Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

" Hmm perlu ke Min pindah sekolah ? " jawab Haifa yang sedang berbual dengan Muhaimin di telefon samsung J2 yang berwarna pink.

Kedengaran Muhaimin mengeluh di corong telefon.

"Min minta maaf Faa . Min terpaksa pindah sekolah. Ayah Min yang suruh ,Min tak boleh nak bantah. " jujur Muhaimin.

Haifa diam seketika sebelum meneruskan bicaranya lagi.

"So Min nak tinggalkan Faa ? Faa tahu kalau Min pindah nanti Min akan lupakan Faa kat sini " kata Haifa yang bernada sebak dan lama kelamaan air matanya mula menitis satu persatu.

Muhaimin rasa serba salah dibuatnya.

"Faa nangis ea ? " tanya Muhaimin setelah sedar akan perubahan suaraHaifa.

"Mana ada Faa nangis. Merepek aje Min. " nafi Haifa yang air matanyatidak berhenti daripada tadi.

Dia sendiri juga tidak tahu kenapa dia terlalu sensitif apabila mendengarkan yang Muhaimin ingin pindah sekolah. Dia betul – betul sukakan Muhaimin ke ?

Tapi dia sendiri masih keliru tentang hubungannya dengan Muhaimin.

"Faa tipu. Min tahu Faa nangis. Faa dengar sini , walaupun Min pindah sekolah nanti. Min janji yang Min takkan lupakan Faa. Min akan selalu whatsapp Faa macam biasa ya ? " kata Muhaimin yang cuba menenangkan hati Haifa.

"Janji? Min takkan lupakan Faa dan akan selalu whatsapp Faa macam biasa ya? " kata Haifa yang mulai tenang lalu menyapu air matanya.

"Ya Min janji " kata Muhaimin.

"Oiii termenung jauh nampak Haifa " sergah ku apabila melihat Haifa yang dari tadi hanya membatu.

" Hah ? " Haifa tercengang.

" Kau kenapa ni Faa ? " tanyaku.

" Tak ada apa - apa lah " nafi Haifa.

"Alaa cerita la dekat aku. Jangan lah berahsia "

" Hmm yalah macam ni " Haifa mula bercerita "

Aku turut bersimpati mendengarkan cerita Haifa. Aku hanya boleh menasihatinya agar banyak - banyak bersabar.

Seketika Haifa dipanggil Muhaimin. Aku hanya menjadi pemerhati.

***************

" Kenapa Faa dia panggil kau ? "

" Ermm dia suruh aku pindah tempat duduk dekat tempat yang dekat dengan dia laa Qee . Dia cakap dia nak spent time dengan aku sebelum dia pindah " panjang lebar terang Haifa.

Alahaii sweetnyaaa lah diaorang ni. Untung lah. Aku ni kekasih hati jauh di mata tapi dekat di hati acewahhhh.

" Oh so kau nak pindah tempat ke ? Nak ke orang yang duduk dekat dengan tempat diaorang tu tukar dengan kita ? "

" Entah lah . Biar ja lah . Aku malas la nak pindah tempat duduk dekat dengan dia. Nanti orang lain cakap apa pulak. Mesti diaorang pelik tentang hubungan aku dengan dia. " ngomel Haifa.

" Huishh sabar - sabar " aku menenangkan Haifa.

" Hai korang borak apa ni ? " tanya Athirah dari belakang. Aku mengubah posisi ku memandang Athirah di belakang.

" Tak ada apa - apa lah " nafi aku.

" Oh yalah. By the way Qee Fakrul  panggil kau tadi , dia cakap dia nak pinjam buku nota sejarah kau. "

" Hah ? Kenapa nak pinjam kat aku ? Kawan lelaki dia kan ada jugak. "

" Hahahaha entah lah . Dia lebih selesa pinjam kat kau kot "

Aku hanya membuat muka yang mengjengkelkan. Dah kenapa Fakrul  ni. Seketika aku memberikan buku nota sejarah ku kepada Athirah untuk diberikan kepada Fakrul yang hanya tersengih seperti kerang busuk sejak tadi kepadaku.

" Qee , Fakrul nak pinjam pembaris kau "

" Nak pinjam pembaris ? Sengket betul dia ni . Pembaris pun tak ada ? Errrr " kata ku lalu menghulurkan pembaris kepada Athirah.

" Hahahaha lawak lah si Fakrul  ni " kata Haifa kepadaku.

Aku hanya mengangkat bahu sambil mata ke atas hahahaha.

****************

Sehari sebelum Muhaimin berpindah. Aku juga mendapat khabar bahawa Fakrul  jugak ingin berpindah. Kali ini memang betul - betul Fakrul  nak pindah. Ada jugak lah perasaan sedih tu tapi move on lah  wahai hati. Maybe Allah nak jauhkan dia dari kau sebab nak kau lupakan dia.

" Wehh hmm esok Muhaimin dah nak pindah. Agak - agak dia akan lupakan aku tak ?  " mengadu Haifa.

" Ermm tak mungkin lah dia lupakan kau. Kalau Fakrul tu mungkin lah dia akan lupakan aku hahaha " kataku.

" Hmm entahlah aku takut sangat kalau dia lupakan aku nanti. Aku rasa aku dah terlalu sayangkan dia. " ucap Haifa bernada sedih.

" In shaa Allah tak "

************

" Aiceyhceh Fakrul  kau nak pindah tu . Hmm nanti dah pindah lupa lah kau kat aku dengan kawan - kawan yang lain kan ? " kataku.

" Mana ada aku takkan lupakan kau dengan kawan - kawan yang lain. "

" Tak apa kita tengok nanti macam mana "

" Eleh nanti kau ngn kawan  - kawan kau kot yang akan lupakan aku " kata Fakrul  ala - ala sedih kononnya.

" Tak mungkin kami lupakan kau " lebih - lebih lagi aku . Tak mungkin aku akan lupakan apa yang kau dah buat kat aku. Sampai sekarang sikit pun kau tak pernah sedar yang dalam diam kau dah sakitkan hati aku. Aku bermonolog di dalam hati.

**********

Hari demi hari aku berasa lega tanpa adanya Fakrul lagi di sekolah. Tapi sejak Fakrul  pindah aku dah tak rapat lagi dengan mana - mana lelaki dekat sekolah. Hmmm malas , cukup Fakrul yang terakhir aku berkawan dan ada crush satu kelas memang menyiksa jiwa. Tapi kali ni tak ada pun kawan lelaki dalam kelas yang menarik untuk  aku nak jadikan crush. Lagipun aku kan dah ada Syafzan.

Tapi lain pula cerita kawan baik aku si Haifa ni.

Semakin hari Haifa dihimpit rasa risau. Mana tak nya Muhaimin mulai mendiamkan diri. Sudah jarang untuk meng whatsapp Haifa. Bila Haifa hantar whatsapp pun Muhaimin susah untuk membalasnya. Paling menyakitkan hati dia hanya meninggalkan bluetick saja.

Tiba suatu malam, Muhaimin menghantar whatsapp kepada Haifa.

Muhaimin : Assalamualaikum.

Haifa : Waalaikumusalam Min.

Muhaimin : Ermm faa sihat ?

Haifa : Ya sihat ja. Min plk ?

Muhaimin : Sihat jgk.

Haifa : Oh baguslah. Ermm knp Min dh lama tak whatsapp Faa ? Min sibuk ea ?

Muhaimin : Maaf Faa . Min sibuk sikit lagipun dh nak dkt exam.

Haifa : Oh patut lah igtkan Min dh lupakan Faa.

Muhaimin : Ermm tak lah. Tapi maaf la Min dh tk bleh nk whatsapp mcm slalu.

Haifa : Hmmmm

Muhaimin : Lagipun kjp lgi gf Min marah plk klw slalu whatsapp ngn Faa.

Haifa : Hah gf ? Sjak bila Min ad gf ? Hbistu kita ni mcm mna ?

Muhaimin : Kita ? Knp dgn kita ?

Ya Allah sakitnya hati aku. Dia boleh tanya lagi pasal aku dengan dia ?

Muhaimin : Faa ? Knp dgn kita ? Kita kn kwn ?

Kawan ? Dia cakap kita kawan ? Apa semua ni ? Maksudnya selama ni yang dia rapat dengan aku. Selalu whatsapp , call dan berikan macam - macam hadiah tu semua hanya sekadar kawan ? 

Haifa : Oh ya kita kawan. Hahahah lupakan aje apa yg Faa ckp tdy.

Hati Haifa hancur. Dalam diam air matanya menitis satu persatu tanpa diminta. Hati perempuannya patah  hanya dengan satu pengakuan.

Haifa : Hope Min bahagia dengan gf Min tu ya. Klw lps ni Min tk chatt Faa pun tk apa Faa faham. Faa hanya kwn. Ok lah Min Faa ada kerja sikit nk buat. Bye Assalamualaikum.

Haifa menguatkan hatinya dengan  seberapa kuat yang boleh untuk membalas whatsapp Muhaimin untuk kali terakhir.

Dia tidak menyangka seorang lelaki yang mampu membuat dia tersenyum bahagia dulu kini adalah lelaki yang menghancurkan hati dan perasaannya. Pada malam itu Haifa menangis semahu - mahunya.

Keesokkan harinya di sekolah.

" Eh Haifa asal dengan mata kau ? " tanya Athirah.

" Mata aku kenapa ? " tanya Haifa.

" Macam panda hahahahh " ujar Syaza.

" Mana ada  lah " nafi Haifa.

" Haifa jom pergi tandas jap ! " laungku di pintu kelas .

" Ya kejap ! Weyh korang aku pergi tandas kejap ea " kata Haifa lalu beredar dari tempatnya.

Perjalanan ke tandas. Haifa hanya mendiamkan diri.

" Nasib baik aku ada idea nak ajak kau pergi tandas "

" Hah ? " Haifa tercengang.

" Kau ada masalah kan ? Kau nangis kan semalam ? Sebab tu mata dah macam panda. Nasib baik Athirah dengan Syaza tak tanya banyak lagi " ujar aku.

" Hmmm yaa. " Haifa mengeluh.

" Macam biasa cerita dekat aku ! "

***************

" Kurang ajar betul Muhaimin ni ! Errr geram pulak aku dengar cerita kau. Dua kali lima aje dengan si Fakrul  tu. " bebel aku.

" Hmmm "

" Sabar yaa Faa. Nasib kita memang sama. Lelaki semua tak boleh pakai asyik nak mainkan perasaan perempuan aje. "

" Hmm kau tak apa lah ada Syafzan "

Aku tersentak. Tiba - tiba aku jugak turut berasa sedih.

" Kenapa Qee ? Aku salah cakap ke ? " tanya Haifa.

" Hahahah tak ada apa lah. " nafiku.

Syafzan ? Hmm entah lah dia pun menghilang aje sejak akhir - akhir ni. Tak tahu ke aku rindukan kau Syafzan. Mesej , call semua tak berjawab. Aqeela memendam rasa.

" Kau sabar lah ya. Banyak lagi lelaki yang lebih baik dari Muhaimin tu. "

" Hm in shaa Allah aku cuba untuk move on "

" Bagus - bagus " aku senyum kepada Haifa.

#Terima Kasih kepada reader yang membaca.

#Jika nak lagi sambungannya tolong vote banyak2 yaaa 😊

#SilaVoteDanKomenUntukBeriFeedback.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro