06 💚 BERCAKAP DENGAN MATA
"Aku tak ada bela seekor nebelung. Gila. Baka yang jarang ditemui. Mana mungkin aku boleh dapatkan makhluk berkabus itu."
Beryl mencebik. Masih bengang kerana kepalanya ditekan dengan kuku panjang bunian itu.
"Kau melampau Beryl. Aku tahu kau suka angkat bakul. Tetapi kali ini kau betul-betul sombong. Kau menyembunyikannya."
Sylvan merenung tajam pada wajah Beryl. Masih sakit hati apabila Beryl melepaskan batuk pada wajahnya. Ingat dia nak percaya pada Beryl?
Tak nak percaya pergi mampus. Pemuda berambut merah itu memutarkan bola matanya.
Pergi mampus? Macam mana nak mampus? Sedangkan kebenaran sudah jelas di depan mata. Hati Sylvan merungut. Bunian berambut putih itu menjeling Beryl. Dia faham maksud gerak-geri mata manusia belagak itu.
Depan mata mana? Yang ada depan mata aku bunian bodoh. Beryl menghembuskan keluhan. Bukan dia tak tahu maksud jelingan mata Sylvan. Melalui jelingan mata sahaja Beryl tahu apa yang berada di dalam kepala otak bodoh bunian itu.
Sylvan membalas dengan merenung tajam pada mata Beryl. Bunian bodoh? Baiklah. Aku tunjukkan bukti. Kita lihat siapa lebih bodoh dan bangang.
Beryl memejamkan matanya. Akur.
Apa-apa sahajalah.
Bunian bodoh dan manusia belagak itu hanya bercakap dengan melalui pandangan mata. Masing-masing bengang dengan sikap masing-masing. Jadi, malas nak bertekak panjang. Buat haus tekak sahaja.
Bertengkar dengan pandangan matapun boleh.
Namun, hanya sahabat akrab sahaja mampu bertutur dengan pandangan mata. Kan?
💓
"Ini diaaaaa!!!!"
Sylvan menghulurkan pada Beryl haiwan itu. Kucing berbulu lebat bewarna kelabu asap. Dari tadi kucing itu lena tidur di atas katil Beryl.
"Seekor Nebelung! Biar betul?!"
Beryl teruja. Baka yang sangat jarang ditemui!
Kucing itu pula mendiamkan diri sambil merenung wajah Beryl. Langsung tidak peduli akan Sylvan yang sedang memegang pada bahagian ketiaknya.
Nebelung merupakan baka kucing yang jarang ditemui. Majoriti bermata hijau. Bentuk mukanya pula runcing.Bertubuh panjang. Berbulu kelabu asap. Kerana itu juga dirinya digelar makhluk berkabus.
Sylvan terpinga-pinga melihat reaksi Beryl. Maknanya? Nebelung ini bukan dia punya?
"Baru sekarang nak percaya?"
Beryl mengambil perlahan kucing itu daripada tangan Sylvan.
"Kalau bukan kau punya? Siapa punya?"
Sylvan terpinga-pinga.
"Aku rasa dia sesat."
Beryl membelek rantai riben merah jambu pada leher kucing itu. Tiada nama? Tapi yang pasti ini hak orang.
"Kucing ini nampak tua? Tak akan sesat tak kenal jalan. Banyak-banyak kediaman, masuk kediaman kau pula. Tak masuk akal. Apa yang kau ada?"
Sylvan mengemukakan spekulasinya.
"Salah ke kalau dia masuk ke bilik aku? Bukan kucing jantan semakin berusia semakin suka merayau ke?"
Ujar Beryl pula. Kucing itu masih diam di dalam lengan Beryl. Kelihatan selesa.
"Hmmm, jantan ke tu? Tapi kenapa pakai riben warna merah jambu?"
Sylvan berkerut.
"Tak apa. Mari kita lihat."
Beryl kemudian membuka kangkang belakang kaki kucing itu. Ekor panjangnya dibiar berjuntai.
"Hmmm, Aku nampak bentuk bintang. Bola tergantung tak ada. Maknanya dia betina."
Ujar Beryl selamba.
"Apa ni Beryl?! Kurang sopan!"
Sylvan mengherdik. Sylvan agak segan dengan perbualan begini.
Beryl menjongketkan keningnya.
"Pandai kau jaga badan. Ramping dan gebu walaupun sudah berusia."
Perut kucing itu diusap. Apabila perutnya diusap kucing berbaka nebelung itu terus memejamkan matanya. Dengkuran mula kedengaran.
💓
"Jadi susu ini kau boleh habiskan."
Beryl menuangkan susu ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja kaunternya. Saki baki susu yang tidak habis diminum Beryl. Banyak lagi.
Kucing berbaka nebelung itu meloncat naik ke atas meja kaunter dan terus menikmati minuman susu itu.
"Wuuuh, makan mewah betul kau, ya? Susu dari perkampungan Sunnyi. Mahal tu. Sihat dan berkhasiat."
Sylvan mengusap kepala kucing itu. Sempat perli Beryl. Dia tahu Beryl terkilan beli susu itu.
Beryl hanya memutarkan bola matanya. Nak buat macam mana.
Sedang kucing itu menikmati minuman bersusu tiba-tiba ia berhenti minum. Kepalanya ditegakkan. Matanya merenung pintu. Telinganya bergerak-gerak mengesan sesuatu. Seolah-olah dapat merasai kehadiran makhluk halus.
"Err? Ada sesuatu berlaku ke?"
Sylvan berkerut tengok kucing itu.
"Kenapa?"
Beryl menjongketkan keningnya. Terasa meremang pula. Adakah wanita yang merangkak di bilik bawah tanahnya?
Kucing itu mengesan kehadiran sesuatu. Ia kemudian berdesis menampakkan taringnya. Pantas kucing itu melompat turun dari meja kaunter dan terus berlari naik ke tingkat atas. Habis terpelanting mangkuk yang berisi susu itu!
Malangnya, wajah Beryl habis disimbahi air susu. Mangkuk itu pula habis pecah berkecai.
Sylvan apa lagi. Terburailah ketawanya. Malangnya Beryl! Nasib baik tak kena pada aku!
Wajah Beryl jelas bengang.
"Bertuah punya kucing, dia tak tau aku benci susu!"
"Kemana tumpahnya susu kalau tak pada Beryl!"
Sylvan bantai ketawa lebih besar.
Pintu bar kecil itu dibuka kasar. Bunyi loceng yang tergantung pada pintu jelas bertalu-talu kedengaran.
Bunyi ketawa Sylvan serta-merta lenyap. Mata biru bunian itu terus berpaling pada arah pintu.
Begitu juga dengan Beryl. Mata hijaunya juga tertumpu pada arah yang sama. Wajah yang melekit disimbahi susu diabaikan. Masih lagi kelihatan air susu menitis dari jambang merah burgundynya.
Siapakah yang hadir dengan membawa aura kegelapan itu? Sehingga mampu mengehentikan perlakuan orang?
Dia.
Seorang lelaki.
Berambut coklat gelap.
Bermata merah menyala.
Masih merenung tajam pada arah Beryl dan Sylvan.
Kekal berdiri di pintu. Bersama pakaian yang kelihatan sugguh mewah. Berkot hitam labuh paras lutut. Juga berkemeja hitam. Namun kemejanya tidaklah segelap warna kotnya. Lengan kemejanya pula mempunyai rekaan yang beropol-ropol sesuai dengan rekaan untuk lelaki.
Tali riben merah yang berjuntai dikenakan menggantikan tali leher. Memberi penegasan pada penampilannya yang serba gelap.
Hanya warna mata dan tali riben yang merah menampakkan dirinya lebih terserlah.
Bersarung tangan putih. Namun masih bercincin. Jari-jemarinya, kiri dan kanan dipenuhi cincin. Melainkan kedua jari ibunya sahaja tidak bercincin. Pada sebelah tangan sahaja sudah ada lebih daripada tiga bentuk cincin. Satu jari sahaja ada kalanya disarungkan dengan dua atau tiga bentuk cincin. Namun hanya satu bentuk sahaja yang memiliki batu permata. Permata Topaz. Jari yang lainnnya hanyalah sekadar disarungkan dengan cincin perak tanpa permata yang memiliki rekaan yang berbeza. Dari jauh sudah nampak ia berkilau.
Lelaki itu juga berkasut but kulit hitam yang berkilat paras bawah lutut. Sedikit bertumit. Sungguh bergaya. Memiliki rekaan yang cantik dan eksklusif.
"Graig Rastus Greguska."
Akhirnya lelaki itu bersuara. Memperkenalkan dirinya. Nadanya tegas dan dingin.
Beryl dan Sylvan keduanya masih diam terpaku. Merenung Graig dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.
Mata Beryl masih merenung Graig.
"Macam orang gila..."
Ujar Beryl perlahan sekadar berbisik hanya menggerakkan bibirnya sedikit. Langsung tidak membuka mulutnya. Hanya Sylvan mampu mendengarinya.
"Dia bangsa siluman. Memanglah..."
Jawab Sylvan juga dalam nada yang perlahan hanya mampu didengari Beryl.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro