BAB 36: CINTA KUDUS
LOKASI: PEJABAT SLY DAN KAWASAN PERBUKITAN GONDOL
WAKTU: SIANG
"Jadi bos nak tolong Suzanna?" soal Akbar.
Semua perbualan Zuhal dengan Dato' Iqbal dan peguamnya yang dirakam, telah dilihat oleh Akbar dan Ruslan.
Zuhal pula baru mendengar laporan Ruslan tentang Edwards dan Roger. Kedua-duanya sudah pulang ke rumah masing-masing dan menyorok daripada pemberita.
". . . They allegedly raped their own classmate in a home party, some thirteen years ago. The main suspect died in an illegal dirt bike race some weeks after the alleged incident . . ."
Begitulah tulisan sebuah berita News Online. Zuhal syak pemberi maklumatnya Danny.
Zuhal abaikan dahulu berita tentang Edwards dan Roger.
"Aku kesian pada Dato' Iqbal. Aku tak tahu aku punca semua kegilaan Suzanna."
"Jangan rasa bersalah pula. All is fair in love and war," balas Ruslan.
Zuhal pandang Ruslan. Dia dapat melihat kesedihan melintas di wajah Ruslan yang disembunyi di sebalik janggut lebatnya. Ruslan sendiri terpaksa menjadi warganegara lain demi keselamatannya. "Entah . . . aku belum pernah pergi perang macam kau Ruslan . . . Aku harap hidup aku pun tak akan sampai ke situ."
"Perang dunia ketiga nanti tiada siapa yang menang. It's the end of civilisation," tambah Akbar.
Zuhal senyum senget. Dia bukan ahli falsafah. "Sekarang ini pun kita sedang berperang. Cuma senjatanya bukan peluru berpandu hipersonik,"
"Setuju. Senjata ekonomi lebih cepat membuat negara tersungkur," balas Akbar. "Terperangkap dalam mulut jerung pemberi hutang skala mega!"
"Ramai orang muda Malaysia bengap! Tak belajar daripada apa yang sudah kami tempuhi!" Marah sungguh Ruslan. "Negara tak akan aman selagi anak muda tak kritis. Cuma tahu nak cepat senang jadi jutawan segera."
"Sabar Ruslan . . ." Akbar memujuk. Belakang Ruslan ditepuk beberapa kali. "Kita pun orang muda . . ."
Bila bercakap tentang kemanusiaan, Ruslan akan menjadi sangat emosi kerana terkenang tanah airnya Chechnya.
"Guys! Kita fokus pada isu sekarang. Lantaklah mana-mana Negara lain nak bankrap kerana pemimpin yang bodoh. Kita jaga negara kita," tegas Zuhal.
"Aku tak ada isu lain . . . Pengkhianat mesti dihukum," tegas Ruslan.
"Betul. Sekarang kes ini bukan lagi SLY lawan AMRA IT. Tetapi isu Deep State," Jawab Zuhal.
"Suzanna bukan tahu apa itu Deep State. Dia cuma tahu nak balas dendam," Akbar mencelah. Luka-luka di badannya masih terasa ngilu, kerana ada yang belum sembuh.
"Aku percaya, Datuk Raduan tahu apa yang dibuatnya. Dia bukan tak kenal politik," balas Zuhal.
Tiga sahabat itu diam.
"Berbalik kepada isu pokok, kau nak buat apa sekarang?" soal Akbar.
"Aku tak akan bantah kalau peguam bela Suzanna nak bawa dia ke Hospital Bahagia . . . Walaupun aku tak percaya dia akan sembuh," jawab Zuhal.
Bagi Zuhal ia keputusan yang berperikemanusiaan. Hati dinginnya tersentuh melihat Dato' Iqbal mengongoi ketika meminta supaya Zuhal jangan mendakwa anaknya.
"Terus terang, kau tak tau ke, Minah senget tu suka kau - tahap Fatal Attraction?" soal Akbar. Dia tak percaya Zuhal tidak langsung sensitif tentang perkara itu.
"Eh? Masa itu aku baru baligh tau . . ." jawab Zuhal, lurus.
Ketiga mereka ketawa.
"Sebenarnya kau dah booking Iman." Akbar meneka.
Hakikat yang tidak boleh dinafikan. Tetapi dia tidak mahu memanjangkan lagi kisah cintanya dengan Iman. Baginya ia cinta kudus yang hanya dikongsi bersama Iman. Kebahagiaan dan tribulasi, suka dan duka, bukan untuk dihebahkan kepada sesiapa.
"Macam mana keadaan Danny?" Zuhal alih topik bicara.
"Aku dah nasihat dia. Tak tahulah dia ikut atau tidak. Kau tahulah dia tu suka buat tindakan sendiri," jawab Ruslan. "Entah macam mana hari tu dia boleh terpisah daripada kami masuk ke dapur Hotel Dalheimer,"
"Kalau dia tak masuk, tak jumpalah dengan anak perempuan Dalheimer." Akbar menyampuk.
"Menurut cerita Danny, sekarang dia diburu abang-abang ipar," kata Ruslan.
Zuhal diam seketika. "Aku nak jumpa Joshua."
Ruslan terkejut. "Nak jumpa ular tu? Baik kau jumpa The Black Dragon saja. Kira bunuh diri."
Zuhal geleng. "Nothing is perfect in this world, even a crime. Everything has its price."
"Dia bilionaire, hasil judi. Camana kau nak nak buat dia kowtow?" soal Akbar.
Sekali Zuhal sudah membuat keputusan, dia tidak akan berpatah balik. "Eh . . . Aku ada kau berdua. Selain itu, kita cari lelaki yang Komander Imran kata kerja dengan Datuk Haidar tu."
"Nama dia Suhail," kata Ruslan.
"Tapi dia jenis bebas. Tak mahu terikat dengan mana-mana sektor," tambah Akbar.
"Dia orang politik . . ." Ruslan menyambung hujah.
"Politik Islam tak suka judi kan?" soal balik Zuhal.
Ruslan menggosok-gosok janggut lebatnya.
"Aku bawa kau Ruslan."
"Aku?" soal Akbar. Tidak mahu ketinggalan.
"Kau muka jambu. Duduk diam-diam dulu." Balas Zuhal, sambil berdiri.
"Cait!" Akbar mendengus. Mujur bos yang cakap. Kalau orang lain sudah kena penumbuk.
Zuhal kutip jaket yang disangkut di belakang kerusinya. Terus dipakai. "Oh ya . . . Lupa nak bagi tahu tahu . . . Kau tahu siapa Datuk Sulaiman? Pesuruhjaya Polis tu?"
Kening Akbar berkerut. Apa relevannya soalan ini, fikirnya. "Aku dengar dia baru naik pangkat."
Zuhal senyum. "Itu bakal pak mentua kau, abah Irdina."
Akbar dan Ruslan berpandangan.
"Maknanya Irdina ada di Kuala Lumpur?" soal Akbar. Bukan dia risau. Sebaliknya bunga-bunga harapan segera kembali berkembang di hatinya.
"Dia masih kerja di Johor Bahru. Kata Iman, dia akan berhenti hujung bulan ini," jelas Zuhal.
Ruslan tepuk belakang Akbar. "Wah! Seronok kau Akbar. Selalu hilang le nanti."
"Just be careful guys. Kau tahu siapa Datuk Sulaiman tu." Zuhal memberi amaran. "Komander Imran beritahu aku, dia dah tanya tentang siapa yang tangkap penyangak di klinik dan di kawasan kedai tempoh hari . . . Siapa guna senjata api?"
"Mak Su Eka, kata Azem," jawab Akbar.
"Iskandar kata, dia tak tahu sebab dia berada dalam klinik . . ." kata Zuhal. "Betul tindakan Iskandar itu. Kalau boleh aku taknak libatkan Mak Su . . . Tapi Datuk Sulaiman akan siasat saksi-saksi di situ."
Ruslan sudah dapat menangkap bagaimana kisah itu akan terungkai. "Semua saksi akan kata ada tiga orang, bukan Iskandar seorang."
". . . dan seorang daripadanya perempuan," sambung Akbar.
"Nanti kita balik ke Belum, kita uruskan hal itu," ujar Zuhal. Dia bimbang. Bukan semua penguatkuasa jujur macam Datuk Sulaiman. Mak Su Cempaka mesti dilindungi. Topi keledar diambil. Pandangan matanya ditujukan ke arah Ruslan. "Mana lokasi Danny?
Ruslan mengangkat bahu, seolah-olah menjawab, 'mana aku tahu'?
Tetapi Zuhal tidak percaya. "Aku tahu kau pasti letak pepijat pada badan Danny."
Akbar ketawa berdekah-dekah. Segala kerisauan tentang abah Irdina terbang entah ke mana.
Muka Ruslan menjadi cemberut. Dia keluarkan telefon bimbitnya. Jarinya berlari-lari di atas skrin. Kemudian dia hulurkan telefon bimbitnya kepada Zuhal.
"Jom . . . ada satu tempat best untuk kita membesit . . ." Kata Zuhal setelah melihat lokasi Danny. "Aku pasti Danny ke sana. Let's prank him!"
Akbar dan Ruslan berpandangan.
*****
"Kita kepung." Kata Zuhal. "Aku naik untuk pintas dan block dari depan dia. Kau berdua asak dari belakang. Let's communicate."
Masing-masing selit alat komunikasi di telinga.
Danny sedar dua orang rider sedang mengejarnya. Dia tidak tahu siapa. Dalam otaknya dia hanya mahu lari. Akhirnya dia terkepung oleh bukit di hadapannya. Dia boleh panjat bukit itu untuk melarikan diri. Tetapi seorang sudah menunggu di atas.
Dari sosok badan, scrambler yang ditunggang, dan baju yang dipakainya, dia tahu . . .
Zuhal.
Sementara dia terpegun. Dua orang penunggang sudah menghimpitnya. Mereka berhenti dan membuka topi keledar masing-masing.
Surprise!
Akbar dengan Ruslan rupanya!
Walaupun hati terasa geram kerana tertipu, Danny tiada pilihan. Dia terpaksa turun dari scrambler.
Akbar memeluknya. Ketawa dalam kesedihan.
Mereka berdiri memerhati Zuhal membuat stunt menuruni bukit.
Akbar kagum. "Wow! Amazing!"
"Yeah! . . . Kalau tak amazing tak jadi bos kita," kata Ruslan, sebaik sahaja Zuhal mendarat dengan sempurna di atas tanah. Scrambler diberhentikan di hadapan tiga penonton istimewa itu.
Danny dan Zuhal sama-sama mendepangkan tangan. Saling menyambut pelukan persaudaraan.
"Kau dah gemuk Danny." Zuhal mengusik.
Danny menepuk dan mengusap perutnya. "Mana ada?"
Perbuatan itu mengundang tawa rakan-rakannya.
"Kahwin dengan cef . . . Hahaha . . ." Ruslan mengusik.
"Pasal apa kau di sini? Papa dan mama kan di rumah kau," soal Zuhal setelah berhenti ketawa.
Danny jawab dengan selamba. "Biar mereka berkenalan dengan Lila dulu."
"Bukan itu sebenarnya kan?" Zuhal masih mendesak. "Danny, baik kau hadapi semuanya."
Danny diam seketika, sebelum menjawab dengan soalan. "Kau?"
"Bukan salah Iman kalau Daddy dia penyangak." Kedua lengan memeluk diafragmanya yang sibuk bekerja membantu proses penafasan dengan setia.
Danny tepuk belakang Zuhal. Sama seperti dia. Bukan salah Lila kalau bapanya Zionist.
"Kami jalan tempat lain dulu . . ." kata Ruslan, dengan isyarat mata dan gerak kepala kepada Akbar untuk tinggalkan Zuhal dan Danny.
"Jadi, apa rancangan kau, Danny?" soal Zuhal selepas bunyi bingit scrambler Ruslan dan Akbar semakin menjauh.
"Kau fikir?"
*****
IMBAS KEMBALI
LOKASI: NGANJUK, JAWA TIMUR, INDONESIA.
WAKTU: SIANG
Sepuluh tahun yang lalu.
"Okay. Kita dah langgar arahan Papa keluar dari US tanpa izin dia. Sekarang kau nak buat apa Danny?"
"Kita cari rumah Embah Marzuki."
"Jangan-jangan dah meninggal orang tua tu . . ."
"Saudara maranya takkan tak ada."
"Diorang cakap bahasa Jawa halus. Aku bahasa Jawa kasar pun tak tahu."
"Kau bukan Jawa pun. Aku yang separuh Jawa pun tak tau. Yang penting kita ada alamat dia."
Zuhal senyum. Mereka dapat alamat itu dengan memecah masuk sistem komputer Tan Sri Adnan. Dari situ mereka dapat nombor akaun bank Tan Sri Adnan dan melihat transaksi kewangannya. Setiap bulan Tan Sri Adnan menghantar sejumlah wang kepada seorang tua bernama Marzuki. Kenapa Tan Sri hantar wang kepada orang tua ini? Itu menjadi persoalan kepada Danny Putra Mulia.
Danny tahu dia anak kelahiran sebuah kampung di Nganjuk. Itu dicatat dalam surat sumpah anak angkat yang dimilikinya. Dia tidak ada Surat Beranak.
Perjalanan dengan Wrangler yang disewa itu membawa mereka memasuki kampung-kampung di Nganjuk dan akhirnya bertemu Marzuki yang masih hidup, berusia kira-kira 80 tahun. Sangat gembira orang tua itu apabila Danny memperkenalkan dirinya. Tidak sangka, katanya doanya sebelum mati akan ditemukan dengan anak Ummu Fatonah, dimakbulkan Allah.
Kata Marzuki, ibu Danny, Ummu Fatonah anak saudaranya. Dia pelihara Ummu Fatonah dan Ummu Barokah kerana ibu dan bapa mereka bekerja di Arab Saudi. Mereka meninggal dunia di sana. Ibu Danny pula meninggal dunia semasa Danny dilahirkan. Mereka tidak mampu memelihara Danny, lalu diserahkan kepada Tan Sri Adnan dan dibawa ke Malaysia. Marzuki menerima wang setiap bulan daripada Tan Sri Adnan untuk belanja kehidupan dirinya. Malah ia cukup untuk keluarganya.
Cerita itu pada pendapat Danny tidak lengkap. Marzuki menyembunyikan sesuatu. Mereka mencari Ummu Barokah.
Dengan sedikit wang, maka terbongkar rahsia . . .
Marzuki ketika itu bekerja sebagai supir untuk rakan niaga Adnan (masa itu belum dapat gelaran Tan Sri). Ummu Fatonah merayu supaya Adnan berkahwin dengannya demi mengelak dirinya daripada di bawa ke Negara Arab oleh seorang bapa saudara yang jadi broker mencari amah Indonesia. Ummu Fatonah tidak percaya bapa saudaranya jujur. Malah, dia yakin dirinya akan dijual sebagai hamba seks entah kepada siapa di negara asing.
Akhirnya Adnan bersetuju, dengan syarat Ummu Fatonah tidak mengikut dia pulang ke 'Tanah Seberang' kerana dia sudah mempunyai isteri.
Janji dipegang. Tetapi Adnan tumbang dalam layanan cinta Ummu Fatonah.
Lahirlah Danny Putra Mulia.
*****
"Aku memang kecil hati dengan papa . . ." Kata Danny. Dia tunduk, cuba menyembunyikan emosi yang terpamer di wajahnya.
"Mungkin dia ada sebab."
Suara Danny sedikit keras, walaupun sebak. "Tak mengaku aku anak kandungnya?"
"Kita dengar penjelasannya."
"Kalau aku pecahkan rahsia, Mama Mariah mungkin benci pada aku. Entah-entah dia tak halalkan susu yang aku minum . . ."
"Engkau ni fikir yang bukan-bukan. Mama Mariah, walaupun tiada anak kandung, tetap ibu yang penyayang."
"Yelah. Itu sebelum dia tahu aku ni anak madu dia . . ."
"Ibu kau dah meninggal dunia Danny. Takkan dia nak dendam dengan orang yang dah tiada?"
"Entahlah. Aku mahu Papa sebut, aku anak kandungnya. Bukan sebab harta . . ."
"Aku tahu. Papa memang tinggalkan semua harta dia pada kau. Kita pun dah tengok surat wasiat dia, masa kita pecah masuk sistem komputer dia."
"Dalam wasiat itu memang dia sebut aku anaknya. Tapi kenapa taknak mengaku depan-depan?"
"Lebih baik kita tanya dia."
Danny menarik nafas panjang. Kedua mereka bungkam, melayan perasaan sendiri. Bunyi bingit scrambler yang ditunggang Akbar dan Ruslan semakin hampir. Zuhal melambai mereka.
"Jom . . ." kata Danny sambil naik ke motorsikalnya.
"Ke mana?"
"Kata nak selesaikan hal ini. Lila dah lama menunggu."
Tut! tut!
Danny melihat telefon bimbitnya.
"Apa hal?" soal Zuhal, melihat kerut di kening Danny.
"Cinta kudus aku kata papa ajak ke rumah pak lang," jelas Danny separuh menyindir Zuhal. "Elok kita jumpa di sana. Rumah aku sempit."
Zuhal tahu Pak Lang Asyraf belum balik. Dia ada urusan dengan SIU. Dia akan balik bersama Komander Imran. Mungkin mereka akan ada perbincangan dengan Iskandar, Azem dan Cempaka berkaitan peristiwa di bandar kecil itu beberapa hari sudah.
Nasib pak lang baik sungguh. Dapat dia tangguh amarah Papa Adnan, fikir Zuhal, sambil senyum senget. "Jom race siapa dapat keluar bukit ini dahulu!"
*****
🦈🦈🦈🦈
*Memang Zuhal bos tak boleh dicontohi! Adakah patut dia cabar anak buahnya berlumba?*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro