Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 46: BIDADARIKU

LOKASI: IBU KOTA SEBUAH NEGERI.

WAKTU: PETANG HINGGA MALAM

"Kenapa isteri abang cantik sangat hari ni? Nak ke mana?"

"Abang merepek apa ni? Iman dah sampai pun. Tanya nak ke mana pulak?"

Zuhal renung wajah isterinya. Sedikit cengkung. Dia cuba tutup cengkung di wajah itu dengan mekap. Tapi Zuhal nampak.

Alahai . . . Kesiannya isteriku. Kau terlalu muda untuk memahami, getus hatinya. Dia sentuh dan usap pipi isterinya yang memerah kerana dipuji.

Tangan isteri diraih.

"Abang cemburu tau, kalau Iman keluar sendiri pakai cantik-cantik." Dia cuba menutup kebimbangan hatinya daripada dilihat Iman.

"Ala . . . Abang ni. Iman pakai baju biasa macam nak pergi pasar."

Kenapa jantung aku bergendang terlalu laju apabila melihat dia? Kenapa aku tidak boleh berfikir lagi apabila bersama dia?

"Abang tukar baju. Hari ni kan Abang discharge," kata Iman sambil menghulurkan pakaian bersih yang dibawanya.

Kata-kata Iman mengejutkan dia. Baru teringat dia sudah dibenarkan pulang dari hospital. Dua malam di hospital sudah cukup rasanya, merindui isteri. Puas dia minta discaj kelmarin tetapi tidak dibenarkan oleh pihak hospital. Zuhal syak ini angkara Tan Sri Adnan. Bapa angkatnya tahu Iman tak akan dapat menjaganya seperti jururawat hospital.

Tapi Iman isterinya yang dicintai sehingga ke hujung nyawa. Bukan jururawat itu.

Iman membantu Zuhal memakai pakaiannya kerana tangannya yang melecur itu agak tegang dan sakit jika digerakkan.

"Abang rugi dua malam," katanya.

"Rugi apa?" soal Iman walaupun dia tahu maksud tersirat Encik Suami.

Zuhal tidak menjawab. Tetapi sebaik sahaja siap berpakaian, dia cium pipi Iman.

"Abang. Sini hospital." Iman mengingatkan.

"Okey. Kalau di rumah?"

"Tak boleh."

"Kenapa?"

"Iman period."

Gotcha!

Zuhal mengeluh.

"Siap?" Tiba-tiba kedengaran suara Ruslan.

Zuhal menoleh. Mamat Chechnya ini sesedap rasa saja masuk tanpa mengetuk pintu. "Iman bawa gorilla ni sekali ke?"

Iman ketawa kecil. "Haah. Papa suruh bawa."

Kedengaran juga suara ketawa besar. Bukan seekor gorilla yang dibawa. Azem pun turut dibawa. Dia bersandar sahaja di pintu. Mirip gaya seorang gangster yang kacak.

"Aku bukan sakit teruk." Zuhal merungut atas tindakan yang dilihatnya keterlaluan.

"Yelah. Mata kau di depan. Siapa nak tengok di belakang?" soal Ruslan. Sambil itu tangannya membuka pintu-pintu kabinet. Takut ada barang-barang yang tertinggal. Ruslan memang paling teliti dalam hal-hal berkaitan dengan meninggalkan jejak. Maklumlah dia kan bekas Mujahidin yang melawan penjahat.

"Aku masih bodyguard kau. Aku belum dapat surat pecat lagi. Tapi orang yang aku jaga lari sana sini . . ." sindir Azem.

"Okey. Aku pecat kau Azem. Tak payah jaga aku lagi," balas Zuhal.

"Sorry. Hal pecat-memecat cuma Tan Sri sahaja yang boleh buat. Hahaha . . . Banyak SOP yang kau lupa sejak kahwin ni."

Kata-kata Azem nampak menyindir. Tetapi ada yang benar. Sepatutnya ketika pergi shopping dia bawa Azem. Tetapi dia sudah kecanduan dengan Iman. Protokol sudah ke laut.

Ruslan mengambil beg berisi iPad dan barang-barang elektronik Zuhal dan dibawa keluar.

"Daripada kau membebel di situ Azem, baik kau tolong di sini," marah Ruslan. "Kita balik ke penthouse. Kalau ada meeting dibuat di penthouse, kata Tan Sri. Maaf Iman, sementara Zuhal sakit, kau hilang privasi."

"Aku tak sakit. Tangan aku melecur sikit." Zuhal merungut. Dia memang tak suka privasinya diganggu.

Kedua rakannya abaikan sahaja rungutan Zuhal. Mereka sudah dapat arahan mesti terima daripada yang paling atas dalam hieraki SNAP.

Mereka keluar dari hospital. Sebuah kereta SUV sudah menunggu di anjung. Danny duduk di tempat pemandu. Tersengih macam selalu.

"Jadi semuanya datang?" soal Zuhal.

Danny senyum senget.

"Tak bising Lila?" soalnya lagi.

"Ini waktu kerja. Dia faham," jawab Danny. Pandangan dialihkan ke hadapan.

SUV bergerak keluar dari hospital. Sebuah kereta lain di seberang jalan turut bergerak.

"Nampaknya kita ada peminat," kata Azem sambil menoleh ke belakang.

Danny menjeling cermin belakang kereta SUV yang dia pandu. Kereta yang baru sahaja dibelikan oleh Tan Sri Adnan untuknya. Zuhal tumpang gembira melihat sahabatnya sudah berbaik dengan bapanya. "Biarkan dulu. Kita tengok apa dia nak buat."

Danny memandu dengan kelajuan yang dibenarkan oleh Kerajaan. Kawasan hospital mana boleh merempit. Danny sengaja masuk beberapa simpang untuk memastikan sama ada kereta di belakang itu sememangnya sedang mengekori mereka atau kebetulan sahaja. Tetapi nampak jelas kereta itu masih ada di belakang.

Lampu trafik merah memberhentikan Danny di sebuah simpang yang sibuk. Zuhal pegang tangan Iman yang sudah sejuk. Lampu bertukar hijau. Danny masih tidak bergerak. Hon beberapa kereta dibelakang melalak kuat. Danny tiba-tiba menekan pedal dan mengambil u-turn. Serentak dengan tindakannya, lampu bertukar merah.

"Ramai orang marah tu . . ." kata Zuhal apabila mendengar beberapa hon kereta menjerit bertali arus.

"Ini soal hidup mati orang dalam kereta ini," jawab Danny. Matanya menjeling cermin belakang kereta. Tidak nampak ada 'pengikut' yang tidak dikehendaki itu lagi.

Mereka tiba di penthouse Zuhal dengan selamat.

Setakat ini tiada siapa tahu lokasi tempat tinggal Zuhal kecuali keluarga terdekat sahaja.

*****

Iman siapkan air minuman sejuk untuk pengiring yang membawa dia dan Zuhal pulang. Dihidangkan juga biskut yang dia tempah online.

"Sorry guys! Iman tak pandai masak kudapan," katanya. Jangankan memasak kudapan, menghidangkan kudapan pun pembantu rumah yang lakukan.

Selepas membawa hidangan, Iman masuk ke bilik bacaan dan tidak keluar lagi.

"Iman buat apa sekarang?" soal Danny. Dia memang kepoh. Dia anggap Iman adiknya juga. Kebajikan Iman dia harus ambil tahu.

"Dia tengah buat sequel JEBAT GALAKSIKA," jawab Zuhal. Matanya juga beralih ke pintu bilik bacaan yang tertutup.

"Bagus tu," puji Danny.

"Yelah. Jangan sampai dia abaikan suaminya sudah," balas Zuhal.

Mereka ketawa.

"Okay. Now back to the purpose of this meeting," kata Danny, sambil membuka komputer untuk melihat pasaran saham. Petang semalam 'Berita Palsu' yang ditulis oleh unit media SLY dengan bantuan Ruslan dan Azem sudah diterbitkan oleh IKHWAN SPEAKS, seorang blogger muda, yang terkenal dengan tulisan panasnya.

Tulisan blogger itu sudah menjadi viral. Beberapa pemberita sudah menghubungi Tan Sri Adnan untuk mendapat maklumbalas, kerana umum tahu HAPPY IT juga pemegang saham SLY.

Satu sumber yang dipercayai tetapi enggan namanya disiarkan berkata HAPPY IT dikuasai oleh syarikat permainan video yang terkenal, GAMING_ONLINE Co LTD.

Menurut sumber kumpulan mafia yang berpengkalan di Laut China Timur berminat untuk mengambil alih GAMING_ONLINE.

Untuk rekod, baru-baru ini beberapa orang anggota The Black Dragon, yang dikenali dengan tatu Naga Hitam di leher atau di lengan mereka telah ditangkap. Mereka didakwa menculik Pengurus Pengeluaran SLY, sebuah syarikat permainan video online, milik Tan Sri Adnan. Beliau diculik bersama-sama adik Presiden/CEO SLY itu.

Motif penculikan masih dalam siasatan pihak polis.

Difahamkan tiada tuntutan tebusan yang dibuat, dan ia masih menjadi misteri.

Demikian bunyi 'Berita Palsu' itu yang dibaca Danny.

"Ini pula berita daripada portal Berita Online," kata Ruslan, sambil membuka pautan pada berita itu.

Pihak Berita Online belum berjaya mendapat pengesahan daripada HAPPY IT dan SLY. Bagaimanapun saham HAPPY IT didapati jatuh sebanyak 10% ketika diniagakan sejak pasaran dibuka pada jam 9.00 pagi tadi.

Sementara itu saham SLY juga turut jatuh sebanyak 0.5%.

"Papa mengambil risiko berani mati untuk siarkan 'Berita Palsu' ini," kata Danny yang jelas bimbang dengan trend yang dilihatnya di Bursa Saham. Di kalangan anggota SNAP, Danny paling peka tentang pasaran saham. Kata orang, bapa borek anak rintik. Itulah karektor Danny yang datang dari keluarga peniaga.

"Iman boleh bantu syarikat papa." Suara Iman tiba-tiba menyapa dan menyambung semula sel-sel otak yang tadi berkeliaran mencari jawapan kepada persoalan.

Semua lelaki yang sedang mesyuarat di anjung penthouse itu menoleh ke arah Iman yang tersenyum manis.

"Don't worry your pretty head, baby," bisik Zuhal ke telinga Iman ketika isterinya itu duduk di sebelahnya.

"Gunakan sequel JEBAT GALAKSIKA untuk galakkan kembali pelabur," kata Iman yang mengabaikan bisikan Zuhal.

"Good idea!" Danny menyokong. "Kita inform papa supaya buat PC."

Zuhal pandang isterinya. Sungguh! Bukan dia memperlekeh kebolehan isterinya. Dia cuma tidak mahu Iman terbabit.

"Tak apa. Iman boleh hadir dalam PC itu. Boleh kan abang?" Wajah suami direnung, penuh harapan.

"Okey lah tu. Apa takut? Kita semua ada." Danny menyampuk sebelum sempat Zuhal menjawab soalan Iman.

Ruslan dan Azem juga setuju. Suka tak suka Zuhal terpaksa akur, walaupun hatinya amat berat.

*****

Tan Sri Adnan memanggil media pada jam 5.00 petang.

"HAPPY IT bought SLY's shares from my late brother, Yusri," jelas Tan Sri Adnan kepada pemberita, termasuk wartawan asing.

"Benarkah pemilik sebenar HAPPY IT itu GAMING_ONLINE Co LTD? Seperti kata blogger Ikhwan itu?" soal seorang pemberita yang biasa hadir sidang media SLY.

"Itu kami tak dapat makluman daripada HAPPY IT. Kami difahamkan, syarikat itu membeli saham daripada arwah Yusri secara sah," jawab Tan Sri Adnan.

"Kalau benar HAPPY IT dimiliki oleh GAMING_ONLINE, maka konsep permainan video patuhi syariah yang Tan Sri war-warkan selama ini tidak benar sama sekali." Seorang pemberita terus membidas.

Uniknya permainan ini akan terhenti apabila masuk waktu solat, mengikut Negara pemain. Ia diganti dengan suara azan.

"We never questioned the integrity of our shareholders. It's up to them what they want to do about their dealings with others. We will call a board meeting soon to decide our next course of action," tegas Tan Sri Adnan.

Pemberita menjadi bising apabila Zuhal dan Iman masuk. Tan Sri Adnan sengaja menyusun sidang medianya begitu, supaya pemberita hanya bertanya tentang HAPPY IT, bukan tentang JEBAT GALAKSIKA.

"My son dan his wife just entered. You can ask them any other questions," kata Tan Sri Adnan.

'Encik Zuhal, betulkah encik diserang dengan asid baru-baru ini?" soal seorang pemberita, sebelum sempat Zuhal mengambil tempat duduk.

"Adakah ia berkaitan dengan syarikat atau hal peribadi?" soal pemberita lain.

"Ia cuma serangan daripada orang gila," jawab Zuhal. Sebuah senyuman diberi kepada pemberita yang bertanya itu, untuk menunjukkan ia bukan perkara yang serius.

Namun, jawapan itu jelas tidak memuaskan hatinya. "Tetapi kami difahamkan, sejak Encik Zuhal pulang, ini kali ketiga encik diserang."

"Ya . . . Ramai orang gila sekarang ini," balas Zuhal. Beberapa pemberita ketawa.

"Saya datang pada PC SLY kali ini bukan atas kapasiti COO SLY, kerana jawatan itu sudah dikembalikan kepada Danny Putra Mulia. Dia akan datang sebentar lagi. Saya bawa isteri saya untuk jelaskan . . ."

Zuhal pandang Iman yang nampak sedikit gugup. Mata-mata pemberita beralih kepada Iman.

"I just want to tell you the good news. The sequel to JEBAT GALAKSIKA that you guys have been waiting . . . will be ready soon.."

Terus suasana menjadi bising.

Mereka bertanya serentak. "Namanya apa Iman?"

"Sama. JEBAT GALAKSIKA 2.0"

"Ada teaser Iman?" soal pemberita lain.

"Cuma ada draft teaser." Iman mengangguk kepala ke arah bahagian teknik. Teaser ditayangkan.

"Fuyooh! Ada watak perempuan cantik . . . Siapa tu Iman?" soal seorang pemberita yang agak nakal.

"Itu anak musuh Jebat," jawab Iman sambil tersenyum.

"Wow!"

Begitulah respons pemberita yang hadir. Ternyata mereka amat teruja dengan watak baharu dalam sequel itu. Tan Sri Adnan turut tersenyum. Dia sudah melihat teaser itu. Tetapi Zuhal terkejut.

Dia menunggu sampai malam baru bertanya.

"Iman sindir abang ke?"

Iman tahu Zuhal akan menyoalnya. Diam Zuhal bukan diam besi. "Sindir apa pulak?"

"Watak warrior perempuan itu . . ."

"Eh abang ni . . . Jebat tu Abang Danny. Jangan abang nak perasan," jawab Iman, selamba.

Zuhal sedikit tersinggung dikata perasan. "Jadi, Iman kagum dengan Abang Danny?"

"Abang, Iman desain JEBAT GALAKSIKA 1.0 itu Papa yang suruh. Papa nak cari Abang Danny yang hilang. Masa tu Iman tak tahu Abang Danny dah kahwin dengan Kak Lila. Lepas dapat tahu Iman masukkan Kak Lila dalam sequel. Abang Danny tak bising pun."

Semakin panas hatinya. "Jadi abang ni bising sajalah pada Iman?"

Iman mengeluh. Dia tinggalkan Zuhal dan terus masuk ke bilik air. Lama dia di bilik air. Selepas keluar Iman sarung pejama tak seksinya dan naik ka atas katil.

"Iman letih siapkan draft teaser tu. Sekarang Iman nak tidur."

Dia terus tarik selimut dan memejamkan matanya.

Zuhal tinggalkan bilik tidur menuju ke bilik bacaan. Permainan JEBAT GALAKSIKA 2.0 yang masih dalam draf itu dimainkan.

Baru dia sedar, wajah Ketua Wira Protagonis mirip Danny. Wajah Ketua Wira Antagonis (perempuan), mirip Lila. Cantik, tinggi lampai dan berambut blonde yang panjang sampai ke pinggang.

Tiba-tiba Zuhal merasa dirinya amat fakir berbanding Iman yang kaya dengan kasih sayang dan suci hatinya. Dia tutup komputer dan kembali ke bilik tidurnya.

Dilihatnya Iman sudah tidur. Tetapi posisi tidur Iman agak pelik. Dia tidur tidak di bahagian tempatnya, tetapi di tempat Zuhal. Bantalnya sudah menjadi bantal Iman. Zuhal melorotkan diri ke atas tilam. Selimut ditarik.

Tiba-tiba dia sedar, tangannya yang melecur di sebelah kiri. Patutlah Iman menukar posisi tidurnya. Iman tidak mahu Zuhal terasa sakit apabila berbaring mengiring menghadapnya seperti selalu.

Aduhai Isteriku . . . Kau sentiasa berfikir tentang kebajikan aku. Sedangkan aku asyik berprasangka denganmu. Kau umpama bidadari sedangkan aku hanya seorang pendendam." Bicara hati Zuhal tidak terluah oleh bibirnya.

*****

*Antara SUV terbaik di Malaysia*



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro