33 💚 ISTERI SILUMAN
Aura kegelapan menyelubungi ruang jendela itu. Suasana seram sejuk mula menguasai ruang persekitaran di dalam pejabat itu.
Kelihatan tangan pucat seorang wanita berkuku panjang mencapai bingkai jendela. Tangannya mencengkam dinding. Cuba untuk membawa tubuhnya naik ke atas. Memanjat ingin merangkak masuk.
Perlahan-lahan mata yang hijau galak mengintai disebalik rambut hitam panjang yang mengurai.
Wanita berpuaka itu terketar-teketar cuba merangkak masuk mengikut ruang jendela yang sedia terbuka.
Tapi itu semua hanyalah bayangan Beryl dan Sylvan.
👻
Seekor kucing berbulu lebat bewarna kelabu asap, bermata hijau melompat masuk melalui jendela itu.
Beryl dan Sylvan berpandangan sesama sendiri.
Sylvan bantai ketawa.
"Ini ke wanita puaka yang kau katakan?!"
Kepala Beryl ditunjal.
Beryl membiarkan sambil menjeling Sylvan bukan main lagi dia ketawakan Beryl. Wajahnya sedikit merah. Disebabkan mimpi ngeri tengahari Beryl, mereka fikir yang bukan-bukan.
Ya, mereka fikir yang bukan-bukan. Tapi si Graig ini pula? Lagi bukan-bukan!
Lelandra adalah seekor kucing?!
Dan Graig mengakuinya sebagai isterinya?!
Dan Graig sifatkannya seolah-olah seperti manusia??
Siap letakkan nama keluarga kepada kucing itu!
Graig Lelandra Greguska?!
Apahal!
"Sekejap.."
Beryl terpinga-pinga.
Sylvan berhenti ketawa.
Beryl merenung leher kucing itu. Berantai merah jambu.
"Bukanke ini kucing nebelung yang sesat tadi?"
Beryl menjuihkan bibirnya.
Kucing itu duduk menghadap Graig sambil ekornya bergerak laju.
Sylvan juga terpinga-pinga.
"Eh?! Betul lah!"
Baiklah, sekarang Beryl faham kenapa Graig kata Beryl telah menculik isterinya. Walaupun tidak masuk akal nampaknya kali ini Beryl terpaksa akur dan ikut sahaja rentak kepala otak siluman!
🐱
Kepala Graig terangguk-angguk faham.
Baiklah Lelandra telah jelaskan segalanya.
Lelandra merajuk kerana Rastus tidak mahu berikan minuman susu kepadanya dengan alasan tidak mahu Lelandra cirit-birit.
Dengan itu Lelandra tidak mahu ikut Rastus pulang!
Lelandra lari dan merajuk!
Sudahnya Lelandra tersesat di Bar Kecil Yyscadtobleron.
Yang menariknya, Lelandra diberi susu.
Diberi susu oleh lelaki berambut merah ini.
Selain itu, Lelandra juga dilayan baik oleh lelaki berambut merah. Lelandra juga dibelai manja oleh lelaki berambut putih!
Mereka sudah dianggap sebagai kawan Lelandra!
Tetapi Rastus buli mereka!
Lagilah buat Lelandra tidak mahu pulang kepada Rastus!
Lelandra merajuk!
Tengah sedap-sedap minum susu tiba-tiba Lelandra dapat rasakan kehadiran Rastus!
Lelandra terus melompat! Habis susu tertumpah! Semuanya salah Rastus! Habis susu dibazirkan!
🐱
"Baiklah...aku faham. Maafkan aku lendara."
Graig tersenyum seperti kerang busuk.
Beryl menjuihkan bibirnya sambil menyilangkan kedua tangannya. Meluat Beryl lihat Graig bersuara lembut terhadap isteri kucingnya itu.
"Manusia..."
Graig menoleh pada Beryl.
Beryl menjongketkan sebelah keningnya setelah lama perhatikan Graig berkomunikasi dengan kucingnya bagaikan orang gila.
"Lelandra telah jelaskan segalanya. Nampaknya ada sedikit salah faham antara kita."
Ujar Graig mendatar sambil merenug wajah Beryl.
"Sikit?"
Beryl menjongketkan keningnya lebih tinggi. Sikit? Sikit salah faham? Sedikit salah faham dia kata?!
Ini satu salah faham yang besar!
Sylvan tersengeh seperti kerang busuk. Graig kelihatan sungguh bersahaja setelah apa yang dia telah lakukan. Tapi nak buat macam mana? Siluman kan?
"Salah faham ini timbul kerana aku telah membuat tuduhan melulu."
Graig akur akan kesalahannya. Lelaki siluman itu mengeluh.
Beryl hanya merenung wajah Graig dengan pandangan bosan. Tahu pula kau sekarang ni?
"Ya, selain itu. Salah faham ini timbul juga kerana penampilan kau manusia. Bukan salah aku seorang."
Graig tersenyum.
"Apa maksud kau?"
Beryl berkerut seribu.
"Dengan penampilan kau yang seperti penyangak siapa sangka kau tidak mendera haiwan. Lebih-lebih lagi kau seorang manusia. Jadi aku sangka kau culik Lelandra dan ingin menderanya."
Ujar Graig selamba sambil tersenyum dengan manisnya.
Beryl tersentak! Hatinya retak menanti belah!Kenapa mereka menilai seseorang melalui rupa! Tadi Encik Bonito dan kini adalah Graig!
"Beryl, kau patut tukar penampilan kau."
Sylvan menahan ketawa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro