Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

" Ulang lagi sekali nama tu ! " kataku seperti tidak percaya.

" Fadzir Shaari " ulang Zana.

Aku sedikit terlopong.

" Faa aku mimpi ke ni ? Tumbuk aku sekali . " kataku.

Haifa menumbuk tangan ku . Agak kuat jugak lah. Aku mengaduh.

" Sakit lah Faa. Perlahan sudah lah "

Haifa tersengih.

" Sorry aku just nak kau rasa ni realiti bukan mimpi . Yeahh crush kau pun ada kat sini jugak " sorak Haifa.

" Hah crush ? Crush siapa ? " tanya Zana yang mulai pelik dengan perbualan kitaorang.

" Ehh tak ada apa - apa lah. Jangan percaya sangat apa yang Haifa ni cakap " ujar ku.

Seketika seseorang yang dimaksudkan nama " Fadzir Shaari " itu lalu di hadapan kitaorang. Aku hampir sahaja nak pengsan dekat situ jugak. Mana tak nya Fadzir Shaari a.k.a Ajeyyy study sini ? Kenapa lah aku boleh lupa yang ajeyyy selalu mention dia study dekat UITM Jengka. Aduhai Aqeela.

" Handsomenyaa. Boleh cair macam ais krim aku ni. Dah la dia nampak macam mix. Even dia orang Terengganu tapi muka ala - ala omputih weyhh " monolog ku di dalam hati.

" Hello ? Are you there Qalesya Aqeela ? " tanya Zana  sambil mengawang - ngawangkan tangannya di hadapan Aqeela yang masih terpaku seperti patung cendana lagaknya.

" Errr tak apa - tak apa Zana kau balik bilik dulu ya. Kejap lagi kitaorang balik " kata Haifa agar Zana tidak makin pelik dengan tingkah laku Aqeela.

Zana beredar meninggalkan Haifa dan Aqeela.

" Qee kau ni kenapa ? Aduhaii tau lah melting jangan lah sampai jadi patung kat sini . Dah - dah jom balik hostel. Aku dah penat ni nak mandi ! " kata Haifa lalu menarik tanganku supaya aku berganjak daripada terus berdiri terpacak seperti patung.

************
Is menyelongkar begnya mencari sesuatu.

" Mana pulak ni " kata Is di dalam hati.

Seketika Aril menyapa.

" Kau cari apa Is ? "

" Ermm aku cari pencil case aku. Mana aku letak entah " rungut Is.

" Oh nah ! Kau tertinggal kat hostel tadi " kata Aril sambil menghulurkan pensil case tersebut kepada Is.

Is tersenyum lebar apabila pencil case nya ada di depan mata. Aril tertanya - tanya kenapa Is terlalu sayang sangat dengan pencil case tu.

" Amboi kau , pencil case dah macam nyawa kau ea ? " tegur Aril.

Is hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.

" Pencil case kesayangan aku. " ucap Is.

" Patutlah dari hari first masuk UITM lagi aku tengok kau guna pencil case ni. Nak kata lawa tak la sangat . Boleh tahan lah. Kau tak nak tukar yang baru ke ? " ujar Aril.

" Taknak lah , pencil case ni okay lagi lah. Buat apa beli baru. Membazir lah. " kata Is sambil memegang erat pencil case itu.

" Hahaha yelah. Ikut kau lah janji kau happy sudah " ujar Aril kepada sahabat baiknya tu.

" Fad mana ? Dia tak datang lagi ? " tanya Is.

" On the way kot. Macam kau tak tahu perjalanan Fad ke bilik kuliah ni always jem hahahaha " ujar Aril.

Jem ? Hahaha faham sangat si Fad atau nama panjangnya Fadzir Shaari a.k.a Ajeyyy . Dekat U ni dia salah satu budak hot so yang tu lah yang dimasukkan jalan dia jem sebab dikerumuni oleh peminat - peminat dia. Siap ada fan club lagi tahu. Tapi aku tahu Fad bukannya suka sangat melayan dia just nak jaga hati peminat - peminat dia aje. 

Ya memang aku akui , Fad memang mempunyai package yang lengkap. Tambah - tambah mukanya yang ada mix tu memang mampu mencairkan pelajar - pelajar perempuan kat sini lah. Tapi satu aje yang aku hairan. Nampak aje dia handsome dan banyak peminat tapi hahahaha tak ada girlfriend beb . Entah lah aku pun tak faham kenapa dengan si Fad tu.

************

Pada petang itu di hostel pelajar perempuan...

Sedang Aqeela menyelongkar beg pakaiannya tiba - tiba dia terpegang sesuatu. Dia mengeluarkan barang itu.

" Pencil case ? Sapa pulak yang letak ni ? Hah sah ni mesti kerja Qaisya ni ! Err geram betul la aku . " jerit Aqeela di dalam hati.

Seketika dia memandang pencil case di tanganya.

" Kejap , pencil case ni ... "

" Qee ! Kau nak makan apa ? Cepat la ! " jerit Haifa di luar bilik.

Kerana terkejut Aqeela terus menyimpan semula pencil case itu ke dalam begnya. Dia mencapai tudungnya lalu keluar bersama Haifa dan kawannya lagi 2 orang untuk mencari makan. Aku dan kawan - kawan ku perlu keluar untuk mencari makan kerana kafe di U sudah pun tutup. Nasib Kak Amy ada kereta. Opps lupa nak bagitahu hostelmate aku yang sorang tu lebih tua berbanding aku, Haifa dan Zana . Zana umur dia sama dengan kami. Dia senior di U kitaorang. So kak Amy tu dah macam kakak kepada kami lah di U hehe.

Hampir setengah jam kami mencari kedai makan yang sesuai. Akhirnya jumpa juga. Ketika kami ingin masuk ke kedai makan itu tiba - tiba kami terserempak dengan ....

" Ehh Amy ! " tegur Aril.

" Ehh Aril , Is .. korang pun nak makan kat sini jugak ? " tanya kak Amy kepada 2 orang abang senior dihadapan kami.

" Haah , sini best makanan dia. Tempat favourite kitaorang. Kan Is ? " kata Aril sambil menyiku lengan Is setelah Aril sedar yang Is hanya terpacak dan memandang ke arah seorang perempuan di belakang Amy.

" Hah ya tempat favourite kitaorang " ujar Is.

" Apa kata kita makan sekali nak ? " tawar Aril.

" Oh kejap. Macam mana Haifa , Qee , Zana ? Boleh tak kita join kawan - kawan akak ni makan sekali ? " toleh Kak Amy menanyakan pendapat kami.

Haifa dan Zana laju saja mengangguk tapi tidak aku. " Entah lah aku rasa semacam lah dengan abang senior seorang tu. Asyik pandang - pandang arah aku. Macam terkejut. Ingat aku hantu ke apa ? "bentak ku di dalam hati.

" Qee ? Macam mana ? "

" Dia okay aje kak ! " jawab Haifa bagi pihak aku. Ehh budak ni aku tak cakap apa pun. Akhirnya terpaksa ikutkan juga lah. Makan dengan abang - abang senior.

 Kami mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Hmm abang senior yang aku hanya dengar namanya Aril yang dipanggil oleh Kak Amy, duduk berhadapan kak Amy . Manakala abang senior sorang lagi yang namanya Is tu duduk berhadapan dengan Haifa tapi tetap jugak seperti berhadapan dengan aku sebab aku kan duduk di sebelah Haifa. 

Seketika datang seseorang yang sangat mengejutkan aku.

" Hai korang ! Sorry lambat tadi cari parking "

Aku terlopong . Haifa sudah mulai menyiku aku.

 Bersambung.....

#Jeng jeng jeng hahahaahahh nak tahu apa jadi ? Sabar ya nanti sis update bab yang seterusnya. Kbyee . Xoxo - Ieqah Kazumi -

#JanganLupaVoteDanKomenBeriFeedback.

#ThanksKepadaReaderYgMembacaYaa.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro