Bab 15
" Ehh abang ajeyyy lah . " kata salah seorang fans ajeyyy yang pernah menyerang Aqeela dulu.
Ajeyyy mendekati fans - fansnya diikuti Aqeela dibelakang. Dan pegangannya pada pergelangan tangan Aqeela dikemaskan. Semua fansnya mulai berbisik antara satu sama lain. Hmm mengutuk Aqeela la tu.
" Guys abang ajeyyy nak tanya siapa kelmarin yang berani sangat serang budak ni ?! " kata ajeyyy mendatar.
Semua diam. Yelah siapa pun tak nak mengaku.
" Kenapa semua diam ?! " suara ajeyyy mula meninggi. Semua tersentak lagi - lagi aku lah .
" Lebih baik korang semua yang mana serang Aqeela ni semalam minta maaf cepat ! "
Oh motif ajeyyy tarik aku sebab nak suruh diaorang minta maaf ? Lah ingatkan apa lah tadi.
" Abang ajeyyy sudah lah tu. Malu orang tengok. "
" Biar. Biar orang tengok. Kelmarin diaorang malukan Qee tak apa pulak kan ? "
Fans - fans ajeyyy masih diam. Tiada siapa yang maju ke hadapan untuk mengaku.
" Sudah la abang ajeyyy . Kesian diaorang. Biar lah qee okay . Maybe diaorang tak sengaja. Sudah lah ya. "
' Aqeela kenapa lah kau baik sangat ni ? Kau still nak back up diaorang ? Kelmarin diaorang dah busukkan kau . Kau tak ingat ke ? ' bisik hati kecilnya yang jahat.
Aqeela menggelengkan kepala menghapus bisikan kecil jahat itu. Kejahatan tak sepatutnya dibalas dengan kejahatan. Itu lah yang sering Ibu dan Baba ingatkan aku.
Tiba - tiba salah seorang dari fans ajeyyy maju ke hadapan.
" Erkkk Aqeela .. kitaorang minta maaf pasal kelmarin. Kitaorang mintaa maaf sangat - sangat. Kitaorang tak sepatutnya buat macam tu. Abang ajeyyy ada hak nak dekat dengan sesiapa pun. Aqeela memang layak dengan abang ajeyyy. Tengok lah even kami semua dah buat jahat dekat Aqeela pun Aqeela still back up kitaorang. Aqeela memang baik . Maafkan kitaorang Aqeela " panjang lebar kata budak itu.
Wahh terharu aku. Selepas itu , seorang demi seorang yang kena kan aku kelmarin semua pakat minta maaf. So aku ? Maafkan aje lah.
Setelah semuanya selesai , aku dan ajeyyy pun beredar dari situ. Kami pergi ke taman mini U. Ajeyyy hanya diam. Begitu jugak aku. Kami duduk di atas bangku yang disediakan di taman mini tersebut. Ya memang cantik ada kolam ikan. Ada bunga - bunga yang lawa - lawa ..
" Maafkan abang .." ujar ajeyyy tiba -tiba .
Aku memandangnya di sisi.
" Kenapa pulak minta maaf ? "
" Sebab abang qee sengsara "
Entah lah , lama ajeyyy diam sebenarnya sebab terngiang - ngiang kata - kata Is kepadanya.
" Hahaha lawak lah abang ajeyyy ni. Benda kecik aje pun takkan lah sampai nak sengsara. " kataku.
Ajeyyy meraup kasar mukanya yang mix itu.
" Qee sebenarnya abang nak bagitahu something ni.."
" Bagitahu apa ? " soal Qee tapi matanya masih memandang anak - anak ikan yang sedang berenang di dalam kolam.
" Abang sebenarnya suka..."
Lagu ' Even if I die , it's you " nyanyi jin dan v daripada group kpop Bts berbunyi .
" Kejap ea abang , ada orang call " kata Aqeela lalu mengangkat panggilan tersebut.
Ajeyyy mengeluh.
' Tak sekarang bukan waktunya untuk aku confess dekat dia ' getus hati ajeyyy.
***********************
" Hmm mana lah si ajeyyy tu bawa Aqeela ea ? " monolog Haifa seorang diri.
Tiba - tiba bahu Haifa disentuh seseorang. Haifa terkejut lantas dia menjerit.
" Eh Fieyaa ni saya lah Hanafi. "
Haifa menghembuskan nafasnya lega. Ingatkan Muhaimin tadi. Fuh selamat dah la aku sorang - sorang aje. Ikut kan hati Haifa bila dapat tahu yang Hanafi menegurnya . Nak saja dia terus peluk Hanafi. Entah lah dia dah betul - betul jatuh cinta dengan insan yang bernama Zafry Hanafi ni. Dia rasa selamat bila di sisi Hanafi.
" Fieyaa buat apa sorang - sorang kat sini ? Bahaya lah fieyaa. Qee mana ? " tanya Zafry Hanafi bersama mukanya yang kelihatan agak risau.
" Oh Qee dia ikut kawan dia pegi mana entah. Tu yang fieyaa sorang - sorang ni. "
" Oh okay. Dah la jom la kita pegi kafe nak ? "
" Hah okay jugak jom " kata Haifa pulak.
Dari kejauhan.
" Ish tak guna ! Ada aje mamat tu . Kalau macam ni aku kena singkirkan mamat tu dulu. " kata Muhaimin.
Beberapa hari kemudian. Ketika Zafry Hanafi ingin melangkah masuk ke dalam toilet tiba - tiba kepalanya dipukul dengan suatu yang keras dari belakang dan ia menyebabkannya jatuh pengsan. Muhaimin tersenyum sinis sebelum mengheret Zafry Hanafi ke suatu tempat.
Di hostel perempuan...
Lagu ' The eyes " nyanyi group kpop Infinite berbunyi menandakan ada panggilan yang minta di angkat. Haifa mencapai telefon bimbitnya. Terpapar nama crushnya ' Zafry Hanafi '
" Siapa yang call tu Faa ? " tanya Aqeela.
" Hanafi call " kata Haifa sebelum menekan butang accept.
Aqeela hanya mengangguk kecil.
" Hello Assalamualaikum Hanafi " sapa Haifa dengan sopan.
" Hello sayang .. " kata seseorang dihujung talian yang pastinya bukan Hanafi
Haifa tersentak. Ya dia kenal pemilik suara yang menjawab panggilan ni. Muhaimin ! Apa yang dia dah buat dengan Zafry Hanafi ?
" Masih kenal dengan suara Min lagi tak sayang ? " tanya Muhaimin gedik.
" Kau nak apa hah ? Mana Hanafi ?! " kata Haifa mula kasar.
Aqeela terkejut apabila mendengar perbualan Haifa yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Aqeela memberi isyarat menyuruh Haifa membuka pembesar suara.
" Faa tanya Min nak apa ea ? Min nak Faa lahh. Hanafi ? Nama siapa tu ? Nama mamat yang kena hentak sampai pengsan dengan Muhaimin ni ea ? " jawab Muhaimin lagaknya seperti pesakit mental aje.
Haifa risau. Dia risau dengan keselamatan Zafry Hanafi. Kerana dirinya , Zafry Hanafi dalam keadaan yang bahaya. Aqeela sudah memegang tangan Haifa supaya Haifa bertenang.
" Kau jangan apa - apa kan dia lah ! " jerit Haifa geram.
" Wow - wow . Rilex - rilex . Kalau Faa nak dia selamat mehh la datang ambil dia dekat Min. Faa boleh cari kitaorang dekat stor muzik lama dekat falkulti Faa. Tapi dengan syarat , Faa sorang aje yang datang sini. Si Aqeela tu jangan memandai - mandai nak ikut ! " kata Muhaimin sebelum mematikan panggilan.
" Kurang ajar la si Muhaimin ni ! " jerit Aqeela.
Tiba - tiba Kak amy dan Zana masuk ke dalam bilik.
" Sampai hati kan korang tak cerita langsung dekat kak Amy dengan Zana pasal benda bahaya macam ni ? " luah Kak Amy .
Sebenarnya Kak Amy dan Zana dah dengar semua perbualan Haifa dan Muhaimin dari luar lagi. Maklumlah hostel kami bukanya besar sangat. Setakat luar pintu pun dah boleh dengar apa yang kami cakapkan kat dalam ni . Aku dan Haifa mengetap bibir masing - masing.
" Ermm sorry kak Amy, sorry Zana . Kitaorang tak nak menyusahkan korang. " kata Haifa meminta maaf.
" Yelah - yelah tak apa. " kata Zana pula.
" So macam mana ? Takkan Haifa nak pergi sorang ? Bahaya la faa. " kata Kak Amy.
" Ermm entah la kak tapi .. faa risaukan Hanafi aje. " kata Haifa sedih.
" Okay - okay macam ni akak ada rancangan. " kata kak Amy
*********************
Apabila mata dibuka sahaja , Zafry Hanafi hanya nampak seseorang di hadapannya iaitu Muhaimin.
" Dah sedar ke Hero Malaya ? " tanya Muhaimin sinis.
" Kau ?! Jahanam kau ! "
Kaki dan tangan Zafry Hanafi sudah diikat dibangku yang dia duduk sekarang . So Zafry Hanafi susah untuk bergerak.
" Apa kau kata ? Aku jahanam ? Kau tu yang jahanam ! Perampas hak orang ! " jerkah Muhaimin di hadapan Zafry Hanafi.
" Bila masa aku rampas hak kau ? Maksud kau aku rampas Fieyaa dari kau ? "
" Yalah haifa tu milik aku bukan kau ! Hahahahaha tak apa - tak apa kejap lagi Haifa datang sini kita tanya dia ea ? Dia pilih aku ke atau dia pilih kau ? " kata sinis Muhaimin lalu ketawa berdekah - dekah seperti orang gila.
Seketika Haifa datang .
" Fieyaa.. awak lari awak ! Jangan dengar cakap orang gila ni ! " rayu Zafry Hanafi. Dia risau kalau Muhaimin mengapa - apakan Haifa. Dia lebih rela nyawanya dipertaruhkan daripada melihat Haifa disakiti oleh Muhaimin.
Haifa hanya menggeleng kecil. Haifa berdebar - debar melihat Muhaimin yang begitu serabut di mata Haifa. Tiada lagi Muhaimin yang handsome dan kemas dengan pakaian sekolahnya. Tiada lagi senyuman yang menawan yang terbit di bibir Muhaimin seperti dulu. Muhaimin betul - betul berubah.
" Ehh faa dah datang lah. Sini sayang ... dekat dengan Min .. " panggil Muhaimin.
" Kalau aku pergi dekat kau , kau janji yang kau akan lepaskan Hanafi ? " tanya Haifa.
" Ye sayang .. "
Haifa melangkah dengan penuh debaran. Apabila dia sudah hampir dengan Muhaimin tiba - tiba dia mengeluarkan sebotol minyak wangi yang disimpan dibelakangnya lalu menyemburkannya di muka Muhaimin. Muhaimin mengerang kepedihan matanya. Selepas itu Aril , Ajeyyy dan Is menangkap Muhaimin lalu mereka menyerahkan Muhaimin kepada pihak U.
Haifa , Aqeela dan Zana pula menolong Zafry Hanafi membuka ikatan tangan dan kakinya.
" Hanafi awak okay ? " tanya Haifa yang risau dengan keadaan Zafry Hanafi.
" Saya okay aje. Awak jangan risau ea ? " kata Zafry Hanafi.
" Alhamdulilah semuanya dah selamat sekarang ni " ujar Kak Amy.
Selepas itu mereka pun beredar dari situ dan balik ke hostel masing - masing. Keesokkan harinya , pihak U telah memberitahu kepada Haifa bahawa Muhaimin telah ditahan di hospital sakit jiwa. Ya Muhaimin telah disahkan oleh doktor bahawa dia mempunyai gangguan jiwa. Kini dia dirawat di hospital tersebut.
Sejak dari hari itu juga Haifa mulai sedar yang tugas Zafry Hanafi sebagai boyfriend untuk menjaga keselamatannya akan berakhir. Haifa sedih . Dia sudah tidak boleh rapat lagi dengan Zafry Hanafi. Sejak dari hari itu jugak Zafry Hanafi semakin menjauhkan diri daripada Haifa.
Beberapa minggu kemudian.
" saeng-il chughahamnida chingu " ucap Aqeela kepada Haifa.
Ya hari ni adalah hari di mana Haifa dilahirkan. Hee dah cukup dah umur Haifa iaitu 18 tahun. Kejap aje kan rasanya. Haifa sebak . Tiba - tiba teringatkan familynya yang jauh di sana.
" Qee aku rindu lah dekat mak aku , family aku . " rintih Haifa.
" Mak pun rindukan faa sayang ... " kedengaran suara mak Haifa.
Jeng jeng jeng. Aqeela mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebenarnya Aqeela membuatkan video call dari mak dan family Haifa.
" Mak ! Faa rindu mak ! Rindu masakan mak ! Rindu nak tidur atas riba mak ! Rindu rilakkuma dekat umah ! Rindu abah ! Rindu Abang long , kak ngah , kak cik , abang cik , arhhh semualah rindu ! "
Atudiaaa punya banyak kau rindu ehh Haifa . Haifa gembira dapat buat video call dengan mak dan familynya itu.
" Happy Birthday Haifa Hafieya ! " laung family Haifa dari dalam video call tersebut. Haifa menangis dibuatnya. Terharu punya fasal haahahahaha.
Hampir setengah jam jugak lah Haifa bervideo call dengan familynya , rindu punya fasal. Hahahah nasib baik lah telefon si Aqeela ni hari ni free untuk buat video call. Kenapa baik sangat Maxis pun tak tahu lahh ceyhh.
" Qee thanks weyhh sebab buat video call untuk aku ! Sayang kau. Kau memang kawan terbaik di dunia lah ! " jerit Haifa.
" Amboii faa , bodek ke ni ? haahaha " kata Aqeela.
" Hehe "
" Okey lah jom ikut aku kejap , still ada surprise lagi di luar sana . " kata Aqeela lalu menarik Haifa untuk keluar dari hostel.
" Surprise apa lagi ni Qee ? " tanya Haifa pelik.
Aqeela membawa Haifa pergi ke taman mini yang berdekatan dengan U mereka. Seketika Aqeela menyuruh Haifa untuk duduk di sebuah bangku.
" Kau duduk sini kejap ea ? "
" Eh kau nak pegi mana pulak tu ? Jangan tinggal aku sorang - sorang. "
Aqeela hilang.
" Haish Qee ni tinggal aku sorang - sorang kenapa entah. "
Selang beberapa saat kemudian tiba - tiba Haifa terdengar petikan gitar dari arah belakangnya. Haifa menoleh.
" Hanafi ? " kata Haifa tersentak.
Ya Zafry Hanafi datang bersama sebuah gitar. Dia memainkan lagu ' Happy Birthday ' . Haifa diam tidak berkutik. Setelah selesai Zafry Hanafi memainkan lagu Happy Birthday , dia mendekati Haifa dengan sejambak bunga yang telah dia sediakan.
" Fieyaa Happy Birthday . " ringkas kata Hanafi lalu menghulurkan bunga tersebut kepada Haifa. Haifa menyambut bunga itu.
" Awak tahu hari ni birthday saya ? Ermm kenapa selama ni awak menghilang . Awak menjauh dari saya ? Sebab kita bukan lagi couple ? " luah Haifa. Haifa mulai sebak. Air matanya mulai turun.
" Awak , awak stop . Dengar dulu apa yang saya nak cakap. First sekali saya minta maaf lepas kejadian hari tu saya terus menghilang , jauhkan diri dari awak semua tu. Saya buat semua tu sebab saya tak ready lagi untuk dengar awak cakap yang kita dah tak ada apa - apa. Saya dah mula suka dan sayang pada awak Fieyaa. Saya takut saya tak boleh terima untuk kehilangan awak. Tapi suatu hari tu,Aqeela jumpa saya and dia dah bagitahu semuanya pasal awak . " jelas Zafry Hanafi.
" Maksud awak ? Pasal saya ? "
" Ya , Aqeela dah ceritakan semuanya. Dia dah bagitahu saya yang saya ni adalah crush awak selama ni. Saya betul - betul terkejut dan tak sangka yang saya ni crush awak. Saya rasa bertuah sangat yang saya ni crush awak. "
Ya allah , Qee memang nak kena dengan aku ni. Muka Haifa dah mula membahang. Malu punya fasal. Kantoi lah .
" So saya tetap nak minta putus relay fake yang kita buat selama ni . " ujar Zafry Hanafi lagi.
Haifa tersentak. Hanafi tetap nak putus ? Mata Haifa mulai berkaca kembali.
" Sudi tak awak real couple dengan saya ? " ucap Zafry Hanafi.
Butir - butir jernih jatuh di pipi mulus Haifa. Bukan air mata sedih malah air mata terharu. Dia tak sangka di hari lahirnya yang ke 18 tahun ini dia akan dapat kenangan - kenangan terindah seperti ini. Haifa mengangguk kecil dengan pertanyaan Zafry Hanafi. Zafry Hanafi tersenyum manis. Zafry Hanafi lega akhirnya dapat jugak dia confess perasaan yang dah lama terpendam ni.
Selepas itu keluar lah Aqeela , Zana , Aril , Is , Ajeyyy dan akhir sekali kak Amy bersama kek hari lahir Haifa daripada tempat mereka menyorok. Hahahaah biasalah tak nak lah kacau orang tengah confess kan. Nanti tak jadi kang susah pulak. Haifa terus memeluk Aqeela.
" Thanks Qee , thanks untuk semuanya " bisik Haifa sambil memeluk erat Aqeela.
Selepas itu , mereka pun menyambut Hari jadi Haifa dengan meriah sekali walaupun simple.
#Settle sudah hal Muhaimin , Haifa dan Zafry Hanafi so sekrang ni tinggal hal si Aqeela pula. Hmmm still alone lagi ke macam mana ni . Nak tahu ? Macam biasa tunggu lah bab yang akan datang ya. Kbye xoxo. - Ieqah Kazumi -
#Vote
#Komen
#ThanksReader.
#AddReadingListPlease.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro