RANDOM TEASER #1
PREORDER DIBUKA ❗
Boleh beli secara single. Boleh juga beli secara kombo.
Tarikh pre-order:
10 FEBRUARI - 20 FEBRUARI 2022
Apa yang anda akan dapat (Single & Kombo) :
-Novel
-Bookmark
-Poskad dengan tandatangan
-Free gift
Sila ORDER melalui WHATSAPP di nombor telefon : 0135712413
Kalau nak lagi senang, tekan je link ws https://bit.ly/PreorderNovel
WHATSAPP ONLY! NO DM AT IG, FB OR WP.
Thank you and happy buying 🐇❤️
🌼🌼🌼🌼🌼
“HOI perempuan!”
Jihan yang baru sahaja selesai mencuci pinggan mangkuk kotor yang digunakan ketika sarapan tadi menoleh ke arah suara tersebut. Wanita yang sedang bercekak pinggang itu dipandang dengan dahi berkerut. Siapa ya? Raid ada kakak ke? Tetapi, selama hampir seminggu dia bergelar isteri kepada Raid, dia memang tidak pernah lihat wanita itu. Semasa majlis pernikahan dia dan Raid pun, wanita itu tiada.
“Kau kenal aku siapa?”
Jihan gelengkan kepala sebagai jawapan.
“Aku, Eryna. Perempuan yang sepatutnya jadi isteri Raid.”
Kelopak mata Jihan terkebil-kebil. Dia cuba hadam ayat daripada wanita yang perkenalkan diri sebagai Eryna itu. Perempuan yang sepatutnya menjadi isteri Raid… Katanya…
“Err, akak masuk dapur ni sebab nak air ke? Kalau nak air, saya ambilkan.” Jihan sengaja ubah topik.
“Eh, sejak bila pula aku jadi kakak kau?” soal Eryna bersama wajah garang.
Jihan garu kepalanya. Malas mahu menjawab apa, dia pusingkan semula tubuh menghadap sinki. Sambung basuh pinggan lagi elok kot daripada layan perempuan yang entah datang dari mana.
Eryna ketap gigi apabila Jihan seperti acuh tak acuh melayannya. Dia yang sedang bersandar pada tembok itu memandang Jihan atas bawah. Sesaat kemudian, senyum sinis terukir pada bibirnya. “Apa istimewanya kau ya? Aku tak fahamlah kenapa Raid boleh kahwin dengan perempuan macam kau ni. Sepatutnya dia kahwin dengan aku. Kau ni dahlah bodoh, hodoh pula tu!” tuturnya tanpa rasa bersalah.
“Sebab dah jodoh kami.” Ringkas Jihan menjawab. Pinggan mangkuk yang sudah dibilas itu disusunkan di atas rak tepi sinki.
Eryna mendengus kecil mendengar jawapan Jihan. “Kau dengar sini baik-baik ya. Aku akan pastikan Raid jadi milik aku. Faham? Walau aku terpaksa bunuh kau sekalipun.”
“Iya? Suka hati akaklah.”
“Susahlah bercakap dengan perempuan bodoh macam kau ni,” bebel Eryna.
“Dah tu tak payah cakap. Saya tak suruh pun,” balas Jihan, selamba.
“Urgh!” Eryna merengus geram. Niat mahu sakitkan hati Jihan. Tetapi, seperti gagal saja kerana dia lihat Jihan seakan tidak berminat mahu membalas kata-katanya. Dia pula yang rasa sakit hati.
Atur langkah ke arah kabinet, sebiji mug diambil lalu diisi dengan air panas. Ketika dia memusingkan badan, dia berlanggar dengan Jihan. Lalu air di dalam mug yang dipegangnya itu tertumpah sedikit pada tangannya.
“Auch! Kau buta ke hah?” Eryna menyoal kasar. Mug di tangannya diletakkan di atas kabinet, lalu dibasuh bahagian tangannya yang terkena tumpahan air panas tadi.
Jihan pantas menghampiri Eryna. “Akak okay? Nak saya sapukan ubat?” soalnya prihatin.
Eryna memandang tajam ke arah Jihan di sebelahnya itu. “Bak tangan kau.”
Jihan terpinga-pinga seketika. Nak buat apa dengan tangannya? Tanpa sebarang syak wasangka, dia menghulurkan tangannya kepada Eryna. Manalah tahu wanita itu hendak bersalaman kan? Husnudzon.
Eryna tersenyum jahat. Tangan Jihan dipegangnya erat. Mug yang diletaknya tadi di atas kabinet diambil. Dengan wajah tidak bersalahnya, air yang masih berasap itu dicurah ke lengan Jihan.
“Arghh!!”
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro