Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

" Hmm dia yang mana satu hah ? Dah nak dekat 8 tahun aku tak jumpa dia , mesti dia lain kan sampai aku tak perasan dia " getus hati Aqeela sambil mengacau - ngacau air dengan menggunakan straw.
Aqeela duduk seorang diri di kafe U .

Tiba - tiba seseorang menegur Aqeela.

" Ehh Qee ? Sorang aje ? " tanya Is.

" Eh abang is . Haah sorang aje. " kata Aqeela.

" Abang duduk sini boleh ? Lagipun abang pun sorang aje. " kata Is .

" Oh boleh. Duduk lah. "

Is meletakkan beberapa bukunya dan pencil casenya yang dipegang di atas meja .

" Kejap ea abang pegi order air. " kata Is lalu beredar pergi.

Aqeela hanya melihat Is yang berlalu pergi. Tiba - tiba pandangannya jatuh kepada pencil case Is. Dia curiga.

" Hmm pencil case ni sama macam yang aku pernah bagi dekat Fitrah. Tapi dia dah buang dalam tong sampah. " keluh Aqeela.

Tiba - tiba dia tersentak.

" Tapi kan ada ukiran tu ? Perlu ke aku check pencil case abang Is ? Entah - entah ada ukiran tu . "

Tangan Aqeela baru saja hendak memegang pencil case itu tiba - tiba Is sudah datang. Terbatal niat Aqeela untuk check pencil case tersebut. Is duduk berdepan dengan Aqeela.

" Ermm Qee macam mana kaki tu ? Dah okay betul - betul ke ? " tanya Is prihatin.

" Oh okay dah. Dah boleh jalan dah. Lari pun boleh heee " kata Aqeela.

" Oh hahaha bagus lah. Ermm abang minta maaf ea sebab abang cuai , Qee yang sengsara patah kaki. " kata Is jujur.

" Hahaha tak apa - tak apa. Lagipun bukan salah abang sepenuhnya. Ada orang yang nak sabotaj qee tapi tak apa lah. Nanti Allah balas la perbuatan orang tu. " jelas Aqeela.

" Ada orang nak sabotaj Qee ? Siapa ? Abang tak tahu pun. "

" Hahaha tak apa lah abang. Benda dah lepas. Qee malas la nak fikir sangat. "

" Ish Qee kena fikir jugak. Bahaya lah Qee. "

Aqeela hanya mendengus kecil. Tiba - tiba dia menukar topik.

" Err abang ! Abang beli pencil case ni kat mana ehh ? Lawa lahh . " kata Aqeela mengubah topik.

" Err pencil case ni ea ? Kawan abang yang kasi. Abang pun tak tahu kat mana dia beli . "

" Oh yaka ? Lawa lahh " kata Aqeela memuji.

Sebenarnya dia masih ragu - ragu dan ingin mengecheck pencil case tu kalau - kalau ada ukiran yang sama dengan pencil case nya.

" Ermm Qee . Boleh abang tanya something ? " tanya Is tiba - tiba.

" Tanya lah . " kata Aqeela lalu menyedut air.

" Qee sukakan abang ajeyyy ke ? " tanya Is.

Tersedak. Aqeela tersedak. Dia mengurut dadanya.

" Ehh Qee okay ? Sorry la abang tanya soalan sampai Qee tersedak macam ni ."

" Ehh tak - tak. Abang tanya apa tadi ? Boleh ulang sekali lagi tak ? " tanya Aqeela  sedangkan dia dah dengar dah tadi.

" Abang tanya Qee sukakan abang ajeyyy tak ? "

" Perlu ke Qee jawab soalan tu ? " soal Aqeela kembali.

" Terpulang lah. Abang tak paksa pun. "

" Hmm okay la macam ni. Sebenarnya abang ajeyyy tu crush Aqeela. "

Is tersentak.

" Aqeela suka dia dari Ig lagi. Tu pun sebab Haifa yang kenalkan . Mula - mula yaa minat sebagai crush aje la. Tapi Qee tak sangka pulak yang Qee akan satu U dengan crush Qee. Qee happy sangat masa dapat tahu yang dia pun U kat jengka ni. But Qee tak nak lah berharap. Cukup lah sebagai crush qee aje. Abang janji ea jangan bagitahu dekat abang ajeyyy. Ni rahsia kita berdua. Kalau abang bagitahu , Qee merajuk dengan abang setahun ! " panjang lebar cerita Aqeela.

Entah la tiba - tiba dia rasa nak cerita pasal crushnya kepada Is.

Is menghembus nafas kasar.

" Hahaahha yaa abang tak bagitahu ajeyyy. Tak sangka pulak Qee sebenarnya minat kat abang ajeyyy ea ?  Maklumlah dia kan budak hot , handsome , pandai  mesti lah Qee pun terpikat kan ? " ujar Is dengan nada yang agak mendatar.

" Haish abang ni mana ada. Abang pun handsome apa , abang pun pandai jugak kan ? Abang pun ramai peminat jugak. Hah Hana Camelia tu peminat abang kan ? Hahahaha " usik Aqeela.

" Hana Camelia ? Hahahaha tu perempuan gila bayang . " kata Is pulak.

Selepas itu mereka berdua pun ketawa.

******************
Di hostel perempuan

" Qee kau pergi mana hah tadi pagi lepas dengar student tu nyanyi ? " tanya Haifa.

" Oh aku .. aku pergi toilet. " kata Aqeela. Dia belum bersedia lagi untuk ceritakan tentang Fitrah Zaquis.

" Oh ingatkan kenapa . Lari semacam aje aku tengok. " kata

" Hahaha yalah hajat dah sampai. "

" Hahah yalah aku nak tido dulu ngantuk sangat dah ni . Night sweetheart " kata Haifa  sambil membuat flying kiss haahahah.

" Kau jangan nak flying kiss kat aku bagai . Hanafi jelous kang nanti." Usik aqeela.

Keesokkan harinya di bilik muzik.

" Ril .. aku rasakan aku nak buat lagu lah . " 

" Kau nak buat lagu apa ? Cuba bagi intro dia sikit aku nak dengar.  "

" Intro dia ea ? Dengar ni . " kata Is lalu bermain piano mengikut rentak yang telah digubahnya.

" Wahh boleh tahan. Tapi macam sedih aje rentak dia. Lirik dia macam mana ? " kata Aril.

" Lirik dia nanti dulu , sedang diproses. " kata Is.

" Hahahaha yelah. "

Tiba - tiba datang Hana menyapa.

" Hai Is , Hai Aril "

" Eh hai Hana .. you look beautiful today ya ? " tegur Aril.

Is diam. Dia malas nak membalas sapaan Hana.

" Okay lah Is aku gerak dulu. Nanti apa - apa roger ya ? Bye bro. " ujar Aril lalu meninggalkan Is dan Hana berdua.

Aduh Aril ni sengaja tahu tinggalkan aku sesorang dengan minah ni. Hmm.

" Err Is I miss you. You tak rindu I ke ? " tanya Hana yang mendekati Is.

" Wajib ke I rindu you Hana ? Tak kot rasanya. " kata Is .

Hana mendengus geram.

" Is you ni kan ? Suka tak pandang I . Kenapa ? " rengek Hana.

" Hmm Hana you ni tak penat ke terkejar - kejarkan I ? " kata Is.

" Tak . Selagi I tak dapat you , I takkan berhenti . " ujar Hana.

" Please lah Hana , I rimas lah. You jangan ganggu I boleh tak ? I dah ada orang lain lah. " jelas Is.

" Siapa ? Budak junior tu ke ? "

" Kalau ya pun kenapa ? "

" Hish menyampah betul la ! Asal dia tak mati aje dalam hutan tu hari tu ?! " jerit Hana.

" Enough Hana . You siapa nak tentukan Aqeela tu mati ke tak ? Ke you yang sabotaj dia sebenarnya ? "

Hana tersentak.

" Err mana ada I sabotaj dia . Memandai aje you ni . " nafi Hana.

" Yaka ? Tapi kena I rasa macam you ea yang sabotaj dia ? " kata Is lagi sengaja ingin menakut - nakutkan Hana .

" Merepek lah you ni. Ok la I ada hal nak buat lagi. Bye ! " kata Hana lalu tergesa - gesa beredar.

" Sakit jiwa aku macam ni layan minah tu hari - hari. " getus hati Is lalu sambung bermain piano.

******************

Aqeela berjalan seorang diri disekitar blok falkulti muzik senior , saja cuci - cuci mata hahaha tak adalah dia tengah mencari tentang Fitrah Zaquis.

" Fit .. mana kau ? " getus hati kecilnya.

Jalan punya jalan tiba - tiba Aqeela terpandang akan carta organisasi kelab Muzik bahagian senior di papan kenyataan .

Aqeela tersentak.

Pengerusi kelab Muzik :

Muhammad Fitrah Zaquis Bin Firash Zarif - Senior Falkulti Muzik -

Yang paling buat Aqeela terkejut sangat - sangat adalah profil gambar atas nama tu gambar ....

" Selama ni , dia memang depan mata aku ? " 

Aqeela terus berjalan perlahan - lahan meninggalkan papan kenyataan itu. Dia berjalan tanpa arah tuju. Dia masih terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi.

" Dia . Dia mesti dah kenal aku tapi dia cuma diamkan diri. Kenapa ? Benci sangat ke dia dekat aku ? " betak hati Aqeela.

Tiba - tiba Aqeela terlanggar seseorang dari arah hadapan akibat Aqeela yang mengelamun.

Bukkk ! 

" Eh sorry - sorry. " kata seseorang itu.

Aqeela memandang manusia di hadapannya dengan pandangan yang tajam yang amat sukar ditafsir.

" Eh Aqeela rupanya ? Aqeela okay ke ni ? " kata seseorang itu.

Aqeela masih di dalam posisi yang sama. 


#Siapa pulak yang dilanggar Aqeela ni ? Yang mana satu Fitrah Zaquis ni ? Hahahahaaha Kbye xoxo. - Ieqah Kazumi - 

#Serious untuk bab ni tak tau kenapa idea susah sangat nak keluar. Ni pun main buat aje . Sorry kalau tak okay ke apa. Sis dah cuba sebaik mungkin dah ni :) 

#JanganLupaVote.

#ThanksReader.

#JanganLupaAddReadingLIst.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro