Teaser 3
Hayati mencebik. Bukan dia simpati malah meluat pula yang dia rasa. Dia sebal dengan sikap Johan yang satu ini. Badan saja sado tapi hati lembut mengalahkan perempuan. Digertak sikit saja sudah kecut perut.
Ini puncanya yang buat Hayati berbuku geram. Kerana sikap Johan seperti ini, Hayati selalu dijadikan bahan tohmahan dan umpatan jiran tetangga.
“Johan takut bini!”
Itu yang sering Hayati dengar. Serasa bernanah telinganya mendengar ejekan mak cik-makcik yang membawang sambil membeli barangan di kedai runcitnya.
Dia menahan rasa. Hendak mengamuk, difikirkan pula soal hati pelanggan yang harus dia jaga. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia memaki hamun mereka yang mengumpat suaminya. Tetapi dia tahu akan akibatnya. Sudahnya dia memendam rasa. Segala umpatan dan tohmahan mak cik-mak cik bawang dia telan dengan terpaksa.
“Kalau laki aku macam tu memang cari gaduh la jawabnya hari-hari. Badan je besar, gagah tapi takut bini. Semua urusan rumah tangga dia yang buat. Bini tahu mengarah je.”
Sakit hati dan telinga Hayati mendengar umpatan Kak Timah. Mahu saja dia ganyang mulut becok perempuan sebaya arwah emaknya itu namun kerana dia sedang membeli keperluan barang dapur di kedai runcitnya, Hayati tahankan saja. Sudahnya dia telan semua umpatan.
Balik saja ke rumah, semua yang dipendam dia lempar pada Johan. Diluah semua rasa tidak puas hatinya. Tapi Johan tetap Johan.
Lelaki ini bersahaja melayan Hayati yang naik angin. Dia jenis lelaki sabar. Jenis lelaki yang tak ingin ambil kisah apa yang orang kata. Walaupun dirinya masuk dalam umpatan orang, dia buat tak tahu.
“Yati nak pergi kedai ni. Tolonglah jangan nak halang Yati. Yati tak nak bincang apa-apa. Tak ada kesudahannya. Abang tu kayu. Abang tak ada perasaan. Orang kata apa pun takkan berkesan pada hati abang!”
Hayati luahkan semua perasaannya. Namun sakit hati juga yang dia dapat bila Johan cuma tersengih macam kerang busuk.
Untuk tempahan :
www.wasap.my/60175816031
arenayidin
24 January 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro