Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 💚 AMBANG MAUT SI BUNIAN

Telapak tangan gatal. Beryl mula merepek. Difikirnya kemenangan. Kerana apa? Tapak tapak tangan gatal. Dapat emas.

Tangannya terus menetak.

Tak.tak.Tak!Tak!TAKTAKTAKTAKTAK!

KTIIIIINGGGGGG!!!

Opps! Beryl tertetak pada permata cincin topaz milik Graig. Habis tercampak batu permata topaz itu! Terdapat lubang kosong pada cincin itu. Permatanya ke mana pergi?!

TAK! Pisau ditetak kasar di atas meja oleh Beryl. Tamat?!

"Arggggh!!!!!" 

TAK! Graig menjerit serentak dengan tetakkan terakhir! Permata cincinnya tercampak keluar!

Biji mata Beryl terbuntang luas! Aku tersalah tetak! Tidak! Tidaaaak. Tapi?! Tangan Graig tidak berdarah???

Aduhhhh..... Darah merah yang pekat mengalir. Bisaaaa! Beryl melirik pada tangannya. Darah mengalir keluar dengan deras dari tepi tanganya disisi jari ibu. Lukanya dalam. Darah tidak henti-henti mengalir.

Bibirnya digigit.  Pedihnya. Beryl yang tercedera. Tapi Graig yang menjerit. Sungguh megelirukan. Macam mana Beryl boleh tak sedar.....Tapi Beryl menang. Dalam menahan sakit Beryl tersenyum.

Gelaran juara bertahan irama tetak masih aku pegang.

Aku hebat! Aku kalahkan seorang siluman.

🔪

Kamar tidur Beryl.

Beryl duduk di atas katilnya. Tangan kanan Beryl sedang memegang botol kaca air tequila. Tangan kirinya pula sedang dibalut dengan kain putih oleh Sylvan.

"Kau gila Beryl. Luka kau dalam!"

Ujar Sylvan sambil terus membalut tangan Beryl. Darah tidak henti-henti keluar.

"Tapi aku kalahkan siluman tu."

Beryl tersenyum puas. Air botol tequila terus diteguk.

Sylvan mencebik. Belum apa-apa sudah minum meraikan kemenangan. Sedangkan Graig tidak berambus pergi lagi.

"Beryl? Kau tak halau Graig lagi?"

Sylvan selesai membalut tangan Beryl. Tersengeh seperti kerang busuk. Darah masih mengalir. Macam sia-sia sahaja. Sylvan tak ada sentuhan seni membalut.

"Halau? Kenapa pulak?"

Beryl berkerut. Air botol diletakkan di atas lantai.

"Bukan kau dah menang?!"

Sylvan tak puas hati! Beryl ni apahal?!

"Ya, aku menang. Tapi Graig kata hukuman ke atas dia akan dijalankan selepas pusingan kedua tamat. Jadi kau terpaksa kalahkan dia dulu."

Jawab Beryl pula.

"Apa?! Tapi ini sia-sia."

Sylvan menepuk dahinya. Baru nak rasa lega. Tapi bagaimana.

🔪

Graig berusaha melekatkan semula permata topaznya pada cincinnya yang berlubang dengan menggunakan gam panas.

"Tak guna manusia. Dia rosakkan cincin aku."

Graig merungut seorang diri. Permatanya juga terdapat sedikit kesan retak.

Sylvan kemudian hadir bersama Beryl. Sylvan berdiri di hadapan Graig.

"Jadi bunian? Kau sudah bersedia?"

Graig tersenyum.

Sylvan membuat muka meluat. Bersedia kepala otaklah. Tak ada istilah bersedia dalam permainan irama tetak ni. Apatah lagi lawannya adalah seorang siluman.

"Aku mahu tarik diri."

Ujar Sylvan sambil tersengeh seperti kerang busuk.

"Sylvan?!"

Beryl terkejut! Tak akanlah kemenangan Beryl disia-siakan?!

Graig ketawa sinis. Cincinnya disarungkan semula setelah berjaya melekatkan semula permata topaznya.

"Beryl, fikirkan. Aku tak akan menang. Kalah hukumannya mati. Tarik diri juga mati. Apa bezanya?"

Sylvan merenung mata Beryl. Aku ingin berlawan dengan Graig dengan menggunakan pedang. Sylvan mahir berpedang. Jadi keyakinannya lain. Tak naklah main pisau.  Bodoh dan karut.

Beryl menjongketkan keningnya. Dia faham. Bagus juga menggunakan pedangnya. Sylvan ingin mengeluarkan pedangnya dan ingin berlawan dengan Graig. Tapi. Tapi ...ada banyak tapinya.

Beryl menjuihkan bibirnya pada pinggang Sylvan. Senjata kau, kau tak bawak turun. Kau lupa lagi.

Sylvan terpinga-pinga. Matanya perlahan-lahan melirik pada pinggangnya sendiri.

Aiyaaaaak! Sylvan terkedu. Aku lupa lagi!

Tok.tok.tok..

Kepala Sylvan ditunjal tiga kali dengan muncung pistol Graig yang panjang.

"Berani nak larikan diri? Kau tarik diri. Bermaksud mati."

Ujar Graig tersenyum sinis.

Sylvan berkerut seribu.

"Kau berpaikan lengkap seragam Rosamund. Lihatlah paku lencana pada bahu kau. Kau berpangkat tinggi. Namun kau serah diri begitu sahaja? Kau seorang bunian pengecut."

Graig menghina Sylvan.

"Tolonglah, Tugas Rosamund adalah hidup untuk melindung. Bukan mati demi permainan sia-sia."

Sylvan menjuihkan bibirnya. Panas hatinya. Graig suka menghina.

"Aku tak peduli. Kau tarik diri. Bermakna kau pengecut. Dan pengecut perlu mati."

Mata Graig tajam merenung wajah Sylvan.

......Tiba-tiba terasa sejuk di leher Graig.
Beryl meletakkan pisau yang berukuran sehasta itu pada leher Graig. Ingat Beryl ni tiang ke? Memandang hina betul. Tak akanlah aku nak berdiam diri.

"Jangan ingat kerja aku lap gelas, tuang air sahaja. Aku bukan tak pernah berlawan."

Ujar Beryl pula.

Graig ketawa. Keningnya dijongketkan.

"Berlawan? Aku bukan nak berlawan. Aku nak membunuh."

Siluman itu langsung tidak takut apabila pisau diletakkan pada lehernya.

"Kau pernah membunuh?"

Tanya Graig sinis pada Beryl.

Beryl geram. Sombong betul siluman ni. Kalau diberi pilihan untuk membunuh Graig adalah orangnya.

"Ya, aku banyak membunuh. Lebih daripada seratus nyawa telah aku korbankan." 

Beryl tersenyum sinis.

Sylvan ketawa. Sedikit sahaja. Tak mahu ketawa lebih-lebih. Tak semena-mena peluru tembus terkena pada kepalanya nanti. Mana dia tak ketawa. Beryl dalam situasi begini pun masih nak buat lawak. Dia faham maksud Beryl. Ya, Beryl banyak membunuh. Bunuh lalat.

"Kau tak tah malu kan? Kau kalah. Tapi kau ingat nak bunuh Sylvan sahaja." 

Beryl memegang kemas pisaunya.

"Betul. Berambuslah."

Sylvan menjuihkan bibirnya. Tak tahu malu.

"Siapa kata aku tak terima kekalahan aku?"

Graig kemudian menghulurkan sepucuk pistol pada Beryl dan sebelah tangannya masih lagi mengacukan pistol bermuncung panjang pada Sylvan.

Beryl berkerut. Apahal siluman ni?

"Ambik pistol ii. Dalam kiraan tiga kita tembak serentak. Kau tembak aku. Aku tembak bunian ini."

Ujar Graig tersenyum sinis.

Gila! Siluman ini tak takut mati.

Sylvan membuntangkan biji matanya. Bagaimana sekiranya peluru itu peluru kapur?! Tidak Beryl jangan percayakan siluman itu!

"Aku tak percayakan kau. Simpan jelah."

Jawab Beryl mendatar. Bilah pisaunya masih diletakkan pada leher Graig.

"Jadi macam mana? Permainan ini akan berakhir? Bukan ke kau sendiri nak ia berakhir cepat."

Graig menyimpan semula pistolnya yang dihulurkan pada Beryl. Namun, tangannya masih menghalakan muncung pistol pada Sylvan.

"Ya, kau berambuslah. Pergi. Tak boleh ke? Tak perlulah bunuh sesiapa."

Beryl sebenarnya turut merasa debarannya. Matanya tidak henti-henti melirik pada jari Graig. Bila-bila masa sahaja siluman itu akan melepaskan satu das tembakan.

"Aku peliklah. Bukan ke tadi kau tak kisah bunian ini mati? Manusia yang aneh dan ganjil. Tadi kau begitu pentingkan diri dan sekarang kau nak selamatkan dia."

Graig berkerut seribu.

"Suka hati akulah. Aku memang suka tukar pendirian."

Itu hanya sebahagian daripada lakonan untuk bermain tipu, bodoh! Tak semena-mena Sylvan juga katakan yang dirinya pentingkan diri.

"Dengar manusia, kau tak ada apa-apa faedahpun bersahabat dengan bunian ini. Sedangkan bunian dan manusia suatu ketika dahulu bermusuhan. Dan walaubagaimanapun nanti dia akan lupakan kau. Hayat manusia hanya singkat sahaja."

Graig cuba menghasut Beryl. Nafsu ingin membunuhnya memuncak.

"Jangan kaitkan hal nenek moyang yang kolot boleh tak?"

Beryl mencebik.

"Dan aku tengok bunian ni menjengkelkan. Menyakitkan hati. Dan..."

Graig terus mengutuk Sylvan.

"Hei! Aku ikhlaslah!" Sylvan mengherdik.

"Ya, dia menjengkelkan, menyakitkan hati dan aku terimanya. Itulah maksudnya sahabat." 

Jawab Beryl pula. Tangannya masih menggenggam pisaunya dengan erat.

"Ohhh, Beryl..."

Sylvan menekup wajahnya pada bahu Beryl. Berpura-pura menangis.

"Terharunya aku, saat aku diambang maut kau buat jiwa aku tersentuh, tak akan sesekali aku lupakan kau walaupun 200 atau 300 tahun kau mati lebih awal."

"Hentikan drama kau bunian."

Graig menunjul dahi Sylvan lagi sekali.

"Masalahnya sekarang kau akan mati dulu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro