Teaser 12
JOHAN : ABANG SADO TAKUT BINI?
ARENA YIDIN
TEASER 12
“Umi! Kenapa umi benci sangat pada Yati? Semua yang Yati buat tak kena. Kedai ni sumber pendapatan Yati. Sebab tu Yati kena tumpu pada kedai ni. Abang Johan belum dapat kerja lagi. Umi fikir kalau Yati tak urus kedai ni, kami boleh makan ke umi? Jadi kenapa umi nak pertikaikan usaha yang Yati buat? Umi tak malu ke tuduh menantu macam ni sedangkan yang patut selesaikan masalah ini, anak umi sendiri?”
“Yati! Kurang ajar kamu ya? Menantu tak tahu dek untung.”
Tanpa diduga, satu tamparan singgah di pipi kanan Hayati. Wanita itu meraba pipi yang terasa pedih. Dia tertunduk hiba.
“Sebelum kamu nak kecam umi, sebelum kamu nak kecam Johan, kamu dengar sini Yati, kerana sikap kamu yang lepas tangan ni, pagi tadi rumah kamu hampir terbakar. Tangan Hafiz melecur sebab dia masak sarapan sendiri. Mana tanggungjawab kamu, Yati? Kamu tak masak ke sebelum uruskan kedai ni?”
Buntang mata Hayati melihat wajah ibu mentuanya yang memerah. Berita yang baru dia dengar buat jantungnya hampir tercabut.
“Apa umi?”
“Jadi sebelum kamu nak tengking-tengking umi, umi nak kamu muhasabah diri. Kamu tu tak layak jadi menantu umi kalau begini sikap kamu. Bersyukurlah lengan Hafiz cuma melecur. Kalau rumah kamu terbakar, apa kamu nak jawab hah?”
“Umi...” Hayati tertunduk. Sekilas dia meraih tangan Mak Cik Junaidah. Berkaca matanya. “Hafiz tak apa-apa kan umi?”
Mak Cik Junaidah merentap tangannya dari dipegang Hayati. Kemarahannya tidak dapat dibendung lagi.
arenayidin
21 Mac 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro