
RANDOM TEASER #6
PREORDER DIBUKA ❗
Boleh beli secara single. Boleh juga beli secara kombo.
Tarikh pre-order:
10 FEBRUARI - 20 FEBRUARI 2022
Apa yang anda akan dapat (Single & Kombo) :
-Novel
-Bookmark
-Poskad dengan tandatangan
-Free gift
Sila ORDER melalui WHATSAPP di nombor telefon : 0135712413
Kalau nak lagi senang, tekan je link ws https://bit.ly/PreorderNovel
WHATSAPP ONLY! NO DM AT IG, FB OR WP.
Thank you and happy buying 🐇❤️
🌼🌼🌼🌼🌼
"Aku naik sekejap jelah. Nanti aku turun semula." Sejurus itu, Raid mengatur langkah meninggalkan isterinya sendirian di meja makan itu.
Jihan rasa seperti hendak menangis saja ketika itu. Tarik nafas, hela. Makanan yang berbaki di atas pinggannya direnung. Tidak buang masa, dia terus habiskan makanan tersebut. Tidak sampai lima minit, dia sudah selesai makan. Jihan bangun daripada duduknya. Pinggan dan cawan kotor di atas meja diangkat untuk dibawa ke sinki.
Suasana dapur yang sunyi itu membuat bulu roma Jihan meremang. Lain macam rasanya pagi itu. Mak Piah pun hilang entah ke mana. Bibir Jihan terkumat-kamit beristighfar sambil tangan lincah mencuci pinggan dan cawan kotor.
Prang!
Bunyi seperti ada benda pecah kuat menyapa pendengarannya. Terus terlepas span di tangan Jihan dek kerana terkejut. Nafasnya terasa sesak. Bunyi apa tadi?
Perasaan takut yang menyelubungi diri dibuang jauh. Jihan menyambung semula tugasnya mencuci pinggan dan cawan kotor. Kali ini, dia buat kerja lebih cepat. Mahu cepat tinggalkan dapur itu.
Selesai saja menyusun pinggan dan cawan kotor di rak besi tepi sinki, Jihan lap tangannya yang basah pada tuala kecil. Kemudian, bergegas dia atur langkah mahu keluar dari dapur itu.
Prang!
Langkah Jihan termati apabila bunyi yang sama kedengaran lagi. Melilau bebola matanya memandang sekeliling.
"Mak... Mak piah..." Nama pembantu rumah itu disebut.
Senyap.
Telan liur, Jihan beranikan diri untuk melihat apa punca bunyi tadi terhasil. Pintu dapur yang tertutup rapat itu didekati. Tangan diangkat dan menyentuh tombol pintu. Hati berbelah bahagi sama ada ingin memulasnya atau tidak. Hela nafas panjang, dia mula memulas tombol pintu tersebut. Daun pintu dikuak perlahan-lahan. Kepala menjengah sedikit ke luar. Sekitar rumah dipandang. Kosong. Tiada apa-apa. Tetapi bunyi apa yang dia dengar tadi?
Setapak Jihan melangkah ke depan. Terasa tapak kaki memijak sesuatu yang berupa cecair. Melekit. Menunduk ke bawah, mata Jihan membulat melihat apa yang berada di hujung kakinya.
"Argh! Encik Raid!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro