Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 💚 TEKA-TEKI REMEH

"Aku tak perlukan bantuan kau, Beryl.."

Ujar Sylvan dengan dengan penuh sakit hati. Bibirnya digertap. Terus-terang, ini kali pertama Sylvan terasa ingin ketuk kepala Beryl dengan apa-apa sahaja. Kerusi? Botol kaca?

"Baguslah kalau macam tu.."

Ujar Beryl acuh tak acuh.  Sylvan. Kenapa kau bodoh sangat? Tak semena-mena aku dapat label pentingkan diri.

Bertuah betul manusia ni. Sombong! Sylvan hanya memerhatikan Beryl daripada belakang. Kenapa berpaling? Tahu pula malu.

Beryl menghembuskan keluhan. Jarinya berusaha menunjukkan sesuatu pada Sylvan. Ditundingkan pada arah sisinya di dalam posisi yang Graig tak akan perasan buat masa ini.Tak nampak ke?! Ingat aku sengaja nak berpaling? Jangan Sampai Graig perasan! Aku sedang tunjukkan kau jawapannya.

Sylvan berkerut. Apa yang Beryl sedang buat.

Beryl berpaling semula pada arah Graig dan Sylvan. Menghembuskan keluhan yang berat. Lembab! Lenguh tangan aku.

Sylvan bertambah berkerut. Apahal Beryl ni? Kebas ke punggungnya.

"Apahal?"

Ujar Beryl pada Sylvan.

"Aku benci kau Beryl."

Ujar Sylvan sekadar berbisik.

"Fikirlah jawapannya kalau tak nak mati. Pandang muka aku buat apa?"

Beryl menjeling Sylvan. Matanya memandang jarinya sendiri yang sedang ditundingkan pada arah tepi. Isyarat mata. Bermakna renung jari aku.

Sylvan terkedu. Matanya merenung jari Beryl. Aku terlepas sesuatukah?

"Kau tanggung sendiri akibatnya. Aku tak nak tolong."

Jari telunjuknya masih dikeluarkan diangkatkan melepasi kepalanya. Pura-pura melurutkan rambutnya kebelakang. Tangannya terhenti di belakang kepala. Jari telunjuknya bergerak-gerak menundingkan pada arah sesuatu. Mujur Graig duduk di hadapan Beryl. Pasti dia tak mampu lihat apa yang jari Beryl sedang buat disebalik kepalanya.

Beryl sedang tundingkan pada arah sesuatu. Sesuatu di sudut bar itu.

Graig menghembuskan keluhan.

"Bunian, jangan buang masa bertikam lidah dengan manusia hina ini. Fikirlah jawapannya.."

Graig menongkatkan kepalanya. Matanya merenung jari-jemarinya sendiri. Bosan betul menunggu.

"Sekurang-kurangnya manusia tak merepek macam siluman."

Beryl membuat muka jelik.

Sylvan berdebar apabila mendengar suara Graig. Perlahan-lahan matanya melirik pada arah yang jari Beryl tundingkan. Tidak mahu Graig perasan.

Sylvan melirik pada hujung bar. Sesuatu objek besar yang ditutupi dengan kain putih kelihatan. Barang milik Beryl sudah sekian lama Beryl tinggalkan dan tidak digunakan. Hanya sekadar menjadi perhiasan yang ditutupi dengan kain putih.

Sylvan membuntangkan biji matanya! Ya! Dia sudah tahu jawapannya!
Sylvan berdehem beberapa kali

"Aku menyesal bersahabat dengan kau Beryl. Pentingkan diri."

Sylvan teruskan lakonannya tadi. Kononnya marah dengan sikap pentingkan diri Beryl. Padahal mula-mula dia betul-betul percaya yang Beryl pentingkan diri.

"Kau ingat aku tak menyesal?"

Tangannya diletakkan di atas kepalanya. Jari tengahnya dikeluarkan. Dihalakan pada Sylvan. Geram. Punyalah lama dia berikan petunjuk, Sylvan sibuk marah dan berleter.

"Cepatlah, aku dah bosan menunggu."

Graig meguap. Menutup mulutnya dengan tapak tangan.

"Bosan, berambuslah."

Beryl menjuihkan bibirnya.

"Sentuhan hebat? Bunyi mengasyikkan... Hmm..36 sentuhan hangat... 52 sentuhan membeku.."

Sylvan berpura-pura berfikir.

"Ia merupakan sebuah piano bukan?"

Sylvan memberitahu jawapanya.

Graig kagum.

"Tiba-tiba je kau jadi bijak."

Si siluman menepuk tangannya.

"Tahniah, jawapan kau betul." Ujar Graig mendatar.

Sylvan hanya tersengeh seperti kerang busuk. Kurang ajar siluman. Sempat dia mengutuk aku. Ya, disebalik kain putih itu terdapat sebuah piano. Jawapan kepada teka-teki itu.

Sentuhan jari-jemari yang hebat menghasilkan bunyi yang mengasyikkan. Dan Maksud 36 sentuhan hangat adalah jumlah kekunci bewarna hitam pada piano. Hangat dikaitkan dengan bara api. Bara api dikaitkan dengan arang. Arang bewarna hitam. Itulah maksud 36 sentuhan hangat.

52 sentuhan membeku pula adalah jumlah kekunci bewarna putih yang berada pada piano. Membeku dikaitkan dengan sejuk. Sejuk dikaitkan dengan salji. Salji bewarna putih. Itulah maksud 52 sentuhan membeku.

"Tau pulak kau? Aku ingat kau bodoh."

Beryl ketawa kecil. Sengaja menyindir Sylvan. Tadi bukan main lagi cakap aku pentingkan diri.

Sylvan tersengeh seperti kerang busuk.

"Biasalah, bunian mana tak bijak kan?"

Menyesal dia buruk sangka pada Beryl.

🍷

"Manusia, aku harap kau tau jawab ini."

Ujar Graig dingin.

"Aku bijak. Semestinya. Aku pelajar elit suatu ketika dahulu. Ilmu berlambak dalam kepala otak aku."

Ujar Beryl bangga.

"Aku nak tengol sejauh mana tahap kebijaksanaan kau."

Graig tersenyum sinis.

"Dan aku nak tengok sejauh mana soalan kau mampu mencabar minda aku."

"Dipenuhi air, namun apabila terluka, darah yang mengalir.
Dipenuhi darah, namun apabila terluka, air yang mengalir."

Beryl ketawa!

"Aku tak kata aku ni lelaki jiwang karat! Tapi aku tau jawapannya."

Sylvan menjeling Beryl.

"Tak jiwang karat konon."

Bibirnya dijuihkan. Ego tahap nombor satu dalam soal hati dan perasaan. Puihhh!


"Jawapannya adalah kita dan hati kita. Tubuh kita dipenuhi air tapi bila terluka darah yang mengalir. Hati kita dipenuhi darah, tapi bila terluka air mata yang mengalir.  Macam mana? Bijak tak aku?"

Ujar Beryl bangga. Kedua tangannya didepakan.

Biji mata Graig terbuntang luas. Terkejut.

"Apahal buat muka macam tu?"

Beryl berkerut. Salah ke jawapan aku?

Graig menggeleng.

"Tak, jawapan kau betul. Cuma....."

"Cuma apa?"

Beryl memapamerkan ekspresi meluat. Apa masalah siluman ni?

"Cuma aku terlalu tak sangka manusia macam kau mampu jawab soalan aku. Kau kelihatan sungguh tidak berpelajaran."

Celaka kau siluman. Itu yang bermain di fikirannya.

🍷

"Baiklah! Kini giliran kita utarakan soalan pada Graig!"

Ujar Sylvan teruja.

"Aku ada soalan yang bijak dan mampu menguji minda kau Graig! Biar aku mulakannya!"

"Bagi dia yang susah-susah Sylvan! Biar waras kepala otak siluman ni!"

Ujar Beryl selamba di hadapan Graig.

Graig membuat muka bosan.

"Apa soalan dia?"

Graig sudah bersedia.

"Dia selalu mengangkat bakul,
Ada perkara dia paling pantang.
Kerana itu dia kuat memukul,
Tak lain kalau bukan cukur jambang."

Ujar Sylvan teruja dengan penuh irama.

"Siapa dia?!"

Beryl tersedak! Batuk berkali-kali!

Graig pula terpinga-pinga. Berkerut seribu.  Jelas mempamerkan raut bingung dan keliru pada wajahnya.

"Apa dia? Ulang lagi sekali?"

Graig bingung. Apa yang dikatakan bunian ini? Soalannya sungguh aneh...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro