Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 6


JOHAN : ABANG SADO TAKUT BINI?
ARENA YIDIN

TEASER 6

“Bertuah Yati tu dapat laki rajin. Semua kerja boleh buat. Ada satu hari tu aku lalu depan rumah dia, nampak si Johan tu tengah jemur kain. Sejuk mata aku memandang. Kalaulah si Johan tu jadi menantu aku, aku mahu. Senang hidup anak aku!”

Kedengaran suara berbisik berhampiran rak tepung gandum.
Hayati yang turut mendengar masam mencuka. Selalunya umpat keji yang dia dengar. Namun kali ini walaupun pujian yang masuk ke telinganya, entah kenapa terasa mendidih pula darahnya tika ini.

Hayati tarik muka masam setelah pelanggan itu beredar dari kedai runcitnya. Lengan Johan dia cubit dengan geram.

“Aduh! Kenapa ni?”

“Sukalah abang kena puji.”

“Ala sayang ni, takkan itu pun awak nak ambil kisah. Awak ni kan semua ambil peduli. Sebab tu hati awak tu tak pernah nak tenang. Dahlah tu. Jangan fikir sangat.” Johan cuba memujuk.

Hayati di sebelah mencebik geram. Kali ini dia beralah untuk tidak memanjangkan cerita.

“Dahlah tu. Nanti abang ambil Afiq di sekolah, abang singgah beli air cendol ya? Biar tekak awak tu sejuk sikit. Nak tak?” Johan tayang sengihnya untuk membuat  Hayati terhibur.

“Okey... abang jangan tak beli pulak.”

“Kan abang dah janji. Abang belikan ya? Senyumlah sikit. Barulah mudah masuk rezeki kita. Ramai pelanggan masuk nanti. Kalau muncung je macam tu, tak ada orang datang beli nanti, sayang!”

“Okey... okey. Yati dah okey dah abang sayang! Jangan nak sindir-sindir Yati lagi.

Johan hanya tersenyum melihat tingkah Hayati. Dia tahu sejak akhir-akhir ini Hayati sangat sensitif dengan apa yang berlaku. Seboleh mungkin dia cuba untuk menjaga hati isterinya itu.

“Kenapa senyum pulak?” Garang Hayati bertanya.

“Lah! Senyum pun tak boleh? Dah tu, kalau masam Yati tak suka pulak. Habis abang nak macam mana? Awak ni, sensitif sangat. Sudahlah tu.” Johan bingkas bangun membuat Hayati beriak pelik.

“Abang nak pergi mana?”

“Nak baliklah. Dah Yati tak suka abang datang pun. Asyik muncung je. Tadi abang niat nak tolong Yati dekat sini. Dah Yati macam tak suka, abang baliklah ya?”

“Abang... jangan balik. Abang duduk je sini temankan Yati. Yati minta maaf.”

“Betul ni? Yati tak marah dah?” Johan aju soalan lagi.

“Ya!” Lengan Johan diraih seraya dipeluk Hayati. Kepalanya terlentok di lengan Johan dengan tingkah yang manja.

Tanpa keduanya sedari  beberapa mata yang memandang kejadian itu mencebik dengan penuh rasa iri hati.


Yg berminat blh pm ya 0175816031.

arenayidin
29 January 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro