Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RANDOM TEASER #3




PREORDER DIBUKA ❗

Boleh beli secara single. Boleh juga beli secara kombo.

Tarikh pre-order:
10 FEBRUARI - 20 FEBRUARI 2022

Apa yang anda akan dapat (Single & Kombo) :
-Novel
-Bookmark
-Poskad dengan tandatangan
-Free gift

Sila ORDER melalui WHATSAPP di nombor telefon :  0135712413

Kalau nak lagi senang, tekan je link ws https://bit.ly/PreorderNovel

WHATSAPP ONLY!  NO DM AT IG, FB OR WP.

Thank you and happy buying 🐇❤️

🌼🌼🌼🌼🌼

JERITAN serta ketukan kuat pada pintu bilik menyedarkan Jihan yang baru sahaja hendak tertidur itu. Jam dipandang. Bukan waktu Raid balik. Siapalah yang ganas sangat ketuk pintu seperti hendak roboh.

Dengan rasa malas, Jihan turun daripada katil. Tombol bulat itu dipulas. Memang sengaja dia kunci pintu. Takut kalau-kalau Eryna masuk bilik. Sebaik pintu kayu itu terkuak, pipinya ditampar. Jihan tergamam buat beberapa saat. Pipi yang perit itu dipegang.

“Kenapa mama tampar Ji?” soal Jihan sambil memandang ke wajah Puan Linda yang tampak garang ketika itu.

“Kau buat apa kat Ryna?” Garang Puan Linda menyoal.

“Buat apa? Ji tak buat apa…” Sungguh dia tidak faham. Apalah Eryna cerita pada mama mertuanya sehingga wanita itu jadi garang begitu sekali.

“Hei perempuan, kau jangan nak pura-pura tak tahu. Sesuka hati je nak fitnah dia. Kau ingat kau siapa? Kau ingat kau bini Raid, kau boleh sesuka hati nak burukkan orang? Lepas ni siapa pula kau nak burukkan? Aku? Huh?” hambur Puan Linda.

“Mama cakap apa ni? Ji tak ada burukkan dia pada Raid.” Jihan menafikan. Takkan dia hendak mengaku benda yang dia tidak buat. Fitnah? Bila masa pula dia buat fitnah?

“Hei, kau jangan nak berlakon. Aku tahu kau mengadu pada Raid pasal semalam kan? Sebab kaulah aku kena tampar dengan Raid tau! Kau ingat pipi aku ni mak bapak kau bayar insurans ke?” Eryna yang berada di sebelah Puan Linda menyampuk.

“Apa masalah akak sampai nak kaitkan ibu ayah saya? Akak ingat akak tu baik sangat ke? Kalau akak baik, dah lama Raid terima akak sebagai isteri!” Jihan membalas lantang. Wajah Eryna dipandang tajam. Geram dengan ayat hujung Eryna tadi.

“Biadab kau!” Eryna terus menerpa ke arah Jihan. Tubuh kurus itu ditolaknya kasar.

Jihan bertindak berani dengan membalas apa yang dibuat wanita itu. Tubuh Eryna ditolaknya kuat sehingga menyebabkan wanita itu jatuh terduduk di atas lantai.

Puan Linda yang menjadi penonton itu terus masuk campur. Sekali lagi tapak tangannya menampar pipi si menantu. “Kau tak ada hak nak sentuh dia!”

“Mama tampar Ji sebab nak pertahankan dia? Saya menantu mama, bukan dia!” Mata Jihan sudah bergenang dengan air mata. Terkilan.

“Kau tak layak jadi menantu aku! Kau hodoh, bodoh! Setakat perempuan macam kau, bersepahlah. Anak yatim tu pun lagi elok daripada kau!” hambur Puan Linda. Tubuh Jihan  dipukul-pukul dengan tangannya.

Tidak cukup sekadar pukulan, Puan Linda mencapai pasu bunga yang terletak di atas sebuah meja kecil berhampiran dengan bilik itu. Pasu yang diperbuat daripada damar itu dihentak pada tubuh Jihan.

“Mama!” Jeritan Jihan bergema.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro