Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25 ( Final )

Satu tembakan sudah dilepaskan tapi kenapa Aqeela tak rasa sakit apa - apa langsung. Yang dia nampak cuma gelap. Dan terasa dekat telinganya dengan  degupan jatung seseorang. Aqeela tersentak..

" Takkan lah ni dia lagi... " kata Aqeela lalu memandang atas melihat siapa si gerangan.

Ajeyyy ! Ya Aqeela sekarang berada dalam pelukan Ajeyyy ! Ajeyyy mengenggam Aqeela erat dalam pelukannya. 

Langit kelihatan mendung sejak dari tadi. Seperti memahami hati - hati manusia yang sedang bersedih sekarang. Seorang hamba Allah telah dijemput menghadapnya. Aqeela tidak menyangka seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya sekelip mata kini pergi meninggalkan Aqeela untuk selamanya. Hati perempuannya bergetar hebat. Seperti suatu mimpi ngeri bagi Aqeela. Orang yang disayanginya mengorbankan nyawa untuk Aqeela. Dia betul - betul tak sangka. Terasa sekejap saja pertemuan di antara dia dengan lelaki itu. Ini lah yang dikatakan ' kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. ' Peristiwa ini akan menjadi titik hitam dalam hidup Aqeela.

Ahli keluarga lelaki itu juga tidak mampu membendung air mata mereka. Semua yang ada di perkuburan tersebut amat terasa akan kepergian lelaki itu. Tiada lagi  suara ketawanya , tiada  lagi usikan darinya , tiada lagi senyuman yang menawan. Semuanya hanya akan menjadi sebuah  kenangan dalam hidup Aqeela.

Seketika semua orang sudah berangkat balik hanya Aqeela yang tertunduk lesu di hadapan kubur lelaki itu.

" Kenapa awak kena selamatkan saya ? Kenapa awak kena tinggalkan saya macam ni ? " getus hati kecil Aqeela.

Mata Aqeela merembeskan air mata dengan laju . Hari ini air matanya terlalu murah sampai membanjiri pipinya.

Tiba - tiba seseorang menegur .

" Qee sudah lah tu. Tak baik menangis depan kubur macam ni. Mesti Is pun tak suka tengok Qee menangis macam ni. " kata ibu lembut cuba memujuk Aqeela.

Ya di hadapannya sekarang adalah kubur Fitrah Zaquis. Mesti semua pelik kan kenapa bukan Ajeyyy yang mati. Sedangkan dia yang memeluk Aqeela cuba untuk menghalang Aqeela daripada ditembak.

*Flashback*

Bang !

" Aqeela ! " jerit Ajeyyy lalu berlari ke arah Aqeela dan memeluk Aqeela .

Aqeela mengangkat muka melihat gerangan yang memeluknya.

" Abang ajeyyy ? " kata Aqeela terkejut.

Muka ajeyyy sedikit berubah. Dia pelik kenapa dia tak rasa sakit apa pun. Tiba - tiba kedengaran seseorang jatuh.

Bukkk !

Terus mata aku dengan mata Ajeyyy melihat ke arah suara jatuh itu. Aku tersentak. Aku meluru ke arah orang yang jatuh itu.

" Fitrah ! " kata Aqeela lalu memangku kepala Is.

Fitrah memejamkan mata seketika. Terasa hatinya sakit. Ya peluru tembakan itu terkena pada hatinya yang mengalami penyakit sirosis hati itu. Pedih . Nafasnya juga sudah tidak teratur lagi.Darah mengalir begitu banyak. Hanya Allah yang tahu apa yang dia rasakan sekarang..

" Fit bangun Fit " panggil Aqeela sambil menepuk - nepuk lembut pipi Fitrah.

Mata dibukanya perlahan - lahan. Peluh mengalir sedikit di dahinya. Fitrah menahan sakit.

" Maaf .. maafkan Fit... " kata Is tersekat - sekat.

" Tak dak apa yang Fit perlu minta maaf .. "

" tak..tak..Fit tipu ten..tang penyakit Fit..Fit..sa..sakit.. "

Aqeela hanya mengeleng kecil.

" Tak apa - tak apa . Sekarang kita pegi hospital ea. Fit bertahan ya .. " kata Aqeela.

Tiba - tiba Is menyentuh tangan Aqeela.

" Fi..trah...sa .. sayangkan Qee..sa  sangat..da..ri du..dulu sam..pai..sekarang.." kata Is lagi.

Aqeela hanya mampu mengangguk tanda mengiyakan kata - kata Is sambil air matanya turun dengan laju. Habis muka Is terkena air mata Aqeela.

" Mengucap Fit mengucap ." Kata Aqeela lemah.

Seketika Is mengucap sebelum dada Is berombak kuat. Matanya jugak kian berat. Akhirnya tertutup rapat. Tangannya jugak terlepas dari memegang tangan Aqeela.

" Fitrah !! " raung Aqeela sekuat hati.

Ajeyyy jugak terduduk. Air matanya juga turun. Dia jugak terkejut dengan apa yang terjadi akan sahabat baiknya itu. Semasa itu Aril datang bersama pihak polis. Hana dan Zana berjaya di tangkap. Selepas itu Aril menelefon pihak hospital. Seketika Is dikejarkan ke hospital. Hmm kata doktor Is telah meninggal di tempat kejadian. Kematian Is disebabkan peluru yang dilepaskan tepat - tepat kena dekat hati Is yang sakit.

*End flashback*

Aqeela masih tidak berganjak.

" Tak apa makcik . Biar saya pulak yang pujuk dia. " kata Ajeyyy.

" Okay - okay makcik balik dulu. Nanti kamu tolong hantarkan Qee balik yaa ? " kata ibu kepada Ajeyyy.

Ajeyyy mengangguk kecil.

" Qee sudah lah tu Qee. Is pun mungkin tak suka Qee macam ni. Kita balik ea ? " pujuk Ajeyyy lembut.

" Kalau saya yang kena tembakan tu mesti Is hidupkan sekarang ? "

" Apa cakap macam tu. Tak baik lah Qee. Qee kena ingat semua ni dah ditakdirkan Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua ni. " kata Ajeyyy .

Astagfiruallahalazim. Kenapa dengan aku ni. Ampunkan aku Ya Allah.

Seketika Aqeela termakan jugak dengan pujukan Ajeyyy. Ajeyyy pun  menghantar Aqeela pulang ke rumah. Sebelum Aqeela keluar dari kereta Ajeyyy. Mereka sempat berbual sekejap.

" Ermm Qee.  Ni tadi  abang Aril ada kasi kat abang ajeyyy barang - barang ni. Dia cakap ni dari Is . Is amanatkan dia suruh sampaikan kat Qee. "

" Oh okay thanks abang ajeyyy sebab hantarkan Qee. " kata Aqeela lalu mengambil barang - barang tersebut.

" Yaa sama - sama. Qee masuk Qee rest ea ? " kata Ajeyyy.

Aqeela mengangguk kecil lalu keluar dari kereta Ajeyyy lalu masuk ke rumahnya.

*****************
Pada malam itu , setelah Aqeela sudah rehat secukupnya. Aqeela mengambil barang - barang yang dikirimkan dari Fitrah.

Ada surat , telefon bimbit Is dan pencil case hadiah pemberian Aqeela dahulu.

Pertama sekali Aqeela membaca surat tersebut.

Assalamualaikum kekasih hati. Terima kaseh sebab sudi baca surat Fitrah ini. Pertama sekali , Fitrah minta maaf mungkin di saat ini Fitrah dah tak boleh nak buat Qee ketawa lagi. Mungkin juga Fit dah tak ada di bumi Allah ini. Fit minta maaf sebab Fit tak mengaku hal yang sebenar. Dulu Fit bukan tak datang masa hari last sekolah sebab pack barang tapi sebab Fit masuk hospital hari tu. Masa darjah 5 sebelum Qee confess tentang perasaan Qee tu Fit dapat tahu yang Fit ada penyakit sirosis hati. Doktor kata penyakit ni susah untuk diubati. Tapi alhamdulilah Allah memberikan keizinan untuk Fitrah sembuh.

Aqeela terkedu. Dia sakit sirosis hati ? Tapi tak pernah sekali pun dia tunjuk yang dia sakit. Aqeela menyambung baca lagi.

Fit happy sangat masa terjumpa dekat U dengan Qee. Ya pada awalnya Fit nak mengaku identiti Fit. Tapi ... penyakit Fit datang balik. Fit tak nak Qee sedih andai suatu hari Fit dah tak ada lagi. Sebenarnya Fit jelous sangat bila Qee rapat dengan Ajeyyy. Tapi lama kelamaan Fit sedar yang Ajeyyy lebih layak dengan Qee. Lagipun Qee kan suka Ajeyyy jugak. Fit harap Qee dengan Ajeyyy akan bersatu suatu hari nanti. Maafkan semua salah Fit ya atau pun tingkah laku Fit yang mana pernah sakitkan hati Qee. I'm really love you. Lepas baca surat ni. Qee bukak phone yang Fit kasi. Qee cari video yang Fit dah rename kan ' Lagu Buat Aqeela ' ya . Okay sampai di sini saja. Take care Qee. You must be strong dear ! :)

Yang benar : Your First Love !

Air mata Aqeela menitis lagi. Lalu dia gagahkan dirinya untuk melihat video yang dimaksudkan Is. Ya ada sebuah video Is bermain piano sambil menyanyikan sebuah lagu yang dicipta nya.

Lagu asal Fiena - Jaga dia untukku *boleh search di yt ya*

Tuhan Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya
Tuhan Ku Amat Menyayanginya
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya

Tuhan Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya

Tuhan Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya

' Ya Allah terima kaseh kerana engkau menghadirkan dia dalam hidupku. Sampai bila - bila apa aku takkan pernah menyesal mengenalnya. ' getus hati kecil Aqeela. Aqeela menyapu air mata yang masih bersisa.

7 tahun kemudian.

" Cikgu ! Hari ni kita nak belajar lagu apa cikgu ? " tanya seorang kanak - kanak lelaki yang bernama Firdaus.

" Ya hari ni kita belajar lagu rasa sayang hey okay ? "

Murid - murid bersorak keriangan. Ya kini Aqeela telah mencapai cita - citanya ingin menjadi seorang cikgu muzik. Aqeela menjadi cikgu muzik di Sekolah Kebangsaan Tasek Indah. Haifa jugak telah berjaya menjadi seorang cikgu muzik jugak. Tapi mereka berlainan tempat. Hahahaha akhirnya terpisah jugak mereka berdua tu. Dari sekolah menengah sampai ke Universiti asyik masuk yang sama ja. Hah sekarang kerja dapat tempat lain - lain tak ke meraung diorang.

Tapi lama kelamaan Aqeela dan Haifa dapat biasa kan diri jugak. Tapi mereka dapat satu area cuma bukan satu sekolah. So diaorang duduk kongsi rumah sewa jugak. Berkepit jugak lah diaorang tu.Hah so apa jadi Aqeela dengan Ajeyyy ea ?

Ting Tong ! Notification whatsappnya berbunyi. Haish sapa lagi kalau bukan Ajeyyy lah yang hntar.

Ajeyyy ngok : Hai Assalamualaikum. Malam free tak ?

Aku bluetick ! Malas layan. Entah la sejak kepergian Fitrah Zaquis 7 tahun yang lalu , Aqeela terus malas nak fikir pasal cinta ni. Rasa macam fobia ! Disebabkan cinta orang boleh jadi gila . Disebabkan cinta orang boleh hilang pertimbangan. Hmm tapi sebenarnya dia sayang kan Ajeyyy tu dan dia pun tahu tentang perasaan Ajeyyy terhadapnya. Tapi dia buat endah tak endah aje. Tapi kesian jugak lah kat Ajeyyy , 7 tahun kot dia menunggu Aqeela.

Ting tong ! Ting Tong !

Whatsapp masuk bertalu - talu. Bising ! Tiba - tiba seorang cikgu Sejarah menegur.

" Amboi cikgu Qeela . Whatsapp masuk banyak tu. Tak jawab ke ? Boyfriend marah dah tu. " usik cikgu Zahra.

Aqeela hanya tersenyum senget. Lalu dia membuka whatsappnya dan membalas chatt - chatt dari Ajeyyy.

Me : Saya busy ni. Malam ni tak free . Sorry ya awakk ..

Ya panggilan diaorang dah bertukar " saya , awak " sejak habis U.

Ajeyyy ngok : Oh alaa . Hmm saya rindu awak ni.

Hish mamat ni ! Yelah aku pun rindu kau ngokk ! Tapi hmmm ntah lah..

Me : Okay lah .. sya ad meeting ni bye Assalamualaikum .

Bohong ! Aqeela takada meeting pun. Saja sebab dia nak tamatkan chatt tu.

******************

Tengah - tengah best Aqeela layan cerita korea dekat televisyen tiba - tiba melayang satu bantal busuk warna pink ke arahnya. Batal siapa ? Bantak siapa lagi kalau bukan batal pink Cik Haifa Hafieya kita.

" Kau pehal Faa ? Dah tak ada kerja ke duk main lempar - lempar bantal busuk kau tu " rungut Aqeela.

" Aku geram dengan kau ni ! " kata Haifa lalu duduk di sebelahnya.

Dah kenapa minah ni tiba - tiba geram dekat aku pulak ? 

" Kau tu bila nak terima Ajeyyy ? Kesian dia weyh duk tertunggu kau. Kau tahu dia duk mengadu kat aku suruh pujuk kau terima dia. "

Aqeela buat pekak.

" Nur Qaleesya Aqeela binti Ahmad Aqeel !!! Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni ? " jerit Haifa.

" Ish kau ni aku dengarlah . Takyah la jerit - jerit macam tu. Pekak aku tahu ! " kata Aqeela.

" Habistu siapa suruh buat do no aje dengan aku ? Kan dah kena. "

" Malang betul kan Hanafi dapat kau ? Nanti mesti telinga dia jadi pekak. " kata ku selamba.

Haifa dan Hanafi dah bertunang 2 bulan . Bulan depan diaorang dah nak kahwin. Hehe aku aje lah yang forever alone macam biasa.

Haifa menumbuk lengan aku. Aduh ! Sakit beb ! 

" Sakitlah Faa. "

" Hah tahu pun. Kau tu cepat - cepatlah terima si Ajeyyy tu. Jangan nanti kau menyesal orang lain kebas dia dari kau ! "

Glurp ! Aqeela telah liur. Oh No ! My ajeyyyyyyyy.

" Hmm tengok lah macam mana nanti. " kata Aqeela endah tak endah.

Di rumah sewa Aril dan Ajeyyy pulak. Ya Aril dan Ajeyyy tinggal serumah. Lagipun diaorang dah jadi pensyarah muzik di Universiti.

Ajeyyy termenung jauh.

" Oiii cik abang ! " jerit Aril di telinga Ajeyyy.

Ajeyyy sedikit terkejut.

" Apa kau ni ? Terkejut aku haishh. "

" Dah kau tu termenung dah macam ikan termenung aku tengok ! Asal kau ? Fikirkan si Qeela lagi ?  " usik Aril.

" Hmm ya lah, entah la kadang - kadang kan aku rasa macam nak move on aje. Tapi aku teringatkan pesan arwah Is. Dia suruh aku jagakan Aqeela untuk dia. Dia pernah cakap yang Qee sukakan aku. Aku ni crush Qee. Tapi entah tu mungkin dulu. Tapi sekarang aku tak tahu yang aku ni masih crush dia ke tak. " luah ajeyyy.

" Oh macam tu ea ? Hah ! Aku ada idea . "

" Idea ? Idea apa ? " tanya Ajeyyy. 

Aril hanya tersenyum penuh makna.

Keesokan harinya adalah hari minggu. Aqeela menyemak buku - buku kerja sekolah anak - anak muridnya. Bermacam - macam jawapan yang diberikan oleh anak - anak muridnya itu. Kadang - kadang sampai boleh buat Aqeela ketawa sendiri. Tiba - tiba telefonnya berbunyi. Terpapar nama Ajeyyy Ngokk . Hahahah memang Aqeela sengaja tambah nama Ngokk di belakang.

' Apa lagi mamat ni nak ? ' getus hati Aqeela lalu menjawab panggilan tersebut.

" Hello Assalamualaikum Qee . Qee free tak ? Ajeyyy nak ajak keluar ni. "

" Err Waalaikumusalam. Hm sorry tak free lah sebab Qee banyak buku budak - budak nak kena semak ni. " kata Aqeela.

" Hmm Ajeyyy baru nak jumpa Qee.Tiba - tiba rasa teringin sangat nak jumpa sebelum terlambat. "

Sebelum terlambat ? Apa maksud dia ni ? Aqeela mula tidak sedap hati.

" Tak apa lah Qee. Ajeyyy end call dulu ya. Take care. Assalamualaikum. " kata Ajeyyy lalu panggilan di matikan.

Aqeela terkedu. Ya Allah kenapa aku rasa tak sedap hati ni. Aqeela tergerak hati untuk call Ajeyyy balik tapi hampa ajeyyy tak angkat. Banyak kali jugak lah Aqeela call tapi tetap sama Ajeyyy tak angkat.

Beberapa jam kemudian telefon Aqeela berbunyi . Aqeela ingatkan nama Ajeyyy yang akan terpapar tapi tidak nama Aril yang terpapar.

" Hello Assalamualaikum Qee " kata Aril dengan suara yang cemas.

" Hello waalaikumusalam ya kenapa ni abang Aril ? " tanya Aqeela pelik.

" Qee datang hospital Seri Indah sekarang boleh ? "

" Kenapa nak kena pegi hospital pulak ni ? " tanya Aqeela pelik.

Siapa pulak yang sakit ?

" Please datang Qee . Ajeyyy excident ! "

Aqeela terduduk apabila menerima berita itu. Ajeyyy excident. Panggilan di matikan.

" Ya Allah Qee kau kenapa ni ? " tanya Haifa cemas.

Air mata Aqeela mula menitik.

" Faa .. Ajeyyy Faa.. "

" Ajeyyy ? Kenapa dengan dia ? " tanya Haifa pelik.

" Ajeyyy excident ... "

" Apa ? Ajeyyy excident ? Okay jom - jom kita tengok dia cepat . "

Seketika mereka pun bergegas ke hospital Seri Indah. Di hadapan wad ajeyyy.

" Abang Aril . Ajeyyy macam mana ? " tanya Aqeela cemas.

Ya dia amat risaukan Ajeyyy sekarang ni. Dia sedar dia tidak mahu kehilangan Ajeyyy seperti mana dia kehilangan Fitrah.

" Qee pegi lah masuk tengok dia. " kata Aril bersama muka yang sedih.

Aqeela terus melulu masuk untuk melihat keadaan Ajeyyy. Kelihatan sekujur tubuh sedang terbaring lesu di atas katil. Kaki dan tangannya habis semua dibalut. Begitu juga kepalanya. Keadaan Ajeyyy teruk sangat masa tu dipandangan Aqeela. Aqeela menghampiri Ajeyyy dengan tangisan.

" Ajeyyy .. bangun .. jangan tinggalkan Qeela. Maafkan Qeela sebab selama ni buat Ajeyyy tertunggu - tunggu. Qeela pun sayangkan ajeyyy jugak. Bangun ajeyyy. " ratap Aqeela.

Seketika Ajeyyy menadahkan tangannya. Kelihatan ada sebentuk cincin di tapak tangannya . Aqeela terkejut.

" If you love me . Will you marry me ? " kata Ajeyyy .

" Ajeyyy ? Tak sakit ? Eeee " jerit Aqeela lalu memukul - mukul dada Ajeyyy.

" Hahahaha pandai tak Ajeyyy berlakon ? Maaf Qee . Ajeyyy terpaksa buat semua ni sebab Ajeyyy nak tahu siapa Ajeyyy di hati Aqeela. "

Seketika Haifa dan Aril pun masuk. Mereka berdua ketawa berdekah - dekah. Hahahha sebenarnya ni la rancangan Aril. Haifa juga bersubahat. Mereka menipu Aqeela mengatakan yang Ajeyyy excident tapi sebenarnya tak pun .

Ajeyyy just berlakon dan Aril meminta tolong kawannya yang seorang doktor untuk menyediakan tempat untuk dia menjayakan misi nya itu. Akhirnya terbongkar jugak perasaan Aqeela terhadap Ajeyyy.

" Jahat lah awak ni ajeyyy. Habis kering air mata saya ni ! " ngomel Aqeela.

" Tak apa habis untuk saya tak apa. Jangan habis untuk orang lain. " usik Ajeyyy lagi.

Setahun kemudian. Alhamdulilah beberapa bulan selepas kejadian ajeyyy mengenakan Aqeela , mereka pun dengan rasminya telah berkahwin. Begitu juga Haifa dengan Hanafi jugak selamat diijab kabulkan. Abang Aril pulak bakal menyusul dengan Kak Amy . Tak sangka sebenarnya dalam diam Abang Aril bercinta dengan Kak Amy. Hahahah biasalah jodoh mana kita tahu kan ?

" Tak sangka kan yang awak adalah jodoh saya selama ni " ucap Aqeela.

" Jodoh itu rahsia Allah sayang . " ucap Ajeyyy lalu mencium dahi Aqeela isteri kesayangannya itu.

Ya Allah terima kaseh atas segala anugerah yang engkau berikan kepada kami. Setiap apa yang engkau rancangkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Kami amat bersyukur atas apa yang engkau berikan kepada kami. Sekarang baru aku sedar . Cinta tidak perlu dikejar . Kenapa ? Sebab jodoh tu kan rahsia Allah 💕💕💕

- TAMAT -

#Sila beri feedback ya .
#JanganLupaVote.

# Thanks kpd reader yang setia membaca cerita saya ni sampai ke bab 25 ni amat saya hargai. Love uolls. Kbyee . Xoxo - Ieqah Kazumi.

- Nanti sis akan update cerita baru yang kat bawah ni ok ? Bole search tajuk " Please Be Mine ?  "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro