Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23: AURA CEMPAKA

LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN

WAKTU: MALAM

Baru Cempaka terasa badannya segar setelah berendam di dalam air panas. Jauh sungguh dia berjalan meredah semak samun dan bukit bukau untuk merawat gajah yang luka terkena jerangkap pemburu haram. Kereta 4WD yang membawanya hanya dapat dipandu sehingga tepi bukit.

Sebelum itu keluarga gajah itu sudah dipisahkan oleh pihak Penguatkuasa Hidupan Liar. Mereka berkumpul di kawasan agak lapang berdekatan dengan gajah yang terperangkap itu.  Sementara menunggu ketibaan Cempaka, pasukan Penguatkuasa berkhemah di dalam jungle truck (trak rimba) mereka. Gajah itu tidak boleh ditinggalkan. Ditakuti si pemburu mungkin akan datang dan membunuh gajah itu demi gadingnya.  

Saudara mara gajah malang itu hanya memerhati dari jauh. Macam tahu sahaja orang dari pasukan itu hanya mahu membantu. Mereka turut menunggu seorang doktor perempuan. Doktor yang punya aura yang sudah sebati dengan dengan naluri haiwan liar di hutan rimba itu. Aura itu mereka kenal, walaupun pemiliknya masih berada satu kilometer dari hutan.

Orang kata gajah tidak lupa.

Luka gajah itu masih baru. Ketika gajah itu ditidurkan, Cempaka jahit luka di kakinya setakat mana yang boleh dijahit. Setelah siap, rantai dibuka dan gajah dibiarkan terbaring supaya sedar sendiri. Cempaka mengelus-elus gajah itu bagai baby yang tidur.

"Tidur ye Bobby. Esok-esok Mommy datang lagi. Mommy janji.."

Letih sungguh. Agaknya aku sudah terlalu tua untuk tugas mencabar ini. Mungkin lepas ini aku hanya boleh merawat haiwan di dalam zoo kot?

Selepas mandi Cempaka berbaring di katil. Matanya terarah ke telefon bimbitnya yang tadi diletakkan di atas meja tepi katil. Dia capai telefon bimbit itu. Terdapat berbelas missed call, daripada orang yang sama.

Mesej juga berpuluh-puluh.

Cempaka senyum.

Teruk betul Mat Salleh Bosnia Muslim keturunan Slavic-Turki ini.

Tak pernah aku jumpa orang macam ini, gumamnya.

Memang kalah orang Melayu, yang selama ini ditemuinya dari segi mengorat. Termasuk yang sudah merisik.

Baru sahaja dia nak tekan nombor, telefon sudah berbunyi.

Cempaka: Assalamualaikum.

Azem: Waalaikum salam. Kenapa tak angkat telefon, tak jawab mesej?

Belum apa-apa terus kena serang.

Cempaka: Eka baru balik dari hutan.

Azem: Oh? Siapa pula yang sakit?

Cempaka: Anak teruna gajah.

Azem: Anak teruna manusia tak nak rawat ke?

Cempaka: Anak teruna manusia sakit apa?

Azem: Sakit hati.

Cempaka senyum. Mengada-mengada betul.

Azem: Awak ketawakan saya?

Cempaka: Mana ada?

Azem: Saya tahu awak ketawakan saya.

Ada CCTV ke di sini? Cempaka ketawa.

Azem: Itu, saya dengar, awak memang ketawakan saya. Sampai hati.

Cempaka: Awak semakin pandai cakap Melayu, Azem.

Azem: Saya ada guru yang baik.

"Eka! mari turun makan," kedengaran suara Kamariah memanggil dari balik pintu.

Mujur Emak datang menyelamatkan dirinya. Cepat-cepat Cempaka beri tahu Azem, dia nak makan malam.

Azem: Nanti saya call balik.

Cempaka: Tak payahlah. Lepas makan saya nak tidur.

Klik.

*****

Sengaja Cempaka tutup telefon. Kalau dilayan jawapannya, sampai esok pun dia tak dapat makan. Ketika turun di ruang makan, hanya ada Kamariah dan pembantu rumah, Habsah atau Chah, yang duduk menghadap makanan.

Dilihatnya kerusi Asyraf kosong. "Mana Alang?"

"Entah. Dari pagi tadi keluar pergi kerja, tak balik lagi."

Mereka makan dengan senyap.

"Siapa call tadi?" tanya Kamariah.

"Kawan."

"Lelaki?"

"Haah."

"Kamu semakin berumur Eka. Bila lagi kamu nak kahwin?"

"Mulalah emak ni . . ."

"Bukan tak ada orang yang nakkan kamu. Itu . . . Penolong Pegawai Daerah tu . . ."

"Emak ni . . . dia jauh lebih muda dari Eka."

"Dia suka kamu. Tak kisah usia kamu lebih tua pun."

"Sudahlah mak . . . Dia sebaya Zuhal. Malulah mak."

"Ikut suka kamulah. Mak dah letih."

"Mak tahu tak? Di Hollywood tu, semakin tua seseorang artis, semakin hot, tau?"

"Kamu bukan artis."

Cempaka senyum. Doktor pun artis juga. Kalau doktor bukan artis macam mana boleh melukis anatomi vertebrata dan invertebrat? Tapi dia tak balas omelan Kamariah. Biarlah Emak nak kata apa.

Lepas makan Cempaka basuh semua pinggan mangkuk. Dia mengemas dapur. Entah apa-apa.

"Eh . . . Itu kerja Chah. Dua hari Kak Eka di hutan. Sekarang Kak Eka pergi rehat," kata pembantu rumahnya.

Cempaka sengaja menyibuk di dapur kerana tak mahu mendengar leteran Emak. Kalau dia masuk bilik, nanti Azem telefon, dia terpaksa layan. Kalau tak layan, tak patut pula. Azem kan bodyguard Zuhal. Bila di dapur, sekurang-kurangnya dia ada alasan kalau Azem bertanya kenapa tak angkat telefon.

Zuhal pula sangat besar pengorbanannya dalam hidup Cempaka.

Cuaca di Hulu Perak sangat nyaman. Jauh dari pencemaran kilang-kilang. Kenapa dia harus memperjudikan kehidupan amannya dengan seorang Azem?

Mahu tak mahu Cempaka naik juga ke biliknya, bila mulut Chah semakin becok memarahinya. Tak padan dengan usianya yang lebih muda. Tak mahu kalah dengan pihak yang membayar gajinya.

"Habis, kalau Kak Eka yang nak basuh pinggan mangkuk dan kemas dapur, Chah ni makan gaji buta ke?"

Lagu "Hello" melalak di telefon bimbitnya. Dia tahu ia datang dari Zuhal.

Cempaka: Ya sayang . . . Apa kabar?

Kedengaran ketawa di sebelah sana. Ada beberapa suara lelaki.

Zuhal: Mak su . . . Ada orang mengadu rindu ni . . . Katanya mak su dah lupakan dia.

Cempaka: Sapa tu? Tak berani mengaku ke?

Sengaja Cempaka mengusik

Zuhal: Ala . . . Mak su, siapa lagi . . . tukang masak baklava tu la.

Cempaka: Mengada-ngada . . . Baru saja tadi call.

Hahaha! 

Kedengaran deraian ketawa di sebelah sana.

Zuhal: Kami nak datang.

Cempaka: Pak lang tak ada. Sapa nak layan?

Zuhal: Pak lang ada di sini. Nanti kami datang sama-sama dengan dia. Zuhal bawa Iman sekali.

Hairan. Kenapa bawa Iman? Ada masalahkah?

Cempaka: Okey. Iman datanglah. Boleh Opah Kamariah nanti ajar memasak.

Dari sebalik sana kedengaran Zuhal ketawa. Cempaka tahu Zuhal pasang audio bagi Azem mendengar.

Cempaka: Yang dok gelak-gelak tu tolong jahit sikit mulut dia.

Hahaha.

Lagi kuat kedengaran bunyi ketawa.

Zuhal: Mak su . . . Dia kirim C-I-N-T-A. sayang pada mak su.

Cempaka: Mak su takda masa nak layan . . . Okey . . . Bye . . .

Zuhal: Mak su!

Tuuuuuuuuuuut!

*****

Zuhal bangun, tepuk belakang Azem. "Aku tak boleh tolong kau Azem."

"Tak apa. Esok kan kita ke sana."

Zuhal kembali duduk. Dia tangguh nak keluar dari bilik di basement itu. Akbar dan Ruslan sudah lama balik ke rumah tamu. Mungkin Ruslan sudah sampai ke Chechnya dan Akbar ke Johor Bharu. Masing-masing dibuai mimpi indah.

Telefon bimbit awamnya diteliti lagi [Dia ada lebih daripada satu telefon bimbit]. Mesej ancaman itu dilihatnya sekali lagi.

KAU BOLEH SEMBUNYIKAN 3 ORANG ITU. TAPI BOLEHKAH KAU SEMBUNYIKAN TUNANG KAU?

BAYANGKAN KAU TEMUI DIA DENGAN BADANNYA SUDAH KU CARIK-CARIK . . . HAHAHA . . .

Zuhal sudah jejaki nombor yang digunakan. Ia pra-bayar yang dibeli dari negara jiran yang sudah ditamatkan perkhidmatannya, sebaik sahaja mesej dihantar.

The Empress ni memang gila.

"Tapi selamatkah Iman di Belum?" Azem agak bimbang.

"Pak lang kan ada."

"Maksud kau?"

"Pak lang boleh tutup pandangan orang dari nampak rumah dia."

"Magic?"

"Yup."

Azem seorang ahli sains fizik. Dia tahu Hukum Gerakan Newton. Daya ke atas suatu objek sama dengan jisimnya didarab dengan pecutannya. Tetapi bagaimana kalau objek itu ada tetapi tidak nampak? Ia mengalahkan ilmu fizik.

"Maknanya kita pun tak nampak?"

"Mungkin ada pengecualian."

"Interesting and mind boggling."

"Kita tak perlu cuba memahami ilmu paranormal pak lang aku."

Azem, masih tak puas hati. "Kalau begitu, di sini pun boleh buat. Kenapa perlu di sana?"

"Pak lang bukan bela hantu raya yang boleh dihantar merata tempat!"

"What? Ghost Festival?" soal Azem.

Zuhal ketawa bila Azem terjemahkan hantu raya menjadi Ghost Festival. Dah jadi hantu Cina pula. Azem senyum senget. Dia tahu bila Zuhal ketawa begitu, maknanya dia ditertawakan, bukan ketawa bersama.

Sebuah mesej masuk ke telefon bimbit khas Zuhal, meminta hadir di rumah tamu. Kedua mereka bergegas ke bangunan itu yang hanya terletak kira-kira 30 meter dari TERATAK MARIAH. Empat orang telah sedia menunggu.

Komander Imran, Asyraf, Ruslan dan Akbar.

Melihat muka Ruslan dan Akbar yang cemberut dan rambut yang serabut, ternyata baru dibangunkan dari mimpi yang enak. Awal juga dua anak teruna ni tidur, Baru jam 11.00 malam. 

"Saya datang sebab nak kongsi maklumat terbaharu mengenai siasatan orang-orang Datuk Haidar tentang The Empress. Saya juga mahu pendapat kamu semua." Komander Imran memulakan perbincangan.

Masing-masing diam dan mengambil perhatian.

"Kami telah siasat suspek, yang bernama Suzanna Iqbal. Tetapi kami dapati suspek ada di pejabatnya pada hari yang disebut Paulo. Suspek berada di premis Suzanna Honeymoon Tours bersama seorang lelaki bernama Kenny Andrew."

Premis milik Suzanna itu terletak di kompleks membeli belah. Bukan sukar bagi Komander Imran untuk mendapatkan akses meneliti CCTV di kompleks itu bila disebut demi keselamatan negara.

"Kami hanya meneliti CCTV. Kami tidak mahu menakutkan mereka yang mungkin menyebabkan mereka cuba membuang jejak."

"Maksud Komander, Suzanna masih suspek?" Zuhal mahu kepastian.

Komander Imran mengangguk. "Kami belum ada suspek baharu."

Zuhal sendiri tidak dapat memikirkan siapa yang memusuhinya, kecuali Datuk Raduan dan kaum kerabatnya. Mesej ancaman yang diterimanya menunjukkan penyangak itu mengenali Iman.

"Kami difahamkan Kenny Andrew diturunkan pangkat baru-baru ini. Suzanna pula anak Dato' Iqbal, pelabur AMRA IT yang baru-baru ini didakwa mencuri hak cipta rekaan SLY. Betul?" ujar Komander Imran, yang sebenarnya sudah menjadi bualan media antarabangsa.

"Kalau boleh saya nak buang dia. Tetapi Papa tak bagi," balas Zuhal.

Akbar tidak percaya. "Jadi The Empress orang lain?"

Dato' Iqbal cuma ada seorang anak perempuan. Anak-anaknya yang lain, dari isteri keduanya masih kecil. Ibu Kenny isteri kedua Datuk Raduan. Kenny ada seorang adik perempuan, berusia 20 tahun. Masih belajar di luar negara. Semua maklumat itu ada pada SNAP.

"Ya . . . Tetapi fakta seperti menolaknya," ujar Komander Imran. "Itu yang kami hairan."

Tiba-tiba Zuhal terfikir. "Bagaimana jika tarikh yang diberi Paulo tidak benar?" 

Bulat mata Komander Imran. "Maksud kamu Zuhal?" 

"Mereka kan kena pukau? Tarikh mereka bertemu The Empress mungkin berbeza dengan tarikh mereka ke situ."

Wajah ketat Komander Imran terus berubah menjadi berseri-seri.

"Why didn't I think of this before?"

Tiada siapa yang menjawab soalan itu. Mereka semua tahu secara harfiah, ia bukan soalan.

"So the time frame has changed! It's getting more complicated...Or closer?" Ruslan yang dari tadi berdiam diri mencelah.

"Tetapi saya tetap berpendapat The Empress dan Suzanna orang yang sama," tegas Akbar.

Asyraf yang tadi menjadi pemerhati menyampuk. "Saya setuju dengan Akbar. Saya dapat merasakan kehadiran sesuatu di sini."

"Energi negatif!" kata Akbar. "Betulkan pak lang?"

Asyraf juga dapat 'merasai' kehadiran energi negatif itu.

Yang lain menoleh ke kiri dan ke kanan. Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi. Pendingin hawa pun tidak kedengaran bunyinya. Begitu juga bunyi cengkerik yang tadi sayup-sayup di taman di luar rumah tamu itu serta merta senyap. Orang kata suasana 'macam Malaikat lalu.' Tetapi ini bukan Malaikat.

Akbar menggosok-gosok lengannya kerana terasa sejuk dan bulu romanya berdiri. Asyraf meletakkan jari ke bibir supaya semua terus berdiam diri. Mereka melihat mulut Asyraf kumat kamit.

"Nyah kau!" katanya, sambil jari tangan kanannya melukis sesuatu di ruang yang kosong.

Kedengaran seperti bunyi angin kuat berdesir. Langsir tingkap yang tertutup bergoyang seperti ditup angin. Beberapa kertas di atas meja turut melayang. Seketika kemudian keadaan sunyi sepi itu hilang. Suasana kembali normal. Bunyi cengkerik dan katak kembali menyumbang nada kehidupan pada malam itu.

"Dia dihantar untuk mengintai perbualan kita. Tak apa, dia tak akan ganggu kita lagi," kata Asyraf.

"Kalau macam itu tak payah panjat dinding untuk letak pepijat!" kata Azem, sambil tersenyum senget.

Terus Asyraf sekeh kepalanya.

Azem menggosok-gosok kepalanya yang sakit. Walaupun sekeh itu bukan 100% tenaga Asyraf. Tetapi tetap terasa sakit. Nak marah pun tak boleh. Bakal abang ipar kan?

"Yang saya dengar, berita daripada makhluk ini, dalam sepuluh, sembilan itu tipu," kata Komander Imran.

Asyraf petik Surah al-Jinn, ayat 6: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (Surah al-Jinn: 6)."  

"Termasuk menggunakan pukau," kata Akbar.

"Ia berbeza dengan kaedah Hypnotic therapy, yang digunakan untuk rawatan dan memperbaiki tingkah laku, komunikasi, dan hubungan. Malangnya, ramai orang Melayu yang tertipu, kononnya mengambil mereka sebagai khadam," jelas Asyraf,  panjang lebar macam memberi tazkirah pula.

Sebab itu kebolehan Asyraf diperlukan untuk membantu saksi yang lupa apa yang dialami atau dilihat dalam kes jenayah.

"Kalau begitu, buat apa guna, kalau maklumat yang dia bawa pun salah?" Azem meningkah, sambil menggosok-gosok kulit kepalanya. Dia hanya percaya kepada alat elektronik yang dicipta manusia.

*****

*Dapatkah mereka selamatkan Iman? Terjawab dalam episod seterusnya.  Lagu Hello untuk kalian. Luv you!*

https://youtu.be/YQHsXMglC9A



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro