Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

" Maksud Hanafi ? "

" Okay Fieyaa jangan salah faham dulu. Macam ni i just want help my friend. Haifa sekarang secara officialnya dah jadi kawan Hanafi. So Hanafi tak boleh la tengok kawan Hanafi kena kacau macam ni. And mungkin kalau kita couple betul - betul. Tapi hanya untuk jaga keselamatan Fieyaa. Budak lelaki tu mungkin takkan berani kacau fieyaa lagi." terang Zafry Hanafi.

Alahai ingatkan betul lah tadi Hanafi nak couple dengan aku sebab dia sayangkan aku . Tapi just nak jaga aku. Faa kau jangan perasan dan jangan berharap lah. Mana mungkin kita akan bersama dengan crush . Mimpi aje lah. Monolog Haifa agak sedih tapi terasa tenang apabila dia disamping Hanafi.

" So macam mana ? Setuju tak couple dengan Hanafi ? " tanya Hanafi lagi.

" Ermmm yalah - yalah setuju " putus Haifa.

' Couple olok - olok pun olok - olok lah. Janji aku selamat dari Muhaimin gila tu. ' getus hati Haifa.

" Terima kaseh " ucap Hanafi sambil tersenyum.

" Kenapa pulak awak nak terima kaseh ? Sepatutnya saya yang berterima kaseh dengan awak sebab risaukan keselamatan saya. Awak memang kawan yang baik. " kata Haifa pulak.

" Hahahaha apa - apa je lah. "

Dalam tidak sedar. Aqeela sedang dengar semua perbualan Haifa dan Zafry Hanafi di sebalik pintu.

' Tak guna kau Muhaimin. Kau kacau Haifa lagi ? Kau memang nak kena dengan aku ! ' getus hati Aqeela lalu melangkah pergi mencari Muhaimin.

*******************

" Muhaimin ! " jerit Aqeela setelah melihat kelibat Muhaimin yang sedang duduk di atas bangku. Penat dia mencari Muhaimin di sekeliling falkulti. Rupa - rupanya dia study di Falkulti Seni Grafik.

" Eh Aqeela ? Lama kita tak jumpa kan ? " kata Muhaimin cuba beramah mesra dengan Aqeela.

" Banyak lah kau lama tak jumpa. Aku bukan nak jumpa kau pun. Ni aku nak bagi amaran dekat kau . Kau jangan kacau Haifa lagi. Kalau kau kacau dia lagi. Mati kau dengan aku ! " kata Aqeela keras sambil menunding jarinya tepat ke muka Muhaimin.

Muhaimin tersenyum sinis.

" Aku tak takut lah dengan amaran kau. Sekarang ni aku cuma nak hak aku balik ! "

" Hak apa ? Kau dengan Haifa bukannya ada apa pun. Kau tu kan dah ada girlfriend dulu ? So kenapa sekarang baru nak terhegeh - hegeh nak cari Haifa balik ! " kataku membalas kata - kata Muhaimin.

" Ya memang aku ada girlfriend tapi tu dulu . Sekarang aku sedar yang aku sebenarnya sayangkan Haifa. Aku nak Haifa balik " jelas Muhaimin.

" Hahaahah lawak lah kau ni. Lebih baik kau move on aje lah. Dah terlambat ! Haifa dah tak sayangkan kau dah. Lagipun sekarang dia dah ada boyfriend. So kau jangan kacau kebahagiaan dia lagi ! " kata Aqeela lalu ingin melangkah pergi .

Tiba - tiba pergelangannya di tarik kuat oleh Muhaimin.

" Kau kasi tahu Haifa. Kalau aku tak boleh dapat dia balik. Orang lain pun takkan boleh dapat dia ! " kata Muhaimin dan lagaknya seperti orang gila sahaja .

" Lepaslah tangan aku ! " kata Aqeela lalu dia memijak kaki Muhaimin kuat. Muhaimin melepaskan pergelangan tangan Aqeela.

" Mungkin dengan Haifa kau boleh tarik tangan dia sampai sakit. Tapi bukan aku ! " kata Aqeela lalu pergi meninggalkan Muhaimin yang dalam keadaan kakinya yang sakit.

Dari jauh.

" Eh tadi tu bukan Aqeela ke ? Hostelmate si Amy ? Dia cakap dengan siapa tu ? Macam gaduh aje . " monolog Fad di dalam hati. Dia kebetulan lalu berdekatan dengan Falkulti Seni Grafik dan tidak sengaja melihat kejadian di antara Aqeela dengan lelaki entah siapa tu.

Tiba - tiba seseorang menyapa Fad dari belakang.

" Oiii kau kat sini rupanya Fad ! " sapa Is.

" Eh Is kau buat apa kat sini ? "

" Aku yang patut tanya kau buat apa kat sini ? " tanya Is kembali.

" Err aku saja - saja cuci mata hahaha jom pegi cafe jom. Aku belanja . Kau bayar . Hahaha " kata Fad lalu memulakan langkah beriringan dengan Is.

*****************

Perjalanan Aqeela kembali ke bilik kesihatan yang sedang didiami oleh Haifa.

" Hmm apa la nasib aku hari ni . Dah la pipi aku dah mula merah sebab penampar minah senget  yang muncul dari mana entah. Pastu tangan pulak merah sebab kena tarik dengan mamat gila tu . Nasib - nasib. " ngomelnya seorang diri.

Setibanya di bilik kesihatan.

" Faa kau okay ? Faa sorry lambat aku ada hal tadi. " tipu Aqeela. Dia tidak mahu merungsingkan Haifa lagi.

" Ehh Qee tak apa - tak apa. Aku okay dah. Demam aku pun dah makin kurang. Nasib baik ada Hanafi "

Ya Hanafi masih setia menemani Haifa di bilik kesihatan.

" Ohh thanks Hanafi sebab selamatkan Haifa lagi. " kataku.

" Sama - sama. Kebetulan aje pun "

Tiba - tiba Haifa perasan akan perubahan pipi Aqeela yang kemerah merahan .

" Ehh Qee kenapa dengan pipi kau tu ? Merah semacam aje ? "

" Err pipi aku .. pipi aku tak dak apa - apa lah. Aku terlanggar tiang kat depan tandas tadi. Tu yang nampak macam merah " bohong Aqeela.

" Oh ingatkan kenapa. "

" Okay lah guys . Hanafi balik hostel dulu lah ya. Ermm fieyaa kalau ada apa - apa call Hanafi yaa " pesan Zafry Hanafi kepada Haifa. Haifa hanya mengangguk kecil. Dia dan Zafry Hanafi tadi menukar no. telefon masing - masing.

" Aiceyceh nak call - call pulak . Ada apa - apa ke ni ? " tanya Aqeela walaupun sebenarnya dia dah tahu pun.

" Qee ! " jerit Haifa teruja lalu menyentuh pergelangan tangan Aqeela yang sakit. Aqeela mengetap bibir. Ya Allah pedihnya. Dahi Aqeela berkerut - kerut menahan sakit.

" Eh kau kenapa Qee muka macam tu ? " kata Haifa sambil melepaskan pegangan tangan Aqeela.

" Hah ? Tak ada apa - apa lah. Hah cepat cerita apa jadi ni ? " kata Aqeela mengubah topik.

" Aku dengan Hanafi couple ! " kata Haifa.

" Wahhh untungnya kau ..." 

" Hmm tapi just untuk jaga keselamatan aku dari Muhaimin aje. " ujar haifa tiba - tiba sedih.

" Alaa okey lah tu, janji dapat jugak merasa couple dengan crush. Aku ni ? Hmm jumpa ajeyyy pun dah jarang sekarang ni " kata Aqeela sedikit sedih.

" Hee yalah. Kau jangan sedih ea. Nanti ajeyyy jumpa kau la tu " pujuk Haifa.

Aqeela mengangguk kecil.

********************

Sejak Haifa digelar jadi girlfriend si crushnya iaitu Zafry Hanafi. Haifa makin rapat dengan Zafry Hanafi. Ke mana saja berdua. Mesti hairan kan ? Takkan Haifa tinggalkan si Aqeela pulak? Hahaha taklah. Aqeela saja tak nak kacau Haifa berdua dengan Zafry Hanafi. Aqeela yakin yang Zafry Hanafi boleh menjaga keselamatan Haifa. Lagi pula sejak diaorang couple. Muhaimin dah tak muncul. Entah lah dia tu bukan boleh sangat suka muncul tiba - tiba.

Sedang Aqeela ingin menyimpan beg pakaiannya di atas almari tiba - tiba sesuatu jatuh dari begnya.

" Aduhai benda apa pulak yang jatuh ni " 

Aqeela  mengambilnya. Pencil case yang hari tu. Aqeela membelek setiap inci pencil case tu.

" Bila masa aku beli pencil case ni ea ? " 

Tiba - tiba Aqeela terpandangkan suatu ukiran di dalam pencil case itu. Suatu ukiran huruf ' QA Laff FZ ' . Aqeela tersentak. Kotak fikirannya memproses segala - galanya tentang kenangan pencil case ni.

*Flasback 8 tahun lepas*

" Akak pencil case ni memang sepasang ea ? " tanya Aqeela kepada kakak penjaga kedai.

" Haah dik. Tengah promosi. Satu lagi adik boleh buat ukiran dia kat dalam. Free aje ukiran tu. "

" Oh okay lah akak saya ambil pencil case dua - dua ni ea . Lepas tu tolong buat ukiran ' QA Laff FZ ' "

Ya kini dia ingat pencil case ni dibelinya pada 8 tahun dulu. Pencil case ni ada pasangan dia. Yang dimiliki Aqeela berwarna pink manakala yang satu lagi warna biru.Pencil case yang satu lagi dia dah bagi hadiah dekat first love dia dulu masa first love dia dah nak exam UPSR. Tapi malangnya hadiah dia dibuang ke dalam tong sampah walaupun first love dia tak pernah tengok sikit pun hadiah apa yang dia kasi. Air mata mulai turun laju di pipi Aqeela. Satu - satu nya kenangan apabila hadiahnya di buang dalam tong sampah amat - amat dia tidak boleh lupa. 

' Entah lah apa yang jadi dekat dia sekarang kan ? Dah 8 tahun kami tak jumpa. Mesti dia dah tak ingat aku ' getus hati Aqeela.

Lama kelamaan Aqeela mengusap air matanya. Dia ketawa sendiri. Hahaha apa lah kau ni Qee pasal pencil case pun nak nangis ke ? Cengeng betul !

" Tapi jap , bukan ke ... abang Is punya pencil case hari tu pun macam ni ke ? Hahahaah mungkin kebetulan aje kot. Pencil case macam ni bersepah orang jual. Bukannya aku beli limited edition pun. " monolog Aqeela tiba - tiba teringatkan kejadian yang Is tinggalkan pencil case dekat atas mesin air.

Setelah itu Aqeela membuat keputusan yang dia ingin menggunakan semula pencil case tersebut. Lama dia simpan and tak pakai langsung pencil case tu. Lagipun pencil case tu kelihatan masih elok even usia pencil case tu dah mencecah 8 tahun. Lama jugak kan ? 

" Qee .. " sapa kak Amy.

" Ye kak ? " 

" Akak bosan lah. Kita keluar pegi jalan - jalan nak ? " ajak Kak Amy.

" Hmm okay jugak lagipun hari ni kan kelas kita tak ada kan ? . "

" Ya. Faa mana faa ? Dari tadi akak tak nampak dia pun. " soal Kak Amy.

" Oh dia keluar dengan boyfriend dia " kataku.

" Oh keluar dengan Hanafi ea ? Budak falkulti perniagaan tu kan ? "

" Haah kak . " jawab ku.

" Oh maksudnya kita berdua aje lah yang keluar. " putus kak Amy.

" Aik ? Zana tak nak ajak ? " tanya ku pula.

" Oh Zana dia dah keluar dengan geng dia. "

" Oh okay - okay, tak apa lah kak kita berdua pun okay. Kejap ea Qee bersiap kejap. "

Aqeela dan Kak Amy berdua aje lah hari ini. Kak Amy membawa aku pergi ke mall yang berdekatan dengan U kami. Kata kak Amy nak ajak tengok wayang , main bowling , karokae , rb macam - macam lagi lah. Hahahaha entah sempat entah tidak .

" Kak asal kita tak masuk dalam ?" tanya Aqeela hairan kerana hanya tercegat di luar mall saja.

" Kejap ea Qee , kita tunggu kawan akak jap. " 

" Kawan ? Alaa ingat aku dengan kak Amy aje . " monolog aku di dalam hati.

Seketika kawan yang dimaksudkan kak Amy pun datang. Aku terkedu.

' Wahhh kak Amy ajak ajeyyy lah. Tapi kat belakang tu ... abang Is ?! Alaa asal dia kena ikut jugak. ' getus Aqeela di dalam hati.

" Hai Amy " sapa Ajeyy dan Is kepada Amy.

Aku melihat di sekeliling ku cuba memeriksa agar tak ada minah senget yang tampar aku hari tu. Takut kena serang dengan dia pulak dekat sini.

" Ehh Qee pun ada ? " tanya Ajeyyy. Entah lah sekarang ni tiba - tiba dia rasa yang dia ingin kenal rapat dengan gadis di hadapannya  ini sejak kejadian hari tu. Hatinya rasa lain bila berjumpa gadis di hadapannya sekarang ni. Dia dah jatuh cinta ke ? Setelah sekian lama hatinya tertutup rapat dari mana - mana perempuan pun. Baru sekarang rasa macam dah terbuka.

Wahh crush tegur beb. Berterabur iman.

" Heee hai abang ajeyyy " ucap ku mesra. Rindu sebenarnya dah lama tak jumpa Ajeyyy even satu U and satu falkulti. Asyik stalk dia kat Instagram aje kerja aku.

" Ehh Aril tak ikut ? " tanya Kak Amy setelah sedar tiada kehadiran Aril .

" Oh Aril dia ada hal apa entah. So kitaorang berdua aje lah. " 

" Ohh okay lah jom . Kita tengok wayang dulu ea "

Kami bergerak ke tingkat atas untuk tengok wayang . Kak Amy memilih cerita ' Kimchi Untuk Awak ' *cerita ni tk keluar lagi sebenarnya tapi lantaklah author nak letak pun :p* Di dalam panggung wayang abang Is duduk di bangku pertama , kak Amy di bangku yang kedua , aku ketiga manakala ajeyyy yang keempat. So mean aku duduk kat sebelah ajeyyy. Hahahaah nasib Haifa tak ikut ni kalau tak kerja dia nak mengusik aku aje.

' Alaa kenapa lah bukan aku yang duduk sebelah Aqeela ' getus hati Is.

Setelah selesai menonton wayang. Kami pergi ke bahagian rb . Di bahagian rb ramai jugak lah budak - budak muda especially budak - budak couple. Abang Is , Kak Amy ngn Ajeyy dah jalan ke hadapan untuk ke kaunter rb aku sorang aje duk jalan dekat belakang diorang tiba - tiba seseorang menyekat jalan ku.

" Hai dik , main rb dengan abang jom ? " ajaknya.

Dah kenapa mamat ni ? Kenal apa pun tak tiba - tiba ajak main rb sesama. Gila kot mamat ni. Aku buat tak tahu aje dengan ajakan mamat yang datang dari mana pun tak tahu. Aku ingin melangkah semula tiba - tiba tangan kanan aku ditarik oleh mamat tadi. Aduh sakit lagi lah tangan aku nanti. Baru hari tu aje baik.

" Adik jangan jual mahal sangat " katanya lagi.

" Lepas lah ! " rontaku.

" Alaa main rb aje pun jom lah " katanya lalu menarik tangan aku mengikuti langkahnya. Tapi baru hanya beberapa langkah saja tangan kiri ku ditarik oleh seseorang. Akibat tarikannya yang agak kuat , badan ku terdorong ke belakang dan hidung ku terkena bahunya. Sekarang aku di sisi seseorang itu.

" Kau nak bawa dia pegi mana ? " kata ajeyyy sambil pergelangan tanganku dipegang kemas. Ya ajeyyy dia yang selamatkan aku. Nasib baik ada baju kalau pegang dekat tempat yang tak berlapik memang dah makan penampar aku.

" Kau sibuk pehal ? Tak payah nak tunjuk hero lah kat sini " kata mamat tu lagi.

" Dia girlfriend aku. So kau boleh blah ! " kata ajeyyy keras.

What ? Girlfriend ? Memang nak pengsan jugak aku kat sini hah !

" Oh sorry bro aku ingat dia single. Tak sangka pulak dah ada boyfriend " kata lelaki tu lalu beredar pergi.

Seketika ajeyyy memandang aku.

" Lain kali jangan jalan kat belakang sorang - sorang . Faham ? " katanya tegas lalu menarik tangan aku mengikuti langkahnya. Seketika di hadapan kaunter yang sedang ditunggu Kak Amy dan abang Is.

" Asal lambat sangat ? " tanya kak Amy. Yang muka abang Is masam semacam dah kenapa.

" Ni hah tadi ada orang kacau si Qee ni . " kata ajeyyy pegangan tangan Aqeela belum dilepaskan.

" Oh sebab tu lah kau pegang tangan dia tu " tegur Kak Amy.

" Ehh sorry Qee , abang tak perasan " kata Ajeyyy lalu melepaskan tanganku

Muka aku jangan kata lah dah macam udang pangang beb. Yang abang Is tetap dengan muka masamnya.

' Sakitnya hati aku haish ' getus hati Is.


#Alahai berebut pulak diaorang ni. Hahaahhaha dah la dua - dua berkawan baik. Nak tahu apa yang jadi dengan hang out diaorang ni ? Tunggu lah dekat bab yang seterusnya. Kbye . Xoxo -Ieqah Kazumi - 

#KomenDanVote.#ThanksKepadaParaReader. #SilaBeriFeedback.

#AddReadingListPLease.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro