BAB 56: LET ME HEAL YOU
AMARAN! MATURE CONTENT!
LOKASI: SEBUAH PULAU DI TENGAH TASIK
WAKTU: SEPANJANG HARI
Azem tendang pintu bilik Cempaka yang sedikit terbuka. Pistol sedia dihalakan ke 'sasaran'. Namun, kedua lelaki itu terpana melihat senario di hadapan mata.
Cempaka sedang berdiri di hadapan cermin. Mereka nampak wajah Cempaka di dalam cermin dan belakang Cempaka. Zip bajunya hanya separuh tertutup.
Azem terkesima. Rambut Cempaka lebat, panjang berombak-ombak. Sangat cantik pada pandangannya. Melihat belakang Cempaka yang terdedah, dia menelan air liur. Pistol disimpan.
"Kenapa Eka?"
"Kenapa mak su?"
Cempaka berpaling. Terkejut. "Eh! . . . Korang . . . Pergi!"
Kedua lelaki masih terpacak di pintu.
"Tadi kami dengar mak su menjerit . . . Kami ingat . . ." Kata-kata tidak dihabiskan. Zuhal berpaling untuk pergi. Azem ditolaknya sekali, walaupun keras sahaja pergerakannya.
"Wait!"
Langkah mereka terhenti. Kedua mereka menoleh ke arah Cempaka.
"Zuhal . . . Err . . . Rambut Mak Su tersangkut di zip . . . Can you help?" Bagi Cempaka tak mengapa minta tolong Zuhal. Lelaki itu bogel pun pernah dia lihat . . . Masa kecil dahulu.
Segera Zuhal menghampiri Cempaka. Dia lihat memang zip baju pengantin itu tersangkut pada rambut Cempaka. Dia cuba tolak zip itu kembali ke bawah.
"Ouch! Sakitlah Zuhal."
"Careful! She's my bride. You're too rough Zuhal," tegur Azem.
"Kau pergi jauh, boleh tak?" balas Zuhal. "Kau mana boleh tengok. Zina mata."
Kedua mereka bertelagah soal mahram dan kecemasan
"Sudah ke belum?" Suara Cempaka menghentikan perbalahan.
"Nak buat macam mana?" soal Zuhal. Dia pandai merungkai kod kombinasi kunci peti besi. Dia pandai pecahkan password sistem sekuriti yang sukar. Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan zip yang tersangkut pada rambut.
"Apa hal ni?" Kedengaran suara Puan Sri Mariah. "Baru mama keluar sekejap, kamu dua jantan dah menceroboh bilik pengantin."
"Mak su ada problem ni . . ." Zuhal menjelaskan keberadaan mereka. Azem tak terkata. Hanya kesipuan.
Puan Sri Mariah segera tahu duduk perkara.
"Eka! Sejak kecil, sampai nak kahwin . . . Masih lagi masalah yang sama."
"Kak long . . . Tolong lah . . ."
Puan Sri Mariah melihat keadaan rambut yang sudah berbelit dengan kepala zip.
"Hmm . . . Mana gunting?"
"Oh No!" Hampir terjerit Azem. Takkan pasal tersangkut zip, rambut Cempaka yang cantik itu harus dipotong. Kejamnya!
"Mana gunting?" ulang Puan Sri Mariah.
"Dekat kotak ubat tu ada gunting," jawab Cempaka.
Tangan Zuhal sudah mencapai kotak ubat itu. Terus dibuka dan diambilnya gunting.
"No . . . You can't cut her hair!" Azem memprotes.
Puan Sri Mariah ketawa. "Bukan potong rambut dia. Potong sedikit tempat yang tersangkut ni."
Gunting diambil.
Snip!
Rambut digunting.
"Nah!" Kata Puan Sri Mariah menyerahkan beberapa helai rambut yang digunting kepada Cempaka.
"Lain kali ikat rambut tu sebelum pakai baju. Sudahlah rambut tu sebeban!" Puan Sri Mariah membebel.
"What's sebeban? A burden?" soal Azem. Sudah tentu dia tak tahu. Rambutnya pendek mirip G.1. sepanjang masa. Baru sahaja tadi dia potong rambut Zuhal mengikut fesyen dia.
"Sebeban means a lot," jelas Puan Sri Mariah. "Sudah. Jangan nak mengambil kesempatan. Semua keluar!"
Kedua lelaki tersipu-sipu keluar dan berselisih dengan Lila yang baru masuk.
"Kenapa mama?" soal Lila yang juga hairan mendengar bunyi kecoh di bilik Cempaka.
"Mari tolong mama rungkai kepala zip ini . . . Mata mama tak berapa nampak."
Lila dengan teliti menarik mana-mana keratan rambut yang masih tersangkut pada zip. Cempaka pula berdiri tegak macam patung. Malu pun ada.
"Baju ketat macam sarung nangka." Dia membebel.
"Dah salah sendiri, kata baju ketat," balas Puan Sri Mariah.
Lila senyum melihat Mak Mentua berbalah dengan Mak Su. Cute sangat.
"Nah. Pakai tudung. Lepas tu turun. Jangan tak turun pula." Puan Sri Mariah memerintah, sambil menyerahkan selendang yang sedondon dengan baju itu. "Nak, tapi banyak songel."
Majlis pernikahan berjalan lancar. Lebih simple daripada majlis nikah Iman dengan Zuhal. Tiada sesi photo-shoot. Hanya beberapa keping gambar diambil oleh ahli keluarga. Lepas jamuan makan tengah hari, beberapa nelayan yang turut hadir pun pulang. Chef Salman beli ikan yang dibawa mereka.
Perkahwinan Cempaka dengan Azem membawa rezeki kepada nelayan-nelayan tempatan itu.
*****
Lepas semua tetamu pulang, termasuk dua pegawai tempatan yang dibawa dengan helikopter, Tan Sri Adnan panggil Azem, Danny dan Zuhal untuk mesyuarat. Kalau tak buat kerja, Tan Sri workaholic nama Muhammad Adnan memang gelisah sepanjang hari.
Sementara itu Cempaka pula berbincang dengan Chef Salman tentang diet Zuhal seterusnya.
Zuhal harus diberi makanan yang membina dopamine, seperti ikan, ayam, telur dan dedaun sayur hijau.
Untuk mengseimbangkan hormon dan menenangkan, Zuhal harus makan pelbagai buah-buahan. Dia juga perlu mengambil makanan yang ada kandungan magnesium seperti biji chia, biji labu kuning, biji bunga matahari dan buah badam. Itulah yang dia kurang selama ini kerana tidak mengambil tahu dan terlalu sibuk.
Sebab itu ramai orang muda kena stroke dan diabetes. Ini yang harus diambil perhatian dalam rejim perubatan alternatif Cempaka dan abangnya Asyraf.
Mujur Zuhal semula jadi suka berjogging di waktu pagi, yang memberinya bekalan vitamin D.
Cempaka susun semua diet itu dalam kombinasi yang sesuai.
Steak diberi sebagai insentif. Sebab itu pakej perubatan terkandung dalam Health Tourism yang ditawarkan oleh firma kesihatan Asyraf, kosnya sangat mahal.
Malam itu satu keluarga makan diet yang sama yang diberi kepada Zuhal. Masakan dengan air tangan Chef Salman tiada siapa yang komplen.
Lepas makan malam, Cempaka masuk ke dalam biliknya. Baru sahaja dia mengenakan pajama kebiasaannya yang tak seksi langsung, dan mencapai sebuah buku, pintu bilik diketuk.
"Kalau Azem aku terajang dia," gumamnya. Marahnya kepada Azem belum reda apabila dia tahu Azem berkonspirasi dengan rancangan abang longnya. Lepas itu, sejak nikah terus tak menegurnya, walaupun masa makan malam. Asyik bercakap tentang kerja dengan Tan Sri Adnan.
"Pintu tak kunci."
Tetapi masih tiada siapa yang masuk.
"Pintu tak kunci," ulangnya.
"Open the door, please." Jelas suara Azem.
Dalam bersungut, Cempaka bangun membuka pintu.
Terkejut dia.
Azem berdiri di muka pintu memegang dulang berisi satu teko kopi, dua cawan dan kudapan 'jemput-jemput pisang'. Dia letak makanan itu di atas meja kecil di bilik itu dan keluar semula. Sebentar sahaja dia kembali membawa begnya.
Cempaka hanya ternganga.
"What are you trying to do?"
"I've no place to sleep. My wife's bedroom is my only option."
"Eka dah kata, kita kahwin saja, sebab keadaan kita berdua di sini salah di sisi hukum. Tapi Eka tak kata nak tidur dengan awak."
Azem senyum. "Eka nak saya berpelukan dengan Asri ke?"
Terlopong mulut Cempaka. Azem seperti tidak terkesan dengan protesnya. Dia membuka kabinet. "Ah! Ada banyak space."
"Bilik lain kan ada?" Cempaka masih memprotes. Sebenarnya dia takut.
"Asri ambil bilik saya. Bilik lain . . . Emm . . . Zuhal ambil satu. Abang Long dan Kak Long ambil satu. . . Bilik bawah, Danny dan Lila ambil satu dan satu lagi Emak ambil. Yang ada, rumah pekerja di belakang . . . Eka mahu saya tidur di sana ke?"
Gilakah suami yang baru dinikahi tidur dengan pekerja? Cempaka terpikir, esok diorang akan pulang. Biarlah malam ini sahaja.
Melihat Cempaka diam, Azem fikir dia sudah menang 'Round One'.
"Jom kita makan," ajaknya, ceria dan terus duduk menghadap hidangan yang dibawanya.
Cempaka turut mengambil tempat di kerusi. Azem membancuh kopi dan dihulurkan secawan kepadaCempaka.
"Kopi susu tanpa gula kegemaran Eka," katanya. Dia jeling Cempaka dengan ekor mata. Geram dia melihat leher jinjang dan bibir mongel Cempaka.
Cempaka buat-buat tak nampak gerak mata Azem. "Sedap cucur pisang ini. Siapa buat?"
"Saya."
Cempaka angkat kening.
"Saya belajar dari Habsah."
Makan jemput-jemput pisang menghilangkan suasana yang kekok.
"Pulau ini siapa punya?" soal Azem tiba-tiba. Bukan dia tak tahu. Sengaja dia tanya untuk menduga.
"Seorang kawan."
"Lelaki?"
"Ya . . ."
Azem renung wajah dingin Cempaka. Kedinginan yang hanya dilihat terarah kepada dirinya.
Cantik tetapi dingin. Apa salahku?
"What?" soal Cempaka. Terasa wajahnya panas direnung Azem.
"Siapa lelaki itu?"
Eh, cemburu ke?
"Dr Ambrose. Usianya hampir 90 tahun."
Azem ketawa. Cempaka mencemik.
Lepas makan baru Azem bangun, buka beg dan simpan bajunya ke dalam kabinet yang kosong. Dia buka baju dan seluar panjangnya. Tinggal seluar boxer sahaja. Eka terus berdiri dan tutup matanya. Tak mahu tengok. "Wear your clothes, please!"
Tiba-tiba terasa dahinya dikucup. Cempaka membuka matanya. Wajah Azem begitu hampir.
Lajunya dia bergerak.
"Awak kata taknak tidur dengan saya sahaja. Tapi tak cakap saya tak boleh peluk dan kiss awak."
Ahhh . . . sudah terperangkap!
Terus dia tarik Cempaka ke dalam pelukannya. Cempaka tidak pula menolak. Kuatnya magnet Azem. Bibir dan leher Cempaka menjadi sasaran kucupannya, seolah-olah dia telah bertahun-tahun mencarinya. Lembut dalam kerakusan cinta yang terpendam. Cempaka terbuai dengan sentuhan Azem yang menggoda, lalu membalasnya. Seperti dia juga mendambakan.
Namun, ketika tangan Azem menyentuh dada Cempaka, dia teringat, tidak ada lelaki yang pernah diberi akses untuk sampai ke situ. Tidak ada . . . Dan Ammar serta dua orang balacinya telah mencerobohnya. Teringatkan Ammar, Cempaka terus menjadi kejung. Azem sedar perubahan tiba-tiba Cempaka.
"Saya berjanji akan hilangkan mimpi ngeri awak. Saya berjanji akan buat awak percaya kembali pada cinta . . ." pujuk Azem.
Cempaka tolak Azem dengan kuat. "Please, Eka nak tidur."
Arrgh! Setan kau Ammar. Dah mati pun masih jadi penghadang! Azem menyumpah.
Cempaka bergerak menuju ke katil. Tetapi Azem menyambar tubuhnya dan kembali dibawa masuk ke dalam pelukannya. Cempaka meronta-ronta.
Azem enggan mengalah. "Syy! Don't fight me. I'm your saviour, Eka."
Sebenarnya Cempaka marah pada dirinya sendiri. Bagaimana dia mampu merawat Zuhal kalau dirinya masih merasa kesakitan pada luka yang silam? Dirinya masih tidak boleh memaafkan?
Azem ada telepathy. Itu kelebihan dia.
"Let me heal your pain, Eka . . ."
Cempaka terasa mahu menangis. Tetapi dikeraskan hatinya. Dia tatap wajah Azem. Tidak ada gambaran raksasa. Hanya sepasang mata biru yang merayu, penuh kasih sayang sahaja.
"Kita duduk sembang. Saya cerita pasal diri saya. Eka cerita pasal diri Eka. Okey?"
Tak ada unsur yang berbahaya di sana. Cempaka mengangguk.
*****
Assolatu khairum minannaum!
Cempaka terkejut dengan panggilan solat dari telefon bimbitnya. Sudah masuk subuh. Dia cuba menggerakkan badannya. Tetapi badannya ditindih sesuatu yang kukuh.
Dia menoleh ke kanan. Melihat sekujur tubuh yang sedang lena. Tangannya melingkar di pinggang Cempaka.
Ah! Kenapa aku tidur dengan dia?
Bukan setakat tidur!
Malah dia tidur di atas bahu lelaki itu. Tidak pernah dia impikan perkara seperti itu akan terjadi kepadanya. Tangan Azem bersentuhan dengan kulitnya. Maknanya apa?
Perlahan-lahan dialihkan tangan Azem. Matanya mencari-cari ke mana perginya baju tidurnya. Sudah tercampak di atas lantai.
Dia sarung kembali baju tidur itu dan menuju ke bilik air. Dia perlu mandi wajib. Subuh tidak menunggu.
Ketika keluar dari bilik air, Azem sudah bangun dan sedang duduk dibirai katil. Dia memakai boxer.
Jantan! Elok saja dia pakai boxer. Aku dibiarkan tidur bogel, gumam Cempaka.
"Kenapa tak bangunkan saya? Boleh kita mandi sama-sama."
"Banyak cantik! Cepatlah bangun. Subuh tak menanti," balas Cempaka. Entah kenapa suaranya sedikit meninggi.
Azem hairan. Kenapa pagi-pagi nak marah. Malam tadi syok saja. Apa yang mereka lakukan bukan kehendak sebelah pihak sahaja. Bukan dia merogol.
Pagi itu Azem jadi imam. Memang dia lulus dengan cemerlang. Lepas solat dia doa yang biasa disebut selepas solat - mohon keberkatan Ilahi, kesihatan dan keselamatan dunia dan akhirat. Kemudian dia tambah dengan doanya sendiri.
Dear Allah. Please help me heal my wife's sorrow . . . So that she would accept me as I am. So that she loves me as much as I love her.
Cempaka terkejut dan terharu. Tapi dia aminkan juga.
Lepas berdoa, Azem berpaling dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Cempaka cium tangan Azem. Air matanya menitis jatuh ke tangan suaminya.
Tersentuh hati Azem melihat air mata isteri. "I'm sorry if I've hurt you last night . . . If I was rough."
Azem rough? Kasar? Jauh sekali.
Memang Cempaka bukan gadis suci. Dia ibarat buah yang dibalut, tetapi tetap berjaya ditebuk tupai.
Bukan. Bukan tupai . . . Tetapi tiga ekor Jin Boragas kepala hitam. Mujur Asyraf seorang doktor. Mujur ada keluarga yang menyokongnya semasa menerima rawatan. Semua itu mengubat luka luarannya. Tetapi trauma itu enggan pergi.
Dia usap air matanya sendiri. Lepas buka dan lipat telekung, dia sambar tudung segera dan bergegas untuk keluar. Tapi Azem menahannya. "Nak ke mana?"
"Ke dapur untuk pastikan breakfast Zuhal disediakan mengikut menu yang Eka beri."
Azem peluknya dari belakang. "Ingat Zuhal sahaja. Bagaimana dengan suami gersang ini?"
"Azem! Your Malay vocabulary is horrendous!"
Azem ketawa. Rambut Cempaka disebak untuk mendedahkan lehernya. Di sana malam tadi dia sudah buat tanda. Pagi ini dia tambah tanda lagi.
"As long as you like what I'm doing to you, who cares about my Malay?"
Memang aku suka. Aku pun gersang juga kot? fikirnya. Tapi mulutnya , lain pula bicaranya. "Eka perlu jaga diet Zuhal seimbang untuk kawal baran dia."
"Diet suami pun Eka perlu jaga dan seimbang juga," balas Azem, sambil bibirnya meneroka mana-mana bahagian tubuh Cempaka yang belum disentuhnya malam tadi.
Bohonglah kalau Cempaka tidak terangsang,
"Azem! Please!"
"Please what? Please to have more of me?"
Cempaka terkedu. Azem bijak memutar maksud kata-katanya.
Suara Azem pun sudah berubah. Menjadi husky-sexy. "Let them manage Zuhal this morning. You manage me."
Cempaka terpaksa mengaku apabila bibir Azem menyentuh bibirnya - masa dan segalanya berhenti pada saat itu - yang ada hanya sensasi rasa.
"Emm . . . Sweet . . ."
Itulah kata-kata akhir Azem yang Cempaka dengar sebelum dia turut hanyut dalam kehangatan ghairah cinta suaminya yang terpamer.
Kata-kata mereka seterusnya, incomprehensible dan bukan untuk pendengaran awam.
*****
FAKTA:
Dopamine adalah bahan kimia di dalam otak yang dapat meningkatkan tahap sensasi yang menyenangkan yang dialami oleh seseorang. Aktiviti yang menyeronokkan seperti makan makanan yang lazat, melakukan aktiviti seksual dan sebagainya. Fungsi dopamin itu sendiri sangat banyak, ia berperanan besar dalam mempengaruhi emosi, pergerakan, sensasi keseronokan, tumpuan dan rasa sakit.
*Takkan Sis nak letak diorang kiss*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro