Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 41: PERANG CINTA

LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN BELUM

WAKTU: DARI SIANG SAMPAI MALAM

"Kau bukan nak ajak aku memancing kan?" soal Akbar sambil melihat hujung jorannya yang diam bagai tiada ikan di dalam sungai itu.

Soalan Akbar dijawab dengan soalan oleh Zuhal. "Kau tahu Pak Lang akan bawa Farooq Khan datang ke Malaysia?"

"Untuk apa?"

"Runding, perceraian."

Akbar berhenti melontar gewang. Joran diletak tepi. Geram dia. Wilson, pemandu Orang Asli yang mereka bawa sudah beberapa kali menaikkan sebarau. "

"Aku intip perbualan Pak Lang dengan Farooq," kata Zuhal.

"Wow, berani kau?"

"Pak Lang tahu perasaan aku pada Iman, tapi dia exclude aku dari perbincangan dia dengan Farooq."

"Mungkin dia takut kau campurtangan?"

"Apa salahnya aku campurtangan dengan orang yang bersekongkol membunuh papa dengan mama aku?"

"Jadi benarlah . . . ?"

"Ya . . . sangkaan korang Farooq itu lelaki yang membuat aku sakit kepala selama ini, memang betul."

Akbar berfikir keras. Dia faham perasaan rakannya. Wajah Zuhal menggambarkan bila-bila masa rumah rakit itu boleh pecah. Dia harus tenangkan rakannya. "Jadi apa nak kau buat?"

"Seret dia ke muka pengadilan."

"Mungkin dia buat untuk bantu perjuangan Mujahiddin?"

"Aku peduli apa? Tak pasal-pasal aku hilang papa dengan mama aku."

"Jadi apa yang kau dapat dalam pengintipan kau?"

"Aku ada tiga fail - audio dan email perbincangan Pak Lang dengan Farooq."

Zuhal keluarkan alat komunikasi dan beri satu kepada Akbar. Alat diselit di tepi telinga. Dia buka fail pertama dalam telefon bimbitnya.

Farooq: I want my daughter.

Asyraf: No. You can't have her. She's a Malaysian citizen.

Farooq: No deal.

Klik.

"Tak ada pun Pak Lang sebut nak serahkan Iman pada si Ketua Mafia tu," kata Akbar.

Zuhal buka fail kedua. Hari lain. "Kau dengar yang ini."

Asyraf: She's over 21 years old. She can decide who she wants to be with.

Farooq: You'll have to persuade her.

Asyraf: She's engaged to be married.

Farooq: I don't care.

Asyraf: It's up to her. I can't force her.

Klik.

"Kau tengok sendiri sombongnya Farooq ni." Suara Zuhal masih dengan nada marah.

Akbar mengangguk beberapa kali.

"Kali terakhir aku dengar ini," kata Zuhal.

Asyraf: Come to Malaysia. We'll let you see her.

Farooq: I'll think about it.

Asyraf: You can persuade her.

Farooq: As long as she's not married, she's under my care as a father.

Asyraf: I understand. I'm a Muslim, too.

Klik.

Akbar renung wajah Zuhal yang beku.

"Sebab tu kau cari alasan untuk kahwin dengan dia?"

"Aku memang nak kahwin dengan dia. Sekarang aku nak percepatkan sahaja."

"Kau mungkin gagalkan usaha Pak lang."

Zuhal pegang bahu Akbar. "Pak Lang mahu dilihat budiman. Tapi berunding dengan penyangak."

Akbar menarik nafas panjang. Asyraf banyak membantunya, khususnya berkait dengan kawalan terhadap kelebihan paranormal yang baru dia tahu dia memilikinya. Asyraf juga menyelamatkan dia dari mati lemas ketika dia diculik The Empress dan The Black Dragon baru-baru ini.

"Aku tahu kau dilema. Tapi aku perlu pertolongan kau. Aku hanya akan execute plan aku lepas Farooq tiba."

"Kenapa tak ajak Azem sekali? Dia kan bodyguard kau?"

"Kau ni macam tak faham. Azem tu bukan Azem dahulu lagi. Azem tu tunang Mak Su, adik Pak Lang. Kau ingat dia akan tolong aku kalau Mak Su support Pak Lang? Diorang dah lama kenal mommy Iman."

"Jadi kita berdua sahaja?" soal Akbar. Dia rasa misi ini tidak akan berjaya dengan dua orang sahaja.

"Buat masa ni kita berdua."

"Ruslan boleh bantu."

"Kau tahu kan dia pernah jadi penyokong Mujahiddin? Lepas itu dia sokong Taliban?" pangkah Zuhal.

"Danny?"

"Aku tak pasti. Dia banyak terhutang budi dengan Pak Lang."

Akbar setuju. Sukar untuk elak budi Asyraf. "Ya. Kita semua terhutang budi dengan Pak Lang. Biar aku slow talk dengan Danny."

"Kenapa nak libatkan dia? Itu Pak Lang dia. Aku hanya menumpang."

"Kita berdua tak cukup. Aku pasti Farooq tak datang seorang diri."

"Entahlah. Aku tak pasti. Sekarang masing-masing ada kepentingan diri."

Tiba-tiba wajah keliru Akbar berubah. "Tapi kau dapat sokongan bos besar kan?"

"Dia sokong aku dengan syarat yang kau pun tahu."

Sekali lagi Akbar mengangguk. "Aku dah setuju dengan syarat dia. Kau jangan ungkit lagi."

"Aku menyusahkan kau, sedangkan ini hal peribadi." Nada suara Zuhal sudah menurun. 

"Walaupun aku kenal kau tak lama, tapi kau jaga aku dengan baik. Kalau kau tak selamatkan aku dulu . . . Aku dah jadi makanan jerung juga."

Zuhal senyum senget. Teringat masa Akbar ditangkap dan disyaki pengintip kerana berada di kawasan mainan jerung. Akbar baru sahaja membuat tinjauan jerung bidadari untuk laporan kepada NGO 'Save the Marina' yang dia menjadi aktivisnya. Rakannya aktivis Jepun, Shimizu juga dilepaskan dan masih giat berkeliaran di lautan menjaga jerung daripada pupus.

"Masa itu geng SNAP US bukan main garang lagi," kata Akbar.

"Geng yang berkeliaran memberi makan jerung di Lautan memang garang. Diorang mana ada hati."

Tetapi masih ada persoalan yang Akbar tidak faham. "Kenapa Pak Lang tak libatkan kau?"

"Aku dah tanya. Dia kata aku tunang Iman. Maknanya aku mungkin mengganggu rundingan dia dengan Farooq. So, it's easier to exclude me."

"Zuhal . . . kau jangan buruk sangka pada Pak Lang. Dia banyak jasa." Akbar mengingatkan.

*****

Hari nikah Zuhal dan Iman berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Ia dijalankan di masjid berdekatan menggunakan wali hakim. Kali ini Nur Saadah datang sebagai tetamu. Jemputan lain hanya rakan rapat Tan Sri Adnan, staf klinik Cempaka Sari, Klinik Asyraf dan pekerja rumah agamnya.

Ia majlis yang amat sederhana. Irdina yang sudah berhenti kerja di Johor Bahru hadir menaiki keretapi. Akbar pinjam kereta Cempaka untuk menjemput dia. Majlis mengambil gambar juga ringkas sahaja. Tiada aksi gila-gila. Kerana yang mengambil gambar, hanya Ruslan dan Irdina.

"Nanti kita edit letak gunung Everest di belakang," bisik Zuhal di telinga Iman.

Lepas tetamu pulang, baru mereka dapat melepak dengan keluarga. Tetapi Zuhal mengelak daripada melayan Nur Saadah, walaupun Iman kelihatan mesra dengan Mommy yang tidak diketahuinya itu.

"Akhirnya kau kahwin juga dengan Iman, Zuhal," kata Danny sambil menepuk belakang Zuhal.

Zuhal ketawa. Teringat masa kecil mereka bertanya kepada Iman siapa yang Iman nak kahwin bila besar. Sudah tentu Iman pilih Zuhal.

Danny terkenal sebagai 'budak jahat' yang hanya tahu menyakat. Gurauannya memang agak kasar. Kadang-kadang sampai Iman menangis dan berlari mencari pelukan Zuhal.

Kedua sahabat itu menoleh ke arah Iman yang begitu ceria bergurau dengan Irdina di satu sudut.

"Diorang tengah mengumpat kita," kata Akbar sambil tersenyum.

Di sudut lain Asyraf, Nur Saadah, Cempaka dan Azem sedang berbual. Nampak berat perbualan itu. Tiada hilai tawa seperti Iman dan Irdina.

"Kenapa diorang macam ada kematian jer?" soal Danny, yang tidak tahu apa-apa.

Akbar dan Zuhal berpandangan.

"Out with it. Kau berdua ada something yang disorok."

"Tak ada." Akbar dan Zuhal menjawab serentak.

Danny ketawa. Dia tahu dia baru saja mendapat jackpot. Sekejap lagi dia akan tahu apa isinya.

*****

Malam itu ketika Zuhal masuk ke bilik 'pengantin' (bilik Iman di rumah Asyraf), Iman tiada di bilik. Dia pakai seluar pejama tanpa memakai baju dan berbaring di katil.

Iman masuk berpakaian pejama gambar panda yang langsung tidak menggoda. Dia membawa sebuah kotak.

"Apa tu?" soal Zuhal.

"Scrabble," jawab Iman selamba.

"Nak buat apa scrabble?"

"Mainlah. Dah lama tak main scrabble dengan abang."

Zuhal senyum. Dalam otaknya dia teringat nak main 'gusti'.

Iman letak kotak berisi scrabble di atas katil.

"Abang nak fresh orange. Boleh Iman ambilkan? Tak mahu dari kotak. Nak Iman buat dari buah orange. Tak nak ais."

Iman angkat muka. Ada-ada saja. Mengada-ngada. Ingat ini restoran ke? gumamnya. Tetapi dia pergi juga ke dapur. Bukan susah sangat, Kak Chah ada boleh tolong buatkan. Dia hanya perlu menunggu sahaja.

Sekejap sahaja fresh orange sudah siap. Iman bawa masuk ke bilik. Zuhal masih seperti tadi. Iman dapat hadiah senyuman manis yang jarang-jarang keluar dari bibir Zuhal.

Air fresh orange dihulurkan. Zuhal minum dua tiga teguk dan letak gelas di tepi.

"Hmm . . . Thanks Iman. Ini mesti Kak Chah yang buat."

"Mana Abang tahu?"

Zuhal ketawa. Iman sangat polos. Baru teka sudah mengaku. "Jom kita main scrabble."

Iman nampak gembira.

"Abang mula," katanya.

Zuhal susun huruf L-O-V-E

"Mana Abang dapat huruf tu?" soal Iman.

"Malaikat bagi," jawab Zuhal sambil senyum senget.

Iman sambung dengan perkataan G-I-V-E menegak.

Zuhal sambung dengan K-I-S-S juga menegak.

Iman jeling. Dia enggan mengalah. Dia tak mahu sambung huruf KISS itu. Sebaliknya dia sambung di tempat lain, L-I-F-E.

Tapi Zuhal sambung balik, S-E-X.

"Abang! Mana boleh guna perkataan macam itu?"

"Kenapa tak boleh? Bukannya perkataan lucah."

Mencerlung mata Iman memandang wajah Zuhal yang jelas cuba menyembunyikan senyuman. Sekaligus dia teringat Zuhal minta fresh orange.

"Abang mengelat! Abang dah ambil huruf tu dulu . . . !"

Zuhal ketawa terbahak-bahak. Jarang sekali dia ketawa begitu. Tetapi melihat wajah Iman yang merona geram itu buat dia geli hati. Senang sungguh nak perangkap budak kecik ni, fikirnya.

Iman terus menerkam. Dia mencari bahu Zuhal untuk digigitnya.

Silap Iman. Ini bukan Zuhal umur 10 tahun, Iman 2 tahun.

Inilah mainan 'gusti' yang Zuhal tunggu.

Malam itu semua rancangan Iman untuk menangguhkan 'Malam Pertama' hancur berkecai.

*****

Zuhal terjaga. Mimpi kemalangan kereta berulang lagi.

Dia duduk memikirkan apa yang perlu dilakukannya hari itu. Wajah polos Iman yang tidur lena di sebelahnya ditatap penuh kasih. Hatinya dipaut kepiluan. Dia tidak akan benarkan Farooq meragut kebahagiaan yang baharu sahaja dikecapinya.

Cukuplah Farooq membuatnya hilang kasih sayang ibu-bapa semasa kecil. Dia tidak akan benarkan Farooq mengambil isterinya.

Dia sarungkan seluar dan bangun.

"Abang nak ke mana tu?"

Terkejut dia mendengar suara Iman. Dia toleh. Dilihatnya Iman masih tidur. Mengigau rupanya. Zuhal senyum. Dalam tidur pun, nak kawal orang, gumamnya.

Langkahnya membawa dia  ke arah balkoni. Pintu dibuka. Udara segar dari hutan menerpa masuk memenuhi ruang paru-parunya. Dia nampak dua lelaki sedang bercakap-cakap di halaman rumah.

Walaupun tidak jelas, dia tahu daripada sosok tubuh lelaki itu.

Asyraf dengan Iskandar.

Asyraf sedang memberi arahan kepada Iskandar. Entah apa arahannya, pada jam 4.00 pagi. Kenapa arahan face to face? Tidak secara elektronik? Takut kena intip?

Setelah bercakap seketika, Iskandar masuk ke kereta dan keluar dari perkarangan rumah agam Asyraf.

Kelihatan Asyraf mendongak ke balkoni tempat Zuhal berdiri. Terus Zuhal berundur dan sembunyi di dalam gelap.

*****

IMBAS KEMBALI

LOKASI: DI SEBUAH HULU SUNGAI

WAKTU: SIANG

"Masa kau koma, ada percubaan orang nak bunuh kau. Lalu kami buat siasatan. Siapa musuh kau? Kami mula dari masa kau kecil. Kau saksi kemalangan keluarga. Kami mula siasatan dari situ. Hasil dari siasatan itu kami dapati papa kau pernah terima tawaran kerjasama dari seorang usahawan nama Henry Kuznetsov dari Russia. Kami siasat pekerja-pekerja dia, dan kami jumpa nama Farooq Khan, seorang graduan bidang Botani.

"Danny kata Farooq Khan nama daddy Iman. So, out of curiosity, we traced Farooq Khan. Kami dapati memang dia Ketua Mafia, niaga dadah dan senjata api. Kami K.I.V. maklumat itu sebab dia dalam siasatan penguatkuasa beberapa buat Negara. Masa itu kami belum tahu lagi Raduan mencari kau."

"Bila kau sedar dari koma, kau jadi baran. Pak Lang kaitkan dengan masalah selective amnesia pesakit yang mengalami koma. Katanya kau ada trauma. Tapi kami tak puas hati. Jadi kami kembali siasat Farooq Khan. Kami dapati dia telah pergi ke Ukraine, kemudian Tashkent. Tapi puas kami godam sana sini, tiada bekas ahli mafia nama Farooq Khan di sana. Hanya ada seorang pensyarah sambilan merangkap penyelidik, pemilik sebuah kedai herba nama Ivan Tarasenko." Akbar bercerita dengan panjang lebar ketika mereka pergi memancing dua hari sudah.

"Kenapa tak bagi tahu aku dapatan korang?" soal Zuhal.

"Baru kami tunjuk video kau dah jatuh sakit . . ." Akbar mengingatkan.

Zuhal teringat dia kesakitan dan terpaksa diberi ubat. Ketika tidur dia bermimpi . . .

"Masa itu kami tak beritahu kau video itu sebenarnya dua orang yang serupa wajah, Farooq dan Dr Ivan Tarasenko. Yang niaga dadah dan senjata api, Farooq. Yang jadi penceramah Biomedicine, Ivan Tarasenko."

"Tapi tak silap aku Pak Lang ada sebut Farooq memiliki PhD dalam bidang botani."

"Dalam siasatan kami, tiada nama Farooq dalam mana-mana persidangan yang Pak Lang hadir. Yang ada Ivan Tarasenko," jawab Akbar.

"Apa susah nak tukar identiti jadi Ivan Tarasenko kalau dia u-turn jadi sleeper agent?"

"Kau fikir?"

"Entah. Aku tak ada bukti. Tapi aku yakin Farooq dan Ivan orang yang sama. Pak Lang kan ada kebolehan melihat perkara yang kita tak nampak? Tak mungkin Pak Lang silap orang," tegas Zuhal.

Dia yakin.

*****

*Beginilah rupa tiles yang disusun Zuhal. Jangan ikut otak 'perang' dia ya*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro