Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

Beberapa hari selepas itu kami digemparkan oleh pensyarah tentang kem jati diri untuk falkulti muzik.

" Qee kau nak pegi tak ? Jom pegi macam best aje kan ? " tanya Haifa.

" Nak tu nak tapi aku takut lah . " ujar Aqeela.

" Alaa kau nak takut apa . Nanti kan ramai yang ada. Aku dengar - dengar ajeyyy pun ada " umpan Haifa supaya menarik minat Aqeela untuk mengikuti kem tersebut.

Dengar - dengar saja nama ajeyyy terus  saja Aqeela bersetuju pegi . Hahahah crush punya pasal kan ? 

Ramai jugak yang mengikuti kem ni. Bahagian senior pulak , abang aril , abang Is dan abang ajeyyy pun ikut serta but minah senget tu pun ikut jugak ! Errr menyampahnya . Nak jaga boyfriend kesayangan dia lah tu.

Tiba lah hari kem . Kem jati diri tersebut di adakan di sebuah hutan simpan. Semua pelajar sibuk mendirikan khemah masing - masing. Ada jugak yang yang cuba menghidupkan api.

" Okay dengar sini semua pelajar ! Hari ini korang semua boleh la berehat secukupnya tapi ingat esok kita akan membuat jungle treckking. Korang semua akan diberikan di dalam bentuk kumpulan . Setiap kumpulan mesti akan ada 4 orang . " ujar prof Azfar.

Dengar saja pengumuman yang diberi oleh prof yang dia kata kami boleh berehat hari ni . Apa lagi Aqeela dan Haifa pun pergi lah melawat sungai yang berdekatan dengan khemah mereka. Serious sungai tu bersih sangat. Aqeela dan Haifa meletakkan kaki diaorang sambil duduk di atas batu.

" Qee best kan ? Sejuk lah air ni " kata Haifa teruja.

" Haah best. Sejuk . " sokong ku.

Tiba - tiba seseorang berdehem. Aqeela dan Haifa pun memandang ke arah suara yang berdehem itu.

" Hai berdua aje ? " tegur seorang senior lelaki yang bernama Hairul Alan.

Dah kenapa mamat ni. Tiba - tiba aje datang tegur. Nak mengorat lah tu. Hahahaha perasan la kau Qee.

" Haah berdua aje . Ada nampak orang lain ke kat sini ? " jawab Haifa .

" Hahahahaha boleh abang teman kan ? " kata Hairul lagi.

Errr menyampah senior yang gatal ni .

" Hoi rul ! Kau tak payah nak berani kacau junior - junior aku ea " tegur abang Is.

Alaaa kenapa abang Is yang selamatkan kami dari senior gatal ni. Mana ajeyyy aku ? Teriak Aqeela.

" Eh sorry - sorry Is , aku saja tegur diaorang ni sebab diaorang ni lawa sangat hahahah. " kata Hairul lagi.

" Banyak lah kau punya lawa . Dah - dah kau pergi tolong prof kat sana tu . "

" Yalah - yalah. Ok lah bye adik - adik comel. Nanti kita sambung lagi ea . " kata nya sambil mengenyitkan matanya lalu beredar dari situ.

Aqeela dan Haifa tayang muka toyaa.

" Korang buat apa ni ? Boleh abang join ? " tanya abang Is.

" Boleh aje . Mehh la join abang Is. " ajak Haifa.

Aduh faa asal kau ajak abang Is join kita ? Hmm mati lah aku kejap lagi kalau minah senget tu nampak. Aku memandang sekeliling.

Is mengambil tempat di sebelah Aqeela.

' Mamat ni pun dah kenapa sebelah aku jugak nak duduk ? Dah tak ada tempat lain ke apa ? ' rungut Aqeela di dalam hati.

" Eh Qee aku lupa lah nak mesej Hanafi cakap yang aku dah sampai. Kejap ea aku nak ambik fon aku kat khemah. " ujar Haifa dan mula bangun.

" Wehh aku ikut ! " ujar ku.

" Eh tak payah lah . Kau duduk lah sini kejap dengan abang Is ea. " kata Haifa lalu meninggalkan Aqeela begitu saja.

Aduh mangkuk betul la Haifa ni. Dia boleh tinggal aku berdua dengan abang Is . Sah memang aku tempah maut. Seminit dua aku dan abang Is diam sebelum tiba - tiba dia membuka mulut.

" Qee macam nak mengelak aje dari abang kenapa ? "

" Hmm memang pun " jujur ku. Malas dah nak berdolak dalik.

" Kenapa ? Abang buat salah apa ? " tanya  Is dengan suara yang sayu.

" Abang tak buat salah apa pun. Tapi kita memang tak boleh dekat - dekat macam ni nanti girlfriend abang marah. "

" Girlfriend ? Abang masih tak faham la apa maksud Qee dari hari tu. Bila masa pulak abang ada girlfriend ni ? Cuba cerita dekat abang . " jelas Is.

" Girlfriend abang yang Hana tu la. Dia dah bagi warning jangan dekat - dekat dengan abang . Abang pun satu dah ada girlfriend tak payah lah nak dekat - dekat dengan perempuan lain errr " marahku.

Is ketawa. Aduh sakitnya hati dia boleh gelakkan aku . Dah kenapa ? Aku tolak dia dalam sungai ni kang !

" Ya Allah Qee , Hana tu bukan girlfriend abang lah. Okay macam ni cerita dia .. " Is menceritakan semuanya dari A- Z.

Cis ! Minah senget tu syok sendiri rupanya. Dah lah sampai tampar aku.

" Oh macam tu hmm tak pasal - pasal Qee yang makan penampar dia. " luahku.

" Apa ? Qee makan penampar dia ? Dia tampar Qee ? Hana ni memamg dah melampau lah ! " Is mendengus geram lalu ingin bangun tapi dihalang oleh Aqeela.

" Abang nak pegi mana ? " tanya Aqeela.

" Nak tampar muka Hana balik " katanya keras.

" Eh tak payah lah . Jangan buat kecoh kat sini lah . Benda dah lepas biar aje lah. Qee malas nak panjangkan masalah lagi. " kataku.

Is duduk di tempatnya semula.

' Aqeela dari dulu kau tak pernah berubah kan ? Kau tetap baik macam dulu. Even orang buat jahat atau sakitkan hati kau . Kau tetap tersenyum tetap tak membalas balik . ' getus hati kecil Is.

Aqeela dah mula okay dengan abang Is tapi dari kejauhan Hana Camelia melihat mereka berdua dengan hati yang panas.

" Kau memang nak kena dengan aku ea perempuan ! Kau tunggu la aku musnahkan hidup kau ! " kata Hana di dalam hati.

Pada malam itu kami mengadakan camp fire. Kami membuat 2 bulatan sebab bercampur dengan senior - senior kan ?
Di dalam bulatan aku dan Haifa ada Ajeyyy ! Hehehe ajeyyy membawa gitar untuk menyanyikan sebuah lagu .

" Okay guys malam ni ajeyyy akan nyanyi kan one song for us ! " ujar lecturer Latifah.

Lagu sabar by Ismail Izanni *boleh search yt bgi sesiapa yang tak pernah dgr yaa . Hahaha author promote pulak*

Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah

Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar

Kau tersakiti

Now i'm all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no....
Why is it hard for you to see
When everything i've done is for you and me

Begitu lah serba sedikit nyanyian ajeyyy bersama petikan gitarnya. Lirik lagu tu pun dah seakan - akan nak gambarkan perasaanya terhadap seseorag. Tapi satu aje baru perasan sepanjang ajeyyy menyanyikan lagu itu matanya tidak lepas - lepas memandang ke arah Aqeela.

' Bila lah aku dapat jadikan kau milik aku ' getus hati ajeyyy.

Tibanya hari esok . Semua pelajar telah menyiapkan diri masing - masing untuk jungle treckking sebentar lagi. 

" Nah botol air kau " hulur Haifa kepada Aqeela.

" Oh thanks .. " kata Aqeela sambil menyambut huluran Haifa.

Aqeela meletakkan botol airnya di tepi dahulu kerana dia ingin mengemaskan begnya di dalam khemah. Haifa pula pergi ke sungai untuk mencuci tangan . Dalam tidak sedar Hana telah menukarkan botol air milik Aqeela dengan botol air  yang lain yang sudah dimasukkan dengan sesuatu. 

" Padan muka kau Aqeela. Berani sangat kan kau ingkar amaran aku  " getus hati Hana Camelia.

Seketika kemudian  prof Azfar membahagikan kumpulan . Setiap kumpulann mesti ada 4 orang sepertimana yang prof cakap semalam lah kan. Nasib baik aku dapat satu kumpulan dengan Haifa lepastu dengan abang Is tapi yang paling malang aku satu kumpulan dengan minah senget ! Hmm why ?!

" Alaa prof saya nak satu group dengan Is tak boleh ke ? " ujar ajeyyy. Ajeyyy tak puas hati sebab tak dapat satu group dengan Aqeela sebenarnya.

" Tak ada - tak ada ! Ikut group yang saya kasi ! " kata prof Azfar tegas.

Ajeyyy mendengus geram. Tiba - tiba dia mendekati Is.

" Is .. "

" Apa kau ? ' tanya Is.

" Kau jaga Qee elok - elok ea ! Apa - apa jadi dekat dia aku cari kau ! " bisik Ajeyyy keras di telinga Is.

' Kalau kau tak suruh pun , aku tetap akan jaga dia lah ' getus hati kecil Is.

Selepas itu prof Azfar pula memulakan acara. Prof melepaskan satu demi satu group. Group Ajeyyy adalah group kedua yang terakhir di lepaskan. Manakala group Is adalah group terakhir. Mereka memulakan perjalanan . Perjalanan di dalam hutan agak licin dan bahaya. Mereka perlu lebih berhati - hati. 

" Weyh jauh lagi ke ? " tanya Haifa kepada Aqeela .

" Jauh lagi rasanya .. aku haus lah aku nak minum kejap lah " kata Aqeela lalu mengambil botol airnya. Dia meneguk dengan rakus. Haus betul. 

Abang Is jalan di hadapan lepastu belakang dia tak lain tak bukan sapa lagi kalau bukan minah senget tu. Asyik nak berkepit aje dengan abang Is. Kesian aku tengok abang Is , mesti dia rimas kan ? Hahahaha lepastu belakang minat senget tu barulah Haifa dengan aku. Kami saja jalan belakang.

" Hana boleh tak jangan asyik nak merengek macam budak kecik ? Is rimaslah " ujar abang Is.

" Alaa Is , Hana penat lah . Jauh lagi ke ? " rungut Hana gedik.

Aku dengan Haifa kat belakang dah mengajuk cakap dia dah hahaha lawak betul lah. 

Hampir sejam perjalanan kami , kami makin hampir dengan check point yang terakhir. Tiba - tiba aku terasa penat teramat sangat. Mata pun nampak kabur - kabur aje kenapa entah. Aku menggeleng kecil. Tadi okay aje. Aku ni dah kenapa ?

" Qee kau kenapa geleng - geleng je aku tengok dari tadi ? " tanya Haifa pelik.

" Faa aku tak tahu lah. Mata aku macam kabur lah. Pastu rasa penat sangat ni . " kataku lemah.

Sedang kami berbual sesama sendiri. Kami toleh depan balik tiba - tiba Is dengan Hana dah tak ada. Kami hilang jejak diaorang. 

" Qee ... diaorang dah tak ada lah.. " kata Haifa cemas.

" Hah ? Mana diaorang ? Takkan lah abang Is tinggal kita pulak " rungutku dengan keadaan yang penat.

" Tak tahu . Aku takut lah Qee ! Aku rasa macam nak nangis dah ni . " kata Haifa sambil matanya berkaca. 

Tiba - tiba mataku makin kabur dan gelap .

Bukkk ! Aku jatuh dan pengsan..

" Aqeela ! " jerit Haifa.

#Sis belanja dua bab sekali  , kali ni ea :D

#JanganLupaVoteDanKomen.

#ThanksReader.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro