Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 43: HARGA KEPENTINGAN

*Bab ini ada banyak interaksi dalam bahasa Inggeris*

LOKASI: KOTA METROPOLITAN

WAKTU: PETANG

Iman bangun tidur mendapati Zuhal tiada di sisinya. Entah di mana. Dia rasa amat kecewa. Setelah melalui malam yang penuh keghairahan, pagi ini seperti anti-klimaks kerana lelaki yang memberinya perasaan itu tiada.

Pengantin baharu sarapan tanpa suami di sisi.

Tiba-tiba Tan Sri Adnan beritahu dia akan dibawa ke Putrajaya untuk menemui Daddy. Iman tiada pilihan. Mereka berlima pergi menaiki Vellfire, yang dipandu Ihsan. Asyraf duduk di sebelah ihsan yang juga ada kelayakan sebagai bodyguard selain pemandu. Dia pula duduk di belakang dengan Tan Sri Adnan, Puan Sri Mariah dan girl-friend Pak Lang Asyraf yang dipanggilnya Aunty Nur.

Petang itu mereka tiba di hotel Seri Wangi. Zuhal sudah menunggu di lobi, nampak tenang dan tersenyum manis. Menggunung terasa kelegaan Iman. Terus dia berlari dan memeluk Zuhal, tanpa  peduli orang di sekeliling yang menjadi penonton.

"Dia sedang menunggu Iman," kata Zuhal setelah pelukan terungkai. Wajah Tan Sri Adnan, Puan Sri Mariah dan Asyraf dipandang. Mereka mengangguk. Tanda tidak akan campurtangan.

Iman genggam tangan Zuhal. Debaran hati semakin memuncak. Sebaik sahaja memasuki cafe, Zuhal melepaskan pegangan tangannya.

Seorang lelaki usia separuh abad duduk di atas kerusi roda.

"Iman!" Suara lelaki itu lembut menyapanya. "Memang sesuai nama itu, untuk mu anak . . ."

Anak?

Iman masih berdiri tegak di situ. Inikah dia Daddy? Lelaki yang duduk di kerusi roda itu Daddy?

Fikiran Iman berserabut. Kenapa Abang Zuhal biarkan dia dengan lelaki asing ini?

"Terima kasih kerana sudi datang jumpa daddy," kata lelaki itu

Daddy? Iman mahu membenci Daddy! Tetapi perasaan benci itu tidak hadir apabila melihat lelaki yang kini di hadapannya, tanpa kedua belah kaki.

Pada pandangan Iman, Farooq Khan langsung tidak menyerupai seorang pengikut Taliban. Wajahnya bersih, tanpa janggut, tanpa kopiah atau serban. Dia memakai sut, persis lelaki Eropah.

"Kamu juga mahu daddy lepaskan Mommy?" soal Farooq apabila melihat Iman diam membisu.

Iman tidak menjawab. Sebagai seorang anak, dia mahu Mommy dan Daddy. Tetapi . . . Dia tahu itu mustahil.

"Mari minum kopi dengan daddy," kata Farooq.

Seorang lelaki asing membawa dua cawan ke meja. Farooq gerakkan kerusi rodanya ke meja itu. Iman turut duduk menghadapnya.

Lelaki asing itu mengeluarkan roti yang dibawa dari Tashkent.

"Daddy bawa roti ini untuk kamu. Tapi tentu kamu makan nasi, sebab kamu sudah jadi Melayu," kata Farooq.

Iman mengangguk.

"Iman, dengar. Biar daddy cerita."

"Daddy bangsa Uzbek. Tetapi kami sekeluarga tinggal di utara Afghanistan . . . Iman memang patut marah daddy . . . Ya . . . Daddy pergi berperang. Berbulan tidak pulang ke rumah dan tinggalkan Mommy. Sedangkan dia mengandung. Dia dilayan dengan teruk oleh Darisa, arwah isteri pertama daddy."

Farooq diam seketika. Menutup matanya seolah-olah mengenang sesuatu.  

"Silap daddy," kata Farooq.

Iman diam.

Farooq mengeluh. "Banyak daddy buat silap dalam hidup ini."

Iman masih diam.

Farooq bercakap bertukar-tukar bahasa Melayu dan Inggeris.

"While studying in the US, I worked part time for a pharmaceutical company as a delivery boy. My boss told me to retrieve a bag. He said the couple stole the company's works."

Tangan Farooq menyentuh tangan Iman yang terletak di atas meja. Iman tarik tangannya. Matanya berkata-kata: Apa yang daddy cakap ni?

"Daddy buat kerja itu sebab sudah terlebih tinggal di Amerika Syarikat. Daddy perlu wang untuk pulang ke Afghanistan . . . Sumpah! Bukan daddy yang bunuh ibu bapa suami Iman."

Iman cuba mencerakin kata-kata Farooq. Dia tahu ibu bapa Zuhal meninggal dalam kemalangan di Amerika Syarikat. Zuhal beritahunya ketika dia berusia 6 tahun. Dia bertanya kenapa Zuhal tidak ada Daddy dan Mommy. Masa itu dia baru tahu dirinya juga anak angkat, kerana apabila mendaftar pra-sekolah, namanya Iman Alaya binti Farooq Khan, bukan Muhammad Adnan.

Kata-kata Farooq seolah-olah memberitahunya, kemalangan itu adalah pembunuhan yang sengaja. Walaupun terkejut, Iman masih mampu bertanya, "Jika daddy benar, kenapa daddy tak tampil ke Mahkamah sebagai saksi dan bersihkan nama?"

"Sepanjang masa perang, ejen Rusia buru daddy kerana ikut Gulbuddin Hekmatyar. Habis perang, ejen Amerika pula buru daddy kerana kononnya pengikut Usama Ben Ladin.

"The fighter jets dropped bombs on my house. My whole family and my first wife died. I lost both of my legs. Then a large company wants me to conduct research on herbal medicine. They were amazed I recovered quickly, despite the obvious lack of moden medicine. They took me to Ukraine. They protected me, changed my name, changed my identity and I returned to Tashkent. I'm not a Mafia Chief anymore."

Dia berhenti bercerita. Wajah Iman direnung dalam-dalam. Iman nampak dirinya dalam mata Farooq.

"Iman . . . Let's go home with daddy . . . We live in Tashkent. Daddy has divorced Mommy. Daddy has no one now . . . Except you."

Iman keraskan hatinya. "Daddy tak bahagia kerana salah daddy. Jangan buat orang lain tak bahagia juga."

Mendalam kata-kata anaknya menusuk ke dalam hati Farooq.

"Abang Zuhal terima Iman seadanya, walaupun Iman anak orang yang menyembunyikan rahsia kematian ibu bapanya."

Farooq tidak mahu mengalah. "Sampai bila? Dia boleh bunuh daddy dengan mudah."

"Kalau dia nak bunuh daddy , sudah lama dia buat. Sekarang daddy mahu Iman tinggalkan dia? No! Never!"

Farooq terbayangkan wajah Zuhal yang bengis. "Daddy takut, kemarahannya kepada daddy dia pindahkan kepada Iman."

"He was Iman saviour when your people were trying to take her from me." Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan.

Iman menoleh.

*****

Pandangan Farooq beralih kepada pemilik suara itu. "Kamu Nur Saadah? Patutlah anak kamu cantik. Rupanya mirip kamu."

Nur Saadah mencemik. Iman tercengang. Kenapa daddy kata rupanya mirip girl-friend Pak Lang Asyraf?

"Aku menyesal tidak jaga kamu. Aku ikut Mujahidin sebab hendak membebaskan negara daripada komunis. Lepas itu aku ikut Taliban kerana mahu bebas daripada Amerika Syarikat. Puas aku mencari kamu. Aku minta maaf." Farooq menyedut hingus. Dia menahan tangis.

"Sudah terlambat untuk menyesal Farooq," balas Nur Saadah. "Saya sudah tidak percaya awak lagi."

"Aunty Nur Saadah . . . Mommy?" Iman dipukul kekeliruan yang amat sangat. Keliru dan sakit hati bercampur baur. Dia tolak kerusinya dan terus berdiri. Wajah kedua insan di hadapannya dipandang silih berganti.

"Ya . . . Ini Mommy yang tak boleh mengaku anaknya sendiri kerana takut lelaki ini membawa Iman lari ke zon perang di negaranya, jika dia tahu. Ini Mommy yang selama ini tinggal dalam ketakutan darah dagingnya akan digunakan untuk mengugut mommy supaya terus bersama dalam neraka dunianya. Ini Mommy yang sering melihat Iman dari jauh, kerana takut jika mommy dekat, lelaki ini akan merampas Iman." Nur Saadah meluahkan perasaan yang sudah lama dipasung. Air matanya juga turut tergenang.

Dia melangkah ke arah Iman.

Iman undur.

"Iman . . ." Nur Saadah memanggil. "Ini Mommy."

Iman menggeleng-gelengkan kepala. "Tidak! Iman tak kenal Daddy dengan Mommy. Both of you are the same. Selfish. Mementingkan diri sendiri. Mana boleh ibu membuang anaknya sendiri?"

"Itu tidak benar!" teriak Nur Saadah. Air mata sudah turun seperti hujan.

"Mujur Iman dijaga dengan baik, walaupun Iman nakal dan tiada disiplin. Diorang yang suap Iman makan, mandikan Iman masa kecil. Sekolahkan Iman. Jadikan Iman manusia. Papa Adnan, Mama Mariah, Abang Zuhal dan Abang Danny . . . Itulah keluarga Iman."

"But I'm your real family!" Farooq mencelah. Hakikat Iman berkahwin dengan Zuhal seperti memintal-mintal hatinya sehingga terasa semua yang menggerakkan denyut nadinya tersekat.

"Daddy buat Abang Zuhal musuh. Sedangkan dia sabar dengan Iman. Abang Zuhal sayang Iman. Not like you two! You just want to use me!" Suara Iman sudah mula meninggi. Mujur Cafe Seri Wangi ditutup daripada pandangan dan pendengaran pelanggan lain.

"Iman! Fahamilah keadaan mommy ketika itu . . ." Nur Saadah merayu.

"We were at war back then. Please forgive us!" Farooq juga turut merayu.

Mata Iman liar mencari sosok Zuhal yang dia tidak nampak kerana kolamnya penuh dengan air.

Zuhal yang dari tadi berdiri tidak jauh dari situ sebagai pemerhati senyap dengan pantas mendapatkan Iman dan terus mendakapnya. Belakang Iman dielus lembut. Namun nada suara Zuhal tidak selembut gerak tangannya.

"Okey. Saya sudah beri peluang. Masa sudah tamat . . . Bersiaplah, orang-orang saya akan hantar 'Daddy' ke airport untuk kembali ke Tashkent."

"Please let me stay for a couple of days; so that I can see my daughter and talk to her," rayu Farooq.

Zuhal pandang wajah Iman di dalam pelukannya. Iman menggeleng-gelengkan kepala.

"Sorry. She doesn't want to see both of you anymore."

"Sekurang-kurangnya beri kami peluang untuk jelaskan . . ." rayu Nur Saadah pula.

Sekali lagi Iman menggelengkan kepala.

"Aunty Nur. Saya dah uruskan 'Daddy'. Sekarang  Aunty Nur sudah bebas. Tak cukupkah lagi?" Zuhal memeluk Iman untuk dibawa pergi.

"Iman!" Nur Saadah dan Farooq memanggil. Mereka bergerak untuk mengekori Zuhal. Tetapi terus dihalang oleh Ruslan dan Azem.

"Abang . . . Bawa Iman balik . . ." kata Iman sebelum kakinya dirasanya sudah bertukar menjadi agar-agar. 

*****

"Kita di mana?" soal Iman setelah Zuhal bringkan dia di atas katil. Kesedihan yang melampau membuatnya tidak sedar ke mana Zuhal mendukungnya pergi.

"Masih di Hotel Seri Wangi," jawab Zuhal.

Iman menegakkan tubuhnya. Leher Zuhal terus dirangkul ketat.

"I'll never leave you or let you go alone, Iman," kata Zuhal. Dahi Iman dikucup lembut.

Ting! tong!

Iman melepaskan dakapannya. "Kalau mommy dengan daddy, halau diorang pergi."

Zuhal bangun dan mengintai di lubang pintu. Kemudian dia membukanya. Tan Sri Adnan dan Puan Sri Mariah melangkah masuk.

"How are you darling. Okay?" Puan Sri Mariah terus memeluk dan mengelus pipi Iman yang masih ada kesan air mata.

"Iman okey mama. Tapi kenapa semua orang tak bagi tahu Aunty Nur itu mommy Iman?"

Tiga insan di hadapan Iman diam.

Dia menoleh ke arah Zuhal. "Start dengan abang. Why?"

"Kalau boleh abang tak nak bagi tahu forever. Katalah abang mementingkan diri sendiri. Call me selfish. I accept it."

"Kenapa?"

"Iman sudah ada abang. Iman tak perlu sesiapa lagi. Titik."

Terus dia peluk dan cium pipi Zuhal. "Emm...I forgive you."

"I did nothing wrong. I just want to protect you. But if you forgive me, I'm fine with it."

Iman tarik pipi Zuhal supaya senyum. Mahal betul senyuman Encik Suami.

"Mama pun minta maaf Iman."

Pandangan Iman beralih kepada Puan Sri Mariah.

"Mama dapat tahu Nur Saadah mommy Iman beberapa minggu sebelum Iman nikah. Tapi Mama diamkan sahaja. Sama seperti Abang Zuhal, mama juga selfish. Mama tak mahu Iman diambil orang lain, walaupun orang itu sebenarnya ibu kandung Iman sendiri."

Jeda.

Air mata Puan Sri Mariah menitis. Iman terus memeluknya. "Mama tetap mama Iman. Sayang Iman pada mama tak berubah. Terima kasih mama sebab jaga Iman, walaupun Iman selalu menyusahkan mama dengan papa."

"Papa juga nak minta maaf dengan Iman. Papa juga mementingkan diri sendiri," kata Tan Sri Adnan.

Iman amat terharu dengan sikap kedua ibu dan bapa angkatnya yang merendah diri itu. "Papa, mama . . . Sepatutnya Iman yang minta maaf. Minta halalkan makan dan minum. Iman menyusahkan syarikat sampai rugi berjuta-juta ringgit kerana cuai. Iman bodoh."

"Dah . . . jangan nak self-blaming. Nanti stress." Zuhal mencelah. Semua di hadapannya insan-insan yang disayanginya sehingga ke hujung nyawa.

Ting! Tong!

Sekali lagi Zuhal mengintai di lubang pintu, dan terus membukanya. 

"Pak lang tipu. Iman benci pak lang," kata Iman sebaik sahaja sosok itu melangkah masuk. Terus dia menyilangkan tangannya dan mematungkan dirinya.

"Kita dengar penjelasan pak lang . . . ye?" Zuhal memujuk.

Asyraf duduk di birai katil. "Macam mana kalau masa Iman mula jumpa Mommy, dekat Pusat Bowling tu, Pak Lang kenalkan dia . . . 'Hi . . . Ini Nur Saadah, mommy Iman'. Boleh?"

"Pak lang boleh saja atur masa sesuai untuk Iman jumpa mommy," bidas Iman.

"Berapa kali pak lang tanya, Iman tetap kata tak mahu jumpa. Pak lang dah tak boleh tangguh. Minggu depan pak lang kena pergi Jepun."

"Pak lang nak ke mana?" Tiba-tiba Iman sedar, dia akan kehilangan Pak Lang Asyraf yang pengasih, dan mungkin Mommy yang baru dilukai hatinya.

Belum sempat Asyraf menjawab, Puan Sri Mariah sudah mencelah. "Macam mana keadaan Nur?"

"Dia sudah tenang di bilik."

"Lepas makan nanti Iman jumpa Mommy ye? Mama temankan." Puan Sri Mariah pula memujuk.

Iman mengangguk.

"Farooq pula?" Ganti Tan Sri Adnan bertanya.

"Ada dalam bilik dia."

"Kenapa tak hantar ke airport?" Zuhal sudah mula melenting.

"Zuhal . . . Susah payah pak lang pujuk dia sehingga dia sanggup datang ke sini. Dia ingin bertemu anaknya . . ."

Iman membantah. "Tak nak!"

"Iman . . . Kalau Iman berbaik dengan dia, mungkin Iman dapat pujuk dia supaya menyerah diri kepada Jabatan Kehakiman US . . . Tentu akhirnya kita tahu siapa dalang sebenar yang bunuh ibu bapa Abang Zuhal." Asyraf memujuk.

Iman menoleh ke arah Zuhal yang hanya senyum segaris.

Pak Lang Asyraf memang licik!

*****

*Nampak cantik, tetapi membunuh!*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro