Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 54: TASHKENT

LOKASI: TASHKENT, UZBEKISTAN

WAKTU: SIANG

Membawa Iman ke Tashkent dengan segera tidak termasuk dalam rancangan awal Tan Sri Adnan dan isterinya. Dia mahu bincang perkara itu dengan Zuhal secara diplomasi. Dia tahu perasaan Zuhal terhadap Farooq Khan. Tetapi dia tangguhkan, kerana Zuhal terlalu sibuk dengan urusan penubuhan cawangan SNAP ASIA. Dia tahu bukan mudah memujuk Zuhal yang telah suku abad membusung dendam. Namun tindakan Zuhal menghalau Iman, menyegerakan rancangannya. 

Ia nampak kejam. Tetapi seperti kata-kata azimat:

Sometimes you need to be cruel in order to be kind.

Kadang-kadang anda perlu bersikap kejam demi menjadi baik.

Sejak Farooq menceraikan Nur Saadah, Tan Sri Adnan sudah berunding dengan lelaki itu untuk membantu menyelesaikan dendam Zuhal terhadapnya.

Mempengaruhi seorang bekas Ketua Mafia yang ego, yang sudah dua dekad melarikan diri daripada undang-undang juga bukannya mudah.

Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Dia telah berbincang dengan bapa Iris, bekas Congressman Jeremy Wellington. Adik Iris, Akito Dayyan Abdullah Wellington akan memfailkan tuntutan saman sivil ke atas pengasas syarikat Farmasi yang terbabit. Ini perlu kerjasama Farooq.

Akito memeluk Islam bersama Iris. Dialah yang menjaga Zuhal dan Danny semasa belajar di Amerika Syarikat, atau lebih tepat di California.

Farooq pula berkeras mahu dibenarkan bertemu Iman, sebulan sekali, dan membawa Iman berjalan-jalan sebelum meneruskan rundingan. Syarat itu Tan Sri Adnan perlu persetujuan Zuhal.

Tan Sri Adnan mahu jaminan semua rancangannya berjalan dengan sempurna sebelum bercakap dengan Zuhal.

Namun, belum sempat . . . Zuhal tiba-tiba diserang baran yang tidak terkawal dan menghalau Iman.

Tan Sri Adnan bukan seorang yang ada banyak masa untuk berfikir soal hati. Yang penting, dia yakin tindakannya tepat. Baru tadi dia mendapat perkhabaran daripada Cempaka. Zuhal sebenarnya terkena santau angin yang membuatnya hilang pertimbangan.

"Eka cuba pulihkan dia. Tetapi mengambil sedikit masa. Zuhal sangat stress. Pihak sana pula terus menyerang," jelas Cempaka.

Tan Sri Adnan mengucap syukur berkali-kali. Mujur adik bungsunya sanggup menolong. Dia tahu Cempaka mengambil risiko besar. Dia bukan bomoh. Bukan pengamal perubatan tradisional pun. Malah dia seorang veteriner yang terkenal sangat inovatif dalam pendekatannya merawat haiwan yang sakit atau cedera.

Perubatannya menggunakan gabungan rawatan tradisional (menggunakan akar kayu, daun, bunga dan buah-buahan), ubat-ubatan moden, urut, pembedahan dan terapi minda. Yang pernah dia lihat ialah pemindahan tenaga perawat kepada pesakit. Asyraf melakukannya kepada manusia. Cempaka pula merawat haiwan.

Berbeza dengan manusia yang ada syak-wasangka dan isu kejujuran, haiwan hanya mahu cari makan dan menjaga wilayahnya.

"Eka jaga diri ya . . ." pesannya. Tan Sri Adnan bimbang penyerang Zuhal akan beralih sasaran kepada Cempaka.

"Abang long jangan risau. Nanti Eka bawa Zuhal pergi bertapa dalam gua . . ." kata Cempaka.

Tan Sri Adnan tidak pasti sama ada Cempaka serius tentang 'bertapa dalam gua' itu. Tetapi kata-kata adiknya buat dia tersenyum sendiri. Dia tahu 'gua' mana yang sesuai.

"Sudahlah Iman. Jangan nak menangis saja. Abang Zuhal tak sengaja. Bukan dia tahu apa yang dia buat." Kedengaran suara Puan Sri Mariah memujuk Iman dari bilik yang terbuka pintunya.

Dia masuk ke bilik itu. Dilihatnya Iman menyandarkan tubuhnya ke bahu Puan Sri Mariah. Sejak dari rumah, sehingga ke Lapangan Terbang, menaiki jet peribadi Tan Sri Adnan, sehingga sampai di Tashkent, Iman tidak berhenti menangis.

"Hari ini kita rehat. Esok kita ambil angin sementara tunggu waktu mendaftar di universiti itu," kata Tan Sri Adnan. Macam tak ada perasaan.

"Tapi siapa nak jaga Abang Zuhal kalau dia sakit?" soal Iman dicelah-celah rembesan air mata.

"Abang Danny ada. Abang Danny jaga dia. Kami pun ada. Kami boleh jaga dia," kata Puan Sri Mariah.

Iman menyedut hingus. Hidungnya terasa pedih.

"Tengok mata Iman bengkak dah. Tak cantik begini . . ." pujuk Puan Sri Mariah.

Tan Sri Adnan mengambil tempat di sebelah Iman. "Dah. Jangan susah hati. Tahulah kami jaga dia macam mana. Iman tahu kan kenapa papa cadang Iman datang ke universiti di sini?"

Bagi Tan Sri Adnan, untuk mengubah sikap Farooq, ialah dengan memberi peluang Iman bercakap dengannya, bukan menghalangnya. Di situ dia bercanggah pendirian dengan Zuhal.

Iman hanya mengangguk.

*****

IMBAS KEMBALI

LOKASI: PENTHOUSE ELITE HEIGHT.

WAKTU: SIANG, DUA MINGGU LEPAS

"Papa dan penyiasat SIU sudah siasat kumpulan The Black Dragon dengan teliti. Mereka tiada cawangan di Rusia dan bekas tanah jajahan Soviet Union. Sebabnya, di negara-negara itu, penyangak underworld punya peraturan mereka sendiri dan bermusuh dengan The Black Dragon dalam perniagaan senjata api. Jadi Iman selamat di Tashkent," jelas Tan Sri Adnan.

Iman sedikit cuak dengan rancangan bapa angkatnya itu. "Tetapi Iman belum sempat beritahu Abang Zuhal. Tentu dia marah sebab Daddy  tinggal di Tashkent."

"Daddy Iman dulu Ketua Mafia. Walaupun dia sudah berhenti, dia masih ada pengaruh dan digeruni lawannya. Sebenarnya daddy Iman boleh tengok-tengokkan Iman di sana."

"Dulu masa pertama kali jumpa, Abang Zuhal marah sangat pada Daddy."

Tan Sri Adnan tidak akan benarkan rancangannya dihalang oleh sesiapa. Sudah dua dekad dia mencari Farooq. Inilah peluangnya. Bukan untuk membalas dendam. Tetapi untuk menghilangkan dendam. Dia lakukan demi kebahagiaan adiknya Asyraf yang enggan melupakan Nur Saadah. Bagi Tan Sri Adnan, zuriat amat penting. Dia sendiri hanya ada Danny. Takkan Asyraf nak membujang sampai tua?

Tanpa percaturan licik Tan Sri Adnan, Farooq tidak akan menceraikan Nur Saadah. Sekarang sampai ke fasa kedua percaturannya - yakni membuang dendam Zuhal dengan Farooq.

Tan Sri Adnan sebenarnya sudah kehilangan punca untuk mencari helah bagaimana Zuhal boleh berbaik semula dengan Farooq. Zuhal sangat keras hatinya. Farooq pula mahu dekat dengan anaknya. Jika tidak dia akan mengadu di Mahkamah bahawa dia dipaksa bercerai.

Tiba-tiba Suzanna campurtangan! Dan Tan Sri Adnan nampak pintu harapannya terbuka . . .

Paradoks!

"Iman jangan risau apa-apa. Biar papa saja uruskan macam mana nak pujuk Abang Zuhal." Tan Sri Adnan memberi jaminan.

*****

Malam itu sebaik sahaja mereka melihat CCTV yang boleh dilihat menerusi telefon bimbit Danny, Tan Sri Adnan seperti orang gila. Bukan dia berang. Tidak. Cuma tindakannya buat orang lain terkesima. Dia terus bawa Iman dan Puan Sri Mariah keluar dari TERATAK MARIAH dan bermalam di hotel.

Beberapa orang dihubungi. Esoknya dia, isterinya, Iman, Ruslan dan Asri (bodyguard) sudah dapat Visa untuk ke Uzbekistan. Entah apa kabel yang dia guna.

Hati Iman terasa umpama seketul batu yang hanya mampu berbisik sendiri. Dalam keadaan katatonik itu, dia menurut sahaja apabila Tan Sri Adnan menguruskan hal ehwal dirinya. Sedar-sedar jet peribadi Tan Sri Adnan yang membawanya sudah mendarat di Tashkent.

*****

Seminggu berlalu. Iman sudah menerima hakikat, dia terpaksa berpisah sementara dengan Zuhal. Tan Sri Adnan hanya tinggal dua malam di Tashkent. Pada siangnya dia keluar dengan Ruslan. Entah ke mana, Iman tidak ambil tahu. Tan Sri Adnan sibuk dengan urusan sendiri. Urusan universiti Iman dibuat bersama Puan Sri Mariah dan Ruslan. 

Sebelum bertolak meninggalkan Tashkent, Tan Sri Adnan beritahu dia akan berjumpa Adrian Vasile dan Veronica Zimmerman. Ada tugas yang dia hendak beri kepada ahli SNAP di luar negara. Lepas itu dia akan ke California. Dia pergi dengan Asri sahaja. Mujur Puan Sri Mariah masih ada bersamanya di Tashkent. Begitu juga Ruslan yang akan tinggal lebih lama kerana mengajar Iman bahasa Uzbek.

Kelas Iman sudah bermula. Iman satu-satunya pelajar dari Malaysia. Kuliah diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Uzbek, kerana ia universiti antarabangsa. Buat penggal ini Iman hanya mengambil subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajaran dan kawan-kawan baharu berbilang kaum buat Iman lupa sedikit kesedihan di hatinya.

Sebelum Tan Sri Adnan balik, dia menyampaikan berita tentang Zuhal daripada Lila. Katanya Zuhal dibawa pergi oleh Mak Su Cempaka untuk mendapat rawatan fisikal dan spiritual. Dia terpaksa memutuskan semua hubungan selama 44 hari dengan semua orang kecuali Cempaka, gurunya dan Azem, selaku bodyguard. Zuhal perlu membina kekebalan dalam jiwanya, untuk menahan santau angin yang didatangkan bertali-arus dan baran yang masih bersisa. Baran Zuhal yang selama ini dipendam muncul kembali setelah kiriman santau itu menyerang pemikirannya.

Itulah matlamat pengirim santau angin itu. Ia menggunakan kelemahan mangsa untuk merosakkan dirinya sendiri. Dalam kes Zuhal, kelemahannya ialah dendamnya kepada Farooq yang menjadi makanan kepada barannya.

Iman merupakan sasaran sebenar pengirim santau angin ini. Dia gunakan tubuh Zuhal untuk menyakiti sasaran sebenarnya. Biar sampai keduanya bercerai-berai.

Sebab itu pada pandangan Tan Sri Adnan, Zuhal dan Iman perlu dipisahkan sementara. Jangan sampai keluar perkataan 'cerai' itu dari mulut Zuhal, yang kemudian akan dikesali.

"44 hari sahaja." pujuk Tan Sri Adnan.

Aduhai! . . . COVID-19 pun hanya 14 hari . . . Oh tidak! Perintah Kawalan Pergerakan tu yang lebih lama . . .

Iman membuat catatan di dalam diarinya.

*****

Tiga minggu berlalu. Keadaan sudah kembali normal. Iman hanya pergi balik dari apartment ke kampus dan perpustakaan. Ruslan selain menjadi bodyguard, juga bertindak sebagai penterjemah dan pemandu. Iman dapat belajar Bahasa Uzbek dengan pantas. Mungkin kerana 50% genetiknya datang daripada Bangsa itu.

Dekan Fakultinya kata kebolehan Iman dalam bidang perisian komputer setaraf pemegang PhD. Kata-kata itu memberi semangat kepadanya untuk bertabah.

Puan Sri Mariah hanya menemaninya selama seminggu sahaja. Cuma Ruslan masih bersamanya. Tiba-tiba hari itu dia didatangi seseorang .

Lelaki itu duduk di kerusi roda elektronik . . .

"Daddy."

Lelaki itu senyum.

Daddy memang handsome. Tapi Mommy tak cinta dia.

"Papa Iman beritahu, Iman belajar di sini," kata Farooq memulakan bicara.

"Ya."

"Daddy bersalah."

Iman renung wajah Farooq yang jelas sedih. Iman percaya Farooq bukan berlakon. "Daddy. Jangan sebut lagi."

Farooq minta Iman dengar apa dia nak kata.

"Di Amerika syarikat, daddy perlu wang. Daddy buat kerja untuk mereka. Daddy tak usul periksa, demi mendapat Doctorate in Biomedical Science. Daddy mahu buat kajian tentang tumbuhan poppy untuk jadi ubat, bukan untuk buat orang ketagih. Itu saja peluang daddy yang ada di sana.

"Daddy patut menyerah kepada polis selepas kemalangan itu. Tapi daddy lari balik ke Afghanistan. Syarikat itu ugut kalau menyerah diri, daddy akan dibunuh. Daddy tak boleh mati. Masih ada perjuangan yang belum tamat untuk membebaskan tanah air daripada menjadi khadam kuasa besar."

Kerana itu dia menyokong Mujahidin.

Walaupun Rusia sudah dihalau dari Afghanistan, Farooq percaya negara itu masih terkepung dan dikuasai Amerika Syarikat. Lepas dari mulut harimau, masuk mulut buaya. Begitulah nasib rakyat negara itu yang tidak pernah melihat keamanan abadi. Dia sendiri beralih menyokong Taliban.

Mana boleh dia ke Amerika Syarikat apabila namanya turut tersenarai sebagai pejuang Al-Qaeda?

Mungkin dia akan disiksa di pulau entah di mana dengan dakwaan palsu kononnya menyerang World Trade Center pada 11 September 2001.

Semua itu dia cerita kepada Iman yang mendengar tanpa menyoal. Dia renung wajah anaknya yang tidak pernah dia beri nafkah itu. 

"Daddy is not trying to make excuses."

Iman mula menangis.

"I'm sorry if my story make you sad. Sekarang daddy menyusahkan semua orang. Bukan hanya rumah tangga daddy runtuh, rumah tangga anak kesayangan daddy juga terkesan."

"Daddy, Iman sangat sayang dia. Iman masih Isteri Abang Zuhal."

Melihat anaknya yang mempertahankan suaminya, Farooq terfikr, Jahat sangatkah aku? 

"Papa cakap apa pada daddy?

"Dia kata Zuhal sakit. Dia kata semua salah daddy dia jadi sakit. Daddy tak tahu, Zuhal ada photographic memory. Apa yang dia mahu ingat dia akan ingat dengan detail. Jadi dia ingat apa daddy buat 25 tahun dahulu. Dia sakit kerana dendam itu yang dia tidak dapat langsaikan, walaupun dia dah kahwin dengan satu-satunya anak daddy."

"Tambah lagi, dia sakit sebab kena santau angin," tambah Iman.

Farooq senyum sinis. Dia seorang pakar sains, pakar senjata api, pakar perang saraf dan pakar dadah. Santau apa-apa pun dia tidak percaya. Baginya santau angin juga perang saraf, tetapi menggunakan dimensi lain. Kalau ada cara santau begitu, peperangan boleh ditamatkan dengan mudah, hanya dengan menghantar santau kepada general perang. Tak perlu ramai orang yang tidak bersalah turut terkorban. Tetapi dia tidak pertikai kata-kata anaknya.

Biarlah kalau anaknya mahu percaya.

"What can I do to ease the pain, Iman?"

"You should surrender to the Department of Justice."

Dia tidak mahu masuk penjara dalam usia lebih setengah abad. Dia Dr Ivan Tarasenko, warganegara Ukraine. Hanya keluarga Tan Sri Adnan mengenalinya sebagai Farooq Khan. Orang yang bernama Farooq Khan sudah mati dalam runtuhan bangunan di Afghanistan. Dia tidak boleh kembali hidup mengaku dirinya Farooq Khan.

"Daddy . . . Abang Zuhal jaga Iman sampai umur 8 tahun. Dia sangat baik. Janji dengan Iman, walau apa pun tindakan dia, jangan susahkan dia . . . Please daddy . . . I never ask anything from you . . . Just this . . ."

Farooq terdiam. Dia sudah dengar daripada Tan Sri Adnan bagaimana Zuhal menjaga Iman. Sekarang yang empunya badan pula merayu kepadanya. Terowong gelap yang dibinanya seperti tiada penghujung.

"If you really want to help me, save my marriage . . ."

Farooq tidak pernah berkorban untuk sesiapapun sepanjang hidupnya, kecuali tanah tumpah darahnya yang kini sudah ditinggalkan. Itupun dia mendapat kekayaan hasil kerja jualan senjata api dan dadah poppy. Kini anaknya minta dia berkorban.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba kedengaran suara Ruslan menyapa.

"Waalaikum salam," jawab Farooq. Dia senyum lebar, seolah-olah bertemu kawan lama.

Dia kenal Ruslan semasa di Afghanistan. Sebagai pembekal senjata, dia kenal pejuang Mujahidin dan Taliban. Tetapi dia tidak pasti Ruslan kenal dia masa itu. Dia pun berjanggut lebat ketika itu.

"Daddy kenal Abang Ruslan?" soal Iman.

"Papa Iman kenalkan dia pada daddy."

Tiba-tiba Farooq nampak terowong yang tadi gelap gelita, seperti ada sinar di hujungnya.

*****

💜

*Sis kongsi lagu Because You Love Me*

https://youtu.be/JDcuRgk-JEI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro