BAB 57: JERUNG BUKAN MAFIA
LOKASI: SEBUAH PULAU DI TENGAH TASIK
WAKTU: SEPANJANG HARI
Siapa sebenarnya Jerung?
Tan Sri Adnan seorang yang angkuh. Dan keangkuhan itu yang membawa kepada kejayaannya kini.
Namun pengalaman puluhan tahun dalam dunia korporat menginsafkan dia untuk mengasingkan keangkuhan daripada keegoan.
Tan Sri Adnan ada pendirian yang sukar digugat. Tetapi dia bukan lelaki ego.
Dia anak tunggal yang taat kepada ibu bapanya.
Menurut Islam anak yang taat akan memperoleh keberkatan. Itulah yang diperolehi Tan Sri Adnan. Dia memiliki sentuhan emas.
Kelemahan Tan Sri Adnan ialah kesayangannya kepada adik-adiknya, Yusri, Asyraf dan Cempaka.
Ibunya mengandungkan Yusri ketika sudah berusia lebih empat puluh tahun. Dia meninggal dunia ketika melahirkan adiknya itu. Kerana rasa bersalah, bapa Tan Sri Adnan terus menduda sehingga beberapa tahun.
Oleh kerana dia sibuk dengan urusan perniagaannya, Yusri dijaga oleh pembantu rumah. Dia menghadapi masalah pembelajaran dan memberontak di dalam kelas. Pada mulanya dia disangka mengalami dyslexia. Tetapi gurunya, Kamariah mendapati dia hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Suatu hari Yusri pulang memimpin tangan Kamariah dan meminta bapanya berkahwin dengan gurunya itu.
Pada mulanya mereka enggan kerana perbezaan usia yang hampir 20 tahun. Tetapi setelah Yusri merajuk dan enggan pergi sekolah, mereka akhirnya bersetuju. Arwah ibu bapa Kamariah orang kampung yang sederhana kehidupannya. Apabila anak dipinang oleh seorang peniaga duda yang kaya, mereka terus menerima tanpa soal.
Begitulah sejarahnya bagaimana Kamariah masuk ke dalam keluarga itu.
Kini setelah berhempas pulas di medan dagangan saham, Tan Sri Adnan - dinobat sebagai seorang Ketua Jerung yang dicari, dikagumi dan digeruni.
Tak adil menyamakan Jerung dengan penyangak atau lelaki kasar. Mereka pelabur institutional yang menguruskan dan mengembangkan dana awam dan syarikat di pasaran modal. Mereka 'menyerang' di serata dunia dan hanya membeli saham-saham yang berpotensi tinggi sahaja.
Kumpulan Tan Sri Adnan, yang dikenali dengan nama 'GS' merupakan salah satu daripada gerombolan Jerung yang bergerak di peringkat antarabangsa/global.
GS = Galaxy Scramblers
"Abang long!"
Kedengaran suara Cempaka menerobos ke dalam ingatannya yang sedang merewang-rewang. Dia menoleh. Cempaka membawa flask berisi jus lobak merah. Dihulurkan minuman itu kepada Tan Sri Adnan.
"Adik abang long ni . . . Macam tahu saja abang long tengah teringatkan jus lobak merah."
Cempaka peluk pinggang Tan Sri Adnan.
"Eh? . . . Kenapa peluk-peluk abang long ni. Kan Eka dah ada suami?"
"Eka nak minta maaf . . ."
"Hah? Kenapa? Eka salah apa?"
Cempaka tunduk. Suaranya sebak. "Sebab Eka, abang long bermusuh dengan kawan sendiri."
"Ah! Duan tu . . . Lambat laun dia akan jadi musuh juga. Tengoklah . . . Diseretnya sekali Iqbal."
"Abang long . . . Eka tak tahu nak buat apa lepas ni . . ."
"Ikut suami Eka le . . ."
"Eeee . . . !" Tubuh Tan Sri Adnan digoncang-goncangnya, gaya manja.
"Hahaha!"
Jeda.
Tan Sri Adnan mengeluh. "Kalaulah Yusri masih hidup . . ."
Cempaka terus membaca Al-Fatihah. "Dia dianiaya . . ."
"Abang long terkilan. Pembunuhnya terlepas begitu sahaja."
"Sebab itu abang long tubuhkan gerombolan Jerung?"
"Masa itu abang long fikir wang itu kuasa. Jika abang long ada banyak wang, mungkin boleh siasat siapa pembunuh Yusri. Jadi abang long berusaha untuk terlibat dalam pasaran saham. Mula-mula jadi ikan bilis sahaja . . ."
"Lama-lama jadi Jerung," sambung Cempaka.
"Ya . . . Bukan mudah. Sekejap untung sekejap rugi. Sementara abang long usahakan kumpulan SLY, abang long belajar daripada sifu-sifu pelaburan. Akhirnya berjaya. Barulah diiktiraf sebagai salah seorang tokoh di kalangan Jerung Global."
"Tapi mana datang SNAP?" soal Cempaka.
Kerana fokus kepada kerja di hutan, dia memang banyak ketinggalan keretapi. Sebenarnya dia tak mahu mengambil tahu tentang dunia Jerung, kerana memori hitamnya. Tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Dia telah berkahwin dengan salah seorang daripada anak didik gerombolan Jerung itu.
"Masa tu abang long melawat Zuhal dengan Danny di California."
"Abang long jumpa Adrian Vasile?"
". . . dengan Veronica Zimmermann."
"Jadi?"
"Dia kata nak asaskan SNAP dengan Zuhal. Tapi tak cukup modal. Zuhal nak tubuhkan SNAP sebab nak siasat siapa pembunuh ayahnya. Abang long, nak cari pengaruh."
"Salah daripada segi etika kalau abang long manipulasi data yang abang peroleh." Cempaka mengingatkan.
Tan Sri Adnan senyum. "Setiap kali kami peroleh data syarikat musuh, kami diminta menasihati pihak yang mengupah. Jadi, kami dapat maklumat di situ. Orang kata, sambil menyelam, minum air. Syarikat yang memberi upah boleh simpan sendiri data dia orang, atau masuk ke dalam bank data kami, dengan sedikit bayaran."
Pandangan Tan Sri Adnan dilepaskan ke arah tasik yang tenang itu. Entah khazanah apa yang terpendam dalam tasik itu selain ikan. Tapi eloklah orang tak tahu, fikirnya.
"Jadi, budak-budak dalam SNAP itu sebenarnya anak-anak Jerung?" Cempaka menyoal, walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Pandangan Tan Sri Adnan masih dihalakan ke arah tasik. Soalan Cempaka dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Rangkaian SNAP sudah lama beroperasi di Amerika Syarikat dan Eropah. Melihat pertanyaannya diabaikan, Cempaka melompat ke soalan lain.
"Abang long tak cerita pun dengan kami ada orang nak bunuh abang long di Sofia."
Tan Sri Adnan menoleh ke arah Cempaka yang nampak sedih. "Azem cerita?"
Cempaka mengangguk.
"Katanya, lepas dia selamatkan abang long, dia join SNAP."
"Betul. Dia tiada kepakaran sains komputer macam ahli SNAP yang lain. Tetapi cekap menembak dengan tangan kiri. Abang long bagi dia kerja bodyguard."
Cempaka pertahankan kelayakan akademik Azem. "Dia ada ijazah Sarjana Muda dalam Fizik."
"Betul. Ia berguna masa dia jadi polis. Malangnya ia tak berapa berguna dalam SNAP. Tapi, pertama kali abang long jumpa dia, rasa sayang. Apa jadi jika dia dibiarkan liar dengan kawan-kawan dia yang suka berpeleseran?"
Itulah cara Tan Sri berdakwah.
*****
Azem terjaga dari tidur. Cempaka tidak ada di sisinya. Perutnya berdendang pelbagai rentak.
Dilihatnya ada bijirin, susu, kopi, buah-buahan dan dua biji telur di atas meja. Dia makan pisang, teguk susu sejuk dan keluar. Niatnya mahu terjun mandi di tasik. Tetapi langkahnya terhenti apabila nampak Cempaka dengan Tan Sri Adnan duduk di atas batu, berpelukan sambil berbual. Tak sedar dia datang.
Aku ada. Orang tua itu juga dipeluknya.
"Hi sweetheart." Dia menegur. Sebutir ciuman mendarat di pipi Cempaka.
Kalau tak kerana ada Tan Sri Adnan, tentu bibir Cempaka menjadi sasarannya. Dia mengaambil tempat di sebelah isterinya.
"Abang long bimbang tentang Zuhal. Mampukah kamu berdua kawal dia?" soal Tan Sri Adnan.
"Ada masalah apa abang long? Tadi Eka tengok elok saja dia baca buku di library di basement."
"Tadi dia sebut lagi."
"Sebut apa?" soal Azem.
"Nak ambil Iman dari Tashkent. Katanya dia risau sebab Farooq Ketua Mafia. Tentu ramai musuh."
"Bukan dah berhenti ke?" soal Cempaka.
"Mafia ni kumpulan organised crime. Dia orang penjenayah terancang. Hubungan dia orang dipateri dengan darah. Hanya kematian yang menghentikan aktiviti Mafia. Nasib Farooq boleh dikatakan baik. Nampak macam coincidence dia diisytiharkan mati dalam serangan bom kononnya ke atas kubu Taliban," jelas Tan Sri Adnan. "Tapi itulah rancangan Allah yang kini kita tahu kenapa."
"Tak ada ke Mafia yang baik?" soal Cempaka. "Who knows, maybe Farooq is an exception."
Azem ketawa. "Ya . . . Ada . . . Mafia baik . . . Dalam novel atau drama cinta."
Cempaka tepuk paha Azem. "Kita cakap serius, dia main-main."
"Seriously, I'm yet to meet a Law-Abiding Mafia. By definition, Mafia is an organised group of criminals. If they're 'good' criminals, we don't need police," tegas Azem.
Tentu dia tahu. Dia bekas polis.
"Jadi, selamatkah Iman di Tashkent? Bagaimana kalau musuh Farooq cari dia?" soal Cempaka. Fikirnya, penjenayah saling bermusuhan antara satu sama lain. Mereka saling berbalas dendam.
"Farooq dah mati di Afghanistan. Yang ada tu Dr Ivan Tarasenko," jawab Tan Sri Adnan.
Cempaka menganggukkan kepalanya. "Oh! . . . Baru Eka faham."
"Wajah mirip Farooq, iaitu individu yang mengambil beg arwah Bakhtiar itu hanya Zuhal yang nampak. Tapi dia terlalu kecil untuk jadi saksi. Bila kami tubuhkan SNAP, baru kami dapat kaitkan dia dengan Henry Kuznetsov setelah menyelongkar ribuan profil warga asing di California."
"Setelah menceroboh sistem pendaftaran lesen memandu . . ." Cempaka meneka.
Tan Sri Adnan tidak menafikan, atau mengiyakan dakwaan Cempaka.
"Kami mengambil masa bertahun-tahun untuk lengkapkan bukti-bukti sehingga membawa kami kepada seorang Mujahidin di Afghanistan." Tan Sri Adnan berhenti. "Belum sempat selesai siasatan, Zuhal ditembak dan koma . . ."
"Kami teruskan siasatan dengan memfokus kepada Mujahidin ini," sambung Azem. "Persamaan nama Daddy Iman dan wajah dalam pendant yang ditinggalkan Nur Saadah, serta Farooq Khan, dan Dr Ivan Tarasenko, kebetulan yang tidak dapat diterima."
"Jadi macam mana sekarang Farooq dah mati. Yang ada Dr Ivan Tarasenko?" soal Cempaka. Dia doktor haiwan, bukan peguam.
"Menurut siasatan Ruslan, Henry Kuznetsov kini menghidap dementia. Anaknya pun dia tak kenal. Mengikut undang-undang, dia hilang hak dalam sistem keadilan," jawab Tan Sri Adnan. "Inilah takdir Tuhan. Henry Kuznetsov tak dapat ingat Farooq. Jadi, kita boleh ganti dengan nama Dr Ivan Tarasenko sebagai individu yang ambil beg arwah Ahmad Bakhtiar."
"Salinan asal dokumen yang dicuri Henry Kuznetsov ada pada simpanan Akito. Tapi untuk dapatkan salinan yang dicuri Henry Kuznetsov dan maklumat tambahan (contohnya mesyuarat pengurusan dalaman, dan lain-lain), diserahkan kepada SNAP Atlantic. Ruslan di sana tengah coordinate kerja dia orang."
Cempaka terfikirkan 'anak saudara' kesayangannya. "Zuhal tahu tak semua maklumat ni?"
"Tadi abang long beritahu dia. Nampaknya dia faham. Cuma emosi dia sahaja yang tak stabil. Pilihan sekarang ialah dakwaan sivil, bukan jenayah."
"Zuhal kena terima hakikat, Farooq tak boleh muncul semula. Dia akan ditangkap dan disiksa kerana dikaitkan dengan Al-Qaeda," tegas Azem. "Kalau Iman tahu, tentu dia kecewa. Al-Qaeda ni betul-betul ada atau dongeng, hanya White House dan gerombolan mereka yang tahu."
Cempaka picit kepalanya yang tiba-tiba berdenyut. Wajah suami yang kelihatan polos direnungnya, Kenapa kepala aku sakit?
"Trying to read my aura, eh?" usik Azem.
"Papa! . . . Mak su! . . . Zuhal mengamuk!" Kedengaran suara panik Lila yang berjalan pantas ke arah mereka.
*****
Ketika mereka tiba di bilik Zuhal, mereka nampak Danny sedang cuba mengekang Zuhal yang meronta-ronta. Zuhal menggunakan kakinya untuk menyepak dua orang pekerja dapur yang mahu membantu. Azem mahu pengsankan Zuhal mengikut cara dia, tetapi Cempaka menahannya.
"Let me handle him. He's my patient," kata Cempaka. "You guys just hold him still."
Cempaka letak tapak tangannya di atas ubun-ubun Zuhal.
Satu minit berlalu.
Zuhal menjadi tenang. Tidak lagi meronta-ronta.
"Zuhal . . . Tahu siapa ni?" soal Cempaka sambil menepuk-nepuk dadanya.
"Mak su." Suara Zuhal kedengaran bernada keletihan.
Mata Zuhal yang kuyu memandang ke kiri dan ke kanan. "Eh? Kenapa mulut kau berdarah Danny? Aku pukul kau ke?"
Dia bergerak untuk menyentuh Danny. Segera Cempaka halang. "Stop! Badan kamu penuh dengan energi negatif . . . Baring atas katil. Mak su buang dulu."
Zuhal masih dalam keadaan terpinga-pinga menurut sahaja. Cempaka mula proses membuang energi negatif yang orang lain tidak nampak. Tapi Cempaka boleh rasa.
Selesai semuanya Zuhal duduk di atas katil. Mukanya yang tadi kelabu pucat sudah menjadi kemerah-merahan, seolah-olah darah memenuhi rongga-ronggnya.
"Macam mana perasaan kamu, Zuhal?" tanya Cempaka.
"I'm okay. But I feel I've been battered by someone."
Cempaka toleh ke arah Danny. "Apa yang kau orang buat tadi?"
"Tak ada apa. Kami baca online news tentang saham di Walls Street."
Cempaka beristighfar panjang. "I don't believe this!"
"It's my handphone," jelas Danny.
Cempaka arah Danny letak telefon bimbit di atas meja. Danny menurut, walaupun sedikit tak puas hati. Cempaka terus membuang energi negatif di telefon itu. Dia guna tangannya seperti mengutip angin.
Selesai ritual membuang energi negatif pada telefon bimbit, Cempaka serahkannya semula kepada Danny.
"Mak su!" Jerit Danny setelah melihat telefon bimbitnya.
"Hah? Kenapa?"
"Mana perginya aplikasi dalam telefon bimbit ini?" Danny tayangkan telefon bimbitnya yang meminta supaya dia membuat setting dan pasang semula aplikasinya.
Cempaka senyum. "Semua aplikasi itu sudah dimasuki energi negatif. Mak su buang energi negatif. Maka rosaklah semua aplikasi yang Danny sudah install dalam tu. Benda tu macam virus."
"Diorang dah main kasar . . ." kata Tan Sri Adnan yang dari tadi berdiam diri.
Cempaka pandang wajah abangnya yang jelas marah. "Masa Eka scan, penghantarnya lelaki . . . Abang long . . . Eka macam nampak bayangan arwah Abang Ngah."
"Kamu ingat ke rupa dia macam mana? Kamu budak lagi masa dia meninggal dunia."
"Entahlah . . . Bayangan itu tak sebut dia Abang Ngah. Tapi Eka rasa dia Abang Ngah."
"Mungkin energi negatif itu dihantar oleh orang yang membunuh Pak Ngah," kata Danny.
"Eka nampak juga seorang yang ada tahi lalat besar di belakang telinga sebelah kiri. Tahi lalat itu ada bulu," kata Cempaka.
"Tan Sri Sabri!" Puan Sri Mariah tiba-tiba bersuara agak kuat.
Terkejut semua orang.
"Eh? Tempat tersorok tu . . . Mana ayang tahu?" soal Tan Sri Adnan.
"Abang lupa ke siapa Tan Sri Sabri tu?" jawab Puan Sri Mariah.
Kening lebat Tan Sri Adnan bertaut. "Maknanya dia pernah kacau ayang masa muda?"
Puan Sri Mariah julingkan mata ke atas. "Kan dia sama sekolah dengan mama?"
Puan Sri Mariah membahasakan dirinya 'Mama' bila bercakap dengan Tan Sri Adnan di hadapan anak menantunya.
"Celaka . . ." Tan Sri Adnan mendesis. Jarang dia keluar perkataan itu.
Bila Tan Sri Adnan naik angin, yang jarang-jarang berlaku, baik diam.
"Dia ingin sangat jadi Jerung. Tapi guna kaedah yang melanggar undang-undang. Dia ingat senang nak jadi institutional investor? Nak bina syarikat profesional urus dana di pasaran modal?" Tan Sri Adnan membebel.
"Abang . . . Mama risau . . ." keluh Puan Sri Mariah.
"Kita kena bertindak sekarang. Mafia Melayu ini kita tak boleh biarkan. Tak boleh tunggu Sulaiman atau Imran. Birokrasi lembab!" tegas Tan Sri Adnan.
Mereka berpandangan.
*****
*Jerung Institusi*
FAKTA:
Dalam dunia pasaran modal yang sebenar, antara institusi yang digelar Jerung Global ialah Blackrock dan The Vanguard Group. Mereka pengurus dana terbesar di dalam dunia dengan dana terkumpul bernilai trillion US dollar.
Pegangan terbesar Jerung-Jerung Global ini termasuk Microsoft, Apple, Amazon dan Facebook.
Jika Jerung Global melabur dalam Bursa Malaysia, maknanya wujud kepercayaan yang kuat kepada syarikat-syarikat di Malaysia.
Kebanyakan pegangan saham di Bursa Malaysia dipegang oleh Jerung tempatan, seperti syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), Permodalan Nasional Berhad.
Jerung adalah persona abstrak yang bertarung di pasaran saham. Organisasi mereka sah disisi undang-undang. Malah mendapat sokongan Kerajaan.
Situasi ini berbeza dengan Mafia yang termasuk dalam kategori pertubuhan haram. Contoh Mafia ialah kumpulan Yakuza (gangster Jepun) dan Triads (gangster China). Di Malaysia ada Kongsi Gelap yang menggunakan pelbagai nama terdiri daripada berbagai kaum. Tapi mereka tak sampai kepada standard Yakuza yang ahlinya ratusan ribu di seluruh dunia.
Jadilah Jerung (yang bertarung di pasaran saham sesama mereka). Jangan jadi Mafia (yang bertarung dengan Jabatan Kehakiman dan undang-undang).
*****
*Sis kongsi satu klip video penerangan tentang Jerung oleh seorang pakar profesional. Sis bukan mengarut*
https://youtu.be/RgWM7rdrKzI
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro