Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 26: YOU LIAR

LOKASI: SEBUAH KONDO DI UTARA

WAKTU: MALAM

Danny mengunci scrambler miliknya di Bay X, bersama-sama beberapa superbike lain milik penghuni kondominium itu. Topi keledar penuh muka dibuka. Dia senyum. Pasti si baju hitam cedera. Sekurang-kurangnya si baju hitam akan berehat beberapa hari daripada melakukan kejahatan. Ketika melintasi Bay Y di mana Myvi yang digunakan Lila disimpan, dia perasan kereta itu berdebu. Danny meletakkan tangan di bonet kereta. Masih terasa sedikit panas. Maknanya Lila keluar. Tetapi dia pergi ke mana tadi?

Segera Danny melangkah ke lif penghuni kondominium. Dilihatnya beberapa pengawal keselamatan sedang bersembang. Ingin dia bertanya. Tetapi tak jadi. Baik tanya isteri sendiri.

Butang lif disentuh ke tingkat 21.

Ketika memasuki rumahnya, bau masakan kek menyambut deria hidungnya. Danny terus ke dapur. Lila sedang menuang adunan ke dalam mangkuk kertas kecil berbunga-bunga. Begitu asyik dia membuat kerjanya sambil menyanyi-nyanyi kecil. Danny peluk Lila dari belakang. Lila melompat kerana terkejut.

"Abang ni . . . Buat Lila terkejut!" Dipukulnya dada Danny dengan tangannya yang terpalit dengan adunan ketika dia melompat tadi.

Ketawa mereka memenuhi ruang dapur itu.

"Lila buat apa banyak sangat ni? Kita kan berdua sahaja."

"Ada orang tempah cupcakes untuk birthday party."

"Sejak bila Lila terima tempahan cupcakes ni?" Danny tidak suka Lila buat keputusan sendiri. Semua keputusan, termasuk membuat tempahan cupcakes harus melaluinya.

"Ini untuk cucu kawan Opah Kamariah. Dia yang order."

Mendengar penjelasan itu Danny rasa lega. Tetapi itu tidak menjelaskan kenapa enjin Myvi masih panas.

"Tadi Lila pergi mana?"

"Lila pergi kedai beli tepung."

"Kedai bawah tak ada ke?"

"Kalau ada tak perlulah Lila keluar."

Maknanya Lila bukan suka-suka nak keluar. 

"Lain kali call abang. Biar abang beli."

Lila jeling Danny dengan ekor mata. "Abang jangan over-protective."

Kening Danny berkerut. "Lila . . .Your safety is no joke!"

"Okay luv!" Pinggang Danny dipeluknya. Tetapi dia terpegang sesuatu.

"What is this?" soal Lila.

Danny menolak tangan Lila dan berpaling untuk meninggalkan dapur. Lila merentap lengan Danny dengan kuat, sehingga Danny berpusing kembali menghadapnya.

"Did you kill somebody today?" soal Lila. Dia menjarakkan dirinya. Wajah Danny ditatap.

"No!"

"Then, what is this gun doing with you? Does it move here by itself?" Tangan Lila menepuk-nepuk bonjol di pinggang Danny.

Danny meraup mukanya. Kemudian tubuh Lila cuba diraih. Lila menepis tangan Danny. Nada suaranya semakin meninggi. "Answer me, Danny!"

Bila Lila sudah tidak memanggilnya 'Abang',  Danny terpaksa mengaku. "They attacked Pak Lang Asyraf, Zuhal and Iman."

"Who? When? Where?"

"Tadi . . . Kerja The Empress."

"The what?"

"The Empress. Ketua gangster yang mengamalkan sihir pukau untuk melemahkan mangsa."

"Pak Lang Asyraf, Zuhal dengan Iman . . . Bagaimana mereka?"

"Diorang okey. Sedang dalam perjalanan ke rumah Pak Lang . . . Tapi Azem cedera."

Lila terduduk. "Jadi, kalau Lila ke sana mereka akan jumpa Lila?"

"Tak boleh jumpa," tegas Danny.

"Jadi, macam mana dengan cupcakes ini? Janji tetap janji."

"Kita panggil delivery van sahaja."

Lila kembali ke kaunter dapur tanpa berkata apa-apa. Danny ditinggalkan berdiri di situ. Danny tahu Lila tengah marah. Mungkin Lila sudah berencana untuk ke rumah Pak Lang Asyraf. Lila suka mandi sungai di hadapan rumah itu.

Lila meneruskan kerjanya membuat cupcakes. Danny menghampirinya. Lila buat-buat tak nampak. Matanya terasa panas. Dia mengusap air matanya.

Dia tahu Danny sedang memerhatikannya. Biarkan.

Makin lama semakin laju air matanya keluar. Takkan sebab cupcakes sahaja dia bergaduh. Tetapi itulah hakikatnya kerana punya suami yang degil. Hatinya pedih. Danny terlalu kuat berdendam. Macam abangnya Joshua juga. Semua lelaki begitukah?

Di mana kemesraan Danny dahulu? Sudah jadi memori hitam putih sahajakah?

Akhirnya dia berhenti. Takut masin pula cupcakes nya terkena air matanya.

Dia pergi ke sinki dan basuh muka.

Separuh cupcakes sudah dibakar dan ada yang sedang disejukkan.

Dia berdiri disinki sambil membetulkan perjalanan oksigen ke paru-parunya. Tiba-tiba dia terasa ada tangan melingkar di pinggangnya. Sebuah kucupan melekap di pelipis matanya. Mula kanan, kemudian kiri.

Danny memujuk, kononnya. Lila keraskan hatinya. Kali ini Danny kena ikut cakap dia. Manusia perlu bersaudara dan bermasyarakat.

Apa yang berlaku sekarang, hanya Danny dapat ke sana sini. Kononnya sebab dia lelaki. Dia kuat. Lila hanya boleh keluar kalau ada Danny. Dia perempuan. Dia lemah.

Tetapi hari ini Danny tak sekuat mana. Dia keluar dengan Walther PPK tersembunyi di pinggangnya. Dia buat apa? Guna undang-undang rimba?

Danny bukan ahli SNAP lagi. Dia tiada perlindungan dari segi undang-undang.

Atau . . . Danny sebenarnya berbohong?

Lila mengalihkan tubuhnya dan memandang Danny.

"Cerita dengan benar, apa yang berlaku ketika abang bertemu Adrian di Sarajevo, sebelum kita nikah."

"Abang tak dibenarkan bercerita."

"Tapi Abang bukan ahli SNAP lagi. Abang tidak terikat dengan code of conduct kumpulan itu lagi."

"Lila . . . SNAP bukan organisasi teroris. Malah SNAP membantu Kerajaan untuk menghapuskan teroris. Mungkin kami bukan organisasi besar. Tetapi kami sudah beriltizam."

"Kami? Maknanya abang masih ahli SNAP?"

"Seseorang yang menjadi ahli SNAP tidak akan keluar sampai mati."

Lila terkedu.

"Ingat kita boleh selamat sampai ke Malaysia dari Sarajevo, ke Istanbul dan Malaysia?" soal Danny.

"Kita dapat masuk ke Malaysia sebab Pak Lang tolong."

"Pak Lang ahli SNAP. Dia Penasihat SNAP Wilayah Asia."

Terlopong mulut Lila.

Pak Lang Asyraf seorang doktor perubatan. Tutur katanya sentiasa bersopan. Dia juga seorang yang sudah mencipta nama dalam perubatan alternatif tanpa bahan kimia sintetik. Tiba-tiba Pak Lang Asyraf ikut kumpulan yang memiliki ciri-ciri ganas, berhati kering, suka memanjat dinding bangunan dan berjalan ke sana sini dengan senjata tersisip di pinggang.

Langsung tak masuk akal.

"Lila bagi abang peluang jelaskan."

Danny menarik nafas panjang.

*****

IMBAS KEMBALI

LOKASI: SEBUAH RUMAH DI PINGGIR SARAJEVO

WAKTU: MALAM

Adrian berdiri dengan tongkat di tangannya. Dia masih belum boleh berjalan ke sana sini. Wajahnya jelas kesedihan.

"Look at me right now. I thought of giving this company to Zuhal. I can't imagine he is still like that."

''Yes. He's still in a coma. But the doctor says there's still hope for him to wake up."

Adrian merenung wajah Danny dengan tajam. "But you want to leave us."

Danny terpaksa tunduk. Tak sanggup bertentang mata dengan ketuanya. "I have to, Adrian. I fear Lila's life is at stake."

"I wish I could help you," kata Adrian.

"Every time I saw the bruises on her arms and legs, I'm terrified . . . She wouldn't let me see the rest of her injuries."

Lila tidak benarkan Danny memeriksa badannya yang penuh dengan bekas kena sebat tali pinggang, yang masih ketara.

"Now you want to go back to Malaysia?" soal Adrian.

"Yup . . . Uncle Asyraf will meet me in Istanbul. From there we'll fly to Penang."

Sekali lagi Adrian mengeluh.

"I'm asking for permission, Adrian. Let me go." Danny merayu.

"You know our group's code of conduct, right? You are the chosen person to be a shareholder in the organisation. We can't let you go." Tegas kata-kata Adrian.

Danny terdiam seketika.

"I understand. But, let us disappear for 2 years . . . until Joshua stops looking for us. I believe he will continue to search for us if our bodies are not found in the English Channel."

Adrian letak sebelah tangannya di bahu Danny. "Ok. I can't stop you because you want to be with Lila . . . Anyway, I'll come to your wedding tomorrow . . . I'll deposit some money for you to use while you're looking for a new job in Malaysia. "

Danny tenung wajah sedih Adrian. "I'm fine Adrian. They'll get me if you do that. "

"No, I put it in Asyraf's account. It's just like my medical expenses."

Mereka berpelukan.

"Selamat jalan Danny. Jaga dirimu baik-baik," kata Adrian dalam Bahasa Melayu yang pelat.

*****

"Jadi abang memang tak tinggalkan organisasi itu?" Lila masih mahu pernyataan yang jelas.

Danny mengangguk. "Dalam SNAP hanya ada empat orang Melayu, Pak Lang Asyraf, abang, Akbar dan Zuhal. Memang kami tak akan keluar."

"Kalau keluar?"

"Kami sudah bersumpah, dengan nama Allah."

Lila mahu menjerit dan maki hamun Danny kerana tidak bercakap benar. Atau hanya bercakap sebahagiannya benar, dan sebahagiannya bohong. Tetapi dia tak boleh meninggikan suara kepada suami. Itu ajaran Islam, kata Opah Kamariah.

Lalu dia bangun dan meninggalkan dapur.

Danny membontoti Lila yang sudah masuk ke dalam bilik tidur. Tetapi Lila terus masuk ke dalam bilik air.

Danny ketuk pintu bilik air perlahan-lahan.

"Sayang, jangan buat macam ini. Marah saja abang. Jangan diam."

Senyap.

"Sweetheart . . ."

Masih senyap.

Bilik air dikunci dari dalam. Danny selongkar laci mencari kunci. Tetapi dia tidak tahu yang mana satu.

Jolok sajalah.

Sampai kunci kelima, Lila membuka pintu. Danny terus peluk isterinya. Dia takut Lila menolak. Tetapi Lila membalas pelukan itu. Malah lebih ketat lagi. Lama mereka berdakapan untuk menyalurkan semangat dan kepercayaan yang tadi diganggu syaitan.

"I was going to give you a surprise . . ." Akhirnya Lila bersuara, sambil melepaskan pautan tangannya.

Danny masih enggan mengalihkan tangannya yang melekap di pinggang Lila. Bau Lila macam vanila cream. "What surprise?"

Lila menolak dada Danny dengan lembut. Hendak tak hendak, terpaksa Danny merungkaikan pautan tangannya. Lila pergi ke almari pakaian dan mengeluarkan sebuah kotak kecil. Diserahkan kotak itu kepada Danny.

"It's not my birthday," kata Danny, kehairanan. Ada tulisan 'Daddy' pada kotak itu.

"Open it."

Danny duduk di birai katil dan membuka kotak itu. Entah kenapa. Hatinya berdebar-debar. Di dalam kotak itu, ada satu alat ujian mengandung dengan dua garisan.

Danny mengangkat muka. Anak mata biru Lila direnung. Sungguh dia tak harap Lila mengandung. Bukan sekarang. Tetapi nampaknya Lila ada agenda lain.

"You're pregnant?"

Lila mengangguk.

Danny tarik Lila untuk duduk di katil dan peluk Lila sekilas, kemudian dia lepaskan.

"I can see that you're not happy . . ." kata Lila dengan nada kecewa.

Danny memaksa sebuah senyuman. "Bukan . . . Abang cuma risau."

"Abang, apa pun kita kena hadapinya. We can't run forever."

"But . . ."

"Trust in Allah . . ."

Danny rasa malu. Dia yang Islam sejak lahir ragu dengan perlindungan Allah. Lila pula yang tawakkal. Dia usap perut isterinya yang masih kempis. Tak sangka. Dia berkahwin lebih dahulu daripada empat orang rakan sepasukannya. Kini dia akan menjadi daddy lebih dahulu daripada mereka. Lebih-lebih lagi dua orang bujang terlajak itu. Namun dia tetap bimbang tentang keluarga Lila yang masih mencari mereka.

"Sudah periksa doktor?" soal Danny, cuba menutup perasaan bimbang yang menggunung.

Lila dapat merasa kebimbangan di wajah Danny. "Belum . . . Pak Lang suruh kita jumpa kawan dia Dr Aminah."

"Pak Lang dah tahu?"

Angguk.

"Masa first time Lila buat ujian."

"Maknanya ini ujian kedua?"

"Ya . . . Pak Lang suruh buat lagi. Untuk confirm."

"Lila lebih percaya pak lang daripada abang?'

Sungguh! Danny semakin tak faham sikap Lila. Biasanya Lila akan bertanya kepadanya sebelum mengambil apa-apa tindakan. Tak kan pembawaan bayi?

"Pak Lang kan doktor . . ." jawab Lila, tersenyum manis.

"Yelah. Tapi dia bukan pediatrist."

"Okey. Yang pediatrist tu . . . Mak Su. Tapi untuk bayi haiwan je. Hahaha . . ." Lila buat lawak.

Danny ketawa. Memang dah berubah kelakuan Lila. Tapi dia suka perubahan ini.

"Sebenarnya, anak kita sangat bertuah," kata Danny.

"Betul?"

"Ya. Dia dapat sayang sebagai mummy." Bahu Lila diusap, dan sebuah kucupan ditautkan ke bibir Lila. Tindakan itu segera dibalas Lila. Semakin lama aksi mereka semakin ghairah.

Tiba-tiba Lila mengalih wajahnya. Danny tersentak. Lila bingkas bangun.

"Nak ke mana tu?"

"Sambung buat cupcakes," balas Lila.

Danny turut bangun. "Abang tolong."

Lila tahu Danny akan mengganggunya. "Tak payah. Nanti abang rosakkan cupcakes Lila."

Danny meraba-raba perutnya. "Okey. Tapi buat spaghetti dulu sayang."

Mengada-ada sungguh.

"Kalau Lila tak mahu buat?"

"Abang ngap Lila saja . . . Aumm!" jawabnya sambil pura-pura nak menerkam.

Cepat-cepat Lila buka pintu dan keluar dari bilik tidur itu. Kedengaran ketawa Danny berderai-derai.

Lila senyum sendiri, Bersyukur Danny menerima bayi yang di dalam kandungannya.

*****

*Wajah Danny serupa gambar di atas. Handsome tak?*




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro