BAB 20: AMARAH TAN SRI
DI SEKITAR PEJABAT SLY
WAKTU: SIANG
"Maksud kamu, website AMRA IT tu pulih macam mana?" soal Tan Sri Adnan. Wajah Akbar direnungnya. Tajam.
"Setakat pulih saja. Sebab syarikat tu terpaksa buat website baharu. Tapi user tetap tak dapat akses AMMAR GALAKSIKA."
"Bagus!" Tan Sri ketawa, AMRA IT akan mati perlahan-lahan."
Fikiran Tan Sri Adnan terus melayang kepada seseorang yang amat dirinduinya. Hasil tindakan kamu lebih pantas dari rancangan papa, Danny.
Akbar pandang wajah Tan Sri Adnan yang seolah-olah mengelamun.
"Tan Sri teringatkan Danny ke?"
Pertanyaan Akbar tidak dijawab. Tan Sri Adnan bangun dari kerusi eksekutifnya dan berjalan ke tingkap bangunan 5 tingkat syarikat itu. Bangunan rendah terletak di pinggir bandaraya itu dinamakan WISMA MARIAH, nama isteri tersayang. Dia melihat ke bawah di mana terletak kenderaan milik pekerjanya. Semuanya kenderaan hebat-hebat. Kereta import dan superbike. Tan Sri Adnan beri imbuhan yang besar kepada pekerjanya yang setia. Dia percaya, kejayaan yang dicapainya kini adalah kerana usaha pekerjanya juga.
Tetapi apalah gunanya bilion ringgit yang dimilikinya tanpa Danny?
Dia mengesat air mata yang tergenang sebelum berpaling ke arah Akbar yang masih memandangnya.
"Macam mana dengan Irdina?"
Eh? Kenapa tanya pasal Irdina?
Akbar hairan Tan Sri Adnan mengambil tahu semua hal ehwal pekerjanya, termasuk siapa teman wanita atau teman lelaki mereka. Tetapi, bagi Tan Sri Adnan, itu penting dalam perniagaannya yang sangat kuat menghadapi persaingan dari dalam dan luar negara di bawah langit yang terbuka.
Sebab itu dia kecewa apabila JEBAT GALAKSIKA, projek pertama Iman dicuri. Dia syak kejadian itu berlaku kerana Iman lalai, suka bermain dan tidak serius. Hubungan Iman dengan Kenny jelas telah menjejaskan produk syarikat. Dia tidak memecat Kenny kerana mahu melihat sejauhmana lelaki itu akan bertindak untuk mensabotaj usaha syarikatnya. Iman sudah dijauhkan.
"Maaf. Saya ambil tahu semua aktiviti staf saya," jelas Tan Sri Adnan.
"Saya faham."
"Bukan semalam kamu keluar foursome?" soal Tan Sri Adnan lagi.
Iman dan Zuhal meminta izin untuk keluar dengan Irdina. Dia dan Puan Sri Adnan nampak Akbar ikut sekali. Sudah tentu Akbar tak perlu keizinannya. Lagipun Ahad hari cuti.
"Ya. Irdina nak pergi Extreme Park," jawab Akbar.
Tan Sri Adnan mengangguk.
"Saya kenal abah Irdina. She is the only daughter of the most incorruptible police chief I ever met."
Kenapa bunyinya macam Tan Sri Adnan sedang memberi amaran kepadanya? Akbar telan air liur.
"Tiga anak lelakinya juga dalam Jabatan Polis. Seorang masih sekolah. Mungkin akan jadi polis juga."
Akbar tahu Irdina anak kedua bungsu. Mujur Irdina tak jadi polis.
"We're just friends," kata Akbar, walaupun dia rasa sudah berguling-guling hatinya jatuh kepada Irdina yang comel dan nakal.
"How long will you be staying in my company?" soal Tan Sri Adnan, menukar topik, sambil duduk di sofa, di hadapan Akbar.
Dia tahu Akbar hanya berada di SLY untuk tugasan sahaja. Jawatannya sebagai Production Manager itu hanya untuk menutup tugasan sebenarnya.
"It depends on you, Sir."
"What if I want you here longer?"
Akbar terdiam. Dia sayang kerjanya di SNAP. Siasatan terhadap salahlaku 'jerung-jerung' syarikat lebih terperinci jika dia berada dalam SNAP, lebih-lebih lagi perbuatan mereka yang menipu dalam tanggungjawab sosial korporat kepada ekologi. Adrian Vasile juga tidak menghalang dia aktif dalam NGO yang antara lain, mempertahankan angle shark yang dipanggilnya jerung bidadari daripada pupus.
Banyak syarikat menipu kerana mahu pengecualian cukai, tetapi sebenarnya tidak berbuat apa-apapun. Baginya jerung manusia lagi jahat daripada jerung putih yang sekali sekala menyerang manusia.
*****
Tok! Tok! Tok!
"Masuk," kata Tan Sri Adnan.
Zuhal melangkah masuk, sedikit hairan melihat Akbar yang nampak gelisah. "Ada apa papa?"
Tan Sri Adnan memang suka bertemu muka. Dia tak suka video conferencing, walaupun dia tauke permainan IT.
"Elok kamu berdua ada," katanya.
Butang business suit yang dipakainya dibuka. Badan disandarkan ke sofa.
Zuhal mengambil tempat di sebelah Akbar. "Ada assignment baru ke papa?"
Tan Sri Adnan pandang mereka silih berganti. "Papa nak kamu cari Danny."
Zuhal dan Akbar berpandangan.
"Papa dah puas upah orang. Papa hampir patah hati. Tapi bila timbul isu JEBAT GALAKSIKA ini, Papa tahu dia masih hidup."
"Tapi kalau dia yang tak mahu balik, macam mana?" soal Akbar.
"Kamu seret dia. Paksa dia," tegas Tan Sri Adnan.
"Pa . . ." Zuhal bersuara.
"Kamu nak cakap apa?"
Sekali lagi Zuhal berpandangan dengan Akbar.
"Sebenarnya . . ."
"Sebenarnya apa?" Semakin keras nada suara Tan Sri Adnan.
"Masa dia pergi tu Zuhal masih koma . . ." Tiba-tiba Zuhal tidak sanggup berterus terang. Nada suaranya dikendurkan.
"Jadi?"
"Sebenarnya . . ." Akbar mencelah, "Danny dah kahwin . . ."
Akbar menyelamatkannya.
Tan Sri Adnan terus menegakkan badannya. "Apa? Kahwin dengan siapa?"
Akbar tidak berani memberitahu siapa isteri Danny. "Dia kahwin di Bosnia . . . Azem yang uruskan."
Tan Sri berdiri. Suaranya hampir memekik. "Mana Azem! Suruh dia datang!"
"Pa . . . Tenang pa . . ." Zuhal bangun dan memujuk Tan Sri Adnan supaya kembali duduk.
"Kenapa masa papa tanya dulu, dia tak cakap?"
"Dia pegang amanah Danny," jawab Akbar.
"Habis? Kamu tak amanah?" sindirnya.
"Saya . . . Err . . . Dia tak kata saya tak boleh cakap. Dia cuma pesan pada Azem," jawab Akbar, sedikit gugup. Tak sangka Tan Sri Adnan akan melenting mendengar Danny berkahwin. Itu belum lagi dia tahu isteri Danny anak Aaron Dalheimer.
"Kamu tahu dari mana?" Tan Sri Adnan masih menyinga.
"Dari Adrian . . . Bila Danny nak keluar dari SNAP, dia kena bersumpah depan Adrian. Jadi Adrian beritahu saya."
Lantas Tan Sri Adnan berpaling ke arah Zuhal. Matanya di dalam cermin mata multifocal yang dipakainya dibesarkan. "Kamu pula Zuhal?"
"Pa . . . Zuhal koma . . . Tak tahu apa."
Zuhal berbohong. Dalam suasana begini, lebih baik berbohong. Bukan bohong semuanya. Bohong sekerat. Zuhal memang koma. Tapi tak semestinya dia tak dengar apa-apa. Dia dengar kata-kata Danny.
"Kau aku anggap macam saudara kandung aku Zuhal. Tapi kali ini aku tak boleh bantu kau. Aku kena pergi demi Lila. Aku harap kau cepat bangun. Aku tahu kau kuat. Selamat tinggal Zuhal. Aku sayang kau."
Itulah kata-kata akhir Danny. Lepas Zuhal sedar, barulah dia tahu Danny pergi dua minggu sebelum dia sedar daripada koma. Danny pergi bersama Azem. Lila yang disebut Danny, hanya lihat dalam gambar sahaja. Seorang wanita cantik berambut perang, bermata biru. Gambar itu dalam Instagram Lila yang sempat Akbar muatturun sebelum akaun itu ditutup.
Tan Sri Adnan mengeluh. Budak-budak di hadapan ini, kalau kena siksa pun tak akan bercakap. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
"Zuhal tak tahu?"
Zuhal diam.
"I'm sorry papa . . . I know he got married from Adrian. But I don't know his whereabout."
"Then, go and find him."
Zuhal dan Akbar bangun menuju ke pintu.
Sebaik sahaja mereka keluar, Tan Sri Adnan mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail satu set nombor yang hanya dihubungi jika ada kecemasan.
Adrian Vasile.
*****
Zuhal dan Akbar keluar dari bilik Tan Sri Adnan dengan perasaan sebal. Maklumlah kena sembur sebab sembunyikan kisah Danny yang sudah berkahwin daripada pengetahuan keluarga. Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat. Langkah mereka berhenti di hadapan lif,
"Kita meeting malam ini," kata Zuhal.
Akbar nampak mengelamun.
"Kau dah kenapa Akbar?"
"Tadi Tan Sri sebut pasal Irdina."
"Apa kaitannya Irdina? Itu kan hal peribadi kau?"
"Dia macam bagi amaran pada aku."
"Pasal apa?"
"Pasal keluarga Irdina yang hampir 100% kaum lelakinya, termasuk sepupu-sepapatnya dalam polis, tentera, imigresen, badan pencegah rasuah . . . bla . . . bla . . . bla."
Zuhal ketawa. "Good, if they are on the right side of the law."
"Yup. But Are we always on the right side of the law?"
Benar. Mereka guna undang-undang sendiri apabila menghukum pengkhianat. Mereka menjadi habuan makanan jerung-jerung di Lautan Atlantik. Walaupun Akbar dan Zuhal tidak pernah pergi mengikut kerja melaksanakan hukuman rimba itu, mereka tetap sama-sama tahu dan tidak membantah.
"It's us or them, Akbar."
"Aku tahu. Jika kita lepaskan mereka, semua kerja kita akan didedahkan kepada musuh . . . Tapi aku bimbang."
"Kau bimbang apa?"
"Takut ada banyak soalan tentang kenapa kita nak buat cawangan SNAP Asia di sini?"
"Tak usah bimbang. Adrian ada contact dengan Komander Imran. Semua settle. Hanya orang-orang Komander Imran yang tahu. Kepada public, kita hanya sebuah syarikat konsultansi teknologi maklumat. Noktah."
Akbar mengangguk.
"Yang penting kita bantu Kerajaan. Bukan melawan Kerajaan."
Pintu lif dibuka. Lif digerakkan turun.
*****
Di basement, terbuka sahaja pintu lif, wajah Suzanna memenuhi ruang pintu.
"Hi . . . fancy meeting you here!" Di menegur ramah.
Zuhal mendengus. Minah ni stalk aku ke apa?
"This is my office. But why are you here?" soal Zuhal.
"Oh . . . I nak jemput Kenny. Dia tu kan macam adik I . . ."
Zuhal pura-pura tak tau. "Oh? You dengan Kenny ada connection."
"Dia macam adik I" Sekali lagi Suzanna menekankan perkataan 'adik.'
Zuhal, mahu segera melangkah meninggalkan Minah kepoh itu. "Okeylah. You tunggulah adik you tu. I tak ada kena mengena dengan dia."
"Sampai hati you . . ."
Langkah Zuhal terhenti. "Pardon?"
"You rampas girl friend dia. You turunkan pangkat dia . . ."
Zuhal cuba menahan marah. "Hold it! Excuse me . . . Siapa rampas girl friend siapa?"
"Iman."
"Iman has alway been my girl friend . . . Now she is my fiancée. Period."
"She is your sister!"
"Sejak bila pula orang berlainan bapa dan emak boleh jadi adik beradik?"
"Sudahlah Zuhal, jangan layan Minah senget ni . . . Jom kita balik," Akbar mencelah.
"Minah senget? I will teach you some lessons. Kunyit!"
Akbar berpaling. Wajah tenangnya terus berubah jadi bengis. "Siapa kunyit?"
Dengan segera Zuhal seret Akbar menuju ke kereta. Bukan ini pertama kali Akbar dipanggil kunyit. Semuanya kerana wajah jambunya, yang berlesung pipit sebelah dan sikap dinginnya kepada perempuan.
Masuk ke dalam kereta Akbar masih bersungut. "Aku punya macho, dia kata kunyit!"
Zuhal hidupkan enjin Ferrarinya dan kereta terus meluncur keluar dari kawasan WISMA MARIAH.
Kereta Ferrari dipandu Zuhal memasuki jalan bandar. Kereta itu tidak dapat membina kelajuan kerana terperangkap dalam lalu lintas yang sibuk.
Zuhal memandu dengan tenang. Lampu isyarat bertukar merah sebaik- sahaja kereta itu sampai. Zuhal tekan brek. Akbar tiba-tiba mengeluarkan Walther PPS dari sarung yang tersangkut di tali pinggangnya. Dia periksa pistol itu seolah-olah mahu memastikan ia ada peluru yang sedia untuk dilepaskan menemui mangsa. Zuhal menjeling dengan ekor mata. Dia tahu, apabila Akbar mengeluarkan senjata kesayangannya itu, dia telah menghidu sesuatu yang buruk. Akbar ada kelebihan itu. Orang kata six-sense. Kerana kelebihan itu Adrian ambil dia dalam pasukannya dan dilatih untuk menjadi hacker cum sniper.
Zuhal keluarkan Glock 34 miliknya dan diletakkan di ruang antara tempat duduk mereka.
"Aku rasa kereta hitam belakang kita tu pelik," kata Akbar.
Zuhal menjeling cermin belakangnya. Alat audio (mirip bluetooth) disangkut di telinga. Kamera video di belakang sudah mengambil gambar kereta yang mengejar. Hanya beberapa saat sistem Zuhal yang terpasang di kereta itu sudah dapat memproses data daripada video tersebut. Ternyata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Jelas! Kereta hitam, cermin gelap di belakang sedang memburu mereka.
"Pegang pistol aku. Lepas ini aku nak buat kejutan u-turn," kata Zuhal. "Hubungi Azem dengan Ruslan. Traffic is bad. Bawa scramblers."
Alat komunikasi diselit di telinga. Ferrari itu berada di kanan jalan. Boleh jalan terus atau u-turn. Ketika lampu trafik bertukar hijau, Zuhal seolah-olah mahu bergerak terus. Tetapi tiba-tiba dia membrek, u-turn dan terus membesit. Kereta yang mengekori mereka turut membrek dan u-turn. Bunyi tayar berlaga dengan aspal kedengaran berdecit bingit.
Zuhal memandu dengan menyelit ke kiri dan ke kanan, di mana ada ruang. Zuhal tahu, sekejap lagi polis akan datang. Polis akan mengawal, sama ada dari udara atau mengejar mereka.
Zuhal tahu dia kena keluar dari keadaan bahaya itu sebelum polis tiba.
*****
"Siapakah penyerang itu? Apa tujuan mereka? Atas Aqila kongsi video jerung putih . . .*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro