan yang dibawanya yang sudah dilapik dengan tuala tebal supaya belakang bayi itu tidak sengal tatkala berbaring di dalam bakul rotan itu. Lalu, tubuh bayi itu juga diselimutkan pula dengan tuala nipis sebelum bakul rotan itu ditutup dari luar. Apabila dia bangkit berdiri kembali, secara tiba-tiba kipas di siling bilik belajar itu pula yang jatuh sehingga ia menghempap tubuh Zulaika yang sedang asyik menghisap paip kiserunya. Bagaikan kelajuan cahaya, Alifah menghampiri rakannya lalu membantunya untuk bangun semula. "Banyaknya barang dalam rumah kau yang dah rosak." keluh gadis itu lalu menyapu habuk dari pakaiannya.
"Mana ada barang rumah aku rosak. Tapi still, aku pelik dan tak faham apa yang tengah terjadi." seakan-akan pelanduk yang terhantuk pada dahan pokok, Zulaika berkata dengan penuh hairan. "Pelik sangat-sangat..." kali ini dia lebih kepada berbisik pada dirinya sendiri manakala Alifah pula sudah meminta diri lalu mula membuka langkah meninggalkan premis kediaman keluarga Zuhur. Zulaika mengambil semula paip kiserunya yang terlepas dari genggamannya semasa kipas siling itu jatuh dan mula menghidupkannya semula namun pada ketika itu dia terdengar suara seorang gadis berbisik betul-betul di telinganya. Ia lantas membuatkan Zulaika berasa seram sejuk tetapi dalam masa yang sama juga, dia dengan spontan mengeluarkan sebilah pisau kecil yang tercantum pada hujung paip kiserunya itu lalu menoleh ke belakang di dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang walaupun tiada sesiapa pun di dalam bilik belajar itu melainkan dirinya sahaja.
Pemegang pisau itu semakin kuat digenggam oleh Zulaika tatkala dia mula berpusing di dalam bulatan secara perlahan-lahan. Dan sekali lagi, dia terdengar bunyi bisikan gadis misteri itu.
"Jangan dicari not yang hilang. Kalau tak, lagu Fur Elise karya Beethoven akan rosak." bisik suara itu dimana Zulaika langsung tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Tubuhnya seakan-akan beku tanpa adanya sebarang bongkah ais. "Ketua doktor tak suka...shhhh..." dan selepas itu, secara tiba-tiba Zulaika mula memuntahkan ribuan jarum-jarum yang dilumuri dengan darah dan mula mengotori lantai bilik belajar itu dengan darah kotor dan jarum-jarum menjahit. Dengan penuh sengsara, Zulaika memegang tekaknya walaupun ia langsung tidak membantu untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Nasib agak baik untuk dirinya dek kerana kecederaan itu tidak membahayakan nyawanya tetapi masih lagi gadis itu terpaksa sengsara sedikit tatkala masih terdapat segelintir bilah-bilah jarum melekat di dalam anak tekaknya.
Tatkala anak tekaknya masih berasa pedih yang teramat, dalam masa yang serentak juga Zulaika dapat merasakan tubuhnya ditembak bertubi-tubi oleh Alifah dan juga dirinya dibakar oleh Ibrahim. Langsung, gadis itu cuba untuk menahan kesemua keperitan itu dan berharap ia berlalu pergi dengan serta merta.
Selak ke muka surat yang seterusnya dan berangkat ke perenggan yang lain, Alifah dan Adriana sedang menghabiskan masa mereka di kedai serbaneka untuk membeli barangan kelengkapan untuk festival 'Tangkapan Iblis'. Secara senyap-senyap juga, Alifah membeli sekotak susu formula untuk bayi halimunan itu dan entah kenapa, dia tertarik untuk membeli sebuah anak patung beruang kecil yang berwarna merah jambu namun Adriana sempat menangkap rakannya itu sedang membelek-belek anak patung itu dengan penuh asyik sambil meletakkan tangannya ke pipi.
"Uwuu, teringin nak beli anak patung nak jadi peneman time tidur ke?" usik Adriana. "Hummm hummm, Encik beruang, peluk, peluk, peluk. Cium, cium, cium." sambungnya lagi sambil memuncungkan bibir. Lantas, Alifah meletakkan semula anak patung itu ke dalam rak di hadapannya sambil wajahnya mula membera sedikit.
"Alolololo, malu kawan kita seorang ni." kata Adriana sambil mengekori Alifah dari belakang menuju ke kaunter pembayaran. Dek kerana masih malu, Alifah berjalan ke sana sambil menundukkan kepalanya. Selepas membuat pembayaran, mereka berjalan pulang yang mana Alifah masih lagi menundukkan kepalanya dan menjarakkan sedikit dirinya dari Adriana. Rakannya ketinggalan di belakang sambil masih lagi asyik menggelakkan rakannya itu sehinggalah dia perasan seseorang di hadapan Alifah. "Weh! Tengok depan tu!" teriak Adriana namun belum sempat Alifah mengangkat semula kepalanya, dia terlanggar orang itu sehingga bakul yang dibawanya juga terjatuh dengan kuat.
Dengan gelabah, Alifah bangun semula namun dia tidak berapa mengesahkan orang yang dilanggarnya tadi tetapi dia lebih risau akan keadaan bayi di dalam bakulnya. Lantas, Alifah membuka penutup bakul rotan itu dan menghela nafas lega apabila dia melihat bayi itu di dalam keadaan yang selamat dan masih dibuai mimpi.
"Kau okay tak?" Adriana yang sudah berada di sebelahnya bertanya sambil meletakkan tangannya di atas bahu Alifah. "Ehhh (sambil menatap wajah orang itu), Ibrahim lah. Kau okay?" Sekali lagi Adriana bertanya kepada seorang lagi rakannya itu yang sedang sibuk mengutip semula botol-botol yang berlabelkan tanda bahaya pada setiap satunya. Apabila rasa bersalah mula bersarang di dalam dirinya, Alifah juga dengan spontan menolong Ibrahim mengutip botol-botol tersebut.
"Thanks! Sorry aku tengah khayal tadi." kata Ibrahim selepas memasukkan semula botol-botol tersebut ke dalam beg kertas berwarna hitam cair. "Korang buat apa?" dia bertanya walaupun sudah terang-terang dia melihat Adriana membawa beg plastik penuh dengan barangan dari kedai serbaneka.
"Beli barang untuk festival 'Tangkapan Iblis' nanti." jawab Alifah.
"Kau pula buat apa?" Adriana pula bertanya tatkala kepalanya mula dibanjiri pelbagai soalan selepas dia melihat botol-botol kimia tadi. Hairan dengan apa yang bakal dibuat oleh Ibrahim.
"Baru balik ambil barang ni tadi daripada Adilah." balas Ibrahim dengan tersenyum. "Saja time-time cuti bosan, so aku nak buat eksperimen kimia sikit. Imbau balik kenangan masa dekat tingkatan empat." terang budak lelaki itu kepada dua orang gadis tersebut tanpa memberitahu hal yang sebenarnya. Mereka bertiga kemudiannya berbual sedikit sebelum masing-masing meminta diri untuk bersiap-siap sebelum festival 'Tangkapan Iblis' berlangsung. Tatkala sedang berjalan pulang, Ibrahim menghela nafas lega kerana gadis-gadis tadi tidak berlebih-lebih bertanyakan soalan kepadanya. Seukir senyuman sinis mula kelihatan pada wajah budak lelaki itu. Seukir senyuman sinis yang menyimpan seribu satu rahsia jauh di dalam akal fikirannya.
***
Sinaran matahari akhirnya tenggelam, silih berganti dengan langit malam yang diterangi dengan cahaya bulan. Bunyi-bunyi cengkerik di dalam hutan di luar rumahnya mula memenuhi gegendang telinganya. Selepas menambah bahan terakhir ke dalam campuran kimianya, Ibrahim lantas menghela nafas lega dek kerana dia bersyukur campuran kimia itu tidak langsung meletup pada wajahnya. Secara perlahan-lahan, dia mula menyedut cecair kimia itu ke dalam sebuah picagari lalu membalut picagari itu dengan pembalut makanan. Dia juga bersyukur kerana mak tirinya sedang keluar dan langsung tidak mengganggunya di dalam eksperimen tersebut. Selepas semuanya sudah selesai, Ibrahim lantas mengemas barang-barang yang telah digunakan dan menyorokkannya di bawah katil sebelum bersiap-siap dengan kostum hantunya untuk festival 'Tangkapan Iblis'.
Semasa dia mula menepekkan solekan pada wajahnya, kedengaran pintu rumahnya diketuk dari luar dan suara-suara rakannya juga turut kedengaran. Buat sekian lamanya, akhirnya Ibrahim tersenyum tanpa bermotifkan apa-apa idea yang sinis atau sebagainya. Seukir senyuman yang tulus tatkala dia teringat bahawa dia masih lagi ada rakan-rakannya walaupun terpaksa sengsara seorang diri. Pada ketika itu, Ibrahim mula memikirkan idea untuk tidak melibatkan rakan-rakannya ke dalam dunia yang bakal dia tempuhi itu sendiri.
"Wooo! Ibrahim mana kau?! Awal kita berangkat!" seperti kebiasan dipenuhi dengan gula, Adilah meneriak dari luar dimana mereka yang lain mula berasa sedikit segan serta malu dengan karenah gadis itu.
"Weh, jaga adab tu sikit." tegur Adriana namun Adilah langsung tidak mengendahkannya malahan dia menguatkan lagi suaranya sehingga jiran-jiran berdekatan mula menutup tingkap-tingkap rumah mereka.
"IBRAHIM KUN! CEPATLAH KELUAR!" Adilah meneriak sekali lagi dan dalam masa yang sama, pintu hadapan rumah itu dibuka dan sosok tubuh Ibrahim mula kelihatan. Mereka yang lain lantas menghela nafas lega tatkala Adilah tidak perlu lagi meneriak sedemikian. Mereka bertujuh kemudiannya mula membuka langkah menuju ke festival itu dengan rasa teruja yang teramat. Bagi Zulaika dan Alifah pula, mereka berdua sedang berada di dalam mood berwaspada tatkala mereka sedar bahawa selepas tamatnya festival itu, semuanya bakal berubah ke arah yang lebih teruk dan merbahaya.
Tatkala mereka yang lain berbual kosong, Zulaika dan Alifah berbincang seperti kebiasaannya. Zulaika sempat memberitahu kepada Alifah mengenai perkara yang terjadi balik di bilik belajar itu sebaik sahaja dia meninggalkannya yang mana Alifah langsung terkejut dengan apa yang didengarinya itu.
"Aku risau kalau kena dekat baby ni juga." katanya sambil membuka penutup bakul rotan yang dibawanya itu untuk menatap sekejap wajah bayi yang sedang tidur nyenyak di dalamnya. "Kau rasa, apa sebenarnya yang tengah terjadi sekarang ni?" dia bertanya lalu menutup semula penutup bakul itu.
"Tak pasti. Mungkin, kita kena lebih berjaga-jaga. Kau jaga belakang aku, aku jaga belakang kau." balas Zulaika sambil menghirup tembakau di dalam paip kiserunya. Perbualan mereka terputus di tengah jalan tatkala mereka disergah dengan bunyi bising dari gerai-gerai di kawasan festival itu. Selepas beberapa minit berjalan dan berbual, mereka semua akhirnya tiba di lokasi yang dibanjiri dengan para penduduk pekan tersebut.
"Ohhh yeah! Festival 'Tangkapan Iblis' aku yang pertama dalam sejarah baru di pekan baru!" kata Anwar dengan penuh teruja. Khadijah kemudiannya melawat ke salah satu gerai yang menjual pelbagai jenis kuntum bunga lalu membeli tujuh kuntum untuk mereka semua. Tanpa berasa malu, Anwar dan Ibrahim menyangkutkan kuntum bunga itu pada telinga kanan mereka. Mereka yang lain pula lantas menggelakkan kedua-dua remaja lelaki itu dengan terbahak-bahak sehingga ia menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang lain.
"Cik ayu Ibrahim! Marilah kita bersuka ria tanpa henti!" kata Anwar.
"YOSHA! Marilah kita cik ayu Anwar, si sahabatku!" jawab Ibrahim lalu mereka berlima lantas membuka langkah seribu masuk ke dalam kawasan festival itu. Alifah dan Zulaika pula dengan tenangnya melangkah masuk dan sambung perbincangan mereka. Baharu sahaja beberapa meter mereka berjalan, Alifah dengan segera berhenti dan melawat salah satu gerai yang sedang menjual pelbagai jenis anak-anak patung. Sekali lagi perbincangan mereka terputus ditengah jalan dan Zulaika hanya menepuk dahinya tatkala melihat perubahan karenah rakannya yang seorang itu.
"Baru je tadi aku cakap kena berjaga-jaga. Haduhlah kau ni." keluh Zulaika sambil melihat Alifah sedang memilih anak patung yang sesuai untuk bayi halimunan itu. Lantas, gadis itu memilih sebuah anak patung kambing berbulu hitam dan membayarnya pada pemilik gerai. "Kalau iya pun, belilah anak patung yang comel sikit." kritik Zulaika pada cita rasa Alifah yang tidak seberapa itu.
"Entahlah, aku rasa aku pun pernah ada anak patung yang sama macam anak patung ni." terang Alifah sambil meneliti setiap inci bahagian pada patung kambing itu. "Memang betul-betul sama dengan yang aku pernah ada dulu." sambungnya lagi dalam keadaan teruja sebelum memasukkan anak patung itu ke dalam bakul rotan itu dimana dengan spontan bayi itu memeluknya. Lantas, Alifah tersenyum seorang diri manakala Zulaika masih lagi asyik dengan paip kiserunya. Asap tebal mula dihembus keluar daripada mulutnya.
Selepas itu, mereka meneruskan semula perjalanan mereka sambil berbincang kembali mengenai situasi yang sedang dialami mereka. Zulaika memberitahunya bahawa dia sudah dapat mengecilkan bulatan mereka dan berbanding dengan 16 nama doktor-doktor yang terdapat di dalam senarai, dia berjaya mengurangkannya menjadi lima orang individu sahaja. Sekarang, hanya tinggal untuk mencari identiti si ketua doktor itu sahaja. Salah seorang daripada mereka berlima adalah suspek yang mereka cari.
"Nice ahhh!" komen Alifah lalu perbincangan mereka disergah oleh Adriana yang secara tiba-tiba muncul dari belakang mereka.
"Apa yang nice?" tanya gadis itu dengan penuh tanda tanya. "Share lah sikit. Siapa ketua doktor yang korang cakap tadi? Aku terdengar masa nak terkejutkan korang tadi." ujar gadis itu dan secara tiba-tiba, sebatang pembuka tin yang mana hujungnya sedikit tajam terbang meluru ke arah lengan kiri gadis itu. Dengan impak yang kuat, pembuka tin itu menusuk lengannya sehingga dia terjatuh ke belakang. Lantas, Adriana mula meneriak di dalam kesakitan sambil menggeliat di atas lantai. Orang ramai mula menghampiri gadis itu untuk melihat apa yang telah berlaku.
"Kau okay tak?!" Alifah bertanya dengan penuh kerisauan di dalam nada suaranya. "Tahan sikit. Biar aku tarik keluar." dia memberitahu kepada rakannya sebelum rakan-rakannya yang lain mula menghampiri mereka dengan keadaan cuak.
"Apahal ni?!" kata Adilah sambil menghulurkan tangannya untuk disambut oleh Adriana.
"Macam mana boleh jadi macam ni, jadi macam ni?" Khadijah pula yang bertanya dan Zulaika mengambilnya untuk membalas pertanyaan itu kepada mereka semua agar tiada lagi yang bertanya.
"Taktahu macam mana tapi tiba-tiba je pembuka tin ni tertusuk dekat lengan Adriana. Taktahu lah siapa punya kerja." Mereka semua kemudiannya berjalan menuju ke dua buah bangku yang berdekatan untuk berehat sebentar. Ibrahim dan Anwar lantas berlari ke gerai minuman yang berdekatan untuk membeli air mineral untuk menyegarkan mereka semua kembali. Alifah pula kemudiannya mengeluarkan sehelai sapu tangan lalu menekapnya pada muncung botol minyak gamat yang telah dibukanya lalu mula menyapu luka pada lengan Adriana. Kain itu kemudiannya diikat dengan ketat pada kawasan luka untuk mengurangkan pendarahan.
"Tak sangka kau bawa barang-barang kecemasan dengan kau." puji Adilah lalu dia menepuk bahu Alifah sebanyak tiga kali. Kedua-dua remaja lelaki itu pula akhirnya kembali dengan tangan yang penuh dengan botol-botol air mineral. Zulaika dan Khadijah lantas meringankan tangan mereka untuk membantu. Mereka semua kemudiannya berbual dan berehat sekejap di bangku itu tatkala otot-otot kaki mereka mulai sengal dan lenguh.
"Balik ni aku fikir nak lukis panel komik yang seterusnya lah." Anwar berkata sebelum meneguk air mineral itu. Dedikasinya pada komik mereka langsung tidak tertandingi dan ia membuatkan Ibrahim berasa sangat terharu.
"Nanti aku hantar perkembangan plot guna burung hantu aku." gurau Ibrahim sehingga Anwar tersedak tatkala mendengarkannya. Mereka semua tergelak apabila melihatnya sehinggalah gelakan mereka itu mati apabila Encik Daniel mula menghampiri mereka dengan membawa sebuah kamera Nikon.
"Amboi! Seronok betul korang semua! Untunglah jadi remaja..." kata pemuda itu dengan nada sarkastik. Mereka semua kemudiannya berbual sebentar dimana Ibrahim mula hanyut di dalam pemikirannya. Dia mula memikirkan akan bahan kimia yang sedang dibawanya itu dan berfikir untuk mencubanya pada Encik Daniel Tomitoka, si pemuda dari luar pekan itu. Secara senyap-senyap, Ibrahim mengeluarkan picagari itu lalu membuka balutan plastik padanya sebelum mula memasangkan jarum pada hujung picagari itu. Dia kemudiannya berdiri dari bangku itu tatkala mereka semua yang lain sedang bergelak tawa. Tiada sesiapa pun yang sedang fokus akan perkara yang sedang berlaku di persekitaran mereka. Pengunjung-pengunjung yang lain tanpa henti berjalan melepasi kumpulan mereka yang sedang menghabiskan masa di bangku-bangku tersebut. Dengan sekelip mata, Ibrahim berdiri betul-betul hampir dengan sosok tubuh Encik Daniel lalu dia secara senyap-senyap menyuntik tubuh pemuda itu dari belakang. Secara perlahan-lahan, cecair kimia itu ditolak masuk ke dalam tubuh Encik Daniel.
"Itulah! Masa saya sebaya korang semua dulu, adalah juga...hugh...hugh...sakitlah pula tekak ni...hugh, hugh...urghhh!" Encik Daniel secara tiba-tiba terbatuk dengan kuat. Tekaknya dipegang namun dia masih lagi tidak berhenti batuk. Anwar dengan spontan memberikan botol minumannya kepada pemuda itu namun secara tiba-tiba Encik Daniel rebah dihadapan mereka. Mereka semua kemudiannya mulai panik tatkala melihat Encik Daniel mulai menggeliat di atas lantai di hadapan mereka bagaikan ikan yang ditarik keluar dari sungai.
"Apahal ni?!" dengan paniknya, Adriana bertanya namun tiada seorang pun daripada mereka mempunyai sebarang jawapan yang boleh mereka kemukakan. Orang ramai yang lalu lalang lantas berhenti dan menghampiri pemuda itu untuk membantunya. Air mata darah mulai keluar dari kedua-dua belah mata pemuda itu dan tubuhnya mula berasap dari dalam. Beberapa detik kemudian, kulit tubuhnya mula tercarik-carik dan jatuh ke atas lantai. Darah mula membasahi tubuh pemuda itu dimana kulit tubuhnya mulai tercabut seperti pembalut buku tercabut daripada buku teks sekolah. Segelintir orang ramai yang melihat keperitan pemuda itu langsung terjerit di dalam ketakutan dan ada juga yang mula berlari meninggalkan tempat itu.
"To...TOLONG!!" pinta Encik Daniel tatkala kulit wajahnya mula terhakis dari dalam. Teriakan pemuda itu kemudiannya hilang dari pendengaran mereka tatkala mulutnya mula berbuih-buih. Zulaika dengan spontan mula teringatkan imej itu kembali dan dalam masa yang sama, dia sedang melihat tubuh kaku Encik Daniel dihadapannya dengan isi perutnya terkeluar serta dalam masa yang sama itu juga, dia sedang berbual dengan Encik Daniel dengan normal seperti tiada apa-apa pun yang berlaku pada diri pemuda itu. Tiga buah loop yang berbeza saling bertembung antara satu sama lain dan membuatkan Zulaika mula mengalami tiga jenis kehidupan yang berbeza dalam satu aliran masa. Ia bagaikan seseorang mencampurkan tiga jenis sos yang berbeza lalu mencampurkannya menjadi satu sos yang tetap.
"Kau okay ke tak ni?" Alifah bertanya tatkala dia melihat Zulaika sedang menggigil di dalam ketakutan dan paip kiserunya dijatuhkan ke atas lantai dan langsung tidak dihiraukan.
"Tak." dengan ringkas Zulaika membalas lalu serta merta dia jatuh pengsan yang membuatkan keadaan menjadi lebih tegang. Adilah sempat menyambut tubuh rakannya itu daripada terjatuh dan secara perlahan-lahan membaringkan rakannya itu di atas permukaan lantai.
"Macam mana ni, macam mana ni?" kata Khadijah yang mula menggelabah.
Masuk pula dari sudut pandang Ibrahim, dia berasa sedikit kecewa apabila cecair kimia tersebut membunuh bahan uji kajinya dalam jangka masa yang pendek. Lalu, dia mula membuat nota kaki di dalam kepalanya supaya menambahkan lagi durasi yang perlu diambil kimia itu agar dia dapat menyeksanya mangsanya dengan lebih mendalam. Secara sembunyi-sembunyi, budak lelaki itu tersenyum dengan sinisnya tatkala uji kajinya menunjukkan hasil yang agak memuaskan walaupun masih terdapat sedikit kekurangan.
***
Januari, 15, 1997
Kemasukkan jurnal ke-35
Aku masih tak boleh lupa dengan apa yang terjadi dekat Encik Daniel Tomitoka. Secara jujurnya, aku rasa risau sangat kalau-kalau Gremlin pun terkena nasib yang sama.
Jadi, aku mula tambahkan pemerhatian yang lebih pada bayi tu. Aku takkan biarkan apa-apa terjadi dekat dia. Zettai ni...
Ohh haah, lepas kejadian misteri yang terjadi dekat Zulaika dan Adriana, aku tak sangka aku mangsa yang seterusnya. Masa kitaorang berbincang fasal si ketua doktor, tiba-tiba aku terjatuh dari kerusi tempat duduk aku dan tangan kanan aku tercucuk dengan pen yang aku tengah guna pada masa tu.
Nasib baik aku kidal...uwekkk...
Aku tak rasa semua tu terjadi secara rawak, aku rasa macam kitaorang semua tengah berada di dalam padang sasaran. Sesiapa je boleh terkena kemalangan ni...
Mungkinlah...
"Tak habis lagi ke dengan jurnal kau tu?" Adriana bertanya tatkala dia bosan mendengarkan taklimat di dalam kelas. Selepas mendapat berita mengenai tragedi yang menimpa Encik Daniel dari pihak berkuasa, pihak sekolah mula berasa risau akan keselamatan murid-murid mereka lalu mereka mulai memberi taklimat dan memperingatkannya kepada para pelajar hampir setiap masa. Adriana yang telah mendengar taklimat itu buat kali ke 10000 kalinya, mula berasa sangat muak sehingga dia berasa lebih rela untuk menyiapkan kerja sekolah matematik berbanding menghabiskan walau hanya sepuluh saat mendengarkan taklimat itu lagi.
"Habis dah. Kau steady ke na, na?" gurau Alifah sambil mencucuk lengan rakannya itu dengan hujung penutup pen. Adriana menggulingkan sahaja matanya tatkala mendengarkan gurauan Alifah manakala gadis itu hanya tersenyum sahaja apabila melihat riak wajah Adriana semakin muram. Kemudian, Alifah berpaling ke dalam beg sekolahnya dimana bayi itu sedang tidur lalu menggeletek perutnya sedikit sehingga bayi itu berasa geli hati.
Selepas taklimat itu menemukan pintu keluarnya, para pelajar secara tidak langsung menepuk tangan mereka dan bersorak bagaikan menyambut kemerdekaan pada tarikh 31 ogos 1957 sahaja taklimat itu tamat. Guru mereka pula hanya menepuk dahi apabila melihat telatah murid-muridnya sedemikian.
"Aku tak pernah sangka aku boleh menangis terharu selepas tamat taklimat." kata Adilah dan kemudian berlakon sedang menangis dan menyapu air mata yang tidak wujud. Khadijah pula hanya meniru apa yang dilakonkan oleh kakaknya bagaikan sebuah pantulan.
"Nasib lepas ni rehat." ujar Anwar sambil merenggangkan otot-otot badannya tatkala duduk dalam jangka masa yang agak lama. Namun, beberapa minit kemudian, sambutan mereka akhirnya mati ditengah-tengah jalan apabila Inspektor Rahman bersama-sama dua orang lagi pegawai polis melawat ke kelas mereka dengan riak wajah yang serius. Tatkala melihat sosok tubuh mereka, Alifah mengeluh sedikit kerana dia tahu masanya telah tiba untuk dia disoal jawab seperti biasa. Tanpa disuruh, Alifah berdiri dan mula menggalas beg sekolahnya dalam gerak perlahan agar tidak mengejutkan bayi yang sedang tidur di dalamnya.
"Jawab je semua yang diorang tanya nanti." nasihat Zulaika dan Alifah hanya mengiyakan sahaja. Namun, mereka semua kemudiannya terkejut apabila Inspektor Rahman berdiri di hadapan Anwar dan mula menggari tangan budak lelaki itu.
"Weh, apahal!" Adilah cuba membantah namun dua orang lagi pegawai yang dinyatakan sebelumnya menghalang gadis itu dan menyuruhnya untuk kembali ke tempat duduknya. "Korang dah salah orang ni!" kata gadis itu lagi untuk membuktikan rakannya itu tidak bersalah. Anwar pula langsung terdiam dan tidak faham akan perkara yang sedang terjadi.
"Inspektor Rahman! Inspektor! Saya rasa inspektor dah salah orang ni!" kata Alifah sambil berdiri di hadapan Inspektor itu.
"Maaf, tapi kami ada saksi yang mengatakan bahawa Anwar terlibat dalam kes kematian Encik Daniel." kata Inspektor Rahman dengan tenangnya dan penuh profesional. "Tapi takpe, kami hanya akan tahan Anwar Natsuzaki untuk sesi soal jawab sahaja. Kamu tak perlu risau." terangnya lagi lalu mereka semua meminta diri dan mula mengiringi Anwar ke balai polis. Rakan-rakannya yang lain mula berdiri di pintu hadapan kelas sambil melihat rakan mereka itu dibawa pergi tanpa sebarang bukti yang kukuh. Adilah yang tidak lagi mampu menahan amarahnya serta kesedihannya mula menumbuk pintu masuk kelas mereka dengan kuat sekali sehingga genggaman penumbuk tangannya mulai basah dengan darah. Selepas dipujuk, gadis itu kemudiannya dibawa oleh Adriana pergi ke tandas untuk membersihkan apa yang patut.
"Macam mana Anwar boleh jadi suspek pula ni, suspek pula ni?" tanya Khadijah pada dirinya sendiri namun cukup kuat untuk didengari oleh mereka yang lain.
"Mungkin dia ajak gaduh dengan kambing." jawab Ibrahim dengan riak wajah serius. Tatkala mendengarkan jawapan mengarut budak lelaki itu, Zulaika hanya menepuk dahinya.
"Apa kaitannya penahanan Anwar dengan kambing pula ni, kambing pula ni?" Khadijah bertanya lagi dan wajahnya mula menampakkan ekspresi bengang.
"Kambing tu buat report." dengan selamba Ibrahim membalas. Nak sahaja Khadijah mengelap lantai kelas mereka dengan menggunakan kepala Ibrahim itu. Dan kemudian, mereka semua balik semula ke tempat duduk masing-masing apabila guru subjek yang seterusnya sudah tiba di kelas mereka. Sebelum semua pelajar di dalam kelas itu berdiri untuk memberi salam hormat, Adilah dan Adriana akhirnya pulang semula ke kelas mereka dimana tangan kiri Adilah kelihatan berbalut dengan pembalut berwarna jingga.
Pembelajaran mereka yang seterusnya itu, iaitu kelas kimia, membuatkan Ibrahim fokus dengan sepenuh tumpuan yang boleh diberikan oleh budak lelaki itu. Dia langsung tidak menghiraukan rakan-rakannya yang lain yang sedang mengalami kebosanan tahap dewa. Zulaika berpura-pura fokus namun sebenarnya dia sedang mengkaji fail mengenai ketua doktor yang sedang dicarinya dan dalam sedang sibuk mengkajinya, jari-jarinya kerap terkena 'papercut' walaupun dia sudah berhati-hati. Adilah pula sibuk bermain dengan pembarisnya dan masih lagi berasa bengang dengan apa yang terjadi kepada Anwar. Kadang-kadang dia memukul lengan adiknya dengan pembaris itu untuk menghilangkan kebosanan sehingga guru mereka menyuruhnya untuk berdiri di luar selepas itu.
Manakala Adriana pula tertidur di sebalik buku teksnya yang ditegakkan ke atas untuk menutupi wajahnya daripada kelihatan dan juga Alifah pula membuat sedikit nota sebelum mengalihkan tumpuannya pada bayi halimunan yang sudah bangun dari tidurnya. Perut bayi itu digeletek berulang kali dimana bayi itu tergelak dan tersenyum sahaja. Bunyi gelakan bayi itu membuatkan dirinya berasa tenang dan gembira sedikit.
***
Seusai waktu persekolahan, Ibrahim pulang ke rumahnya dengan penuh rasa teruja. Dengan tangkas dia masuk ke dalam rumah dan menukar pakaiannya dan kemudian dia menuju ke bilik stor lalu mengambil sebatang pemukul besbol besi dan membawanya keluar.
Dia kemudiannya menuju ke radio di dalam ruang tamu lalu mula memainkan kaset lagu 'Dance of the knights' sambil menari mengikut ritma lagu klasik itu. Dia amat minat dengan lagu-lagu klasik itu dan mempunyai timbunan koleksi lagu-lagu tersebut. Dari 'March of Valkyries' sehinggalah ke kesemua koleksi lagu Ludwig Van Beethoven, semuanya dia simpan dan sayang dengan sepenuhnya. Tatkala lagu yang sedang dimainkan akhirnya tamat, mak tirinya juga akhirnya pulang ke rumah itu. Melihat kereta itu yang diparkir dihadapan rumah dan satu sosok tubuh yang ramping keluar darinya selepas itu, Ibrahim tidak lagi dapat menyembunyikan kegembiraannya untuk menjalankan operasi penyeksaan ke atas wanita itu.
"These are (not) peaceful times..." ujar Ibrahim lalu dia berdiri di belakang pintu masuk rumah itu dan bersiap sedia dengan pemukul besbol besi yang dibawa keluar sebelumnya. Sebaik sahaja pintu hadapan rumah itu terbuka, bau minyak wangi Lavender yang mengharumkan mula menusuk ke dalam hidung Ibrahim. Dia mula bertambah lebih teruja dan tidak sabar. Mak tirinya lantas masuk ke dalam rumah dan kemudian menutup pintu rumah itu. Dia tersedar akan keberadaan Ibrahim dibelakang pintu itu namun tidak sempat untuk berbuat apa-apa tatkala budak lelaki itu lebih tangkas. Dalam sekelip mata, Ibrahim mengetuk kepala wanita itu dengan pemukul besbol besinya sehingga dia jatuh pengsan. Kepala wanita itu mula berdarah namun Ibrahim langsung tidak menghiraukannya. Lalu, wanita jijik itu ditarik dan diseret sehingga ke dalam bilik stor. Dengan sedikit komplikasi, Ibrahim kemudiannya mengikat tubuh wanita itu pada sebuah kerusi kayu dan dia tidak lagi dapat menahan gelaknya.
"Balas dendam itu rasanya sangat manis...HAHAHAHAHAHA!!" kata budak lelaki itu sambil mencabut sehelai demi sehelai pakaian wanita hina itu. Dia hanya meninggalkan wanita itu di dalam pakaian dalamnya sahaja sebelum dia berlalu pergi menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau. Dia juga kemudiannya membuka langkah menuju ke biliknya untuk mengambil sebuah helmet yang telah dimodifikasikan dengan sedikit alatan yang dapat menyeksa mangsanya serta tidak lupa juga dia untuk membawa sekali bersama-samanya sebuah kotak besi yang mengandungi alatan menjahit di dalamnya seperti jarum dan benang.
Selepas itu, dia mula memakaikan helmet itu pada kepala mak tirinya yang masih basah dengan darah namun dia langsung tidak kesah akannya. "So, the wrath of god, in all it's fury, has been unlocked to welcome the death of evil..." dia bernyanyi dengan nada yang perlahan sambil membelah sedikit perut mak tirinya itu lalu memasukkan sebiji kunci perak ke dalamnya. Perut wanita hina itu kemudiannya dijahit tanpa belas kasihan walaupun sedikit seakan-akan sedang menjahit sebuah bantal busuk dalam keadaan marah. Seusai dengan jahitan yang tidak seberapa, Ibrahim membelakangkan dirinya sedikit untuk melihat hasil karyanya itu. Dan kemudian, dia mula teringat akan Anwar yang telah termasuk ke dalam perangkapnya sama seperti apa yang telah dia rancang.
"Saya ada bukti..." dia mula mengimbau kembali semasa dia sedang membuat laporan palsu kepada Inspektor Rahman yang sedang asyik menghisap rokok paipnya. "Anwar. Anwar adalah suspek yang pihak berkuasa tengah cari." dengan penuh rasa bersalah, dia memfitnah rakannya pada ketika itu. Inspektor Rahman dengan spontan mula menganggukkan kepalanya lalu menyuruh Ibrahim untuk pulang. Tatkala budak lelaki itu berjalan keluar dari pejabat inspektor itu di balai polis pekan Kurikaeshi, dia kembali semula ke dalam realiti dan menatap semula sosok tubuh wanita hina itu dihadapannya. Setitis air mata berjaya keluar dari mata belah kirinya.
"Sorry Anwar. Aku terpaksa buat macam tu untuk jarakkan kau dari lembah jenayah yang akan aku tempoh seorang diri." katanya lalu dia mengusap air mata itu dan kembali serius.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro