Special Edition ( Part 1 )
Masuk ni dah 5 kali Aqeela ulang alik masuk tandas muntah. Dah kenapa dengan aku ni? Tak pernah - pernah muntah teruk macam ni 😟 Hmmm nasib baik hari ni aku Mc. Kalau dia buat hal dekat sekolah macam mana ?
Lepas dah penat muntah - muntah terasa pening pula kepala ni. Aqeela berjalan perlahan menuju ke katilnya. Kepalanya terasa berat tiba - tiba. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Lama - kelamaan Aqeela tertidur.
Ajeyyy sampai di perkarangan rumahnya pada pukul 6 petang. Ajeyyy sekarang bekerja sebagai seorang lect aliran muzik di UITM. Ajeyyy mengambil barang - barangnya lalu masuk ke dalam rumahnya.
" Sayang ? Abang dah balik ni " laung Ajeyyy di dalam rumah.
Sunyi. Tiada suara yang menyahut.
" Aikk mana dia pergi? Bukan hari ni Qeela Mc ke? "
Seketika Ajeyyy menapak anak tangga untuk naik ke biliknya mencari isteri tersayang. Ajeyyy menguak perlahan pintu biliknya. Kelihatan Aqeela terbaring lesu di atas katil. Ajeyyy terus mendekati Aqeela.
" Sayang? Kenapa ni? Tak sihat lagi ke? " tanya Ajeyyy risau sambil menepuk - nepuk lembut pipi Aqeela.
Dahi Aqeela berkerut. Wajahnya berpeluh - peluh. Tiba - tiba matanya terbuka lalu dia bangun tergesa - gesa pergi ke bilik air dan muntah. Bertambah risaulah Ajeyyy dibuatnya.
" Ya Allah, kenapa dengan Aqeela? " desis hatinya.
5 minit kemudian baru Aqeela keluar dari bilik air. Dia mendekati Ajeyyy yang terduduk di birai katil.
" Dah lama ke abang sampai? Sorry Aqeela tertidur tadi.. Qeela tak larat sangat.. " luah Aqeela. Mukanya pucat lesi.
Ajeyyy meraih tangan Aqeela.
" Sokay sayang. Abang faham. " kata Ajeyyy sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Aqeela.
" Abang dah makan? Kalau belum sayang nak masak kejap. Abang tunggu ea. Sorry jugak sayang tak masak apa - apa lagi hari ni. Abang mandi lah dulu nanti turun makan. " kata Aqeela lalu ingin beredar.
Zappppppp!
Tangan Aqeela masih tidak dilepaskan oleh Ajeyyy.
" Sayang tak makan dari tengah hari tadi lah? Hish sayang ni. Sebab tu lah tak sihat. Hmm tak payah masak. Sayang siap. Kita keluar. Makan kat luar aje tapi sebelum tu kita pergi hospital dulu. Abang risau dengan kesihatan sayang ni. " kata Ajeyyy.
Aqeela hanya akur, dia tidak mahu melawan kata - kata Ajeyyy. Tak pasal - pasal dapat title isteri derhaka nanti.
**************
" Tahniah puan mengandung dah masuk 3 minggu dah " kata doktor perempuan yang bernama Saleha.
Terbit senyuman lebar Haifa dan juga Zafry Hanafi.
" Betul ni doktor? " tanya Haifa yang ingin kan kepastian.
Doktor Saleha mengangguk. Hanafi memanjat syukur ke hadrat ilahi.
Setelah selesai semuanya. Mereka pun balik.
" Hah lepas ni jangan nak buat kerja sangat. Rehat aje kat rumah. "
" Yelah - yelah. Hahahaha tak sangka kan yang saya dah mengandung. Patut lah 2 3 hari ni asyik rasa lapar aje. Asyik nak makan aje. Rupa - rupanya ada baby dalam perut. Dia lah yang makan apa yang saya makan. " ngomel Haifa.
" Bukan tak mengandung pun, awak memang kuat makan ke? " usik Hanafi.
" Awak ni kan! "
Terus Haifa mencubit tangan Hanafi. Geram!
Hanafi mengaduh!
" Sakitlah sayang.. "
" Hah tahu pun. Padan muka! "
Hanafi hanya tersenyum kecil. Dah nak jadi mak budak pun still macam kanak - kanak ribena 😂
" Saya tak sabar nak bagaitahu good new ni dekat my baby g saya! " kata Haifa teruja.
Baby g Haifa? Siapa lagi kalau bukan Aqeela lah 💞
*****
" Hmm doktor macam mana dengan keputusan kesihatan saya? " tanya Aqeela risau.
Doktor menghembus nafas panjang.
" Saya harap puan lepas ni banyakkan berehat dan jangan buat kerja yang banyak.. " pesan doktor.
Aku dah kenapa ? Teruk sangat ke penyakit aku? Hmm aku redho ya Allah. Nasib Ajeyyy pergi toilet kejap. Kalau betul aku ada penyakit yang kronik tak lah Ajeyyy tahu.
Aqeela berjalan keluar lemah dari bilik doktor. Seketika Ajeyyy pun muncul. Ajeyyy pelik melihat keadaan Aqeela. Kenapa ? Dia dah tahu keputusan kesihatan dia ke?
" Sayang "
Aqeela tidak menyahut. Dia hanya tertunduk lemah. Seketika Ajeyyy duduk di sisi Aqeela. Keputusan kesihatan yang teruk ke sampai Aqeela diam macam ni? Ajeyyy juga mulai risau.
" Hey sayang.. Kenapa ni? Doktor cakap apa ? Bagitahu abang.. " pinta Ajeyyy lembut lalu meraih kedua - dua tangan milik Aqeela.
" Hmm doktor cakap.. Aqeela dah tak lama lagi dah..... "
Belum sempat Aqeela menghabiskan kata - katanya Ajeyyy terus mencelah.
" Apa? Kenapa sayang? Qee tak boleh tinggalkan abang. No! Abang nak jumpa doktor sekarang jugak! " kata Ajeyyy risau teramat sangat lalu bangun dan ingin mula melangkah.
Cepat - cepat Aqeela menarik pergelangan tangan Ajeyyy.
" Abang ! Nak pergi mana? " tanya Aqeela yang sedang menahan tawa melihat reaksi Ajeyyy yang entah apa - apa tu. Lawakkk 😂
" Abang nak jumpa doktor. Qee tolong jangan halang abang. " kata Ajeyyy sayu.
" Abang nak jumpa doktor lagi kenapa? Nak ucap terima kaseh ke? " kata Aqeela bersama sedikit senyuman.
Terima kaseh ? Apa maksud Aqeela? Dia ada penyakit sampai kan nak hidup tak lama aje lagi tapi cakap aku nak ucap terima kaseh dekat doktor ? Dah kenapa? Aku tengah risau ni. Aku tak sanggup hilang Aqeela.
Seketika Aqeela menarik tangan Ajeyyy supaya Ajeyyy duduk semula di sebelahnya...
Ajeyyy tayang muka blur.
" Hmmm " Aqeela menghembus nafas panjang.
" Sayang kenapa ni ? Sayang sakit apa ? Jangan buat abang tertnya - tanya please ? " rayu ajeyyy.
" I'm pregnant 3 weeks " luah Aqeela lalu tersenyum lebar.
Membuntang mata Ajeyyy dibuatnya apabila dia hadam satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Aqeela.
" Serious sayang ? Abang akan jadi papa ? " tanya Ajeyyy seakan - akan tidak percaya. Fikirnya ini hanya lah mimpi.
Aqeela terus meraih tangan Ajeyyy lalu diletakkan di perutnya.
" Yes ..abang akan jadi papa tak lama lagi " kata Aqeela gembira melihat reaksi Ajeyyy. Bahagia sungguh rasanya.
Ajeyyy memanjat syukur ke hadrat ilahi dengan berita yang dia dapat ni. Tak sangka yang tak lama lagi dia akan jadi seorang ayah 😆
Seketika Ajeyyy memeluk Aqeela erat. Sengaja nak Aqeela rasa kegembiraan yang amat dia rasa sekarang ni. Happy tak terkata lah 😭
Aqeela membalas pelukan ajeyyy. Heee tak sabarnya nak bagitahu dekat Haifa. Mesti dia pun happy dengan good news ni 🤗❤
---------------
Baru sahaja beberapa minit Hanafi melabuhkan punggungnya untuk menonton rancangan tv tiba - tiba di digemparkan dengan suara Haifa yang tetiba menjerit kuat !
Terkejut Hanafi dibuatnya. Terus tergopoh gapah dibuatnya lari naik ke atas untuk melihat keadaan isterinya. Haish takut kang jadi apa - apa pulak kat atas tu.
" Sayang ! Kenapa ni sayang ?! " terjah Hanafi.
" Erk ? "
Eh okay aje isteri aku ni ? Pehal pulak yang terpekik terlolong tadi ?
" Hahahahah tak ada apa - apa lah biy . Sini mehh. " kata Haifa. Rasa bersalah pulak dengan si suami dia ni hah. Terjerit bila dapat good news tadi.
Hanafi mengatur langkah ke arah Haifa lalu mengambil tempat di sisi Haifa di atas katil.
" Kenapa jerit - jerit tadi sayang oii ? Luruh jantung biy di buatnya lahai " keluh Hanafi.
Haifa hanya tersengeh seperti kerang busuk.
" Tak macam ni. Tadi Qee call sayang and you know what ? She is pregnant macam sayang ! Three weeks jugak ! Best kan ? Tu yang sayang terjerit tu " cerita Haifa teruja.
" Wah ? Serious ? Bagus lah ! Entah - entah nanti bersalin pun sama - sama. Kuat betul relationship korang ..." kata Hanafi bersama senyuman.
" Haah kan ? "
" Tapi...one more thing ! Sayang jangan lah jerit - jerit macam tadi. Terkejut baby dalam perut tu . Kesian dia " kata Hanafi.
" Hahahahaha ya lah Mr. Hanafi Zafry . I'm sorry okay ? " pujuk Haifa ala - ala buat muka comel.
Hanafi tak pernah tak cair dengan muka comel Haifa dari zaman Universiti lagi 😍❤
#Nah auhtor kasi special chapter for you guys pembaca - pembaca JIRAS 😉 keep vote and comment ya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro