Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 39: TANGKAP BASAH

LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN BELUM

WAKTU: PETANG

Sakit. Hatinya sakit apabila dia dapat tahu Tan Sri Adnan pernah berkahwin lain.

"Sayang ni, cakap saja marah abang pasal arwah Ummu Fatonah. Jangan boikot abang." Tan Sri Adnan merayu. Tak sanggup dia melihat wajah isterinya yang beku sejak asal usul Danny terdedah kelmarin.

Puan Sri Mariah mencebik. "Kalau Maria tak ingat Danny tu Maria yang susukan . . ."

"Habis tu? Ayang nak buat apa pada dia?"

"Bukan dia. Abang tu . . . Dia tak salah apa-apa . . ."

"Sudahlah . . . Ummu Fatonah pun dah meninggal."

"Kalau dia hidup lagi, selama itu Maria kena madu, tapi tak tahu."

Tan Sri Adnan diam. Kalau dia jawab, lagi berpanjangan isterinya membebel.

"Kenapa abang sampai sekarang masih tak bercakap benar?"

Tan Sri Adnan memandang isterinya penuh kehairanan. Apa yang dia tahu?, fikirnya.

"Cakap! Ibu bapa Ummu Fatonah pergi ke Negara Arab bukan kerja jadi buruh kan? Cerita Ummu Fatonah nak dilarikan bapa saudaranya itu tipu kan?"

Tan Sri Adnan mengeluh berat.

"Malam tadi Maria tanya Ambrin. Rakan kongsi abang di Indonesia."

Tan Sri Adnan telan air liur. Hatinya mengutuk Ambrin kerana memecahkan rahsia. Tetapi di tayang wajah seperti tidak bersalah. "Apa dia kata?"

"Abang tak perlu tahu apa dia kata. Maria nak dengar apa abang kata."

Tan Sri Adnan menarik nafas panjang. "Benar. Bapa Ummu Fatonah, Pak Luqman Rijaluddin, pergi ke Negara Arab kerana urusan perniagaan carigali oil and gas. Dia bawa isterinya. Tetapi mereka dibunuh orang yang diupah oleh adik isterinya, Johnson, yang juga rakan kongsinya yang tamak. Kemudian Johnson mahu mengambil Ummu Fatonah untuk memudahkan pengambilan hartanya. Pak Marzuki, hanyalah seorang pekerja syarikat Pak Rijaluddin. Dia tiada pertalian darah dengan Ummu Fatonah. Tetapi setia menjaga Ummu Fatonah.

"Dan Ummu Barokah itu bukan kakak kandung Ummu Fatonah . . ." Puan Sri Mariah memotong cerita suaminya.

Tan Sri Adnan menganggukkan kepala. "Ummu Fatonah anak tunggal. Ummu Barokah anak saudara Pak Rijaluddin, diambil sebagai anak angkat, kerana, setelah kahwin lima tahun masih tak dapat anak. Mengikut kepercayaan diorang, kalau ambil anak angkat, boleh dapat anak. Ini ternyata berhasil. Tapi kedua gadis remaja itu ditinggalkan untuk dijaga Pak Marzuki kerana . . . Entah kenapa . . . Pak Rijaluddin tak mahu membawa mereka sekali ke Negara Arab ketika itu. Kalau mereka dibawa bersama mungkin kita tidak akan ada Danny."

Puan Sri Mariah merasa seram sejuk. Begitu busuknya hati manusia apabila harta menjadi tuhan mereka. Adik-beradik pun berbunuhan.

Tan Sri Adnan menyambung cerita. "Lepas Pak Rijaluddin dan isteri dibunuh, keluarga Ambrin hantar Pak Marzuki bawa mereka lari dari Jakarta ke Nganjuk." 

"Kebetulan Ambrin itu rakan abang masa di universiti, kan?"

Tan Sri Adnan kagum isterinya dapat mengumpulkan banyak maklumat hanya dalam satu malam. 

"Ya . . . Itulah takdir. Kami sama-sama mengambil jurusan kejuruteraan. Abang ambil mekanikal. Ambrin ambil kejuruteraan kimia, sebab bapanya rakan kongsi kedua Pak Rijaluddin . . . Lepas graduate, kami buka firma perunding kejuruteraan carigali di Indonesia . . . Johnson pula dapat kesan Ummu Fatonah, lalu mereka cuba membunuhnya. Abang selamatkan dia, bawa lari ke Surabaya," jelasnya.

Puan Sri Mariah memprotes. "Abang tak perlu kahwin dengan dia."

"Kami tinggal serumah . . . Itu saja cara untuk sembunyikan dia."

Ganti Puan Sri Mariah pula yang mengeluh.

"Tapi abang harus balik kerana isteri abang ada di Malaysia. Abang tinggalkan dia di Surabaya dengan Pak Marzuki. Abang tak dapat menjenguk dia di Surabaya sebab ayang tengah sakit masa itu."

Tubuh Puan Sri Mariah yang kejung cuba diraihnya. Puan Sri Mariah menjauhkan diri. Ya . . . Dia sakit ketika mengandungkan anaknya, yang akhirnya meninggal dunia ketika dalam kandungan. Dia terpaksa dibedah dan hancur luluh hatinya kerana dia disahkan tidak boleh mengandung lagi.

"Ummu Fatonah tahu situasi dia. Jadi dia sembunyikan dirinya mengandung kerana takut diketahui musuh, sampai abang pun tak tahu. Kemudian Ambrin kata Ummu Fatonah melahirkan anak dan dia sudah meninggal dunia. Pak Marzuki tidak mampu menjaga bayi itu. Kerana ayang masa itu selalu bertanya di mana anak ayang, Abang bawa Danny balik. Lepas itu, Pak Marzuki jadi petani di Nganjuk."

Puan Mariah mengaku memang dia selalu meroyan, minta dikembalikan anaknya. Dia sangat gembira dengan kedatangan Danny. Dia pulih kerana Danny.

"Kerana takut, Pak Marzuki tidak daftarkan kelahiran Danny. Memang perbuatan itu salah di sini undang-undang. Jadi, abang minta bantuan penguatkuasa Indonesia, Kementerian Luar Negeri dan Dalam Negeri untuk bawa Danny ke Malaysia. The rest is history." Tan Sri Adnan menamatkan penjelasannya.

Pandangan matanya kembali ditujukan ke tingkap.

*****

"Good news for you Akbar," kata Zuhal sebaik sahaja tiba di tebing sungai.

Akbar menoleh. "Apa yang good news?"

"Kita bagi kau kerja mengenali bakal pak mentua kau."

"What?"

"Kau kena tanya big bos apa assignment kau."

"Adrian?"

"Atas lagi."

"Tan Sri?"

Zuhal mengangguk. "Now, can I have my fiancée back?"

Akbar bangun. Zuhal tepuk belakangnya sekali, seolah-olah memberi semangat. Akbar terus berjalan ke arah rumah agam itu. Tugas kali ini membuat dia sedikit bimbang, kerana ia melibatkan soal hati. Irdina sudah beritahu dia tidak mahu berkahwin dengan polis, kerana tidak mahu sentiasa diburu rasa kebimbangan seperti mamanya.

Sebaik sahaja Akbar pergi Zuhal berpaling kepada Iman. "Abang nak Iman balas dendam di sini."

Iman perhati Zuhal letak Glock 43 di sebalik batu. Dia semakin keliru. "Balas dendam apa?"

"Abang nak Iman tolak abang masuk ke dalam sungai."

Iman rasa permintaan Zuhal kelakar dan pelik. "Eh? Kenapa pula. Kalau abang lemas macam mana?

"Abang pandai berenang. Tak lemas punya," Pandangannya dilemparkan ke arah beberapa ekor angsa yang berenang-renang dengan gembira di sungai kecil itu. "Tengok angsa-angsa tu relaks jer. Tak lemas pun."

"Abang ni . . . loyar buruk pula. Mana ada angsa mati lemas?"

Zuhal beri Iman ketawa mahalnya.

"Kalau ada buaya?" soal Iman lagi.

"Biar abang mati dimakan buaya, jangan Iman masih simpan dendam . . . Iman tolaklah."

Sungai itu tiada buaya. Biawak pun tiada kerana airnya sangat jernih.

"Tak mau!" Iman protes.

"Kenapa tak mau?"

"Kejam!"

"Abang taknak Iman ungkit lagi pasal kena tolak ke dalam kolam ikan tu. So, cepat. Balas dendam."

"Tak nak!"

"Iman nak abang kiss Iman, baru nak tolak ke?"

Zuhal merapati Iman . . .

Iman melangkah ke belakang.

"Abang!"

Zuhal melangkah lagi . . .

"Abang . . . Semua orang ada dalam rumah itu."

"Biarlah . . . Mereka jadi saksi . . ."

Iman melangkah undur dan kakinya terpijak batu yang menyebabkan badannya hilang imbangan.

"Eh-eh-eh!"

Cebuuurrr!

Kedua-dua Iman dan Zuhal jatuh ke dalam sungai yang dalamnya hanya paras dada Iman itu.

Iman tunjuk muka cemberut.

"Sorry. Abang nak selamatkan Iman, tapi Iman tarik abang sekali masuk ke dalam sungai."

"Tadi abang boleh saja tarik Iman daripada jatuh!"

"Kalau abang buat begitu kita berdua akan jatuh di darat, mungkin cedera kena batu atau akar kayu."

Iman menjeling. Dia cuba naik semula ke darat tetapi tidak berjaya. Dia buka kasutnya yang penuh air dan cuba lagi, tetapi masih gagal kerana tebing yang cerun dan agak tinggi.

Zuhal pegang pinggang Iman untuk membantu melonjakkannya ke atas tebing. Tetapi kerana marahnya belum reda, Iman tepis. Zuhal lepaskan tangan. Iman cuba lagi dan masih gagal. Zuhal sekali lagi cuba angkat Iman. Tetapi kena tepis lagi. Kali ini lebih kuat. Gerakan Iman membuatnya hilang imbangan di dalam air yang mengalir deras itu, lantas membuatnya terdorong ke belakang lalu mendarat di dada Zuhal. Tangan Zuhal segera menstabilkannya dan terpegang dada Iman.

Zuhal kaku. Iman memandang tangan Zuhal di dadanya. Turut terpaku. Zuhal segera melepaskannya dan berenang ke tengah sungai. Lepas itu dia hilang di dalam air.

Iman menoleh ke kiri dan ke kanan. Zuhal tidak timbul di mana-mana.

Iman mula panik.

Ke mana dia?

"Abang!"

Tiada jawapan, walaupun dipanggil beberapa kali.

Jeda.

Takkan masih dalam air?

Iman menyelam dengan mata celik. Pandangannya tidak berapa jelas kerana arus sungai turut membawa butiran halus pasir bersamanya. Berbeza dengan kolam renang.

Akhirnya dia sampai di tengah-tengah sungai dan nampak tubuh Zuhal berbalam-balam di dalam air. Dia kelihatan meniarap dengan tangan terdepang.

Abang Zuhal lemaskah?

Iman terus berenang ke arah tubuh Zuhal. Belum sempat dia sampai, Zuhal sudah timbul. Dia menggeleng-geleng kepala beberapa kali memercikkan air yang bergantungan di wajahnya. Rambutnya yang basah melekap di dahi disebak lurus ke belakang dengan kedua tangannya.

Jarak antara mereka kira-kira satu meter.

Iman mahu memeluk Zuhal kerana terasa sangat lega. Tetapi seolah-olah tahu apa yang Iman ingin lakukan, Zuhal berundur ke belakang.

"Abang! Kenapa abang lari? Iman tahu abang tak sengaja."

"Sorry . . ."

"Abang!'

Wajah Zuhal dilihat Iman sangat serius. "Abang, jom naik."

"Iman . . . Kita nikah."

"Hah?"

"Kita nikah. Abang takut, satu masa abang paksa Iman."

"Tapi . . ."

"Sekurang-kurangnya kita tak buat dosa."

"Nikah sebab ikut nafsu?"

"Bukan . . . Nikah sebab abang sayang Iman. Abang mahu elak dosa."

Jauh di sudut hatinya Iman mahu menerima Zuhal sebagai suaminya. Tetapi . . . Kenapa masih ada tetapi?

"Abang tak kisah kalau Iman tak bersedia jadi ibu . . . Tapi abang tak sanggup lagi . . . Lihat Iman depan mata, tapi Iman sebenarnya jauh."

Kata-kata Zuhal menerobos ke dalam mindanya. Tapi dia tidak faham langsung. Hanya hatinya tersentuh. Sayu. Takut ditinggalkan.

Dia pandang Zuhal dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

"Please. Jangan menangis Iman. Abang ikhlas nak jaga Iman."

"Iman sayang sangat pada abang . . ."

"Astaghfirullahal'adzim! Budak-budak ni . . . Buat apa tu?" Kedengaran suara Opah Kamariah yang nyaring, mengganggu mereka.

Hampir semua penghuni rumah itu keluar, untuk melihat kekecohan yang berlaku.

"Dah! Naik!" Opah Kamariah pura-pura marah, "Tak senonoh betul! Zuhal pun sama . . . Layan saja budak ni . . ."

Zuhal dan Iman berpandangan. Zuhal senyum segaris. Iman terus cemberut.

Ini kira betul-betul kena tangkap basah.

*****

Mencerlung tajam mata Tan Sri Adnan ke wajah dua insan yang disayangi itu. Mereka sudah menukar baju dan kelihatan kemas, duduk umpama suspek berhadapan dengan hakim.

Zuhal tersenyum-senyum, macam tak buat salah apa-apa. Iman pula terpisat-pisat.

"Explain!" arah Tan Sri Adnan.

"Zuhal ajak Iman nikah," jawab Zuhal sambil menayangkan wajah polos.

Puan Sri Mariah cuba menyembunyikan senyumannya. Dia rasa dirinya sudah menang.

Pandangan Tan Sri Adnan beralih kepada Iman.

"Iman setuju papa," kata Zuhal.

Mata Tan Sri Adnan masih melekat ke wajah Iman yang membisu.

"Cakap saja. Mama dengan papa bukan marah." Puan Sri Mariah memujuk.

"Iman nak study lagi . . ." Jawab Iman dengan suara lemah. Langsung tidak meyakinkan.

"Zuhal tak kisah kalau Iman nak sambung belajar," balas Zuhal dengan tegas. "Sampai tahap PhD pun tak apa."

Tan Sri Adnan menghela nafas panjang. "Baiklah. Papa setuju. Esok kamu berdua daftar kursus kahwin, di mana-mana sahaja asalkan cepat."

Zuhal sudah senyum lebar. Iman masih mengekalkan wajah cemberut.

"No more discussion," kata Tan Sri Adnan.

Zuhal dan Iman disuruhnya keluar dari bilik bacaan itu.

Zuhal bangun dengan cergas.

Iman bangun dengan malas.

"Sebab itu dari dulu Maria minta mereka nikah terus," kata Puan Sri Mariah sebaik sahaja pintu ditutup. "Tapi abang nak guna diorang."

Tan Sri Adnan memicit kepalanya yang tidak sakit. Dia tahu Zuhal ada agenda sendiri. Dia tidak tahu apa agenda itu. Zuhal, seperti selalu, raut wajahnya macam kubu. Langsung tidak boleh dimasuki. Jauh sekali untuk diketahui apa yang ada di dalamnya.

"Semua plan abang dah ke laut," sindir Puan Sri Mariah.

"Mana ada gagal?" Tan Sri Adnan pertahankan rancangannya.

"Mana yang berjaya?' soal balik Puan Sri Mariah.

Jarang sekali dia menyanggah cakap suaminya. Lebih-lebih lagi hendak berbantahan. Sebab itu dia reda sahaja apabila dikahwinkan dengan Tan Sri Adnan lebih tiga dekad yang lalu. Tetapi dia fikir sejak akhir-akhir ini tindakan Tan Sri Adnan macam diktator.

"Hubungan Kenny dengan Iman kita berjaya cantas. Bila Kenny sudah kesunyian, baru terbongkar hubungan dia dengan Suzanna yang bekerja untuk Raduan," jelas Tan Sri Adnan. "Suzanna keldai Kenny. Jadi, kita tak dapat kesan hubungan dia dengan kes kebocoran data. Kita cuma dapat kesan yang curi blueprint JEBAT GALAKSIKA Suzanna, yang decrypt, kumpulan The Black Dragon."

Puan Sri Mariah bukan tidak faham. Dia graduan ekonomi universiti tempatan. Tapi dia mencebik saja ketika mendengar penerangan suaminya, seolah-olah tidak yakin.

"Kalau kita tak dapat cari hubungan antara Suzanna dengan Kenny, kita tak akan dapat tuduh diorang curi JEBAT GALAKSIKA. Persamaan antara dua permainan video ini akan jadi scientific coincidence. Kita buat JEBAT GALAKSIKA . . . Nun di sebuah pulau di Laut China Timur, ada kumpulan yang membuat game yang sama yang kemudian dibeli oleh AMRA IT, kononnya, dan dinamakan AMMAR GALAKSIKA.

"Salah syarikat tak kesan awal-awal Kenny tu anak tiri Raduan," bidas Puan Sri Mariah.

"Mana kita tahu? Kenny bukan Islam. Bapa nama lain, tinggal tempat lain. Emaknya pun dia guna nama masa masih Kristian."

"Cuai . . ." Puan Sri Mariah menuduh.

"Ayang ni,  kalau ya pun marah abang pasal Ummu Fatonah, jangan kaitkan dengan syarikat."

"Kenapa abang tak cakap benar kepada Danny?"

"Ayang nak Danny cari Johnson dengan pembunuh upahan tu? Takkan ayang tak tahu sikap Danny tu macam mana kalau dia berdendam pada musuh."

Puan Sri Mariah bangun. "Like father like son."

"Nak ke mana tu?" soal Tan Sri Adnan, tak puas hati.

"Baik Maria tengok apa Azem dengan Eka buat di dapur."

Lama lagilah nampaknya hati Puan Sri Mariah nak sejuk.

*****

*Apa agenda Zuhal?*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro