BAB 38: REMPAH KEHIDUPAN
LOKASI: RUMAH DI TEPI HUTAN BELUM
WAKTU: SIANG
Tan Sri Adnan, seorang graduan kejuruteraan sebuah universiti di Indonesia. Berasal dari keluarga peniaga, dia memulakan perniagaannya sebaik sahaja mendapat ijazah bersama dengan rakannya di Indonesia. Keluarga Pak Marzuki amat dikenalinya. Bukan kerana Pak Marzuki supir rakan kongsinya, tetapi kerana budi bahasanya dan sikap ringan tulangnya.
Perkahwinan Tan Sri Adnan dengan Puan Sri Mariah diatur oleh keluarga mereka yang terlibat dalam perniagaan yang hampir sama. Ia percantuman dua perniagaan berkaitan teknologi Maklumat. Bapa Tan Sri Adnan seorang bekas pegawai polis, bersara awal kerana mahu terlibat dalam perniagaan penyedia perkhidmatan internet (ISP), Cempaka Telecommunication atau CT, bersama rakan kongsinya, Ho Kok Wah, juga bekas pegawai polis. Bapa Puan Sri Mariah pula agen perniagaan komputer dan aksesori komputer.
Perkahwinan ikut aturan keluarga itu diterima baik oleh keduanya dan mereka saling jatuh cinta selepas berkahwin.
Demi menjaga Puan Sri Mariah yang tidak sihat, Tan Sri Adnan menjual pegangan pada syarikatnya di Indonesia. Dia dan adiknya Yusri kemudian mengambil alih kepentingan majoriti syarikat bapa mentuanya. Syarikat itu dijenamakan semula menjadi Smile and Live Younger (SLY). Milik minoriti arwah bapa mentuanya itulah yang kini dipegang oleh Puan Sri Mariah dan Zuhal. Syarikat ISP arwah bapanya (CT) pula kini berstatus anak syarikat SLY. Asyraf dan Cempaka, rakanniaga tidur dalam syarikat ini. Tadbir urus syarikat itu dikuasai oleh anak mendiang Ho Kok Wah, Tan Sri Ho Lam Chuan atau lebih dikenali dengan panggilan Tan Sri Robert Ho.
Kumpulan SLY maju kerana kerja keras, sehingga mereka kemudian mempelbagaikan perniagaan kepada pembangunan perisian dalam sistem pengurusan sumber manusia. Kini mereka terjun ke bidang permainan komputer untuk membantu dalam pembelajaran integratif, termasuk melatih dalam kecekapan merancang strategi dan bertindak.
Malam tadi Tan Sri Adnan terpaksa menerima hukuman daripada isterinya. Ketika dia masuk ke bilik, isterinya sudah tidur. Bantal peluk panjang diletak di tengah-tengah katil.
Dalam usia perkahwinan lebih tiga dekad, Tan Sri Adnan anggap isterinya sebagai kekasihnya, bantal peluknya, telinga yang mendengar dia bersungut dan orang yang perlu dia lindungi sehingga ke akhir hayatnya.
Dia menerima hakikat isterinya yang tidak dapat mengandung. Bukan dia sengaja mencari perempuan lain. Perkahwinannya dengan Ummu Fatonah terjadi kerana takdir. Itu pandangannya.
Ketika subuh, Tan Sri Adnan dan Puan Sri Mariah solat berjemaah seperti biasa. Puan Sri Mariah menyambut tangan suaminya dan menciumnya. Tetapi apabila Tan Sri Adnan mahu memeluknya, seperti kelaziman sebelum mula bekerja mencari rezeki, Puan Sri Mariah mengelak. Terus dia buka telekung dan keluar untuk ke dapur.
Entah sampai bila isterinya akan memboikot dia.
"Walau macam mana pun Maria marah Abang, tolong jangan tinggalkan rumah," pintanya.
Puan Sri Mariah buat muka kejung.
Cuma, pandangan mereka tentang Lila sama. Walaupun mereka lebih suka kalau Danny berkahwin dengan wanita tempatan, tetapi melihat kecekapan Lila di dapur, mereka tolak jauh-jauh prasangka di dalam hati. Nampak sangat Lila biasa dengan dapur di rumah Asyraf bersama pembantu rumah, Habsah. Lila juga menutup aurat. Itu mereka suka.
Itulah pertama kali pasangan suami isteri tersebut bersarapan masakan yang disediakan oleh menantu mereka.
Beza sungguh Lila dengan Iman yang hanya pandai bermanja, menggodek permainan video dan jarang-jarang turun ke dapur.
Lepas sarapan, Asyraf tiba dengan helikopter SIU. Komander Imran ada urusan rasmi di sempadan.
Sudah terlambat bagi Tan Sri Adnan untuk memarahi adiknya yang menyembunyikan Danny dan Lila. Dia tangguhkan marah itu. Adiknya bukan budak lagi.
*****
Lepas sarapan, mereka masuk ke bilik bacaan untuk mesyuarat keselamatan keluarga.
Kali ini mesyuarat keluarga lengkap kerana ada Danny. Hanya Cempaka yang tidak hadir kerana harus segera menguruskan kliniknya.
"Macam mana pendaftaran syarikat SNAP Asia, Asyraf?" soalnya membuka perbincangan setelah selesai bacaan Al-Fatihah.
"Alhamdulillah, abang long. Sudah didaftarkan di bawah Akta Syarikat. KDN tiada isu," jawab Asyraf.
"Jadi kamu nak ke Jepun?"
"Jadi, abang long."
"Macam mana dengan Nur Saadah?"
Tan Sri Adnan dan isterinya sudah lama diberitahu oleh Asyraf tentang Nur Saadah. Tetapi mereka mengambil keputusan tidak membenarkan perkara itu diberitahu kepada Iman, sehingga Iman berkahwin.
Kejamkah mereka?
Mereka hanya mahu melindungi Iman dan keluarga.
Perancangan Tan Sri Adnan nampak sempurna kerana Zuhal dan Iman dilihatnya 'suka' antara satu sama lain. Tetapi masalah keselamatan keluarga itu menjadi prioriti. Kerana itu Tan Sri Adnan tidak mahu fokus Zuhal terlalu tertumpu kepada Iman. Farooq juga mempunyai ramai musuh.
"Saya tengah uruskan dengan Wisma Putra. Nur akan failkan tuntutan tebus talak. Masa Farooq kahwin dengan Nur, usia Nur belum 16 tahun," jelas Asyraf.
"Di Negara dia boleh saja nikah dengan kanak-kanak." Tan Sri Adnan mencelah.
"Tapi lepas nikah dia tinggalkan Nur, ikut Taliban pergi perang. Nur menderita hidup dengan keluarganya dan madunya."
"Cerita itu betul ya?" soal Puan Sri Mariah.
"NGO yang bawa Nur pulang ke Malaysia sudah buat siasatan rapi. Keluarga suaminya abusive dan buat dia macam khadam. Sebab itu NGO itu berani bawa Nur pulang."
Tan Sri Adnan mengangguk beberapa kali. Matanya melirik ke arah Zuhal yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia sedikit bimbang dengan keadaan Zuhal yang macam patung hidup itu.
"Zuhal!"
"Ya papa." Laju sahaja Zuhal menjawab, walaupun jelas nampak tersentak.
Tan Sri Adnan mengalih topik bicara. "Papa dah letih mencari pembunuh Yusri."
Pantas Zuhal menjawab. "Mesti orang dalam."
"Kata polis orang dalam. Maknanya kita tuduh salah seorang daripada warden."
"Atau dua orang," sambung Asyraf. Dia selalu nampak ke depan berbanding yang lain.
"Takkan warden . . ." Puan Sri Mariah mencelah.
"Tidak mustahil kak long, dalam ramai-ramai tu ada pengkhianat." Asyraf mempertahankan teorinya.
Tan Sri Adnan mula memicit kepala. "Itulah . . . Bila melibatkan penjawat awam sebagai suspek, kes menjadi sukar."
"Mungkin ada maklumat yang disembunyikan," tambah Danny.
Tan Sri Adnan mengangguk. "Sekarang Sulaiman dah ditukarkan ke ibu kota dan jadi Ketua di situ, mungkin dia boleh bantu."
Semua diam. Mereka bukan penjawat awam. Bukan boleh campurtangan, kecuali memecah masuk sistem sekuriti mereka. Zuhal dan pasukannya boleh melakukannya, kalau mereka mahu. Tetapi mereka tidak akan menceroboh sistem sekuriti negara sendiri.
Asyraf senyum. "Asyraf dah bangkitkan kes pembunuhan Abang Ngah Yusri dengan Imran."
"Apa katanya?" soal Tan Sri Adnan.
"Dia kata sekarang kita ada peluang bila Sulaiman dah naik pangkat."
Semua memandang Asyraf dengan wajah yang mengandung tanda soal.
"Imran minta satu nama. Siapa ahli SNAP nak jadi mole di situ?" Dia memandang Zuhal.
"Akbar," jawab Zuhal.
Tan Sri Adnan bersetuju. "Ya. Dia saja yang sesuai. Dia muda, muka pun innocence macam fresh graduate . . . Kecuali Danny mahu tempat itu?"
Laju Danny menggelengkan kepala. Mereka ketawa.
"Zuhal percaya Akbar sesuai, sebab dia sharpshooter paling handal dalam kumpulan kami. Dia juga hacker."
"Ok. Kita hantar nama dia kepada SIU."
Kenapa bukan Zuhal? Kerana Zuhal perlu urus syarikat baharunya. Lagipin wajahnya lebih mirip ibunya, tak cukup ke'Melayuan'.
Puan Sri Mariah lega kerana bukan anak-anaknya yang terpilih.
"Tapi, kena pakai uniform polis juga. Kita cadang bagi dia pangkat yang sesuai dengan usia dia. Mungkin Penolong Penguasa Polis (ASP)," kata Tan Sri Adnan.
Zuhal bimbang kerana gerakan rahsia ini melibatkan syarikat SNAP. "Datuk Sulaiman tahu dia orang kita?"
"Tak perlu tahu . . . Datuk Sulaiman hanya tahu dia orang SIU," balas Tan Sri Adnan. "Kita tak tahu siapa di pejabat Datuk Sulaiman itu penyangak."
"Datuk Sulaiman tentu akan siasat latar belakang Akbar," kata Danny.
"Pandai-pandailah SIU buat cerita," ujar Asyraf.
Lepas berbincang perkara-perkara lain Asraf, Zuhal dan Danny keluar. Tinggal Tan Sri Adnan dan Puan Sri Mariah.
"Maria tak tahu kerja Zuhal dengan Danny itu menggadai nyawa. Sampai hati abang."
"Abang tak suruh diorang. Tapi diorang sendiri yang sama-sama bangunkan SNAP dengan Adrian."
"Tapi abang yang jadi pembiayanya. Hanya kerana abang hendak mencari pembunuh Yusri . . ."
Tan Sri Adnan bangun dari tempat duduknya. Dia melihat keluar tingkap. Iman dilihatnya sedang berbual dengan Akbar di tepi sungai. Zuhal sedang berjalan menuju ke arah mereka.
"Abang terlalu banyak musuh. Abang bermusuh dengan Raduan . . ." Puan Sri Mariah terus membebel.
Pandangan Tan Sri Adnan segera kembali kepada isterinya. "Raduan yang cari musuh. Kenapa anaknya rogol Cempaka, satu-satunya adik perempuan abang?"
Puan Sri Mariah diam. Malas dia layan alasan suaminya yang keras kepala itu. Tetapi di sebalik berita baharu yang mengejutkannya, Puan Sri Mariah gembira kerana Cempaka nampaknya sudah sedia melupakan kisah sedihnya.
"Cempaka nampaknya dah gembira. Hari ini pun dia pergi ke Klinik Vet dengan Azem." Dia mengubah topik perbincangan. "Entah apa dibuat Azem di klinik itu."
"Biarlah dia nak jadi kerani Cempaka," kata Tan Sri Adnan sambil tersenyum. Setakat ini dia lega isterinya tak masam muka lagi.
*****
Keluar dari bilik bacaan a.k.a. bilik mesyuarat, Danny terus mencari Lila di bilik. Sejak Lila mengandung, Danny seperti tidak boleh berpisah lama dengan isterinya. Dia asyik menempel, macam budak baru putus susu ibu.
Tetapi Lila tidak ada di dalam bilik. Lalu dia pergi ke dapur. Dilihatnya Lila tekun mengupas ubi kentang. Entah apa yang hendak dimasaknya untuk makan malam. Ubi yang berkupas sudah selonggok. Patutlah Zuhal kata dia sudah gemuk.
Danny meraba-raba perut sendiri. Rasanya masih lagi six-pack. Dia senyum sendiri. Zuhal yang kurus, bukan aku yang gemuk, fikirnya.
Dia bergerak ke arah Lila dan terus memeluknya dari belakang. Kepalanya diletak di bahu Lila.
"Abang . . . Malulah di dapur ni . . . Opah ada. Kak Chah pun ada." Lila mengingatkan suaminya yang terlebih manja itu.
Dia tahu masyarakat Melayu agak introvert dalam mempamerkan kasih sayang. Danny yang sudah dibudayakan secara barat tidak menunjukkan sifat begitu.
Danny abaikan protes Lila yang suam-suam kuku itu. Pelukan semakin diketatkan. "Emm . . . Lila masak apa?"
"Entah . . . Lila boring saja. Abang asyik meeting keluarga." Tangannya terus mengambil sebiji lagi ubi kentang. Danny pegang tangan Lila.
"Cukup dah. Nak bagi makan satu kampung ke?"
Lila muncungkan bibir. Cepat saja Danny menangkapnya. Dengan mulut dialah . . . Takkan dengan tangan?
"If you want to make love, not in the kitchen. It's dangerous!" Kedengaran satu suara menyindir.
Danny menoleh. Azem berdiri di pintu dapur. Di sebelahnya Cempaka yang tersenyum simpul.
"Eleh! Dengki le tu . . ." gumam Danny.
Azem abaikan ejekan Danny. Dia pergi ke sinki dan letak barang yang dibawanya.
"Wekk!" Tiba-tiba Danny lari ke bilik air.
Lila tersenyum sambil kening terangkat. Azem tercengang.
"Danny tak boleh cium bau ikan . . ."
"Pembawaan bayi le tu . . ." kata Kamariah yang baru masuk ke dapur. "Arwah dulu pun macam itu masa opah mengandungkan Cempaka."
Mereka ketawa kecil, kecuali Azem. Dia nampak tak puas hati. "Jadi, kita tak boleh makan ikan bakar malam ini?"
Susah payah dia dan Cempaka dapatkan ikan kelah itu daripada Orang Asli.
"No problem. Kalau dah masak dia okey," jelas Lila.
Wajah Azem kembali ceria.
Danny keluar dari bilik air dapur terus menuju ke biliknya. Lila terkocoh-kocoh meninggalkan dapur untuk mengikut Danny.
"Now my turn to watch you cook," kata Cempaka.
Tadi di klinik, Azem mengganggunya membuat kerja inventori barang jualannya, apabila membontotinya ke sana sini.
Akhirnya dia ajak Azem pergi ke kampung Orang Asli yang dikenalinya untuk mencari ikan sungai. Mereka mencarinya di sebuah lubuk yang tidak diketahui lokasinya oleh pelancong kaki pancing, kerana ia terletak di zon keselamatan. Maknanya, di kawasan yang ditanda oleh penguatkuasa sebagai tidak selamat untuk pelancong.
Ikan ditukar dengan beras, minyak masak, tepung gandum, susu, gula serta biskut.
Melihat Azem bekerja menguruskan masakan ikan itu dengan cekap, Cempaka rasa dia sudah buat pilihan yang tepat. Azem akan jadi pelengkapnya.
Tidak sangka tangan yang bermain dengan Walter PP dan HK MP5 itu juga nampak begitu mahir menguruskan bahan-bahan kulinari.
"Are you sure you never attended culinary school?" soal Cempaka.
"Nope"
"Seems like impossible."
"I'm good, eh?"
"Yeah."
"I'm good in bed, too," bisiknya di telinga Cempaka, kerana Kamariah ada berdekatan.
"Gatalnya!"
Azem kenyit mata. "I'll prove it to you . . ."
Cempaka lega Tan Sri Adnan dan Puan Sri Mariah menerima Azem dengan baik. Cempaka yakin Abang Long Adnan kenal sangat siapa Azem Ibrahim. Semua ahli SNAP disaring oleh Tan Sri Adnan , selaku pembiaya tunggal. Adrian Vasile dan Veronica Zimmerman itu cuma pemegang amanahnya, atau proksinya.
Siapalah aku hendak menilai kehidupan lampau dia?
Malas Cempaka nak fikir jauh-jauh tentang kehidupan mereka yang berbeza itu.
Perbezaan ialah anugerah Allah. Ia wajar diraikan, bukan dijadikan halangan.
"You're smiling . . ." kata Azem, matanya melirik Cempaka yang tersenyum sendiri. "Care to share your thought?"
Cepat-cepat Cempaka buat mukanya kejung. Azem ketawa.
"Set barbeque guna arang kayu ada di luar." Kamariah mencelah, sambil membuka pintu dapur.
*****
*Kehidupan ini umpama rempah. Ia tidak boleh bersendirian. Tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih. Thanks for reading*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro