BAB 8: INI CARAKU
LOKASI: RESORT AMAN MARIAH, DI TEPI TASIK
WAKTU: PETANG
Sejak sebulan yang lalu, Zuhal tidak mengambil ubat penenangnya. Dia mendapat bantuan spiritual daripada Asyraf di Hulu Perak. Asyraf dan Cempaka membuka klinik persendirian di sebuah pekan kecil di kawasan tersebut, bersebelahan antara satu sama lain.
Asyraf, doktor perubatan. Tetapi dia lebih menumpukan perhatian kepada kiropraktor, perubatan herba dan rawatan alternatif Islam. Kebanyakan kliennya orang ternama. Adrian Vasile, CEO SNAP, yang terkena racun, salah seorang daripadanya. Zuhal diberitahu, Asyraf antara doktor yang dipanggil merawatnya ketika dia koma.
Cempaka, doktor haiwan. Tetapi dia bukan sebarang doktor haiwan. Dia juga masuk ke dalam hutan untuk menyelamat haiwan liar yang luka. Kerja itu dilakukan bersama Lembaga Perlindungan Haiwan Liar.
"Hanya 'Asmaul Husna' yang boleh memberi kau ketenangan Zuhal. Agaknya sudah terlalu lama kau lupakan Allah," kata Asyraf.
Dia percaya penyakit Zuhal tidak boleh diubat dengan pil dan dadah kawalan. Asyraf belajar mengenai rawatan holistik dan alternatif Islam dengan seorang profesor yang tinggal di Bangi. Sejak itu, melalui bimbingan Asyraf, Zuhal mendapat ketenangan dengan rawatan alternatif itu yang dia boleh lakukan sendiri.
*****
Ketika Iman menuruni tangga untuk ke ruang tamu resort itu dia terdengar bunyi piano.
Ping!
Seseorang sedang menguji piano. Dia tahu gaya seseorang itu memulakan permainannya. Zuhal tidak berubah caranya. Dia akan memulakan permainannya dengan lagu 'Do Re Mi' daripada 'The Sound Of Music'. Lagu itulah yang Iman mula belajar dengan Zuhal. Selepas abang angkatnya pergi, Puan Sri Mariah upah seorang guru muzik professional. Tetapi semangat Iman untuk bermain piano sudah mati, tanpa Zuhal. Hanya beberapa lagu yang dia boleh main.
Kali ini lagu yang dimainkan Zuhal, 'My Way.' Itu lagu favourite Iman, walaupun ketika dia mula memainkan lagu itu dahulu, dia tak faham maksudnya. Tetapi lama kelamaan dia faham dan ia mengubat rindunya kepada Zuhal.
Iman seperti mahu terbang ke ruang tamu.
Langkahnya terhenti di pintu masuk. Dilihatnya Zuhal sedang bermain piano dengan khusyuk.
Iman menghampiri Zuhal dan menyentuh tengkuk yang sedikit tertutup dengan kolar bulat baju-T yang dipakainya. Zuhal tak pedulikan dia. Terus bermain. Iman nampak parut di tengkuk Zuhal yang agak jelas. Air mata Iman gugur tanpa dapat dikawal. Dia kucup parut itu.
Zuhal menoleh dan senyum segaris. Tetapi jari-jarinya masih terus menari-nari di atas keyboard. Iman tarik kerusi dan duduk di sebelah Zuhal. Tanpa berkata apa-apa, Iman turut bermain. Zuhal guna tangan kanan, dan Iman menjadi tangan kirinya. Mereka bermain piano seperti yang pernah mereka lakukan sebelum Zuhal pergi ke Amerika Syarikat. Zuhal 16 tahun, dan Iman 8 tahun.
Selesai lagu itu dimainkan, kedua mereka mendapat tepukan daripada Asyraf, Azem dan Cempaka yang entah bila masuk ke ruang tamu itu.
Iman menyeka air matanya yang degil mahu keluar.
Zuhal berpaling menghadap Iman. Matanya kelihatan sayu. "Abang minta maaf . . ."
"Tak . . . Iman yang salah faham. Iman yang patut minta maaf." Air mata Iman merembes.
Zuhal tarik Iman ke dalam dakapannya. Iman mahu menangis lagi. Tetapi Zuhal sudah melepaskan pelukannya. Nada suaranya tegas.
"No more crying, Iman."
Cempaka menghampiri mereka dan mendakap Iman dan Zuhal bersama dalam pelukannya. Hatinya amat tersentuh dengan tindakan polos mereka.
"Salah mak su sebenarnya . . ."
Cempaka masih belum dapat membuang kekesalan lama yang menjadi punca Zuhal terpaksa dihantar ke luar negara. Bukan Zuhal sahaja. Danny pun terseret sama. Dia yang menjadi punca Tan Sri Adnan bermusuh dengan kawan lamanya Datuk Raduan. Dia yang kurang bijak menjaga maruah dirinya sebagai seorang gadis. Dia yang terlalu naif dan percaya kepada lelaki, ketika itu.
Sudah menggunung kutukan kepada dirinya, yang menyusahkan keluarganya sendiri.
"Dah. Tak ada salah siapa-siapa. Takdir yang kita semua tak boleh elak." Asyraf menyampuk.
Sebenarnya dia pun sebak. Dia sendiri tidak ada untuk menjaga adiknya ketika itu. Dia sibuk membina kerjaya dalam bidang kedoktoran. Apa yang berlaku kepada Cempaka dia bertanggungjawab.
"Mak Su Cempaka akan mainkan satu lagu." Zuhal cuba mengubah suasana pilu itu kepada ceria.
"Eh? Mana ada." Cempaka nafi. Malu-malu.
"Silakan mak su. Kita tahu mak su pandai main piano." Zuhal masih mendesak.
Cempaka menapak ke sisi piano. Zuhal dan Iman beralih ke tepi.
"Lagu apa ya?" soal Cempaka. Wajah Zuhal dan Iman dipandang.
"It's your turn mak su," jawab Zuhal.
Cempaka memainkan lagu 'Love Story.' Lagu yang tiada apa-apa makna baginya. Tetapi dia ingin menjentik perasaan Zuhal dan Iman.
Ada cinta di sudut hati, tetapi dibiarkan sepi.
Mungkin belum sedar, terkulai layu sebelum mekar.
"Mak su dedikasi lagu ini pada Iman dan Zuhal. Dua anak saudara mak su yang mak su sangat sayang."
Tanpa Cempaka sedari dua lelaki yang tidak disebut nama mereka amat terkesan dengan senikata lagu itu yang mereka tahu.
Siapa lagi kalau bukan Azem dan Asyraf.
Cempaka bermain piano dengan mimik muka yang sukar dimengerti. Alunan bunyi piano semakin perlahan bila tiba di hujung lagu dan akhirnya berhenti. Azem memandang Cempaka bagai tidak berkelip matanya.
"Amazing." Dia bersuara perlahan.
Selesai bermain, Cempaka bangun. Sekali lagi Zuhal dan Iman didakapnya. Seperti mahu menghantar isyarat:
Jangan jadi seperti aku.
Jangan dibiar hati sepi dan beku.
*****
Asyraf mengajak Zuhal dan Iman keluar mengambil angin ke taman bunga berdekatan.
Cempaka tahu mesti abangnya ada perkara yang hendak dibincangkan melibatkan Zuhal dan Iman. Dia harap mereka faham isyarat tanpa bahasa yang diluahkannya. Cukuplah dia sahaja yang mengisi kesepian hidup ini dengan caranya sendiri. Gajah, harimau dan haiwan buas di dalam hutan menjadi peneman waktunya.
Kelibat mereka bertiga semakin jauh. Cempaka bergerak untuk naik semula ke biliknya.
Tiba-tiba Azem bersuara. "Cempaka!"
Langkah Cempaka mati di tepi pintu. Dia berpaling. "Yes?"
Azem berdiri bersebelahan kerusi yang tadi didudukinya. "Please stay!"
Mulut Cempaka terlopong. Biar betul mamat ni? Ajak aku stay untuk apa?
"I haven't been talking to anybody for the last 18 hours." Dia merayu .
Ho Allah! Kau kan bodyguard. Kau tak perlu cakap dengan sesiapa pun. Buat kerja kau saja. Hati Cempaka berbicara. Dia senyum senget.
Mata biru Azem merenung ke dalam mata Cempaka minta dikasihani. Dia menarik kerusi di sebelahnya meminta Cempaka duduk di situ. Seperti ada magnet, Cempaka menurutinya.
Seorang pekerja menghampiri mereka dan bertanya sama ada mereka nak minum. Cempaka minta fresh orange. Azem minta kopi 'O' ais.
"Mana awak belajar minum kopi 'O' ais?
Azem senyum. "Zuhal."
"Apa lagi yang Zuhal ajar"
"Bahasa Melayu."
"Lagi?"
"Bersila, makan dengan tangan."
"Lagi?"
Azem senyum lagi. Dia menegakkan badan tingginya.
Handsome juga mamat ni kalau dia senyum, fikir Cempaka. Tetapi sepanjang masa muka dia kejung sahaja.
"Giliran saya pula tanya," kata Azem.
"Okey."
"Do you have a boy friend?"
Teruk betul Mat Salleh ni. Punyalah direct soalan dia. Cempaka mengutuk.
Tapi dia layan juga, "I have no time for that."
Hati Azem sudah berbunga-bunga. "What a lucky me!"
"Pardon?"
"Nothing."
Eleh . . . Bukan aku tak dengar apa kau sebut tadi. Semua jantan sama sahaja, Mulut Cempaka mencemik.
"Cute," kata Azem lagi.
Pekerja resort menghantar minuman. Cempaka terus beralih ke fresh orange di hadapannya. Air minuman itu dihirupnya perlahan-lahan.
"You look very young. I thought Zuhal's aunt must be old."
Cempaka ketawa kecil. "It's Eka. Call me Eka."
Azem membalas senyuman Cempaka. "Eka, I like that. Eka and Azem."
"What?"
"Nothing."
"Awak ni, berapa kali nak kata 'nothing' ya?"
Cempaka perasan telinga Azem memerah. Tahu blushing pula Mat Salleh ni.
"Susah ke kerja veteriner?" tanya Azem. Eh, soalan apa ni? Langsung tak sesuai untuk dijadikan pick up line.
Susah betul dia hendak memulakan kata-kata dengan perempuan ini.
"Tak susah. Eka suka kerja ini."
"Tentu sangat menyeronokkan bila menyelamatkan haiwan ya?"
Cempaka mengangguk. Kalau bukan manusia yang selamatkan haiwan, nak harap siapa lagi? Melihat wajah pemilik haiwan yang diselamatkan amat memberi kepuasan kepadanya. Perasaan itu sukar digambarkan.
"Awak biasa menyelamatkan haiwan ke?" soal Cempaka.
Ada ke patut cerita haiwan yang dibualkan? Tapi ia topik yang lebih selamat daripada bercakap tentang kekasih.
Azem bukan doktor haiwan.
"Ya . . . Saya beri haiwan yang lapar makan."
"Baiknya awak!"
Azem senyum jahat. Kalaulah dia tahu makanan jerung yang aku bagi tu manusia pengkhianat, bagaimana agaknya?
"Kami amat terhutang budi dengan awak sebab jaga Zuhal dengan baik."
Senyum jahat bertukar kepada senyum manis. Dia sebenarnya tidak suka bercakap tentang Zuhal. Ia mengingatkan kepada pengkhianat yang sudah menjadi habuan jerung di Lautan Atlantik itu.
Senyuman manis itu cuba menutup kenangan sebalnya.
"Selain bagi haiwan makan dan kerja bodyguard awak buat apa?" Entah kenapa Cempaka teruja pula nak tahu apa gaya hidup Azem. Tak bosan kah?
"Saya masak."
"Hah? Masak apa?"
"Makanan Turki . . . Nenek saya orang Turki."
"Oh! Jadi awak pandai masak baklava?"
"Sikit-sikit." Dia merendah diri.
Sebenarnya dia bagus. Itu perniagaan saudara maranya yang masih hidup di Bosnia dan di Turki.
"Boleh ajar Eka?"
Cempaka memang hantu baklava, walaupun harganya mahal. Kalau boleh buat sendiri kan bagus, fikirnya.
"Boleh. Hari ini pun boleh."
Ini sudah baik! Cempaka melihat jam tangannya. Masih ada masa sebelum Maghrib. Mujur tadi sudah jamak Zuhur dengan Asar semasa dalam perjalanan.
"Nanti saya tanya di dapur, kalau mereka ada bahan untuk baklava," kata Azem.
Tak sempat Cempaka menahannya, Azem sudah bergerak menuju ke dapur. Kedengaran suaranya bercakap-cakap dengan tukang masak. Sepuluh minit kemudian dia keluar.
"Semua bahan ada, kecuali pistachio dengan phyllo dough. Itu kena beli di luar," kata Azem.
"Ada kedai dekat sini yang jual ke?" soal Cempaka. Tentu payah nak cari bahan itu. Cempaka sudah menampakkan wajah kecewa.
"Pistachio senang cari. Phyllo dough kita boleh ganti dengan kulit popia," kata Azem.
Segera wajah Cempaka kembali ceria. "Jom kita beli. Tunggu Eka ambil beg dan kunci kereta dulu."
Cempaka bingkas bangun menuju ke biliknya. Azem sudah koyak senyuman.
"Yes! Yes! Yes!"
*****
Kecoh!
Ketika Zuhal, Iman dan Asyraf kembali ke ruang tamu, mereka dapati Azem dan Cempaka tidak ada. Segera pekerja di situ ditanya.
"Diorang keluar," kata seorang pekerja yang sibuk mengelap meja, dengan senyuman bermakna.
Ketiga mereka berpandangan. Laju Zuhal menghubungi Azem.
Zuhal: Azem, awak di mana?
Azem: Mini market.
Zuhal: Mak su dengan awak ke?
Azem: Ada di sini.
Kedengaran suara Cempaka yang ketawa. Tidak jelas apa yang disebutnya. Tetapi Azem kedengaran turut ketawa. Zuhal berasa lega.
Zuhal: Okay. Please take care of her."
Azem: With my life.
Telefon dimatikan. Dua pasang mata memandangnya penuh dengan tanda tanya.
"Mak su pergi kedai dengan Azem."
Berkerut kening Asyraf. Tak pernah Cempaka keluar dengan lelaki untuk pergi ke kedai selain dirinya. Lebih-lebih lagi lelaki yang baharu sahaja dikenali. Buang tabiat ke? Semoga adik tunggalku dilindungi Allah!
"Malam ini barbeque dibuat dekat gazebo di belakang," kata pekerja yang sibuk mengelap meja tadi. Dia kemudian menghilangkan diri ke dapur.
Telefon bimbit Zuhal bergetar. Dia menjawabnya hanya dengan "Waalaikum salam, yes, great."
Lepas itu telefon bimbit kembali ke kocek seluarnya.
"Papa dengan Mama dalam perjalanan ke sini. Diorang nak join kita," kata Zuhal, walaupun tidak ditanya.
Iman sudah tersenyum riang. Baginya, lagi ramai lagi bagus.
Zuhal berjalan ke tepi dinding kaca ruang itu yang menampakkan pandangan tasik yang tenang. Langit mula berwarna-warni disinar suria petang. Kedengaran kicauan burung yang menerobos masuk ke ruang itu setiap kali pekerja membuka pintu sliding kaca. Beberapa pekerja sibuk menyiapkan ruang santai di luar untuk barbeque. Laju dan cekap mereka menjalankan kerja. Sesekali kedengaran mereka bergurau senda.
Resort persendirian itu juga tempat ahli Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan SLY bermesyuarat. Ada sebuah padang golf yang bersempadan dengan resort itu, milik sebuah kelab yang diusahakan rakan Tan Sri Adnan. Di sanalah Ahli Lembaga Pengarah melepaskan stress selepas mesyuarat.
Pasukan dapur dan housekeeping juga menawarkan perkhidmatan private catering untuk jamuan perkahwinan. Private resort itu sebahagian daripada aset perniagaan Puan Sri Mariah, yang tak berapa kisah tentang keuntungan. Yang penting dia gembira dengan usahanya. Puan Sri Mariah mengisi ruang masanya dengan caranya yang tersendiri. Baginya kebahagiaan keluarga amat diutamakan.
Duit berkepuk pun kalau berduka lara tak guna juga. Puan Sri Mariah namakan resort persendiriannya 'AMAN MARIAH.'
Bagi Zuhal bermain golf itu sebahagian daripada kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan kerjanya. Dia sebenarnya tidak berminat dengan sukan orang-orang kaya itu.
Kini bermain golf amat jauh dari pemikirannya.
Papa dengan Mama mesti takut aku naik baran macam malam itu. Sebab itu diorang nak datang ke sini. Danny! Tolong aku. Di mana kau?
*****
*Macam mana wajah Azem yang berani mengambil risiko mengorat Mak Su Cempaka? Hmm . . . Macam ini kot?*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro