Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 40: KONTRAK

*Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani PERJANJIAN menamatkan PERANG di Afghanistan dengan Taliban pada 29 Februari 2020*

LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN BELUM

WAKTU: MALAM

"Abang suka sangat le tu," kata Iman, melihat Zuhal asyik tersenyum sejak keduanya menghadap Tan Sri Adnan.

"Eh, tentu le. Lepas ni tak ada siapa nak intip kita buat apa . . ." jawab Zuhal.

Satu keluarga sedang menikmati ikan bakar resepi Turki Azem Ibrahim. Zuhal dan Iman lepak agak jauh daripada kelompok yang bersama Tan Sri Adnan. Mereka mengambil tempat di kawasan gazebo yang terletak di belakang rumah, sementara yang lain berkumpul di dapur.

"Iman dah kata . . . Nak sambung belajar. Abang juga yang suruh, dulu . . ."

"Sekarang pun abang TAK kata Iman TAK boleh pergi belajar." Zuhal tekan perkataan 'TAK' di situ.

Iman mati akal. Nak tolak, kalau Zuhal merajuk, pergi jauh, dia yang merana. Kalau terima, macam mana nak belajar? Nak lepak dengan kawan-kawan? Usianya baru 21 tahun. Baru mahu kenal dunia. Kalau nikah, hidupnya akan dikuasai manusia bernama Zuhal Amir Ahmad Bakhtiar yang panjang akalnya.

Fikiran yang sama menghantuinya ketika bertunang dahulu kembali.

Iman mahu dirinya, Mommy, Daddy dan Zuhal dalam satu pakej.

Zuhal pula tahu, pakej impian Iman tidak akan berlaku. Mommy Iman sudah dibungkus dalam pakej lain bersama Pak Lang Asyraf.

Zuhal dan daddy Iman pula tidak akan duduk dalam satu pakej. Daddy Iman bersekongkol dengan pembunuh papa dan mamanya.

Semua pakej-pakej yang berasingan itu hanya Zuhal yang tahu di mana duduknya.

Dia mesti nikah sebelum Asyraf berjaya membawa Farooq Khan datang ke Malaysia.

Zuhal terpaksa mengganggu usaha Pak Lang Asyraf yang banyak jasanya.

Zuhal tahu Farooq Khan masih mencari anaknya.

Sikap Asyraf yang tidak berbincang dengannya soal membawa masuk Farooq buat Zuhal curiga apa sebenarnya terma perbincangan mereka.

Tidak.

Dia tidak akan serah Iman untuk ditukar sebagai 'barangan' tebus talak  Nur Saadah dengan Farooq Khan.

Dia mahu mengheret Farooq Khan ke penjara.

Dia mahu Iman menyokongnya.

Hanya melalui perkahwinan dia boleh lakukannya. Zuhal yakin.

Zuhal keluarkan telefon bimbitnya. Dia pasang 'audio on' untuk Iman mendengar perbualannya.

Kedengaran suara seorang lelaki. "XXX Airline VIP service. May I help you Sir?"

"I want to book One Business Class ticket from KLIA to Frankfurt."

"When will be your flight, Sir."

"Tomorrow . . ."

"Yes, there's a flight, at 23.30 hours. What date will you be returning Sir?"

"It's a one way ticket . . . I'll buy a connecting flight when I arrive in Frankfurt . . ."

"Okay . . . Can we have your name Sir . . ."

"It's Zuhal . . . Z-U-H-A-L . . ."

Terus Iman rampas telefon bimbit itu.

"Cancel it . . . I won't let him go . . ."

Suara di sebelah sana talian  masih kedengaran. "Sir?"

Iman tutup telefon bimbit. Matanya yang sudah berkaca-kaca merenung Zuhal dengan tajam. Zuhal sembunyikan senyum.

"Abang nak lari lagi?"

Zuhal angkat bahu.

"Abang nak tinggalkan Iman lagi?"

"Abang ajak Iman nikah, Iman banyak songel."

Air amat Iman mula tumpah. Zuhal teringin memeluk dan memujuknya. Tetapi dia keraskan hati. Biarkan saja. Dia bangun dan tinggalkan Iman sendirian.

Zuhal masuk ke dalam dapur dan mengambil tempat duduk bersebelahan Tan Sri Adnan.

"Mana pak lang? Tak turun makan?" soalnya bersahaja.

"Ada hal katanya," jawab Kamariah.

Zuhal syak dia pergi berjumpa Nur Saadah.

Kata-kata Kamariah mengesahkannya.

"Katanya tak lama lagi mungkin dia dengan Nur dapat nikah." 

Tan Sri Adnan pandang wajah beku Zuhal. "Kenapa? Gaduh ke?"

"Tak adalah papa. Kami bertelagah mana tempat nak berbulan madu," jawabnya dengan nada mendatar.

Tan Sri Adnan ketawa. "Di gunung atau di laut?"

"Zuhal dah selalu sangat di laut. Jadi nak pergi gunung rasanya. Tapi Iman nak ke laut."

"Siapa kata Iman ke laut?" Tiba-tiba suara Iman nyaring mencelah.

Semua menoleh ke arah Iman yang jelas kelihatan cemberut.

Iman berjalan ke arah Puan Sri Mariah, terus memeluknya dan menangis . . . Lebih kepada mengongoi manja.

"Kenapa Iman upset sangat ni?" Puan Sri Mariah memujuk. Pandangan matanya bertukar dari Iman kepada Zuhal silih berganti.

"Abang Zuhal nak lari ke Eropah . . . Entah-entah . . . Dia nak pergi ke Romania . . . Mungkin ada girl-friend dia di sana." Iman mula menokok tambah cerita.

Zuhal senyum.

Dia tahu dia sudah berjaya.

"Betul ke Zuhal?" soal Tan Sri Adnan. Kening berkerut. 

Zuhal gerakkan sebelah bahunya. "Kalau tak jadi nikah, buat apa Zuhal stay di sini lagi?"

"Siapa kata tak jadi?" Iman membantah dengan suara yang kuat. Hampir terjerit.

Semua mata terarah ke tubuh Iman, termasuk Danny dan Lila yang duduk agak jauh. Danny masih terasa loya apabila melihat ikan kelah itu, walaupun sudah dicampur rempah dan dibakar.

Cempaka yang dari tadi memasang telinga, terus ketawa terkekeh-kekeh. Yang lain turut ketawa. Iman tarik muncung bibirnya. Malu pun ada.

*****

"Tell me now!" arah Tan Sri Adnan.

"Apa dia pa?" Zuhal buat-buat bodoh.

Mereka kini duduk berhadapan di bilik bacaan yang lebih kurang jadi pejabat Tan Sri Adnan ketika berada di rumah agam Asyraf. Dia ajak Zuhal berbincang dengannya - empat mata. Puan Sri Mariah pun tidak dibenarkan turut serta.

"Kenapa Zuhal tiba-tiba nak nikah dengan Iman?"

Papa pun tahu . . . We love each other . . We can't wait."

Jawapan Zuhal buat Tan Sri Adnan ketawa sinis. Dia tahu apa yang dilakukan Zuhal berkaitan Iman, tidak ada yang straight-forward. "Don't give me that crap!"

Zuhal tunjuk muka polos. "Papa . . . Zuhal ikhlas."

Tan Sri Adnan menarik nafas panjang. Dia tidak mahu dikesampingkan dalam apa juga urusan berhubung Iman. "Zuhal . . . Papa bukan baru hari ini kenal kamu."

Sungguh. Tan Sri Adnan tidak boleh ditipu.

Zuhal tidak segera menjawab. Tan Sri Adnan juga diam. Dia menunggu. Dia tahu Zuhal anak yang taat dan tidak akan melawannya. Banyak sudah pengorbanan yang dilakukan ketika membesarkan anak arwah abang iparnya ini. Kali ini Zuhal kembali seperti seorang Laksamana yang pernah dicederakan musuh. Hatinya, perancangannya, tersembunyi kemas di sebalik wajah yang dingin beku.

"Papa ingat lagi cerita Zuhal, tentang kemalangan ada orang ambil beg Papa Bakhtiar dari kereta masa kemalangan dulu?" soal Zuhal.

Tan Sri Adnan mengangguk.

"Jabatan Kehakiman percaya. Sebab pembantu makmal buktikan ada barang yang hilang. Tapi kenyataan Zuhal tak boleh dipakai kerana Zuhal baru 4 tahun . . ."

Semua itu Tan Sri Adnan masih ingat. Beberapa kali dia berulang-alik ke Amerika Syarikat atas urusan Zuhal. "Jadi?"

"Lelaki itu Farooq Khan."

Tan Sri Adnan tersentak. Tapi dia sembunyikan perasaan itu. Sebagai JUARA segala jerung korporat, dia mesti sentiasa kelihatan tenang, tetapi mengancam. Dia pemangsa. Bukan boleh senang-senang dijentik untuk dikejutkan sehingga melatah.

"Are you sure?"

"Yeah!"

"Siapa lagi yang tahu?"

"Papa orang kedua."

"SNAP?"

"Ini hal peribadi Zuhal. Jadi diorang hanya boleh berspekulasi. Maybe later I'll tell them."

Segera fikiran Tan Sri Adnan pergi kepada adiknya, Asyraf. Sudah 10 tahun bercinta dengan Nur Saadah yang tidak diketahui statusnya. "Jadi, rancangan Zuhal macam mana?"

"Farooq pasti akan menuntut Iman sebagai tukaran dia sedia bercerai dengan Nur Saadah."

Daripada nada suaranya dan panggilan terhadap ibu Iman, Tan Sri Adnan berpendapat, Zuhal tidak menyenangi Nur Saadah.

Tan Sri Adnan menegakkan tubuhnya. Wajah adik yang disayangi pergi dan datang. Kini hanya Asyraf adik lelakinya, setelah Yusri mati dibunuh. Dia tidak pernah terfikir situasi ini akan berlaku. Dalam benaknya cuma timbul persoalan demi persoalan.

Dia fikir takdir sedang mempermainkannya.

"Takkan Asyraf dengan Nur setuju?" 

"Pak Lang nak pergi Jepun. Bagi dia geran penyelidikan perubatan holistik dan tawaran menggunakan makmal canggih universiti di Jepun itu sangat penting. Ini penyelidikan untuk dunia perubatan yang mencabar. Macam-macam penyakit baharu timbul sekarang. Dia mungkin setuju. Nur Saadah pula mungkin terpaksa setuju kerana Farooq kini di Tashkent, bukan di ceruk Afghanistan bersama Taliban lagi."

Tan Sri Adnan tidak fikir Asyraf sanggup menyerahkan Iman kepada Farooq. "Kan Iman sudah 21 tahun? Sudah boleh buat keputusan sendiri?"

Zuhal tidak setuju.

"Zuhal tahu, pak lang adik papa. Pak lang ada contact yang luas di Kementerian Luar Negara. Pak lang kawan baik Ketua SIU, Komander Imran. Zuhal percaya Pak lang bertindak sekarang kerana Iman sudah berusia 21 tahun."

Tan Sri Adnan menarik nafas panjang. Lelaki berwajah beku kini menampakkan emosi sebenarnya.

Sedih bercampur marah. Dan entah apa lagi. Emosi Zuhal sedikit menggegar tulang-tulang tuanya.

"Jadi Zuhal nak buat macam mana?"

"Zuhal akan guna cara Zuhal sendiri bila dia datang di Malaysia. By that time I'm already married to Iman . . . Like it or not. Zuhal tak akan izinkan walau sehelai rambut Iman dibawa ke Tashkent . . . Farooq pun mesti dihadapkan ke muka pengadilan atas perbuatannya."

Tan Sri Adnan hanya mendengar.

"Like it or not." Zuhal mengulangi kenyataannya. Dia tidak lagi duduk dalam posisi seperti seorang yang taat setia kepada pemimpin. Dia tahu Komander Imran, jika dia mahu, dengan mudah boleh menculik Iman untuk dibawa ke Tashkent.

Tan Sri Adnan dapat merasa perubahan itu. "Papa setuju."

Wajah antagonistik Zuhal berubah kembali beku. Mata Tan Sri Adnan dicarinya demi mendapat kenyakinan.

Tan Sri Adnan membalas pandangan itu dengan lembut, "I'm with you, Zuhal."

It'a a gamble papa...Either Iman love me or love her daddy more.

*****

Ketika masuk ke bilik tidur, Tan Sri Adnan nampak bantal peluk pemisah sudah tiada. Puan Sri Mariah bersandar di kepala katil membaca Quran terjemahan. Tan Sri Adnan masuk ke bilik air untuk mandi menghilangkan bau barbeque yang dirasanya melekat di badannya.

Selesai mandi dia melangkah keluar. Matanya nampak baju tidurnya sudah tersusun di atas meja katil. Puan Sri Mariah masih membaca Quran terjemahan. Tan Sri Adnan memakai baju tidurnya dan naik ke atas katil. Selimut ditarik menutupi sebahagian badannya yang tegap. Tan Sri Adnan seorang gym freak semasa muda dan masih mengamalkan latihan kecergasan walaupun sudah tua. Gym itu terletak di tingkat bawah pejabatnya yang juga terbuka untuk semua staf SLY setiap petang dan malam, tujuh hari seminggu.

"Apa jadi dengan Johnson?" Tiba-tiba Puan Sri Mariah bertanya.

Tan Sri Adnan menoleh ke arah isterinya. "Dia ditangkap polis Kerajaan Negara Arab kerana memalsukan dokumen syarikat untuk menipu bank."

"Sekarang di mana?"

"Tak tahu. Hukuman memalsukan dokumen syarikat di Negara Arab tu sangat berat. Kalau masih hidup, dia tentu dah sangat tua."

"Orang tua pun ramai yang licik."

Tan Sri Adnan terasa isterinya menyindirnya. 

Dia tegas pertahankan tindakanya. "Identiti Danny perlu disembunyikan."

"Masa itu abang bohong. Abang kata terpaksa guna nama 'Bin Muhammad Adnan' sebab nak sahkan dia untuk dibawa ke Malaysia, sedangkan dia anak abang yang sebenarnya." Puan Sri Mariah terus mengungkit.

Tan Sri Adnan diam. Dia tidak dapat nafikan.

Melihat suaminya diam, Puan Sri Mariah menurunkan nada suaranya. "Maria minta maaf. Tetapi kenapa abang simpan semua ini?"

"Masa tu ayang sakit...major depressive disorder." Asyik pergi balik hospital. Apa jadi kalau abang beritahu siapa Danny?

Puan Sri Mariah mencebik bibirnya. "Lagi?"

"Lagi apa?"

"Apa jadi dengan perniagaan ibu bapa Ummu Fatonah?"

"Bila Ummu Fatonah meninggal dunia, semua hartanya jatuh kepada Danny dan abang. Nanti bila Danny balik kepada keluarga kita, abang kembalikan kepadanya. Itu milik dia."

"Kesian Danny, dia terpaksa buka bengkel baiki motorsikal, atas nama Alang kerana nak teruskan kehidupan."

Tan Sri Adnan diam. Kenangannya kembali kepada bicaranya dengan Zuhal. Danny terhutang budi kepada Asyraf. Mungkin Danny akan tertekan dengan isu kesetiaan. Tidak sengaja dia melepaskan satu keluhan.

"Kenapa Abang mengeluh?"

"Keluarga kita sedang diuji."

Puan Sri Mariah setuju. Tetapi tidak seratus peratus. "Tidak bolehkah kita biarkan sahaja polis buat kerja mencari pembunuh Yusri?"

Tan Sri Adnan marah setiap kali diingatkan supaya membiarkan pihak berkuasa menyiasat kes kematian Yusri di penjara. Malah dia pernah bergaduh dengan ibu tirinya Kamariah mengenai isu itu. Sehingga kerana itu Kamariah merajuk meninggalkan TERATAK MARIAH. Pergaduhan itu berlaku selepas dia terpaksa mengarahkan Zuhal dan Danny meninggalkan negara susulan kematian Ammar. Cempaka juga meninggalkannya untuk mengikut ibunya. Hanya Asyraf yang kekal di rumahnya kerana kekangan kerjanya sebagai doktor hospital awam. Tetapi akhirnya Asyraf menjual ladang yang diwarisi dari arwah datuknya untuk dijadikan modal membuka klinik di utara negeri.

Lalu TERATAK MARIAH yang tersergam itu hanya didiami dia, isterinya dan Iman serta pekerja dan bodyguards

Dia membina empayar perniagaan berkaitan IT dan menjadi bilionaire. Tetapi hatinya sunyi.

"Hingga sekarang kematian Yusri masih tak ada pembelaan. Begitukah kerja penguatkuasa?"

"Abang, anak-anak kita kan dah pulang. Tak lama lagi cucu kita lahir. Apa lagi yang abang tak puas hati?"

Tan Sri Adnan tidak mahu menjawab soalan isterinya. Dia sudah buat kontrak dengan Zuhal dan Akbar untuk mencari pembunuh Yusri. Ia sebagai pertukaran sokongannya untuk menghalang Iman daripada dibawa ke Tashkent.

"Pak Lang ada kuasa minda untuk tundukkan Iman supaya mengikut kehendaknya. Kuasa yang  selalu dia guna untuk dapatkan maklumat daripada saksi jenayah. Tetapi, siapa yang mampu menghalang dia daripada menggunakannya ke atas Iman?

Kata-kata Zuhal itu terngiang-ngiang di telinganya.

Hanya Tan Sri Adnan yang mampu melakukannya.

*****

*Sampai bila kontrak harus disalut ugutan?*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro