Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 💚 PENTINGKAN DIRI

"Baiklah, kau tunggu apa lagi?"

Beryl merenung Graig. Dah kalah berambuslah. Lagi tercegat dekat sini. Buat apa? Isteri kau pun tak nak kau!

Kalau boleh Beryl tidak mahu si siluman ini berada di barnya lebih lama. Semuanya hanya akan mengundang masalah.

Graig menongkat dagunya membalas renungan Beryl. Pada bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman sinis.

Sylvan berkerut.

"Permainan bukankah sudah tamat?"

Sylvan tersenyum seperti kerang busuk. Rasanya Graig tidak berpuas hati lagi.

Graig mengeluarkan tiga jari-jemarinya yang dipenuhi dengan pelbagai rekaan cincin.

"Sekurang-kurangnya ada tiga pusingan lagi."

Ujar Graig bersama senyuman sinis.

"Ataupun lebih? Terpulang kepada keinginan aku."

"Apa?!"

Beryl berkerut. Sangkanya permainan sudah tamat?!

"Kenapa? Adakah kau gentar wahai manusia?"

Graig mengejek Beryl.

Beryl menghembuskan keluhan. Kalau bermain dengan nyawa siapa tak gentar.

"Baiklah, baiklah. Jangan buang masa lagi. Kita teruskan permainan ni!"

Sylvan mengagkat kedua tangannya. Nak atau tak nak terpaksa akur.

Kalaulah aku sambung bertugas tadi. Tak akan tersepit dalam masalah ini.

Bunian itu mengeluh.

"Mari berteka-teki. Akanku tujukan soalan ini kepada kau berdua. Seorang satu soalan. Dan kau berdua akan tujukan soalan pada aku."

Graig memberitahu syarat permainan seterusnya.

"Sekiranya kau tak mampu jawab teka-teki aku bermakna kau kalah. Dan kau tidak boleh minta sahabat kau untuk menjawab bagi pihak kau. Tetapi hukumannya boleh ditanggung oleh sahabat kau. Kalaulah dia sanggup. Satu kesalahan Satu hukuman. Faham?"

Graig merenung Beryl dan Sylvan sambil bicarakan syarat permainan di pusingan seterusnya.

Beryl berkerut. Teka-teki? Kalau tahap otak gila, orang gila sahaja yang boleh jawab.

Sylvan tersengeh seperti kerang busuk. Harap-harap aku boleh jawab.

Mereka bertiga masih di meja yang sama.

"Bermula dengan kau bunian."

Graig tundingkan jarinya pada Sylvan.

"Jawab soalan aku..."

"Baik!"

Ujar Sylvan penuh semangat. Dirinya mula menumpukan perhatian.

"Sentuhannya hebat,
Menghasilkan bunyi syahdu...."

Graig mula mengungkapkan soalannya.

Apa? Wajah Sylvan mula kemerahan.  Apa maksud siluman ni? Sentuhan hebat? Bunyi syahdu? Merepek sungguh teka-tekinya. Kotor bunyinya.

Beryl pula mula tersengeh. Bunyinya..menggoda.

Teruskanlah dengan pemikiran kotor kau tu. Graig tersenyum sinis. Soalannya disambung.

"36 sentuhan hangat....52 sentuhan membeku."

Beryl tersentak. Dia tahu jawapannya! Kenapa tak tanya sahaja pada aku. Beryl melirikkan matanya pada Sylvan. Sylvan tahu tak agaknya? Harap-harap Sylvan tahu.

Wajah Sylvan pula mula kemerahan. Otaknya bingung. Ia teka-teki yang kotor! Tapi apa dia?!

"Aku ulang semula..walaupun sia-sia."

Graig tersenyum sinis.

Beryl menggigit bibirnya geram. Kalaulah dia ada ilmu telepati dia pasti akan bantu Sylvan! Bagaimana dia harus bantu Sylvan?

"Sentuhannya hebat,
Menghasilkan bunyi syahdu,
36 sentuhan hangat,
52 sentuhan membeku."

Graig tersenyum sinis.

"Apakah ia?"

Sentuhan apa ni? Sentuhan apa yang begitu hebat. Telinga Sylvan terasa hangat. Sentuhan hangat? Sylvan menggeleng-gelengkan kepalanya. Bunyi syahdu. Bunyi apa? Bunyi seseorang mengerang? Tidak! Tidak! Sylvan tiba-tiba terasa meremang sejuk memikirkannya. Meremang sejuk? Adakah ia boleh dikaitkan dengan sentuhan membeku? Kenapa apa yang berada di fikirannya sungguh berkait rapat dengan teka-teki itu? Adakah itu jawapannya? Tetapi bagaimana ingin menjawabnya.

Wajah Sylvan semakin merah padam memikirkannya. Apa bendanya itu?! Bibirnya digigit. Sylvan merenung bawah. Fikir Sylvan ..fikir. Kau pasti boleh.

Beryl berkerut seribu melihat raut wajah Sylvan. Apa yang sedang bermain di kepala otak bunian ni? Kenapa Sylvan kelihatan malu semacam? Aduh Sylvan! Tolonglah! Kau tahu jawapannya! Kau tahu! Buka minda kau! Angka itu adalah petunjuk yang jelas! Hati Beryl membentak ingin memberitahu jawapannya. Apa yang harus aku buat untuk membantu Sylvan?!

"Menyerah kalah bunian?"

Graig tersenyum sinis.

Sylvan terkedu.

"Aku tak akan tolong kau Sylvan. Kau tanggunglah sendiri akibatnya."

Ujar Beryl dengan nada pasrah. Dirinya berpaling daripada Sylvan dan Graig. Menghadap arah yang bertentangan.

Sylvan tersentak!

"Apa?!"

Sampai hati Beryl kata begitu! Sedangkan tadi Sylvan sudah selamatkan nyawanya! Aku bertindak bijak menyelamatkan sahabat yang bodoh! Jangan buat aku menyesal!

"Hukumannya kau tanggunglah sendiri. Aku tak ada kena mengena."

Ujar Beryl lagi. Dengan selambanya.

Graig tersenyum memerhati sikap pentingkan diri Beryl.

"Manusia makhluk yang pentingkan diri. Aku juga hairan kenapa seorang bunian sanggup bersahabat dengan makhluk jijik dan penuh penghinaan ini."

Ujar Graig sinis.

Panas hati Beryl mendengarnya. Namun itu memang tak boleh dinafikan. 

"Ya, aku rasa nyawa aku lebih penting sekarang ni."

Ujar Beryl dalam nada sombong. Bibirnya dijuihkan. Masih lagi berpaling daripada Sylvan dan Graig. Kakinya disilangkan.

Sylvan hanya memerhatikan Beryl dari belakang. Berpaling konon! Nak sembunyikan wajah sebenar kau?! Geram. Hati bunian itu panas. Tak sangka Beryl begitu pentingkan diri! Patutlah ayahnda aku bekeras melarang aku bersahabat dengan manusia! Kini ia sudah jelas kenapa! Mereka sememangnya makhluk yang pentingkan diri!

"Cepat bunian. Jawab soalan aku..
Sentuhannya hebat, menghasilkan bunyi syahdu, 36 sentuhan hangat, 52 sentuhan membeku."

Sylvan menjeling Beryl dengan penuh perasaan sakit hati dan bengang serta kecewa!

"Aku tak perlukan bantuan kau, Beryl.."

Ujar Sylvan dengan dengan penuh sakit hati.

"Baguslah kalau macam tu.."

Ujar Beryl acuh tak acuh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro