Bab 11
Muhaimin masih tekad mengenggam pergelangan Haifa. Zafry Hanafi yang geram melihat cara Muhaimin yang tak makan dek saman tu. Dia terus melangkah ke arah Muhaimin lalu memberikan penumbuk sulungnya ke muka Muhaimin yang tiada cacat cela. Hahahaahah lepas ni ada lah kesan lebam tu. Padan muka.
Muhaimin terjelopok. Tak sangka kuat jugak tumbukan dari mamat ni . Getus hatinya sambil memegang mukanya yang ditumbuk . Muhaimin bangun.
" Awak okay fieyaa ? " tanya Zafry Hanafi cemas.
Haifa hanya mengangguk.
Seketika Muhaimin bersuara .
" Faa ingat ea ! Urusan kita belum selesai lagi ! " ujar Muhaimin sedikit keras nadanya lalu beredar dari situ. Mungkin takut mukanya yang agak handsome tu rosak kot akibat menerima hadiah dari Zafry Hanafi sebab tu dia lari tu.
Zafry Hanafi membawa Haifa duduk di suatu bangku yang berdekatan.
" Fieyaa tenangkan diri dulu ya " kata Zafry Hanafi lalu meninggalkan Haifa untuk beli air di mesin yang berdekatan dengan mereka.
Baiknya lah crush aku ni. Hmm Ya Allah terima kasih sebab berikan penyelamat ini . Tiba - tiba Haifa teringat akan pengakuan crush nya itu. Seperti kaset rosak saja apabila perkataan itu asyik berulang - ulang di pendengarannya. Dia tersengeh sendiri.
" Nah air untuk awak " hulur botol air kepada Haifa.
" Thanks Hanafi " ucap Haifa.
Haifa meneguk air itu.
" Okay so ada awak nak cerita apa - apa tak kat saya pasal lelaki tu ? Dia siapa sebenarnya ? "
Ermm. Aduh nak cerita ke tak nak ea ? Nak cerita tak nak ? Tapi dia dah tanya.
" Errr macam ni ... " Haifa mula bercerita dari A - Z.
" Oh macam tu. Jahat betul la dia tu. Tak baik buat awak macam tu. Hmm sabar lah yaa awak. Dugaan Allah semua tu. Lain kali awak hati - hati ya. Kalau dia kacau awak lagi , awak bagi tahu aje kat saya. " jelas Zafry Hanafi.
Haifa tersenyum. Tiba - tiba sengal di tangan terasa kembali.
" Tangan awak sakit ke ? " tanya Zafry Hanafi.
" Ya sakit tapi tak apa lah sikit aje nanti balik hostel saya letak ubat. " ujar Haifa kerana tidak mahu menyusahkan Zafry Hanafi lagi.
Seketika Aqeela datang.
" Faa ! Apa jadi dengan kau ni ? Aku dengar ada budak - budak cakap kau kena kacau dengan sorang mamat ni. Lari formula one aku sebab risaukan kau ! " kata Aqeela yang tercungap - cungap akibat berlari sebentar tady.
Tiba - tiba dia terpandang akan lelaki di sebelah Haifa.
" Ke mamat ni yang kacau kau ? ! Mehh sini aku luku dia " kata Aqeela ingin membuka langkah tapi ditahan oleh Haifa.
" Tak lah Qee bukan dia. Ni Zafry Hanafi crush aku " bisik Haifa.
" Eh ya tak ya jugak . Tak perasan aku tadi. " berbisik jugak.
Zafry Hanafi tayang muka pelik dengan dua orang perempuan di hadapannya yang sedang berbisik.
" Bukan Hanafi yang kacau aku. Nanti aku cerita kisah sebenar ea kat hostel. Dan Hanafi yang tolong aku dari orang yang kacau aku tadi sebenarnya . " ujar Haifa .
" Oh . Err maaf yaa Hanafi . Saya salah sangka. By the way thanks sebab selamat kan kawan saya ni ya" kata ku meminta maaf.
" Oh tak apa - tak apa . Sama - sama aje. Ermm okay lah Fieyaa kawan awak pun dah ada. Saya pergi dulu lah ea ? Ingat semua pesan saya yang tadi tau . ok bye Assalamualaikum korang . " kata Zafry Hanafi lalu beredar meninggalkan mereka berdua.
Haifa tersenyum sampai ke telinga.
" Amboi sampai berpesan - pesan ni apa cerita ? " usik Aqeela.
" Hahahaha ada lah wekkk ! "
" Jap pergelangan tangan kau kenapa sampai merah tu ? "
" Hmmm mamat yang kacau aku tu la yang buat tangan aku sampai macam ni. Sakit gila Qee. Aku nak nangis arrr " rengek Haifa.
" Dah - dah jom balik hostel. Kau kena ceritakan segala - galanya dekat aku. Jom - jom "
Mereka berdua pun melangkah pergi .
*************
Di hostel perempuan.
" What ? Muhaimin muncul balik ? Muhaimin yang masa sekolah menengah dulu tu ke ? " soal Aqeela seakan - akan tidak percaya.
" Ya lah..dia yang buat tangan aku sampai macam ni. Lepas tu dia desak - desak aku tanya kenapa aku menghilangkan diri apa semua tu . Yang paling aku sakit hati sangat dia still tak tahu apa yang dia dah sakit kan hati aku . Kurang ajar kan manusia yang macam tu. " panjang lebar Haifa luahkan kepada Aqeela.
" Hmm ya kurang ajar betul lah. "
" Tapi nasib baik time tu Hanafi muncul . Dia selamatkan aku. Dan yang paling - paling happy sangat dia mengaku yang aku ni girlfriend dia semata - mata nak selamatkan aku dari Muhaimin . Hahaha mau tak nya berbunga - bunga hati aku. "
" Serious ? Amboi kau hahaha untung lah. Crush back up tu. Habistu apa yang dia cakap ingat pesan dia ? Dia pesan apa ? " tanya Aqeela ingin tahu.
Haifa tersenyum.
" Dia cakap kalau Muhaimin kacau aku lagi. Dia suruh bagitahu dia. Pastu dia suruh aku hati - hati lepas ni. " kata Haifa bersama satu senyuman yang sukar ditafsir.
Aqeela jugak tersenyum. Aqeela terasa bahagia apabilah Haifa mulai tersenyum seperti itu demi seseorang. ' Dah lama aku tak tengok kau senyum macam tu Faa sejak Muhaimin sakitkan hati kau . Aku janji Faa kalau Muhaimin sakitkan kau lagi. Aku sendiri yang pergi luku dia cukup - cukup ' getus hati Aqeela.
Aqeela walaupun dia sudah berubah kepada lemah lembut tapi sikap tomboinya masih ada tersimpan sedikit untuk digunakan pada waktu - waktu yang tertentu. Hahahahah.
" Qee aku takut lah kalau Muhaimin kacau aku lagi nanti. Aku rimas la dengan dia tu. " adu Haifa lagi.
" Jangan risau aku dengan Hanafi kan ada ? " kata Aqeela bersama usikan kerana aku saja menekan apabila menyebut nama ' Hanafi '
" Hahaha iya lah " kata Haifa.
Sejak dari hari itu Muhaimin tidak muncul lagi di hadapan Haifa. Fikir Haifa mungkin dia takut kena tumbuk lagi kot dengan Hanafi hahahaha. Sehinggalah suatu hari itu ...
" Faa bangun lah cepat nanti lambat masuk kelas pulak. "
Haifa diam di dalam selimutnya.
" Faa bangun lah Faa . Kak Amy dengan Zana dah keluar dah pergi kelas." kata Aqeela lalu menyelak selimut Haifa. Dia melihat muka Haifa yang berpeluh - peluh. Lalu Aqeela menyentuh dahi Haifa pulak. Suam. Aik Haifa demam ke ?
Seketika Haifa bangun.
" Yelah kejap aku mandi aku siap. " katanya dengan suara yang serak.
" Jap Faa kau demam ea ? Kalau demam tak payah masuk kelas la hari ni . Kau rehat aje. " kata Aqeela risau.
" Tak lah aku tak demam. Just rasa nak demam ja . Baru ' nak ' aje . Tak demam lagi " sempat Haifa buat loyar buruk.
Seketika dia pun mandi dan bersiap. Di kelas Haifa tidak terlalu fokus . Dia banyak meletakkan kepalanya di atas meja sahaja.
" Faa balik ni makan ubat kay ? " kata Aqeela.
Ubat ? Err Haifa Hafieya seorang yang tak suka dengan ubat. Paling benci ubat la. Tak sedap ! Pahit . Kutuk Haifa tentang ubat. Haifa hanya diam.
Setelah habis kelas prof Amri. Semua pelajar pun keluar dari bilik kuliah.
" Faa kita pergi tandas kejap ea ? Aku nak buang air kecil lah pulak "
Haifa hanya mengangguk. Tak larat dia nak bercakap.
Di hadapan pintu masuk tandas.
" Kau nak masuk jugak tak ? " tanya Aqeela.
" Ermm tak nak lah . Aku tunggu kau kat bangku tu je lah . " kata Haifa lemah.
" Hah okay - okay ..tunggu tau jangan pergi mana - mana tau ! " kata Aqeela lalu masuk ke tandas.
Haifa duduk di atas bangku yang berdekatan . Dia menyandarkan badannya di bangku tersebut sambil memejamkan mata seketika. ' Hmm rimasnya demam ni. Rasa tak larat aje. Makkk Faa rindu makk. Selalu mak jaga Faa time - time Faa demam macam ni. Ngomel Haifa di dalam hati.
Keamanan dan kententeraman Haifa terhenti di situ apabila seseorang melaungkan namanya dari jauh .
" Faaa ! " laung Muhaimin.
Terus matanya terbuka dan melihat ke arah datangnya suara itu. Haifa terkejut . Kelihatan Muhaimin ingin mendekatinya lagi. Tanpa memikirkan apa - apa lagi Haifa terus berlari . Muhaimin tidak mengalah dia tetap mengejar. Haifa.
Dalam tidak sedar Haifa sudah melalui blok falkulti perniagaan . Tiba - tiba hanya satu nama saja yang dia mengharapkan sekarang ni. Ya Zafry Hanafi satu - satunya manusia yang dapat membantunya sekarang ni.
' Hanafi awak kat mana ? ' getus Haifa sambil mencari - cari disekitar falkulti.
" Faa . Jangan lari dari Min ! " jerit Muhaimin dari kejauhan. Masih cuba mengejar Haifa.
Di hadapan tandas pulak.
" Aikk mana Haifa ? Tadi bukan dia cakap nak duduk kat bangku ni ke ? "
Tiba - tiba seseorang melanggar Aqeela.
Bukkk ! Aduh sampai yang langgar aku ni buta ke ?
" Ehh sorry - sorry . " kata seseorang .
" Mata tu letak kat mana sampai ... ehh abang Is ? "
Is yang melanggarnya sekarang ni.
" Ehh Aqeela . Sorry - sorry abang betul - betul tak sengaja. " kata Is .
" Oh tak apa - tak apa "
" Aqeela buat apa kat sini ? " tanyanya lagi.
" Aqeela masuk tandas tadi " kata Aqeela.
" Oh okay lah abang gerak dulu ea. Abang ada perbincangan group. Bye Assalamualaikum. " kata Is sambil tersenyum. Iya lah dah berapa minggu dia tidak terserempak dengan si Aqeela ni. Rindu pulak rasa hati.
" Waalaikumusalam. Ermm mana Haifa ni ? Jangan - jangan Muhaimin ... " baru saja Aqeela ingin melangkah untuk mencari Haifa . Tiba - tiba pergelangan tangannya di rentap oleh seseorang dan ...
Pang !
Pipi Aqeela ditampar kuat. Aduh siapa pulak yang tampar aku ni . Mangkuk betul. Sakitnya. Ibu dengan Baba pun tak pernah tampar aku tiba - tiba siapa yang berani tampar aku ni ?!
" Hoii kau siapa hah berani - berani tampar aku ? " tanya Aqeela sambil memegang pipinya yang terasa semakin membahang akibat di tampar.
" Aku ni girlfriend Is ! Kau dengar sini perempuan ! Kau jangan berani - berani nak dekat dengan Is. Ni baru sikit aje kau kena tampar . Aku boleh buat lebih teruk dari ni ! " jerkah Hana Camelia.
Girlfriend abang Is ? Aduh dugaan apa pulak ni Ya Allah.
" Aku dengan abang Is tak ada apa - apa lah. Kau jangan tuduh - tuduh. " kata ku kasar dan tiada langsung panggilan hormat atau senior kepada perempuan di hadapan aku sekarang ni.
" Kau ingat aku boleh percaya ? Ni last warning ea ! Kalau aku nampak kau dekat lagi dengan Is siap kau ! " kata Hana lagi.
' Arghh lantak lah. Sekarang ni aku kena cari Haifa . ' getus hatinya lalu ingin melangkah.
Tapi disekat oleh Hana lagi.
" Kau dengar tak ni perempuan ?! " geram Hana setelah Aqeela tidak memberi respon dengan warning Hana.
" Boleh jalan lah kau dengan kau punya warning tu ! " kata Aqeela lalu melangkah dan sempat lagi menepis bahu Hana sehingga Hana seperti hendak jatuh.
Hana menghentak - hentak kakinya tanda protes.
********
Larian Haifa kian lama kian perlahan. Dia sudah terlalu penat untuk berlari lagi dengan keadaannya yang sakit. Tiba - tiba pergelangan tangannya ditarik seseorang.
" Fieyaa . "
Hah muncul pun orang yang dicari - cari.
" Kenapa lari ni ? " tanya Zafry Hanafi pelik.
" Ha .. nafi.. to .. tolong Fieyaa .. dia ..." kata Haifa yang tersekat - sekat akibat penat berlari.
" Faaa ! " laung Muhaimin lagi.
Zafry Hanafi terus memandang ke arah suara itu . Pandangannya tajam .
" Kau lagi ?! " jerit Zafry Hanafi keras.
Muhaimin terus lari lintang pukang setelah melihat Zafry Hanafi. Entah lah mungkin takut ditumbuk lagi dengan Zafry Hanafi kot. Lebam yang hari tu pun belum sembuh lagi.
" Fieyaa awak okay ? " tanya Zafry Hanafi risau.
" Sa..saya ok..okayy " kata Haifa sebelum pandanganya gelap tiba - tiba. Haifa rebah di hadapan Zafry Hanafi.
" Fieyaaa ! "
Mata dibuka perlahan - lahan . Pedih bila tengok lampu. Benda pertama yang Haifa nampak. Kipas.
' Aik aku kat mana ni ? Macam lain ja . " getus hati Haifa.
" Awak dah sedar Fieyaa ? " tanya Zafry Hanafi cemas di sisi.
" Ehh Hanafi. Apa yang jadi dekat saya ?Saya kat mana ni ? " tanya Haifa.
" Awak pengsan. Lepas tu saya bawa lah awak datang bilik kesihatan ni. Kat U kita ni kan ada bilik kesihatan. " ujar Zafry Hanafi.
" Awak bawa saya ke sini ? " tercengang Haifa.
" Hahaha tak lah . Takkan saya pulak yang nak angkat awak. Saya minta tolong la pelajar perempuan bawa awak ke sini . " terang Zafry Hanafi.
" Oh terima kasih ea Hanafi. Awak baik sangat dengan saya. " kata Haifa.
" Sama - sama . "
" Habistu macam mana dengan .. "
" Awak jangan risau dengan budak laki tu. Dia lari bila nampak saya tadi hahahah takut kena tumbuk lagi lah tu " kata Zafry Hanafi.
" Oh hmmm tapi saya tahu dia akan kacau saya lagi lepas ni . " keluh Haifa.
" Hmm baik lah sebenarnya saya dah buat keputusan sejak awak pengsan dari tadi. "
" Maksud Hanafi ? "
Zafry Hanafi menarik nafas panjang sebelum berbicara.
" Fieyaa .. "
" Yaa ? " Haifa menunggu dengan debaran.
" Couple dengan Hanafi. " jelas Zafry Hanafi.
Haifa terlopong.
#Hahahaha siapa setuju Zafry Hanafi couple dengan Haifa Hafieya senyum cepat ! Hahahaha agak - agak Haifa terima ke idok ea ? Lepas tu apa jadi dekat Aqeela ? Nak tahu tunggu la apa jadi di bab seterusnya . Kbye xoxo. - Ieqah Kazumi -
#SilaVoteDanKomen.
#Thanksreader.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro