Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08 💚 HIKAYAT MENGIKUT ABJAD

Baiklah. Semua tau siluman bangsa yang tak siuman. Tak siuman tak apa. Tapi menjengkelkan itu yang tak tahan.

"Pertaruhan pertama. Adalah Hikayat mengikut abjad."

Ujar Graig dingin.

"Apa?"

Beryl menjongketkan keningnya. Pertaruhan Hikayat mengikut abjad? Apa benda tu?

"Oh! Aku tahu! Ia adalah satu permainan! Seorang pemain akan mulakan sebuah hikayat dengan menyebut satu perkataan bermula dengan abjad 'A'. Dan permain seterusnya akan menyambung kisahnya dengan perkataan yang lain. Tetapi dengan syarat, setiap perkataan haruslah bermula dengan urutan abjad yang betul. Faham?"

Sylvan menerangkan dengan panjang lebar dengan bahasa bakunya.

"Aku rindukan permainan ini!"

Sylvan menepuk tangannya. Teruja.

"Itu je?"

Beryl mencebik. Sangkanya mereka perlu membuat pertaruhan minum arak ataupun bermain pisau. Rupanya permainam kanak-kanak.

"Dan sekirnya salah satu daripada kamu kalah. Aku akan memberi hukumannya."

Graig tersenyum sinis.

"Apa-apa jelah."

Beryl mengangkat bahunya.

"Untuk permainan kali ini kita akan tulis di atas sekeping kertas. Supaya kita ada bukti. Aku tidak mahu ada sebarang penipuan. Tetapi sekiranya disebut dengan lisan juga tiada masalah. Tetapi ia tetap harus ditulis. Salah sebut atau salah tulis bermakna kalah."

Graig memberitahu syarat permainan.

Beryl dan Sylvan mula tersengeh. Menyeringai menahan ketawa. Graig terlalu serius dalam permainan kanak-kanak.

"Baiklah! Mulakan permainan!"

Sylvan duduk di atas salah satu kerusi di meja pelanggan.

Graig juga duduk.

"Sekejap. Aku nak basuh muka. Tak selesa. Aku perlukan persediaan rapi."

Ujar Beryl. Dirinya bergerak sebentar ke kaunter dan menghirup air cider yang tak sempat diminum.

"Basuh muka? Kenapa pula? Ngada-ngadalah kau ni. Jangan buang masa! Kau mengantuk. Bangun tengahari."

Sylvan membebel. Bibirnya dijuihkan.

"Barangkali kerana kau gentar dengan aku?"

Graig ketawa kecil.

"Apa kena mengena gentar dengan basuh muka?"

Menyampah pula Beryl dengan sikap sombong Graig.

"Kau pengecut Beryl! Kau mengelat! Sebenarnya kau mahu larikan diri?!"

Sylvan menghentak meja! Lantas berdiri. Boleh pula si Sylvan faham maksud sindiran Graig.

"Bacul."

Ujar Graig perlahan.

Beryl berkerut. Apahal dua ekor ni? Suka-suka hati tuduh aku nak mengelat.

"Aku nak basuh mukalah. Muka aku kena siram dengan susu tadi. Mana aku selesa."

Beryl berusaha menjelaskan situasinya.

Sylvan ketawa. Baru teringat. Tadi si kucing sesat tadi telah menjadi punca wajah Beryl disiram dengan susu. Agaknya sudah kering.

"Ihhh, Beryl masam. Tak perlulah basuh Beryl, Biarkan kau berbau susu. Bukankah kau suka susu? " 

Sengaja Sylvan mengenakan Beryl.Ketawanya semakin besar.

Beryl merenung Sylvan. Lawaklah sangat. Buat lawak ketawa sendiri.

"Beryl. Aku nak panggil kau Encik Susu boleh?" 

Beryl tidak menjawab soalan bodoh Sylvan. Sylvan memang begini. Suka melawak. Sakit hati orang dibuatnya. Beryl hanya diam terus menghirup cider. Dengan harapan kesabarannya tidak akan menghilang.

"Erhh.. Tolong jangan buat tekak aku kembang."

Tambah Graig pula. Entah kenapa terasa jijik mendengar ungkapan jenaka Sylvan.

Apa? Serta-merta kesabaran Beryl lenyap. Gelas dihentak kasar pada meja kaunter. Saki baki air masih ada lagi. Separuh lagi. Namun seleranya hilang. Sylvan melawak dan siluman ini mengambil kesempatan untuk menghinanya. Itu melampau. Rasanya Beryl tak mampu nak bersabar lagi.

"Janganlah dingin sangat.  Beryl sukakan susu jadi biarkanlah dia. Lagipun Encik Susu bunyinya comel."

Sylvan tersenyum pada Graig.

"Aku terasa mual.."

Graig menutup mulutnya dengan telapak tangan. Kononnya loya. Terasa puas juga hatinya dapat mengaibkan Beryl@EncikSusu

"Sylvan.."

Beryl juga tersenyum.

"Ya, Encik Susu?" Sylvan berpaling pada Beryl.

"Dan kau Encik Cider." 

Terus Beryl menyimbah air cider pada wajah Sylvan.

🍷

Graig tunggu bersendirian di salah satu meja pelanggan.

Sylvan dan Beryl berada di tingkat atas.

Beryl menyalin pakaian baru. Baju tadi sudah kotor disimbahi air susu. Tak nak dia pakai. Wajahnya pula sudahpun dibasuh! Barulah berseri. 💖

Sylvan pula sedang mengelap-ngelap wajahnya dengan tuala yang sedikit basah. Bau cider habis melekat pada seragam Rosamundnya.

"Kau kejam Beryl. Tak sangka kau tergamak simbah aku dengan cider."

Sylvan merungut sambil mengesat-ngesat kain tuala pada bahagian rambut, tengkuk, leher dan dadanya. Sylvan tidak membuka pakaiannya. Dia bukan macam Beryl. Sylvan pemalu sedikit.

Beryl tersenyum puas menampakkan barisan giginya.

"Bukan kau suka cider? Apa salahnya."

Sylvan mencebik. Beryl tak pernah tak balas dendam.

Matanya kemudian melirik pada meja. Sebotol minyak wangi. " Waah.. penyembur minyak wangi mawar merah. Boleh aku pakai?" 

Sylvan mengambilnya dan tersenyum nakal. Menjongketkan keningnya. Dia tahu siapa yang berikan kepada Beryl. Siapa lagi kalau bukan cinta agung Beryl.

"Tak boleh!"

Beryl merampas botol minyak wangi itu.

"Janganlah kedekut sangat. Aku hanya mahu hilangkan bau cider."

"Minyak wangi ni berharga. Satu titis boleh ubat rindu aku sepanjang malam. Kau pakai ni."

Beryl menghulurkan satu lagi botol penyembur. Tetapi bukan penyembur minyak wangi.

"Ini pewangi perabut?"

Sylvan mencebik dan mengambilnya.

"Kau nak bau cider atau bau perabut?"

"Kedekut."

"Woi! Cepatlah Sylvan nanti mengamuk pula siluman gila tu."

Beryl mencapai beberapa helai kertas dan membuka pintu bilik.

"Beryl, aku nak kata sesuatu sementara Graig di bawah."

Nada suara Sylvan bertukar serius. Pewangi perabut disembur sedikit pada seragamnya. Diletakkan kembali pada meja.

"Apa?"

"Kau tahu? Walaupun ia hanyalah sekadar permainan kanak-kanak. Ia tidak harus dipandang rendah."

Mata biru bunian itu merenung wajah Beryl.

"Kenapa pulak? Duit aku banyak. Aku boleh bayar seberapa banyak pun."

"Beryl? Kau lupa? Siluman suka bermain dan membuat pertaruhan bodoh. Tetapi hukuman yang selalu dikenakan oleh seorang siluman bukanlah wang emas. Ia akan melibatkan maruah dan juga nyawa seseorang."

Beryl berkerut. Baru dirinya sedar. Ini pertaruhan dengan siluman! Bukan Sylvan.

Tiba-tiba teringat akan penjenayah gila yang gemar memotong, mengerat dan mengelar tubuh manusia. Juga ada yang dijadikan arca. Ada yang  dibekukan. Ada yang ditanam hidup-hidup. Ada yang dibakar. Penjenayah tersebut merupakan siluman. Kenapa dia lakukan kekejaman itu? Kerana dia telah menang dalam pertaruhan permainan guli. Ya, bunyinya karut. Tapi itulah siluman.

"Dan Beryl. Permainan ini adalah dua lawan satu. Sekiranya kau kalah, dia juga boleh kenakan hukuman ke atas aku. Dengan itu, kita tidak boleh kalah."

"Baiklah, maksudnya kita tak boleh kalah. Kita akan main dengan bersungguh-sungguh."

Tangan Beryl dihulurkan kepada Sylvan.

Sylvan menyambut tangan Beryl.

"Kita akan menang walaubagaimanapun."

Sylvan tersenyum dengan penuh makna. Matanya merenung dalam mata hijau milik Beryl. Penuh dengan keazaman.

"Ya, kita akan menang walau macam manapun caranya."

Beryl juga membalas senyuman Sylvan dengan penuh makna. Dia faham maksud senyuman dan renungan Sylvan.

"Ya, walaupun  kita terpaksa bermain tipu."

Ujar Sylvan dan Beryl serentak. Dua orang sahabat itu pun ketawa.

🍎

Kertas diletakkan diatas meja. Pena dihulurkan kepada Graig. Siluman itu akan mula menulis. Mereka bertiga kini duduk di meja pelanggan.

Permainan sudahpun dimulakan. Suasana tegang dan sunyi. Hikayat yang perlu disambungkan dengan satu per satu perkataan mengikut urutan abjad yang betul.

Graig mula menulis.

Huruf pertama. A.

"Aku

Kertas dan pena dihulurkan kepada Beryl. Beryl menyambutnya. Kertas itu direnung.

"Aku

Jadi abjad seterusnya adalah B. Beryl tersenyum. B. Mudah sahaja. Maka Beryl pun mula menulis.

"Aku, ɓɛʀyʆ

Kertas dan pena kemudian dihulurkan kepada Sylvan.  Sylvan membacanya. Kening dijongketkan. Abjad seterusnya ialah C.

" Aku ɓɛʀyʆ, ςєlคкค

Sylvan menggigit bibirnya. Menahan ketawa. Kertas itu dihulurkan kepada Graig semula. Tidak boleh ketawa. Kalau ketawa bunyi sudah lain. Nanti dituduh mencuri pusingan pemain lain.

Graig merenung kertas itu. Siluman itu tersenyum sinis membacanya.

" Aku ɓɛʀyʆ, ςєlคкค,

Baiklah abjad seterusnya adalah D. Graig tahu perkataan yang sesuai.

" Aku ɓɛʀyʆ, ςєlคкค, dungu

Kertas kemudian dihulurkan kepada Beryl. Beryl menyambutnya. Matanya merenung kertas tersebut.

" Aku ɓɛʀyʆ ςєlคкค, dungu 7

"Eh?!!"

Biji mata Beryl terbuntang luas. Mereka sepakat nak kenakan aku ke?!
Lama Beryl berdiam diri.

Graig ketawa sinis.

"Menyerah kalah?

"Apahal semua ni?! Sylvan!"

Beryl berdiri. Tangannya menghentak meja. Matanya tajam merenung Sylvan. Sylvan tikam belakang! Tak guna!

Biji mata Sylvan turut terbuntang luas. Beryl?! Biar betul. Kenapa dia perlu melenting?! Kita masih di dalam permainan!

"Manusia, kau kalah di pusingan pertama."

Graig juga berdiri. Picu pistol bermuncung panjang ditarik. Dihalakan pada arah Beryl.

Biji mata Beryl terbuntang luas. Wajahnya bertukar pucat. Begitu juga dengan Sylvan. Sylvan bingkas berdiri. Jantungnya berdegup kencang. Siluman ini ternyata gila!

"Hukumannya adalah satu tembakkan pada dahi. Hidup atau mati. Terpulang kepada keinginan kau untuk terus hidup."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro