Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

        Kepada mereka yang tidak pernah mengalami kesengsaraan, mereka mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kehidupan di atas muka bumi ini. Mereka yang sengsara dan juga mereka yang menjalani kehidupan mereka tanpa sebarang masalah, masing-masing memandang kanvas yang berlainan warna. Warni warni bagi mereka yang sering tersenyum dan dikelilingi dengan nikmat dunia manakala hitam dan putih bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Semenjak mak tirinya muncul kembali untuk menghuru-harakan hidupnya, Ibrahim semakin hari bertambah semakin tertekan. Di siang hari dia di jadikan seperti robot yang tidak mengenal erti penat lelah oleh wanita itu. Pinggan mangkuk yang menimbun perlu dibasuh berulang-ulang kali, baju-baju yang bersepah di merata-rata tempat sehingga menyakitkan mata mereka yang melihat dilipat sehelai demi sehelai dan berulang-ulang kali, ruang tamu bersepah seakan-akan rumah yang didiami oleh jin dikemas setiap satu jam sehingga kedua-dua belah tangannya memohon untuk berhenti. Tatkala tirai hari ditutup dan digantikan dengan sinaran bulan purnama pada malam hari, dia dijadikan pula hamba pelepas nafsu. Setiap malam dan setiap hari, Ibrahim langsung tidak dapat melepaskan dirinya dari penderaan seksual itu. Kadang-kadang di dipaksa untuk melakukan sesuatu di luar akal pemikiran sihat seseorang. Hari demi hari, ia berulang bagaikan roda pada kenderaan berat.

"Sayang...sayang tahu kan mama sayang sangat-sangat dekat sayang...malam ni, kita lepaskan semua bebanan kita ye sayang." dengan nada yang penuh sinis, wanita itu berbisik pada telinga Ibrahim lalu menggigitnya sedikit. Kemudian, dia mula melucutkan sehelai demi sehelai pakaian budak lelaki itu yang terikat pada tiang katil dan kelihatan tidak bermaya. "Malam ni, kita biarkan dosa memenuhi tubuh badan kita berdua. Bersama-sama..." Dan selepas itu, babak yang hina lagikan jijik mula mengambil tempat. Ibrahim yang melihat segala-segalanya serta merasakan kesemuanya tanpa dapat berbuat apa-apa, mula menyimpan dendam terhadap wanita itu. Dengan pandangan yang penuh dengan kebencian, Ibrahim memerhati sahaja wanita itu menikmati tubuhnya itu.

"Ibrahim..."

"Ibrahim..."

"Hoi, Ibrahim!" suara Adilah menariknya kembali ke realiti. Dalam keadaan terkejut, Ibrahim melihat wajah rakan-rakannya yang lain yang sedang duduk di sebuah meja di dalam sebuah kafe di luar pekan itu. Dengupan jantungnya menjadi sedikit gopoh. Apabila melihat keadaan rakannya yang tidak seperti kebiasannya, Anwar lantas meletakkan tangannya di atas bahu Ibrahim tetapi sebaik sahaja tangan rakannya itu mendarat di atas bahunya, Ibrahim dengan spontannya menepis tangan itu yang membuatkan mereka yang lain mula ternganga.

"Kau...kau okay ke tak ni?" dengan penuh kerisauan, Anwar bertanya kepada rakannya namun Ibrahim tidak menjawab persoalan itu walhal, dia mula meminta diri untuk menghirup udara segar di luar buat sementara waktu. Ketika melihat rakannya itu berjalan di dalam keadaan gelisah menuju ke pintu keluar, Adilah dengan tangkasnya bangun dari tempat duduknya dan ingin bersembang sedikit dengan rakannya itu.

"...sebab itu apa yang kawan selalu buat. Dengar masalah kawan diorang yang lain." lalu gadis itu meminta diri dan mula berjalan di belakang Ibrahim. Manakala Anwar dan Zulaika pula masih berdiam diri di tempat duduk mereka. Di atas meja mereka, habis bersepah helaian demi helaian kertas yang mengandungi lukisan watak-watak serta kapal-kapal yang kompleks dan penuh terperinci lukisannya yang dilukis oleh Anwar sendiri. Perlahan-lahan Anwar mula mengumpulkan semula helaian demi helaian lukisan itu dan menempatkannya di satu tempat agar kemas manakala Zulaika hanya tengok sahaja budak lelaki itu berkerja.

"Kau taknak tolong ke?" tanya Anwar yang mula berasa sedikit kesal namun cuba sedaya upaya untuk tidak menampakannya dihadapan Zulaika. "Kalau iya pun, tolonglah susun kertas-kertas ni sikit." katanya lagi.

"Malas." dengan ringkas Zulaika membalas lalu mula menghidupkan paip kiserunya. "Komik korang ni tak rasa ke macam kurang gempak?" kritik gadis itu sambil menghembus asap tembakau tebal ke wajah Anwar yang mana budak lelaki itu mula terbatuk sedikit.

"Ada tu ada, tapi tak ramai. Tapi, lebih baik ada pembaca setia daripada pembaca yang berlakon!" dengan tegas Anwar berkata. Tatkala melihat semangat rakannya itu kembali pulih dan semakin membara, Zulaika lantas tersenyum seorang diri. 

       Berbalik kepada Ibrahim semula, di luar kafe itu secara tidak langsung agak menenangkan akal fikirannya sedikit. Udara segar di luar lantas dihirupnya secara dalam-dalam. Kedua-dua belah matanya pula ditutup lalu secara perlahan-lahan dia menghembus keluar nafasnya. Kepalanya mula menjadi ringan dan fikirannya menjadi tenang semula seakan-akan tenangnya permukaan air laut tanpa sebarang ribut.

"Weh..." Adilah menyapa dari belakang yang membuatkan budak lelaki itu sedikit terkejut. "Kau okay ke tak?" gadis itu bertanya lalu meletakkan telapak tangannya pada dahi Ibrahim sambil menampakkan riak wajah risau. Ibrahim secara perlahan-lahan menganggukkan kepalanya dimana dengan serta merta Adilah menarik semula tangannya dari dahi rakannya itu.

"Aku mengelamun sekejap, itu je. Fikir macam mana nak bunuh watak antagonist komik aku tu." Ibrahim menipu gadis itu secara semula jadinya sama seperti dia bernafas. Tatkala dia memproses semula kata-katanya itu, satu idea yang agak ekstrem mula bersarang di akal fikirannya. Dia mula memikirkan mengenai kimia. Asid sulfurik dan juga hidrogen peroxide yang mampu menghasilkan cecair kimia berasid tinggi yang sangat merbahaya. Secara perlahan-lahan, seukir senyuman sinis mula kelihatan pada wajahnya. "Apa jadi, kalau...kalau watak aku tu, kita jadikan dia pembunuh profesional?" dengan penuh berdebar, budak lelaki itu bertanya kepada Adilah sambil menatap wajahnya.

"Kau banyak tengok cerita hitman ni. Tapi, okay juga kalau kita buat watak macam tu. Takdelah bersepah sangat nanti. Senang Anwar nak lukis." Adilah membalas tanpa berasa sangsi terhadap Ibrahim yang mula berasa lebih gembira dengan penemuan idea baharu itu.

"Say, keluarga kau boleh akses bahan kimia terlarang tak?" tanpa membuatnya kelihatan jelas, Ibrahim sekali lagi bertanya. Adilah mula mengusap dagunya sambil memikirkan mengenainya buat sementara waktu yang mana Ibrahim mula berasa berdebar-debar yang teramat.

"Aku rasa..." selepas beberapa minit mendiamkan dirinya, Adilah akhirnya mula menjawab. "Aku rasa boleh kot. Kalau ada tanda tangan daripada salah seorang daripada keluarga Aimar then yes, boleh lah kot. Tapi, untuk apa?" Kali ini, Adilah mula berasa ingin tahu mengenai isi kandungan pemikiran rakannya itu.

"Takde apa-apalah." dengan ringkas Ibrahim menjawab lalu dia mengajak Adilah untuk masuk semula ke dalam kafe itu. Tatkala melihat rakannya itu sudah kembali seperti biasa, Adilah langsung menghela nafas lega lalu mereka berdua mula membuka langkah dan masuk semula ke dalam kafe itu. Aroma kopi serta roti yang baharu dibakar mula menusuk hidung mereka selepas itu.

"Tu diorang dah masuk balik dah tu." Zulaika memberitahu kepada Anwar sambil menghalakan muncung paip kiserunya ke arah Ibrahim dan Zulaika. Dengan spontan, Anwar menoleh namun tatkala berbuat sedemikian, lengannya terlanggar timbunan helaian-helaian kertas lukisan yang baharu sahaja dia susun. Sekali gus, lantai kafe itu mula dipenuhi dengan pelbagai jenis lukisan-lukisan Anwar yang mula membuatkan budak lelaki itu berasa sedikit malu. Tanpa berkata apa-apa, Anwar, Ibrahim dan juga Adilah dengan ligatnya mengutip sehelai demi sehelai kertas lukisan itu manakala Zulaika dengan tenangnya menghirup paip kiserunya sambil meneguk sedikit kopi latte yang dipesannya.

       Beralih pula pada Alifah dan juga Adriana yang sedang sibuk di dapur, kedua-dua gadis itu pada ketika itu sedang mengupas kulit kentang untuk membuat semangkuk penuh kentang lenyek. Kuah keju leleh bersama-sama dengan campuran serbuk lada hitam yang sedang dipanaskan di dalam periuk berpenutup mula menggelegak. Adriana lantas membuka penutup itu dan aroma yang menggodakan mula menusuk sampailah ke dalam jiwanya. Adriana mula bergelut di tengah-tengah. Dia mula menahan dirinya namun air liurnya masih mengalir keluar. Teringin sahaja dia mencuba walaupun hanya sedikit sahaja kuah itu.

"Aip! Jangan curi-curi makan!" Alifah menegur rakannya yang kelihatan sudah berada jauh dari realiti. "Ingat, kita ni pembantu rumah je." ujarnya lagi sambil mengupas kulit kentang yang seterusnya. Lalu, Adriana dengan penuh rasa hampa menutup api di bawah periuk itu dan menutup semula periuk yang mengeluarkan aroma yang menggodakan itu. Namun kemudian, dia kembali tersenyum semula seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelumnya.

"Dah lama kita tak lepak sama-sama annn!" katanya lalu dia mengambil sebiji kentang dan mula mengupas kulitnya dengan penuh teliti. "Ohh, haah! Kenapa ada bakul tu dekat sebelah kau?" tanya gadis itu sambil menghalakan muncung pisau ke arah sebuah bakul rotan yang berada di sebelah Alifah. Alifah lantas mengalihkan perhatiannya dari kentang yang sedang menjalani proses pengupasan itu dan menatap bakul rotan itu yang mana di dalamnya ada seorang bayi halimunan yang perlu dijaganya dengan rapi.

"Entahlah. Sejak dua menjak ni, aku suka bawa beg atau bakul 'kosong' dengan aku. Tak kesahlah pergi mana-mana pun." terang Alifah lalu dia kembali semula dengan operasi mengupas kulit kentang yang sudah menjadi lebih tegang.

"Bakul kosong pun kau syok ke...haih!" gurau Adriana lalu mereka berdua lantas tergelak. Alifah cuba memastikan dia tidak melebih-lebih agar tidak mengejutkan bayi itu yang sedang tidur nyenyak di dalam bakul rotan itu. Tatkala dia curi-curi lihat wajah bayi itu, dia teringat semula rancangan dia dan Zulaika untuk menemukan si ketua doktor yang perlu mereka cari. Zulaika memberitahunya untuk terus berjaga-jaga agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini manakala dia akan keluar pekan untuk mendapatkan sedikit info-info yang mungkin berguna untuk mereka.

"Pastikan kau jaga bayi tu elok-elok." nasihat Zulaika sambil menyalakan paip kiserunya. Alifah lantas menganggukkan kepalanya sebelum perbualan mereka itu disergah oleh Khadijah yang sudah bersiap-siap untuk ke taman bunga terbiar di hujung pekan itu. "Petik bunga macam biasa ke, Mademoiselle?" ujar Zulaika dalam nada bergurau.

"Haah nak pergi petik bunga. Bunga yang haritu banyak yang dah layu, yang dah layu." lalu riak wajah Khadijah berubah menjadi sedih buat seketika. "Tapi takpelah, bunga bukan sekuntum, bunga bukan sekuntum." Kemudiannya, Khadijah meminta diri dan mula membuka langkah menuju ke taman bunga terbiar itu berseorangan diri.

"Hati-hati!" tatkala berasa sedikit risau, Alifah menasihatinya dari jauh yang mana Khadijah membalasnya dengan menaikkan ibu jari kanannya tinggi ke udara tanpa menoleh dari perjalanannya. Sebelum dia juga meminta diri dan meneruskan ke destinasinya ke luar pekan, Zulaika sekali lagi mengingatkan Alifah untuk membuka matanya dengan luas dan memastikan keselamatan dia dan juga bayi halimunan itu. 

"Oi!" kata Adriana sambil memetik jari dihadapan Alifah yang sedang mengelamun. Dengan serta merta Alifah kembali sedar dan mula menggelabah sedikit. "Haha, itulah ingat pakwe lagi. Kentang tu pun kau lupa kupas. Ara, ara..." keluh Adriana sambil menepuk dahi. Alifah hanya tersenyum sahaja tatkala mendengarkan komen dari rakannya itu lalu dia mengambil kulit-kulit kentang yang sudah dikupas lalu dia mencampaknya tepat mengenai wajah bulat Adriana. Dan dengan itu, peperangan kulit kentang mula meletus. 

"ONIGIRI!" Alifah mengeluarkan teriakan perangnya lalu mula menggumpal kulit-kulit kentang menjadi satu bebola kulit kentang gergasi dan kemudian dia membalingnya tepat pada wajah Adriana sekali lagi. Entah kenapa tetapi wajah rakannya itu bagaikan sasaran yang paling mudah baginya. Tatkala keadaan menjadi semakin kucar kacir di dapur, Khadijah yang baharu sahaja pulang sambil membawa sejambak bunga yang beragam-ragam yang dipetiknya melihat kedua-dua rakannya sedang mengalami satu pertempuran yang sangat sengit. Tanpa memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi, Khadijah meneruskan tontonannya sambil menghidu haruman bunga-bunga tersebut.

***

        Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 3.33 pagi, Ibrahim masih lagi terjaga dengan mata yang terbuka dengan luas. Dirinya diikat seperti malam-malam yang sebelumnya dan disebelahnya, kelihatan seorang wanita dua kali ganda usia darinya yang tidak berpakaian apa-apa pun sedang memeluk erat tubuh Ibrahim yang juga tidak mempunyai seurat benang yang menutupi tubuhnya.

Dia menangis teresak-esak meminta bantuan namun tiada sesiapa pun yang muncul hadirkan diri dari sebalik kegelapan bilik itu. Buntu, Ibrahim mula memikirkan rancangan untuk membalas dendam ke atas wanita hina itu. Sebelum matahari terbenam pada hari itu, sempat dia dan Adilah berbual mengenai kebenaran akses bagi bahan kimia yang merbahaya seperti apa yang telah dia rancang sama seperti di dalam jalan cerita komiknya nanti. Dia lantas memberitahu rancangannya pada Zulaika dan Anwar yang mana budak lelaki itu dengan serta merta bersetuju dengan cadangan kejam untuk perwatakan watak utama di dalam komik itu manakala Zulaika berasa sedikit sangsi dan mula berfikir macam-macam.

"Lek ahhh, Zulaika. Lagipun nanti takdelah susah sangat aku nak melukis panel komik tu nanti." Anwar berkata untuk mempertahankan cadangan Ibrahim tersebut. "Takdelah detail sangat. Tak ambil masa yang lama." katanya lagi semasa mereka berjalan pulang ke pekan Kurikaeshi. Zulaika hanya mendengarkan kata-kata itu dari telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. 

"Mungkin Zulaika suka yang ganas kot. Macam Conan the Barbarian ke." ujar Adilah sambil tersengih lalu menyiku Zulaika. Tatkala mendengarkannya, Ibrahim dengan spontan mula tergelak sedikit yang mana Zulaika membalas dengan memberikannya satu tatapan maut. Bagaikan api lilin yang ditiup angin, gelakan budak lelaki itu terpadam dengan serta merta.

"Apa-apa pun, aku rasa komik tu nanti mesti gempak punya." Adilah mencelah sekali lagi untuk menghilangkan ketegangan diantara Zulaika dan Ibrahim. Zulaika langsung mengendahkan ucapan rakannya itu lalu mula memfokus kembali pada paip kiseru miliknya. Dan dalam peluang yang terserlah itu, Ibrahim mula berbincang dengan Adilah berkenaan akses kemasukan dua bahan kimia yang diperlukannya. Dengan berbekalkan ilmu kimia yang dipelajarinya semasa di tingkatan empat, berkemungkinan besar bahan kimia yang dia bakal hasilkan itu dapat menyeksa mangsanya sebelum perlahan-lahan membunuhnya. Tatkala memikirkannya sahaja, Ibrahim mula tersengih dengan begitu lebar.

"Kalau kau betul-betul nak, aku boleh minta tapi ambil masa juga sebab banyak proses nanti." Adilah menerangkan kepada rakannya itu. Fikirannya menjadi sedikit risau serta cuak tatkala Ibrahim tidak memberitahunya mengenai tujuannya untuk mendapatkan bahan-bahan kimia tersebut namun Adilah cuba untuk bersangka baik tambahan itu ialah rakannya sendiri. "Kau janji untuk education je. Janji?" pinta Adilah kerana bahan-bahan kimia tersebut sangatlah bahaya dan dia takut sekiranya kesemua perkara berubah menjadi teruk. Dengan memberikan seukir senyuman, Ibrahim meyakinkan gadis itu untuk tidak terlalu risau akannya.

"Aku ni bijaklah, Adilah. Aku takkan gunakan bahan-bahan tu untuk benda bodoh." Selepas mendengarkan kata-kata itu, amat sukar untuk gadis itu menolak permintaan rakannya. Dia mula menghela nafas dengan berasa sedikit kesal namun masih bersetuju untuk membantu rakannya itu mendapatkan bahan-bahan tersebut. Tatkala Adilah berkata yang dia bersetuju, Ibrahim tidak lagi dapat menyembunyikan kegembiraannya dan mula terlompat-lompat dengan penuh teruja.

"Ara, ara. Komik belum siap tapi pakcik kita ni seorang dah teruja mengalahkan kera dapat bunga." dengan sarkastik Zulaika berkata kepada mereka semua. Anwar yang berhenti untuk meneguk air mineral lantas tersedak selepas mendengarkan kritikan gadis itu dan dia juga mula tergelak sedikit. 

"Jangan terkejut pula kalau-kalau Ibrahim dengan aku tiba-tiba jadi terkenal dengan hasil karya kitaorang!" Anwar lantas mencelah dengan penuh aura positif  di dalam badannya sambil mengelap wajahnya yang masih basah dengan air mineral dengan hujung lengan bajunya. Dan kemudiannya, dia berlari ke arah Ibrahim dan mula memeluk rakannya dari belakang. Mereka semua dengan spontan mula tersenyum dan bergelak tawa. Bagi Ibrahim, ianya adalah detik-detik sebelum berlakunya babak yang hina ke atasnya dan dia perlu menikmatinya dengan sepenuhnya supaya tidak menyesal di kemudian hari.

       Sesi mengimbau kenangan kemudiannya berakhir dan Ibrahim dibawa semula ke realiti yang kejam. Tanpa dia sedari, wanita itu sudah tersedar dari tidurnya dan mula memandangnya dengan pandangan seseorang yang tengah ghairah. Tubuhnya secara perlahan-lahan diusap oleh wanita itu yang mana ia membuatkan seluruh bulu roma Ibrahim menegak di dalam ketakutan. Sentuhan telapak tangan wanita itu yang sejuk menambahkan lagi ketakutan di dalam dirinya. 

"Ibrahim sayang~ Mama lapar...mama 'makan' dulu...itadakimasu..." dan seluruh tubuh badan Ibrahim mula dijilat dan babak yang hina lagikan terkutuk mula dimainkan. Dalam keadaan dirinya sedang diperkosa, Ibrahim bersumpah untuk memastikan wanita itu merana selepas apa yang telah dia lakukan kepada dirinya saling tidak tumpah seperti dilayan bagaikan seekor haiwan ternakan.

Fajar menyinsing dan Ibrahim sudah berada di atas jalan dengan berpakaian seragam sekolahnya. Sebuku roti dijadikan sarapan pagi yang disapu dengan mentega kacang untuk penambah perasa. Fikirannya masih lagi melayang jauh dan apa yang diingat olehnya ialah babak-babak jijik yang terjadi di hari sebelumnya. Dia lantas terhenti di tengah jalan sambil badannya mula menggeletar. Selepas dirinya kembali tenang semula, dia mulai nekad. Sudah tiba masa untuk dia mengawal kemudi kapal di atas lautan yang mula mengganas. Sudah tiba masanya untuk berevolusi dan mereka yang berdosa perlu mati. Kedua-dua belah tangannya digenggam sehingga menjadi putih dan jauh di dalam anak matanya, kelihatan sebuah kebencian yang terlahir daripada trauma yang telah dilaluinya.

"These are (not) peaceful times..." bisiknya lalu kemudian dia mula tersengih dengan sinis sekali.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro