Teaser 1
Di luar rumah, pedih mata Johan menahan terik matahari. Cepat-cepat dia menyelesaikan jemuran. Namun, belum sempat dia masuk ke dalam rumah semula, satu suara menyapa dari jauh. Kelihatan satu figura sedang tersengih di atas motosikal.
“Hoi Johan! Kau buat apa tu? Dengan bakul kain dekat tangan! Kena dera dengan bini lagi ke? Takkan jemur kain kut!” Sindiran figura di sana masuk ke dalam telinga Johan. Berbulu pula dia rasa.
“Kau nak apa Malek? Sibuk je hal aku. Aku jemur kain pun salah ke? Bagus apa, tolong bini aku buat kerja rumah!” Pantas Johan membela diri. Tidak mahu dia dipandang remeh oleh jirannya itu.
“Tolong bini buat kerja rumah ke, atau takut bini? Tegaslah sikit dengan Yati tu Johan. Kau tu lelaki. Takkan nak duduk bawah ketiak bini, kena dengar semua cakap dia. Harga diri kita orang lelaki ni mana dah kalau semua cakap dia je yang betul?” balas Malek dengan serius. Enjin Motosikalnya dimatikan pula saat tiba di hadapan pagar rumah Johan.
“Aku tak bising, kau yang lebih! Sudahlah kau. Tak payah nak kutuk bini aku macam-macam. Macamlah kau tu berani sangat dengan Maryam tu. Kau pun lipat kain juga kan dekat rumah tu!” Johan memulangkan paku buah keras.
Yang berminat boleh hubungi saya 0175816031.
arenayidin
22 January 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro